You are on page 1of 30

BAB 3: TAMADUN MELAYU

OBJEKTIF BAB
1. Menerangkan konsep umum tamadun Melayu.
2. Mentakrifkan konsep Melayu menurut Perlembagaan
Malaysia.
3. Membincangkan teori-teori dan faktor kejayaan
kemasukan Islam ke Alam Melayu.
4. Menjelaskan perubahan yang dibawa oleh agama Islam ke
atas kehidupan masyarakat Melayu.
3.1 PENGENALAN
 Tamadun Melayu mempunyai perkaitan yang erat dengan
tamadun Islam.
 Tamadun Melayu yang menjadi asas kepada pembentukan
Tamadun Malaysia masa kini adalah terbentuk melalui satu
proses yang panjang dan tersendiri serta meliputi
sebahagian besar Asia Tenggara (Kepulauan
Nusantara/Malay Archipelago).
 Lanskap tamadun Melayu terbina dengan kemunculan
kerajaan-kerajaan dan empayar Melayu di bawah
pengaruh Hindu-Buddha yang kemudiannya telah berubah
wajah dan jiwanya dengan kedatangan pengaruh agama
Islam.
3.2 KONSEP TAMADUN MELAYU
 Tamadun Melayu berkonsepkan kepada sebuah tamadun yang dibentuk oleh
sekelompok manusia yang digolongkan secara luas sebagai kumpulan orang-
orang Melayu dan bertempat di suatu wilayah di Asia Tenggara yang juga
dikenali sebagai:Gugusan Kepulauan Melayu (Malay Archipelago), Gugusan
Kepulauan Melayu-Indonesia (Malay-Indonesian Archipelago), Nusantara, Alam
Melayu,Tanah Jawi.
 Dua elemen yang menjadi faktor utama yang mewarnai wilayah ini ialah yang
pertama, bahasa Melayu yang menjadi lingua franca atau bahasa
perhubungan luas di seluruh kawasan ini, dan kedua, agama Islam yang
dianuti oleh majoriti penduduknya.
 Istilah Melayu merujuk kepada tiga perkara yang berbeza:
I. Ras: merujuk kepada satu kumpulan genetik yang mempunyai ciri-ciri fizikal
yang hampir sama (rupa paras, warna kulit, rambut, dll).
II. Bahasa: bertutur dalam kumpulan keluarga bahasa Melayu-Indonesia yang
terangkum bersama-samanya Jawa, Sunda, Madura, Acheh, Minangkabau,
Melanau, Iban, Bajau, Murut, Bugis, dan Sulu.
 Alam Melayu meliputi kawasan di mana terdapatnya rumpun Melayu. Ia
merentasi seluruh Asia Tenggara sehingga sempadan Australia serta dari pulau
Madagaskar ke kepulauan Pasifik.
3.3 MELAYU DALAM PERLEMBAGAAN
MALAYSIA
 Berdasarkan Perkara 160 Perlembagaan Malaysia, orang
Melayu ditakrifkan secara lazimnya:
I. berbahasa Melayu,
II. mengamalkan adat istiadat Melayu, dan
III. beragama Islam.
 Menurut Syed Husin Ali, bagi memastikan seseorang itu
Melayu atau tidak selain daripada faktor di atas, faktor
sosio-budaya juga wajar diambil kira supaya penakrifan
dan penentuan Melayu tidak hanya bergantung kepada
suatu faktor sahaja kerana ia mungkin boleh menimbulkan
kekeliruan.
3.4 KEMUNCULAN PUSAT-PUSAT KERAJAAN DAN
TAMADUN MELAYU PRA-ISLAM
 Tamadun Melayu telah muncul di Alam Melayu sebelum kedatangan Islam.
 Beberapa kerajaan telah wujud seperti:
I. Langkasuka 2-14M (Patani)
II. Srivijaya 670-1025M (Palembang)
III. Lembah Bujang abad ke-7M (Kedah)
IV. Kuala Selingsing (Perak)
V. Majapahit 1292M
 Dalam menentukan keberadaaan orang Melayu di rantau Asia ini, para sarjana
berbeza pandangan berdasarkan hujah masing-masing:
a) Menurut Ahmad Hakimi (2006) dan Bellwood (1997), masyarakat Melayu telah
bertapak di kawasan Asia Tenggara sekurang-kurangnya 5,000 tahun dahulu.
b) orang-orang Melayu (pada waktu itu dikenali sebagai penutur bahasa
Austronesia) datang berhijrah ke kawasan Asia Tenggara mengikuti laluan air
dari kawasan utara pada zaman batu baru (neolitik), anggaran kemunculan
masyarakat Melayu dikawasan ini adalah sekitar 5,000 tahun dahulu. Von
Heine Geldern (1945) dan Bellwood (1997).
Sambungan…
 Menurut Nik Hassan Suhaimi (1993), orang Melayu telah wujud di
kawasan ini lebih daripada 12,000 tahun dahulu berdasarkan kepada
bukti tapak pra- sejarah yang terawal di Semenanjung Tanah Melayu
iaitu tapak Kota Paleolitik Kota Tampan (Lenggong, Perak).
 Kerajaan-kerajaan pra-Islam di Alam Melayu terbahagi kepada dua
bentuk. Pertama, berbentuk agraria yang menjadikan kegiatan
pertanian sebagai latarbelakang ekonomi negara. (Funan, Angkor,
Majapahit). Kedua, yang menjadikan kegiatan perdagangan laut
(maritim) sebagai latarbelakang ekonomi negara. (Funan).
 Manakala Srivijaya dari kurun ke-7 hingga ke-11 merupakan kerajaan
maritim Melayu yang terpenting yang mendominasi seluruh pesisir laut
di utara dan barat Sumatara, Semenanjung Tanah Melayu dan Jawa
Barat dan juga perairan Selat Malaka dan Selat Sunda.
 Di Malaysia, terdapat bukti wujudnya kerajaan maritim berdasarkan
bukti arkeologi juga menunjukkan bahawa pelabuhan-pelabuhan di
dua tempat ini pernah terlibat dengan aktiviti perdagangan. (Lembah
Bujang dan Selat Melaka).
Sambungan…
 Kebanyakan daripada kerajaan-kerajaan Melayu yang
terawal tidak begitu besar dan tidak mampu berkembang
luas.
 Ini mungkin kerana kerajaan-kerajaan ini tidak
mempunyai asas-asas perbandaran yang mencukupi untuk
menampung jumlah penduduk yang tinggi.
 Akan tetapi, dua kerajaan Melayu yang agak besar dan
merangkumi kawasan yang luas telah muncul iaitu
kerajaan Funan dan kerajaan Sri Vijaya (Lembah Bujang).
 Kebanyakan kerajaan Melayu di waktu ini dipengaruhi oleh
pengaruh Hindu-Buddha. Lembah Bujang, Angkor Wat dan
Candi Brobodor adalah bukti kewujudan pengaruh
tersebut.
3.5 PUSAT TAMADUN MELAYU SELEPAS ISLAM
 Selepas kedatangan Islam muncul suatu bentuk Tamadun baru yang
lebih dikenali di kalangan negara luar. Kesultanan Melayu Melaka,
Acheh, Pasai-Perlak, Patani dan Johor-Riau-Lingga adalah bukti
kehebatan Tamadun Melayu Islam.
 Perlak merupakan kerajaan Melayu Islam pertama yang ditubuhkan
pada tahun 840M dengan raja pertamanya Sultan Syed Maulana Abdul
Aziz Syah.
 Samudera-Pasai pula telah muncul sekitar tahun 1042M-1450M dengan
raja pertamanya Merah Giri yang menggunakan gelaran Maharaja
Mahmud Syah.
 Peranan Aceh sebagai pusat penyebaran dan kegiatan agama Islam
telah menyebabkan ia digelar Serambi Makkah, selain peranannya
sebagai pusat perdagangan dan kuasa politik orang Melayu Islam.
 Kesultanan Melayu Melaka muncul sebagai pusat penyebaran agama
Islam dan pusat perdagangan yang terkenal di Nusantara.
 Agama Islam telah meresap ke dalam sistem pentadbiran Kesultanan
Melayu Melaka (Hukum Kanun Melaka & Undang-Undang Laut Melaka).
3.6 TEORI KEDATANGAN ISLAM KE ALAM MELAYU
 Dalam konteks kemasukan atau kedatangan agama Islam ke rantau ini,
terdapat tiga teori yang berbeza yang telah dikemukakan oleh
beberapa orang sarjana.
3.6.1 Teori Islam dari Tanah Arab
 Teori pertama menyatakan bahawa Islam dibawa terus
dari Semenanjung Tanah Arab pada kurun ke-7.
 Teori ini dikemukakan oleh John Crawford dan juga oleh
Niemann serta mendapat sokongan S. M. Naquib al-Attas.
 Bukti:
I. Kegiatan hubungan perdagangan orang Arab dengan Alam
Melayu sejak zaman sebelum munculnya Islam di
Semenanjung Tanah Arab.
II. S. M. Naquib al-Attas menegaskan hakikat bahawa
kandungan persuratan Melayu Islam dengan konsep dan
istilah dan sistem tulisan Jawi yang digunakan
menunjukkan sumber Arab atau Timur Tengah sebagai
puncanya.
3.6.2 Teori Islam dari China
 Teori kedua menyatakan Islam dibawa daripada China
melalui Canton dan Hainan pada kurun ke-9.
 Teori ini dipelopori oleh seorang penulis Sepanyol,
Emanuel Godinho de Eredia.
 Antara bukti dan hujah rasional yang dikemukakan ialah
penemuan batu bersurat di Campa bertarikh 1039, di
Brunei bertarikh 1048, di Laren, Jawa bertarikh 1082, dan
batu bersurat di Terengganu bertarikh 1303.
 Ini diperkukuhkan dengan hujah bahawa wujudnya
hubungan perdagangan di antara Tanah Arab dengan
negara China yang membawa kepada kemasukan agama
Islam ke negeri China dan daripada negeri China, Islam
telah dibawa ke Alam Melayu.
3.6.3 Teori Islam dari India
 Teori ketiga punca kedatangan Islam adalah daripada India
melalui Gujerat.
 Teori ini telah dikemukakan oleh seorang sarjana Belanda
Pijnappel yang diperkukuh oleh Snouck Hurgronje dan J. P.
Moquette.
 Teori ini didasarkan pada bukti bahawa wujudnya
persamaan batu nisan yang ditemui di Pasai iaitu batu
nisan Sultan Malik al-Saleh bertarikh tahun 1297 dan batu
nisan Maulana Malik Ibrahim di Grisek Jawa dengan yang
di Gujerat India.
 Pendapat ini diperkukuh dengan wujudnya hubungan
perdagangan di antara India dengan rantau ini sejak
zaman pra-Islam lagi.
3.7 FAKTOR KEJAYAAN PENYEBARAN ISLAM DI
ALAM MELAYU
 Pada asalnya, pengaruh Hindu-Buddha juga telah bertapak agak lama
di Alam Melayu dan mencirikan sebahagian daripada adat istiadat dan
budaya masyarakat Melayu.
 Selepas Islam datang maka pengaruh Hindu-Buddha semakin lenyap
dan pudar dan Islam semakin mendapat tempat dalam kalangan
masyarakat daripada peringkat Istana sehinggalah orang kebanyakkan.
 Situasi ini didorong oleh beberapa faktor iaitu perdagangan,
perkahwinan, pendakwahan dan keistimewaan agama Islam itu
sendiri.
 Contoh: pedagang-pedagang Muslim bukan sahaja berniaga dan dalam
masa yang sama berdakwah dan berkahwin dengan orang tempatan.
 Contoh: golongan bangsawan yang terawal memeluk agama Islam dan
menyebarkannya kepada rakyat dan pengikutnya.
 Contoh: Para pendakwah, ulama dan ahli sufi juga berperanan
menyebarkan Islam secara hikmah dengan akhlak yang mulia, rasional
dan bijaksana.
3.8 KESAN-KESAN KEDATANGAN ISLAM KE ALAM
MELAYU
1. Kemunculan kerajaan-kerajaan Melayu Islam yang memainkan peranan
penting sebagai pusat penyebaran Islam dan penegakan tamadun Melayu
di Alam Melayu.
2. Sifat agama Islam itu sendiri yang istimewa yang menyebabkan ia dapat
diterima dengan meluas oleh masyarakat di Alam Melayu.
(komprehensif, rasional, adil, kesamarataan dll.).
3. Islam telah menghasilkan beberapa perubahan utama dalam tamadun
Melayu. Contohnya dalam aspek politik dan pentadbiran. (Khalifah,
Sultan, shura dll.).
4. Undang-undang yang berdasarkan hukum syariah telah diperkenalkan
walaupun ia tidak secara menyeluruh, sebagaimana yang ditunjukkan di
dalam Hukum Kanun Melaka di zaman Melaka dan Batu Bersurat
Terengganu 1303.
5. Dalam aspek pendidikan, istana telah dijadikan pusat kegiatan dan
penyebaran ilmu pengetahuan. (madrasah, pesantren, pondok dll.).
6. Jaringan tamadun Islam global secara langsung telah meletakkan
tamadun Melayu ada perhubungan dengan kerajaan Uthmaniah Turki,
Parsi, Mughal India dan kerajaan-kerajaan Islam di Timur Tengah dan
Afrika.
3.9 PANDANGAN SEMESTA MELAYU PRA-ISLAM DAN
PADA ZAMAN ISLAM
 Pandangan semesta Tamadun Melayu berkembang dari
pengaruh animisme, Hindu-Buddha kemudian Islam.
 Bagi masyarakat Melayu, pandangan semesta Melayu
berpusat kepada manusia, bertitik-tolak kepada
tanggapan mereka terhadap alam sama ada alam nyata
(fizikal) atau alam ghaib (spiritual/metafizik).
 Konsepsi adat yang sebenar adat (iaitu hukum alam)
merupakan contoh terbaik pandangan semesta manusia
Melayu sebagaimana digambarkan di dalam pepatahnya
iaitu “adat air membasah, adat api membakar dan adat
angin menyejukkan”.
 Begitu juga apabila manusia Melayu berinteraksi dengan
alam maka ini akan melahirkan satu konsep yang cukup
penting untuk mendasari kehidupan mereka, iaitu “peng
alam an” (pengalaman).
3.9.1 Masyarakat Melayu Pra-agama Hindu dan
Buddha
 Sistem kepercayaan masyarakat peribumi pada masa ini
berasaskan animisme dan dinamisme.
 Sistem kepercayaan animisme bermakna kepercayaan bahawa
setiap benda (objek) ada jiwa, roh dan semangat yang
mempunyai perwatakan sendiri dan telah menerbitkan pantang
larang tertentu dalam sesuatu masyarakat.
 Sistem kepercayaan dinamisme ialah kepercayaan kepada
tenaga yang ada dalam roh, jiwa dan semangat dalam diri
manusia, haiwan, tumbuh- tumbuhan, benda-benda yang boleh
mendatangkan kesan baik dan buruk kepada manusia.
(magis,bomoh dan pawang).
 Sistem kepercayaan kepada roh nenek moyang yang dinamakan
hyang yang seerti dengan poyang atau moyang. Roh nenek
moyang ini dipercayai masih berada di kalangan mereka dan
mempunyai tenaga yang kuat yang boleh mempengaruhi
kehidupan mereka dan ianya perlu ditenangkan melalui upacara
pemujaan dan penyajian.
3.9.2 Pandangan Semesta Melayu dan Pengaruh
Agama Islam
 Kedatangan agama Islam ke Alam Melayu telah memantapkan
keseluruhan pandangan semesta Melayu dan berlakunya proses
pentakrifan semula tentangnya.
 Ayat-ayat di dalam kitab suci al-Quran bukan sahaja ditafsirkan untuk
mengetahui segala rahsia tersembunyi dalam kewujudan Tuhan, tetapi
juga untuk mengukuhkan keyakinan, ketakwaan, dan ketauhidan
mereka kepada Allah S.W.T., tuhan yang esa.
 Terdapat pelbagai nilai yang telah dibentuk secara khusus dengan
keadatangan Islam, antaranya:
1. Akidah
 Menurut Uthman Muhammady, fahaman tauhid ini mengubah world-
view orang Melayu daripada zaman Hindu-Buddha dengan
metodologinya, penyembahan rajanya, masyarakatnya, penyembahan
berhala kepada ajaran tauhid yang murni.
 Keimanan dan ketakwaan kepada Allah S.W.T. adalah perkara pokok
dalam agama Islam.
Sambungan...
2. Ketaatan kepada Sultan dan Menghormati Pemimpin
 Masyarakat Melayu begitu mentaati Sultan/Raja semenjak zaman awal
tamadun Melayu lagi. Ia merupakan satu sifat turun temurun serta
diikuti dan diajar oleh orang-orang Melayu sehingga ke hari ini.
 Kedatangan Islam memantapkan lagi nilai ini di mana ketaatan kepada
pemerintah yang mentaati Allah S.W.T. adalah tersenarai di dalam
rangkaian mentaati Allah S.W.T. dan Rasul s.a.w.
3. Kepatuhan kepada Undang-Undang dan Adat
 Masyarakat Melayu adalah masyarakat yang patuh kepada undang-
undang. Ia boleh dilihat dalam hukum-hukum adat.
4. Mendahului yang Tua
 Masyarakat Melayu sangat menghormati orang tua atau berusia.
 Nilai ini berkaitan dengan pemahaman mereka bahawa orang-orang
yang lebih tua mempunyai lebih banyak pengalaman berbanding
dengan orang-orang muda.
Sambungan...
5. Meraikan Tetamu
 Meraikan tetamu adalah satu nilai yang penting dalam masyarakat
Melayu. Mengikut ajaran Islam, tetamu membawa rezeki kepada tuan
rumah. Oleh itu orang Melayu sentiasa bersikap baik dan merai
mereka dengan sebaik mungkin.
6. Bergotong-royong dan Muafakat
 Nilai ini sebahagian daripada nilai-nilai kebudayaan Melayu yang
berteraskan kepada kepentingan kehidupan secara berkumpulan.
 Seperti pepatah Melayu ada menyebut: “bersatu kita teguh bercerai
kita roboh”, “bulat pembentung kerana air, bulat kata kerana
muafakat”, dan “berat sama dipikul, ringan sama dijinjing”.
7. Sifat Terbuka Kepada Luar
 Sifat toleransi orang Melayu ialah mempunyai sifat terbuka kepada
orang-orang luar.
 Tanpa kedatangan orang luar, masyarakat tempatan tidak mampu
untuk mengikuti perkembangan-perkembangan baru.
3.10 PENCAPAIAN TAMADUN MELAYU

 Sebelum kedatangan Islam, masyarakat Melayu hanya


mendapat pendidikan secara tidak formal di rumah seperti
kemahiran bercucuk tanam, membuat bubu dan
sebagainya yang serba ringkas.
 Selepas kedatangan Islam, keadaannya berubah dengan
kewujudan sistem persekolahan yang bermula dengan
sistem pondok.
 Masyarakat Melayu didedah dengan pembelajaran secara
lebih formal walaupun tidak menyeluruh dan sempurna.
 Di antara beberapa pencapaian tamadun Melayu ialah:
3.10.1 Sains
 Elemen kemanusiaan menjadi perkara paling penting dalam sains
tamadun Melayu.
 Ia bermaksud masyarakat Melayu sangat peka akan rasa atau perasaan
orang lain.
 Di antara contoh-contoh Sains Tamadun Melayu:
a) Masyarakat Melayu sejak dahulu sudah mampu mengkategorikan,
menyusun dan mengklasifikasikan seluruh khazanah herba yang
dihasilkan oleh hutan tropika di sekitarnya. (akar kayu, pucuk kayu,
teras kayu, dll.).
b) Mereka faham akan gerak ikan di air, segala binatang di hutan,
maksud kokok ayam dan kicau burung, mengetahui bila hari akan
siang dan bila akan malam walaupun ketika itu mungkin belum wujud
bentuk jam seperti sekarang.
c) Pawang-pawang haiwan boleh dianggap sebagai ahli zoologi Melayu
tradisional. Mereka bukan sahaja perlu mengetahui asal usul sesuatau
haiwan tersebut malah perlu mengetahui jenis makanan
kesukaannya, habitatnya dan tabiat haiwan tersebut. (gajah,
harimau dll.).
Sambungan...
d. Seorang bidan dan tukang urut pula perlu memahami struktur
anatomi tubuh badan manusia baik lelaki mahupun wanita. Mereka
tahu akan segala urat, nadi, tulang, otot, rahim dan kedudukan
organ-organ dalam tubuh tanpa perlu mebedahnya.
e. Sistem sukatan atau penakatan Melayu seperti pengukuran jarak
(jengkal, hasta, depa), timbangan (cupak, gantang, koyan),
pengukuran masa (sepurnama, sepelaung, pekan).
3.10.2 Kesenian
 Tamadun Melayu juga menghasilkan pelbagai bentuk kesenian:
a. Seni tari (zapin, mak yong, inang).
b. Seni muzik (gamelan, cak lempong, kompang).
c. Seni ukir (kayu, tembaga, masjid).
d. Seni anyaman (songket, selendang, tikar, terendak, tekat).
e. Seni bela diri (silat).
f. Seni kulinari (rendang, gulai, acar buah, nasi lemak, nasi kerabu,
nasi ambeng).
3.10.3 Persuratan
 Tradisi keintelektualan Melayu boleh dilihat pada hasil-hasil
kesusasteraan yang terdiri daripada bentuk lisan dan tulisan.
 Sastera lisan misalnya yang diperturunkan daripada satu generasi ke
satu generasi melalui proses sosialisasi anggota masyarakat
merupakan satu unsur local genius kebijaksanaan tempatan, yang
memperlihatkan kekreatifan dan kebijaksanaan berfikir anggota
masyarakatnya yang bermula pada zaman pra-literasi.
 Bentuk-bentuk sastera lisan: cerita penglipur lara, cerita jenaka,
cerita nasihat, cerita binatang seperti Sang Kancil dan cerita lagenda
seperti Mahsuri, mitos, cerita asal-usul dan lain- lain.
 Bentukbentuk ucapan lisan: pantun, peribahasa, simpulan bahasa,
pepatah, seloka dan seumpamanya.
 Kedua-dua bentuk sastera dan ucapan lisan tersebut kemudiannya
dirakam dalam bentuk tulisan.
 Ini membuktikan ciri-ciri akal budi dan kebijaksanaan orang Melayu
menangani segala gelagat penghidupan yang terhasil daripada proses
pengintelektualan orang Melayu sepanjang zaman.
Sambungan...
 Sewaktu zaman perkembangan Islam Pasai, bahasa Melayu telah
dijadikan bahasa persuratan untuk meyebarkan Islam.
 Tulisan jawi pula merupakan tulisan yang digunakan dalam
kesusasteraan Melayu.
 Hasil-hasil kesusasteraan dipenuhi dengan ciri kesusasteraan agama
khususnya sastera kitab, riwayat hidup Nabi Muhammad s.a.w., cerita
nabi-nabi, para sahabat, pahlawan dan sejarah seperti Hikayat Raja-
Raja Pasai.
 Contoh: Riwayat hidup Nabi Muhammad s.a.w. (Hikayat Nur
Muhamammad, Hikayat Bulan Berbelah, Hikayat Nabi Mi'raj, Hikayat
Nabi Wafat), Ketokohan pahlawan Islam (Hikayat Muhammad
Hanafiyah, Hikayat Amir Hamzah).
 Apabila kesusateraan Melayu sampai di Melaka, kisah mengenai nabi-
nabi dan pahlawan Islam telah 'dimelayukan'.
 Selepas Melaka jatuh ke tangan Portugis, kesusateraan Melayu telah
berpindah ke Johor sehingga pengaruh kesusasteraan dari Melaka
telah meresap ke dalam Johor (contoh: Undang-Undang Johor
diadaptasi daripada Hukum Kanun Melaka).
Sambungan...
 Kerajaan Islam Aceh (1500-1900) telah muncul dan banyak sumbangan
mereka terhadap Kesusasteraan Islam dan Sejarah Melayu.
 Contoh: Hamzah Fansuri (Sya'ir Perahu, Sya'ir Burung Pungguk dan Syarab
al-Asyikin), Syamsuddin al-Sumatrani (Mir'atal-Mu'min), Syeikh Nuruddin
al-Raniri (Hujjah al-Siddiq li dafa 'al-'Zindiq dan Tihyan fi Ma'rifat al-
Adyan), Abdul Rauf al-Singkeli (Mir'at al- Tullab).
 Di Palembang, Sumatera dalam bidang karya agama muncullah Syeikh
Abdul Samad al-Palembani dengan karyanya berjudul Hidayat al-Salikin,
Sair al-Salikin dan lain-lain.
 Di Patani, Islam menjadi agama rasmi sesudah rajanya memeluk Islam
pada awal kurun ke-16 dan dengan itu bermulalah kegiatan keislaman
yang kuat melalui sistem pendidikan Islam secara sistem pondok yang
telah melahirkan masyarakat Islam dan para ulama Islam yang kukuh dan
berpengaruh.
 Ulama Patani yang paling terkenal ialah Syeikh Daud bin Abdullah al-
Fatani (1740-1847) yang mula-mula belajar di Patani kemudian ke Aceh
dan seterusnya ke Haramain (Makkah dan Madinah). Karyanya yang
berjumlah tidak kurang daripada 57 buah yang mencakupi hampir semua
bidang pengajian Islam, antaranya ialah Furu 'al-Masa 'il.
3.10.4 Ilmu dan Teknologi Tamadun Melayu
 Tamadun Melayu juga banyak menghasilkan ilmu-ilmu yang berkaitan
dengan teknologi. Ilmu-ilmu teknologi yang dihasilkan dan diubahsuai
oleh tamadun Melayu menunjukkan kebijaksanaan masyarakat
tempatan.
 Perdagangan merupakan faktor yang turut membawa pengaruh dalam
pembentukan seni budaya Melayu. Mereka mengadapatasi segala
barang dagangan daripada seluruh dunia seperti sutera dari China,
benang kapas dari India, kertas dan dakwat dari Eropah, kain bertekat
dari Timur Tengah dan mengolahnya mengikut daya kreativiti mereka.
 Contoh: kain songket, kain sutera, kain limar, kain batik, seni khat,
seni tekat, ikat dan celup warna (tie and dye), dan seni anyaman
bakul, tikar, dan kelarai.
Sambungan...
 Seni bina Melayu dalam menghasilkan bangunan bukan sahaja menjadi
tempat pelindungan bagi masyarakat Melayu tetapi menampilkan
wajahnya yang sesuai dengan fungsinya.
 Contoh: Masjid yang terisi dengan mimbar, telaga atau pancur air
untuk tempat berwuduk dan bumbung yang khusus bentuknya
memberikannya ciri seni bina masjid.
 Contoh: Istana golongan raja-raja perlu pula diserikan dengan
balairong penghadapan, tempat persemayaman diraja, balai istiadat
dan seumpamanya.
 Contoh: Seni persembahan orang Melayu menampilkan kelembutan
dan kesopanan wanita Melayu, dan sebaliknya ketampanan dan
ketangkasan lelaki Melayu.
3.11 KESIMPULAN
 Tamadun Malaysia yang sedang mengalami proses pemantapan
sekarang wujud hasil daripada satu proses sejarah yang
berkesinambungan melalui pelbagai sumber sejarah dan kaedah
arkeologi.
 Dari segi sejarah telah terbukti bahawa wilayah politik atau negara-
bangsa yang dikenali sebagai Malaysia merupakan lanjutan daripada
kemunculan politik-politik atau kerajaan-kerajaan Melayu lebih awal
yang terangkum dalam satu wilayah budaya yang dikenali sebagai
Gugusan Kepulauan Melayu.
 Kini Malaysia merupakan sebuah negara-bangsa yang berbentuk
persekutuan yang mengandungi komponen beberapa buah negeri
Melayu.
 Secara keseluruhannya, nilai tambah dan faktor paling penting yang
menjadikan tamadun Melayu begitu kukuh ialah peranan bahasa
Melayu dan agama Islam yang rasional dan berdaya maju serta
menjadi penentu kepada jatuh bangunnya tamadun Melayu itu sendiri.

You might also like