You are on page 1of 8

FREQUENCY OF FINGER LOOKING DURING FINGER COUNTING

IS RELATED TO CHILDREN'S WORKING MEMORY CAPACITIES


Anne-Françoise de Chambrier, Catherine Thevenot, Pierre Barrouillet & Pascal Zesiger
(2018)

Presented by :
NOR FARAH LIANA BINTI NORDIN
P97546
PENGENALAN
• Penggunaan jari dalam proses pengiraan bukanlah satu perkara yang wajib
tetapi dapat memberi sokongan tambahan kepada kanak-kanak semasa
proses menyelesaikan tugasan aritmetik.
• Hal ini demikian kerana ia dapat membantu kanak-kanak untuk fokus
terhadap soalan yang diberikan dan mengurangkan bebanan kapasiti
memori bekerja dalam proses pengiraan berlaku.
• Daya penglihatan yang tinggi diperlukan apabila kapasiti memori bekerja
tidak mencukupi untuk menampung bebanan soalan terutamanya apabila
soalan aras tinggi diberikan berbanding soalan aras rendah.
METOD KAJIAN
• 58 orang kanak-kanak dipilih secara rawak daripada 3 buah sekolah rendah
yang umur purata mereka adalah sekitar 7 tahun 9 bulan dan berasal
daripada keluarga sederhana.
• Diuji dengan dua jenis tugasan :
 Tugasan Aritmetik
 Tugasan yang melibatkan WM
TUGASAN ARITMETIK
• 24 soalan yang melibatkan operasi tambah dengan nilai jawapan lebih
daripada 10 diberikan kepada kanak-kanak untuk dijawab dalam dua set
soalan yang berbeza.
• Soalan tersebut diberikan melalui pembesar suara berbanding dengan
paparan di skrin supaya kanak-kanak lebih bebas untuk mengira di mana
jawapan perlu diberi dalam bentuk lisan.
• Selain itu, mereka juga dibenarkan menggunakan apa sahaja cara untuk
menjawab soalan yang diberikan dengan betul dan secepat mungkin.
• Kedudukan pembesar suara dan komputer juga dijarakkan daripada kanak-
kanak supaya mereka mempunyai ruang yang cukup untuk mengira
dengan bantuan jari.
TUGASAN YANG MELIBATKAN WM
• Terdapat dua jenis tugasan iaitu :
 Tugasan mengira = Kanak-kanak perlu mengira titik merah dalam susunan titik
merah dan biru yang dipaparkan di dalam skrin komputer.
 Tugasan mendengar = kanak-kanak perlu mengenal pasti adakah ayat yang
diberi adalah betul ataupun salah dan perlu mengingati setiap perkataan
terakhir yang disebut.
• Kedua ujian ini dilakukan secara berperingkat dengan percubaan, mudah
kepada makin sukar dengan pertambahan sedikit demi sedikit.
• Kanak-kanak akan dikira gagal sekiranya jawapan yang diberikan adalah
salah dua kali berturut-turut.
HASIL KAJIAN
• Hasil daripada kajian menunjukkan bahawa hampir 48% soalan yang
melibatkan jumlah jawapan lebih daripada 10 dijawab dengan bantuan
penggunaan jari.
• Semasa kanak-kanak melakukan proses pengiraan menggunakan jari,
hampir 60% daripada mereka melihat kepada jari.
• Berdasarkan pemerhatian yang dibuat untuk melihat strategi bagaimana
kanak-kanak menyelesaikan tugasan aritmetik, terdapat 42 orang yang
mengamalkan 3 cara berbeza iaitu 7 orang kanak-kanak yang tidak melihat
langsung, 13 orang selalu melihat sambil mengira manakala 22 orang
selebihnya kadang-kadang melihat kepada jari mereka.
PERBINCANGAN
• Bagi melihat hubungan antara
penggunaan jari semasa
menyelesaikan masalah,
kanak-kanak yang
mempunyai kapasiti memori
bekerja yang rendah lebih
banyak bergantung kepada
melihat jari mereka semasa
proses pengiraan berbanding
dengan kanak-kanak yang
mempunyai kapasiti memori
yang tinggi.
• Kesimpulannya, kanak-kanak akan lebih melihat kepada jari mereka
semasa proses pengiraan menggunakan jari apabila menyelesaikan
masalah aritmetikyang memerlukan pemikiran yang aras tinggi.
• Hal ini membuktikan bahawa daya penglihatan semasa proses pengiraan
mengunakan jari dapat membantu sedikit sebanyak dalam mengurangkan
bebanan memori kerja dalam satu tugasan tersebut.
• Kanak-kanak yang melihat kepada jari mereka semasa proses pengiraan
menggunakan jari dikategorikan sebagai “additional cue” apabila sensori
motor dalaman tidak mencukupi dalam mengenal pasti jumlah jari yang
perlu digunakan semasa proses pengiraan berlaku.

You might also like