You are on page 1of 8

CHAPTER 13

PERUNDANGAN PERNIAGAAN
ISLAM

1-1
PROMOSI PERSAINGAN YG JUJUR

• Kejayaan sesuatu perniagaan itu bergantung kepada


beberapa factor. Salah satu faktor yang penting adalah
keupayaan menjual produk atau servisnya. Dizaman
Rasulullah SAW, promosi perniagaan dicapai melalui
perhubungan peribadi ataupun melalui mulut ke
mulut. Dalam trend pengeluaran berskala besar
sekarang ini, pelanggan yang besar dan pilihan yang
banyak, promosi perniagaan menjadi satu aspek yang
penting dalam kejayaan sesuatu perniagaan. Promosi
perniagaan sekarang menjadi industri utama yang
mengandungi cara yang sofistikated dalam memujuk
pelanggan untuk membeli produk atau servis mereka.

1-2
PROMOSI PERSAINGAN YG JUJUR

• Dalam Islam, kejujuran dalam membuat sesuatu


pekerjaan timbul kerana mengharapkan keberkatan
dari Allah. Hanya jika seseorang itu ikhlas barulah
beliau akan berlaku jujur dan amanah. Sabda
Rasulullah SAW:
•  
• Bertakwa dan berbuat baiklah dengan ikhlas untuk
Allah. Sesungguhnya Allah tidak akan menerima
sesuatu kecuali yang dibuat secara ikhlas untuk yang
Maha Esa. (Al-Bazzar)

1-3
PROMOSI PERSAINGAN YG JUJUR

• Seorang peniaga Islam dengan itu mestilah mengambil


pendekatan pengiklanan perniagaan dengan cara berikut:-
•  
• (1) sebagai satu cara untuk membolehkan bakal pelanggan
mengenali produk atau perniagaan mereka.. Pendekatan itu
mestilah bermula dengan pengenalan dan bukannya menjual;
• (2) kekurangan dan kelebihan produk mereka mestilah
diberitahu dengan jujur;
• (3) tidak perlu membuat perbandingan produk dengan cara
yang berlebihan. Falsafahnya ialah membiarkan pelanggan
menetukan sendiri kelebihan produk tersebut;
• (4) pengiklanan dan promosi tersebut janganlah dengan tujuan
memanipulasi kelemahan pelanggan;

1-4
PROMOSI PERSAINGAN YG JUJUR

• (5) persembahan tentang produk mestilah dengan cara


yang sederhana dan tidak perlu dengan pekerja yang
berpakaian seksi dan cara lain yang berlebihan;
• (6) persembahan itu hendaklah dibuat dengan jujur
dan jelas;
• (7) ketika mempromosi produk merek, dalam masa
yang sama menggalakkan pelanggan menggunakan
produk secara sihat dan berhemah;
• (8) penjualan mestilah untuk jangkamasa panjang
dengan mem,astikan promosi tersebut akan
memberikan kepuasan jangka panjang dan faedah
kepada pelanggan.
1-5
PROMOSI PERSAINGAN YG JUJUR

• Seorang peniaga Islam seharusnya sentiasa percaya dengan


yakin bahawa kejujuran akan diberi ganjaran untuk jangkamasa
yang panjang. Dia sepatunya tidak perlu memikirkan sangat
sekiranya ganjaran berdasarkan kejujuran itu tidak diterima
dalam waktu yang singkat. Bagi beliau, ganjaran jangka
panjanglah yang perlu diberi perhatian memandangkan
kejujuran akan memberi produk kita diterima dan dikenali
ramai. Kejujuran semestinya akan memberikan kedamaian hati
yang dianggap perkara yang paling penting, melebihi kekayaan
dan keuntungan. Rasulullah SAW bersabda:
•  
• Sesungguhnya kejujuran itu memberi ketenangan dan penipuan
itu memberi kebimbangan. (Al-Tarmizi)
1-6
PROMOSI PERSAINGAN YG JUJUR

• Sepertiman prinsip perniagaan lain dalam Islam, promosi cara


Islam adalah promosi yang tidak berlawanan seperti dibawah:-
•  
• (1)    ia tidak akan mencari kelemahan bakal pelanggan untuk
dieksploitasi;
• (2) ia tidak akan cuba untuk memujuk pelanggan secara tidak
disedari;
• (3) ia tidak akan menceritakan aspek negatif manusia tetapi
mencari aspek positif manusia yang mencari barangan yang
sihat;
• (4) ia akan mengelakkan keterangan palsu dan berlebih-
lebihan;

1-7
PROMOSI PERSAINGAN YG JUJUR

• (5) ia tidak menggunakan taktik yang agresif seperti


memberitahu barangan akan naik harga;
• (6) ia tidak akan menggunakan promoter jualan yang
terlampau mendesak;
• (7) ia akan mengelakkan sebarang bentuk penipuan.

1-8

You might also like