You are on page 1of 13

Dalam kes ini Kevin tidak mendapat kasih sayang

daripada kedua-dua ibu bapanya kerana ibu dan bapa


kandung Kevin telah bercerai dan ibunya berkahwin lain.
Pertelingkahan antara ibu dan bapa kandung Kevin telah
menyebabkan Kevin berasa tersisih.
Pada suatu hari, semasa di kawasan tapak permainan Kevin telah
memberitahu kepada Miss Carol tentang bapanya yang suka memukulnya
dan Miss Carol juga tahu yang ibu Kevin telah pun berkahwin lain tetapi hasil
penderaan itu telah meninggalkan kesan yang mendalam kepada Kevin.
Pada masa inilah yang Miss carol menyedari bahawa melalui pengalaman
lampaunya, dia belajar mengawal orang disekelilingnya dengan keganasan
termasuklah keluarganya sendiri. (m/s 145, perenggan 13).

Miss Carol juga kesal dengan sikap ibu Kevin yang tidak mengambil berat
tentang Kevin dalam menyelesaikan masalah tingkah laku Kevin. (m/s 145,
perenggan 15).
 Model Terapi Realiti oleh William Glasser - rasa kasih sayang boleh dipupuk
dalam persekitaran bilik darjah yang demokratik dengan guru yang prihatin &
mengambil berat tentang kebajikan murid.

 Dalam kes Kevin, beliau merupakan sebahagian daripada komuniti dalam bilik
darjah. Oleh itu, guru perlu memberikan perhatian & mengambil berat keatasnya.
Pandangan & pendapat serta peneguhan yang sesuai diberikan kepada Kevin
untuk menunjukkan usaha yang baik dalam mengekalkan keharmonian bilik
darjah.
 Teori Psikologi Individu oleh Alderian – fenomena psikologi yang dialami oleh
setiap individu adalah berbeza antara satu sama lain tetapi bersifat konsisten
untuk mencapai kehendak superioriti (kedudukan taraf yang tinggi).

 Kehendak seseorang itu mempengaruhi setiap tindakan mereka berpandukan


kepada pengalaman masa lepas yang telah dilalui, mendorong kepada usaha
untuk merealisasikan suatu kehendak.

 Layanan ibu bapa semasa peringkat awal kanak-kanak memberi kesan kepada
timbulnya reaksi inferioriti (rasa kurang nilai diri) dalam diri anak-anak &
mempengaruhi pembentukan personaliti unik anak-anak & gaya hidup yang
bakal diamalkan ketika dewasa.
 Antara gaya hidup anak-anak yang dikesan adalah;
1. Jenis dominan
2. Jenis bergantung
3. Jenis mengelak
4. Jenis sosial

 Kaitannya dengan kes adalah ayah Kevin yang sering memukulnya ketika dia
masih kecil menyebabkan beliau mempelajari untuk mengawal orang lain
melalui keganasan.
 Ibu Kevin telah berkahwin dengan lelaki lain menyebabkan beliau tidak
mempedulikan tingkah laku negatif anaknya.
 Oleh itu, layanan ibu bapanya telah meninggalkan kesan dalam diri Kevin &
mempengaruhi pembentukan personalitinya
 Kajian yang dibuat oleh Khadijah Alavi et.al. (2012) dalam artikalnya, Kerja
Sosial di Sekolah: Memahami & Menangani Penderaan Kanak-Kanak –
penderaan boleh difokuskan kepada 3 bentuk; penderaan fizikal, seksual &
emosional. Dalam kes Kevin, penderaannya dalam bentuk penderaan fizikal, di
mana ayahnya bertindak menghukum secara fizikal seperti memukul.

 Contoh kes penderaan fizikal yang lain;


1. Seorang bapa penagih dadah memberi wang perbelanjaan rumah sebanyak
RM250 tetapi kerap meminta wang dari ibu mangsa. Mereka sekeluarga hidup
dalam kesusahan & selalu berpindah-randah. Ibu mangsa enggan berpisah
kerana menghormati & berpegang kepada nilai & kepercayaan adat resam.
Akibatnya, hubungan antara keluarga tidak harmoni & punya perasaan benci &
takut kepada bapa. (Shuaime, 12 tahun).
 Contoh kes penderaan fizikal yang lain;
2. Mangsa sekeluarga tinggal bersama dengan bapa saudara yang merupakan
seorang pemabuk yang sering memukul apabila tidak mengikut arahannya
(Punatharan, 7 tahun).

 Hasil kajian yang dibuat boleh dikaitkan dengan kes Kevin, di mana seorang bapa
itu memberikan alasan memukul adalah kerana untuk mendisplinkan mangsa.

 Menurut Kazdin (1978), amalan ibu bapa yang bercorak tidak menentu & terlalu
menghukum ternyata mempunyai pengaruh yang besar dalam menggalakkan
pembentukan kecelaruan tingkah laku di kalangan kanak-kanak.
 Penderaan yang dilakukan oleh ibu bapa atau penjaga yang mencederakan tubuh
kanak-kanak boleh menjejaskan pertumbuhan atau kesihatan emosi & fizikal
mereka.

 Kesan negatif yang timbul – kehancuran perkahwinan, keluarga akan kehilangan


kawan & dipinggirkan serta diasingkan daripada sebarang aktiviti.

 Kesan penderaan juga boleh membawa kepada ketidak sempurnaan


perkembangan & keretakan keharmonian dalam keluarga di mana ibu bapa tidak
dapat menunjukkan model yang baik kepada anak.
CADANGAN STRATEGI PENYELESAIAN UNTUK GURU

 Miss Carol boleh berperanan sebagai kaunseling yang perlu mendengar


& memahami masalah yang dialami oleh Kevin.

 Menurut Shertzer & Stone (1968), kaunseling ialah suatu proses interaksi
yang membolehkan individu memahami diri & situasinya.

 Kaunseling merupakan pertemuan secara bersemuka di antara seorang


guru bimbingan yang berperanan sebagai kaunselor dengan seorang
murid yang menghadapi masalah peribadi, akademik dengan tujuan
membawa perubahan tingkah laku murid itu ke arah menyelesaikan
masalah yang dihadapinya.
CADANGAN STRATEGI PENYELESAIAN UNTUK GURU

 Miss Carol perlu memberi nasihat & tunjuk ajar kepada Kevin supaya
Kevin dapat menyelesaikan masalahnya.

 Guru juga harus sentiasa memerhatikan setiap tingkah laku yang dibuat
oleh Kevin agar Kevin dapat mengawal dirinya daripada bertindak ganas.

 Kevin seorang murid yang kekurangan kasih sayang mengakibatkan


beliau berkelakuan negatif & Miss Carol haruslah memahami situasi Kevin
& cuba memenuhi keperluan kasih sayang yang diperlukan oleh Kevin
CADANGAN STRATEGI PENYELESAIAN UNTUK IBU BAPA

 Dalam analisis kes ini, Kevin yang pernah didera oleh bapanya & ibunya
mengalihkan perhatian & kasih sayang kepada bapa tirinya. Hal ini
menyebabkan Kevin kekurangan kasih sayang.

 Ibu bapa Kevin perlu memberikan perhatian & kasih sayang bertepatan
dengan teori keperluan Maslow – kanak-kanak mahu diterima & diberi
perhatian dalam sesuatu kelompok. Keperluan ini merupakan permulaan
kepada keperluan psikologi. Kekurangan perhubungan kasih sayang
boleh menjadi punca psikopatologi (kecelaruan personaliti) yang mungkin
mengakibatkan tingkah laku agresif & antisosial.
RUJUKAN
Haliza Hamzah & Joy Nesamalar Samuel (2014). Siri Pendidikan Guru: Pengurusan Bilik
Darjah & Tingkah Laku. Selangor: Oxford Fajar Sdn. Bhd.

Mok Soon Sang (2008). Ilmu Pendidikan untuk KPLI. Selangor: Kumpulan Budiman Sdn. Bhd.

Pusat Pengajian Psikologi & Pembangunan Manusia (2012). Kerja Sosial di Sekolah:
Memahami & Menangani Penderaan Kanak-kanak. www.ukm.my/e-
bangi/papers/2012/khadijah012.pdf.

You might also like