You are on page 1of 15

HKR112A

MEMAHAMI TUNTUTAN QADA' DAN


QADAR

Ustazah Anisah Ibrahim


Content

02
Memahami
tuntutan 04
per Impak
01 beriman
Definisi qada' 03
dan qadar Permasalahan
01
Definisi
qada' dan qadar
• Qada’

Dari sudut bahasa Arab, Qada’ bermaksud meletakkan dan memutuskan sesuatu hukum.

Manakala dari sudut syarak, Qada’ ialah perkara yang diputuskan oleh Allah SWT terhadap
segala makhluknya samada dari sudut menciptakannya, meniadakannya, atau mengubahnya.

• Qadar

Dari sudut bahasa Arab, Qadar ialah menetapkan suatu kadar tertentu.

Manakala dari sudut syarak, Qadar ialah perkara yang telah ditetapkan kadarnya oleh Allah SWT
semenjak azali, supaya ia terjadi mengikut ilmu-Nya yang mendahulu setiap perkara.
Pengertian Qada dan Qadar

Qadar ialah
menetapkan kadar Manakala Qada’ pula
sesuatu sebelum ialah menjadikannya ia
memutuskannya agar berlaku mengikut apa
ia berlaku. yang ditetapkan. Ini

Bermakna, Qadar berlaku lebih


dahulu daripada Qada’, dan
kedua-duanya adalah saling
lazim-melazimi dan tidak mungkin
berpisah.
02
Memahami
tuntutan
Memahami tuntutan qada' dan qadar.
• Dalam kehidupan harian, setiap saat kita tidak akan terlepas daripada qadha’ dan qadar Allah
SWT. Segala sesuatu yang berlaku, adalah dengan ketentuan dan ketetapan yang Maha
Berkuasa dan Maha Mengetahui. Firman Allah SWT dalam surah Al-Qamar, ayat 49 yang
bermaksud, “Sesungguhnya Kami menciptakan tiap-tiap sesuatu menurut takdir yang telah
ditentukan.” 、

• Namun beriman dengan qadha’ dan qadar, tidak menafikan usaha dan
balasan di atas setiap perbuatan hamba. Ulama Ahli Sunnah Wal Jamaah
menegaskan, bahawa perbuatan hamba yang ikhtiyariyah yakni yang
berlaku dengan pilihan dan usaha mereka adalah tertakluk di bahawa
hukum syarak. Jika dia melakukan perbuatan amal soleh dengan ikhlas,
maka dia akan dibalas pahala. Manakala jika dia melakukan maksiat, dia
layak untuk mendapat hukuman dan azab, jika tidak bertaubat atau tidak
diampunkan oleh Allah.
Memahami tuntutan qada' dan qadar

Dalam memahami hakikat usaha ini, terdapat golongan yang terpesong daripada

A
jalan kebenaran. Sebahagian mereka menafikan usaha, dan hamba tiada daya
upaya langsung seperti daun yang ditiup angin. Golongan ini, akhirnya meninggalkan
beramal dengan hujah segala sesuatu telah ditentukan Allah Taala. Jadi mereka
tidak perlu berpenat lelah beramal dan meninggalkan maksiat. Akidah sebegini
dikenali dalam sejarah Islam sebagai akidah golongan jabariyah.

Alangkah jahat dan zalimnya mereka, meletakkan alasan dan kesilapan ke atas Tuhan,
berselindung dengan kemalasan mereka disebalik hujah qadha’ dan qadar. Manusia yang
waras sudah pasti dapat merasakan perbezaan antara perbuatan yang di luar kawalan
seperti degupan jantung dan aliran darah dengan perbuatan yang diusahakan seperti makan
dan minum. Makanan tidak akan datang sendiri begitu sahaja. Seseorang perlu menyediakan
makanan, menghidangkannya dan memasukkan ke dalam mulut, mengunyah serta
menelannya. Semua perbuatan ini berlaku secara sedar, dengan kehendak dan usaha
seseorang. Berdasarkan usaha inilah seseorang itu diberi pahala atau dosa B
Memahami tuntutan qada' dan qadar

Seorang muslim yang memahami dan menghayati akidah dengan


sebenarnya akan menjadi individu yang positif dan proaktif dalam
kehidupan. Dia tidak akan menyalahkan Tuhan jika ditimpa sesuatu
musibah. Bahkan dia akan beradab dan menyandarkan musibah itu
kepada dirinya yang penuh dengan kelemahan dan kedaifan. Firman
Allah SWT dalam surah As-Syura ayat 30 yang bermaksud, “Dan apa jua
yang menimpa kamu dari sesuatu kesusahan atau bala bencana, maka ia
adalah disebabkan apa yang kamu lakukan dari perbuatan-perbuatan
yang salah dan dosa, dan dalam pada itu Allah memaafkan sebahagian
besar dari dosa-dosa kamu.”
03
Permasalahan
Permasalahan dalam memahami qada' dan qadar
Takdir Tidak Menolak Usaha dan Ikhtiar
Salah faham terhadap takdir menjadikan seseorang tidak ingin berusaha.
Baginya, sama ada berusaha atau tidak, ketetapan pasti akan berlaku. Ibn
al-Jawzi menjelaskan pandangan ini amat berbahaya. Ia bererti memprotes
syariat yang diturunkan di samping turut mempermainkan hukum yang
terkandung di dalam kitab dan menjadikan para rasul dan dakwah yang
dibawa mereka sabagai sia-sia.

Takdir Tidak Boleh di Jadikan Alasan Untuk Melakukan Maksiat


Seringkali didengari, mereka yang menjadikan takdir sebagai alasan untuk
melakukan maksiat. Sebagai contoh, apabila ditanya kenapa mereka
melakukan perbuatan rasuah, pecah amanah, menipu dan pelbagai lagi
jenayah kolar putih dalam pekerjaan mereka, mereka menjawab “kerana
takdir menetapkan begitu”

Takdir Tidak Bertentangan Dengan Konsep Doa


Doa mustajab boleh menolak takdir56 kerana inilah fungsi doa apabila
berhadapan dengan qada’. Malangnya, masih ada manusia yang berpendapat
doa tidak berfungsi apabila berhadapan dengan qadar. Menurut mereka,
berdoa adalah perbuatan sia-sia. Berdoa atau tidak, yang ditakdirkan pasti
berlaku. Orang yang berpendapat seperti ini elok disarankan agar mereka
tidak makan ketika lapar.
Permasalahan dalam memahami qada' dan qadar

Hidayah dan Takdir dan


Tuntutan
Kesesatan Kelahiran
'Ubudiyyah
Adalah Dalam
Terhadap
Berdasarka Fitrah Tidak
Perbezaan Persoalan
n Pilihan Bertentanga Reda
Tahap Takdir
Manusia n Dengan
Kehidupan
Takdir Tidak
Adalah
Bererti Reda
Faktor
Dengan
Kesatuan
Maksiat
Manusia
04
Impak
beriman
Impak beriman kepada qada' dan qadar

Menjadikan seseorang itu sentiasa bersabar


Ketika anda mendalami lagi mengenai beriman kepada qada' dan qadar, anda akan memahami
bahawa bersabar dan berikhtiar di dalam mencari keredhaanNya.

Sentiasa mendapat ketenangan dalam hidup


Segala halangan anda dapat memahami yang ianya adalah satu perjalanan yang ditentukan
serta anda tahu apa yang terbaik untuk diri anda kerana anda memahami Allah itu telah
meletakkan anda di jalan yang terbaik bagi hambanya.

Mendorong melakukan kebaikan dan meninggalkan larangan Allah.


Setelah memahami konsep beriman kepada qada' dan qadar, ia akan membuka mata anda
untuk melihat postif dan ingin menjauhkan diri dari perkara negatif.
Add title here

Kesimpulan

Beriman kepada Qada' dan Qadar


Setelah meneliti segala yang berkaitan qada' dan qadar, ianya telah membuat kami memahami dan mendalami mengenainya. Hakikatnya,
sebelum ini kami hanya mendengarnya di dalam rukun iman dan hanya beriman tanpa mempelari isi pengertiannya yang penuh bermakna.
Dengan itu, kami semakin mengukuhkan iman di dada kami selepas mempelajari mengenai topik ini.
Thank You

You might also like