You are on page 1of 25

KESAHAN ALAT UKUR

UJIAN
KESAHAN

Kesahan sesuatu ujian


menggambarkan sejauhmana ujian
atau alat ukuran mengukur apa yang
sepatutnya ia dikehendaki mengukur
(Tuckman, 1978)

Sesuatu ujian dikatakan mempunyai


kesahan yang tinggi sekiranya darjah
keupayaannya mengukur apa yang
sepatutnya ia ukur adalah tinggi
(Sidek Mohd Noah, 1990)
 Mengikut Mohd Majid (2005) kesahan
sesuatu alat ukur merujuk kepada sejauh
mana alat tersebut itu mengukur data
yang sepatutnya hendak mengukur.
Mengikut Anastasi dan Urbina (1997) pula,
kesahan dalam ujian merupakan apa yang
ujian itu ukur dan sebaik mana ia
melakukannya. Alias Baba (1999)
menyatakan kesahan ujian menunjukkan
ujian itu benar-benar mengukur apa yang
sepatutnya diukur.
Murphy dan Davidshover (1989)
menyebut bahawa terdapat dua
pengertian kesahan iaitu menentukan
apakah alat ukuran mengukur apa
yang hendak diukur dan juga apakah
alat ukuran itu membuat keputusan
yang tepat?
JENIS-JENIS KESAHAN

Kesahan Muka
Kesahan Kandungan
Kesahan Gagasan
Kesahan
- Kriteria Jangkaan
- Kriteria Serentak
Kesahan Muka

 Kesahan muka ialah semakan dari segi kesesuaian


bahasa Kesesuaian bahasa dinilai dari sudut ketepatan
bahasa dan kefahaman oleh subek. Seterusnya, tiga
khidmat pakar bahasa diminta untuk menyemak,
memberi cadangan untuk membaiki bahasa, struktur
ayat dan kefahaman istilah-istilah.
Kesahan Kandungan

 Kesahan kandungan sesuatu alat ukur memberi fokus


kepada kandungan item-item dalam ujian.
 Kesahan kandungan merujuk kepada sejauh mana alat
ukuran tersebut berupaya mengumpul data yang
merangkumi isi kandungan sesuatu bidang yang diukur.
Kesahan Gagasan

 Perkataan minat, motivasi, stres merupakan gagasan.


 Gagasan merupakan sekumpulan konsep yang ada
difikiran tetapi kita tidak dapat melihat objeknya
secara langsung
 Kesahan gagasan sesuatu alat ukuran merujuk kepada
sejauh mana alat ukuran tersebut menghasilkan
gerakbalas yang mewakili gagasan yang diukur.(Mohd
Majid , 2005)
 Oleh kerana gagsan terbentuk dari sekumpulan konsep,
definisi gagasan biasanya dikaitkan dengan konsep yang
membentuk gagasan
KESAHAN GAGASAN

Gagasan bersifat abstrak, ia wujud tetapi


kewujudannya tidak dapat diukur secara
langsung

Guna kajian interkorelasi dan analisis faktor

Gagasan, konstruk, tret dan faktor adalah


merujuk kepada perkara yang sama
Tuckman (1978) kesahan gagasan
ialah kesahan yang didapati
dengan mengaitkan andaian ukuran
sesuatu gagasan atau kuantiti
hipotetikal dengan sesuatu
tingkahlaku atau manifestasi yang
dijangka akan berlaku.
Dalam menentukan kesahan gagasan
sesuatu ujian penyelidik perlu
mendefinisikan sesuatu gagasan atau
konstruk yang dikaji terlebih dahulu.
Selepas sesuatu gagasan didefinisikan,
penyelidik perlu mengenal pasti sama
ada alat ukuran yang dibentuk bagi
mengukur sesuatu gagasan
memperlihatkan wujudnya hubungan
antara gagasan dan hasil jangkaan
KESAHAN KRITERIA
Kesahan kriteria sesuatu alat ukuran merujuk kepada
sejauhmana pertalian antara item-item dalam alat
ukuran dengan kriteria luar yang berkecuali
Kriteria yang hendak diukur adalah kriteria yang tekal
sebagaimana yang ditunjukkan oleh subjek diluar
pengukuran.
KESAHAN KRITERIA

 Kritreria yang digunakan bagi menentukan kesahan


kriteria biasanya terdiri daripada dua jenis iaitu kriteria
jangkaan dan kriteria serentak.
KESAHAN KRITERIA

 Kriteria serentak ialah kriteria yang ditunjukkan pada


masa yang sama atau hampir sama dengan pengukuran
yang dikenakan ke atas kriteria tersebut.
KESAHAN KRITERIA

 Alat kajian bagi mengukur kebolehan bermain muzik


dikatakan mempunyai kesahan kriteria serentak yang
tinggi sekiranya seseorang pelajar yang mempunyai
kebolehan yang cemerlang dalam ujian tersebut juga
pada masa yang sama menunjukkan kebolehan bermain
muzik yang baik
KESAHAN KRITERIA

 Kriteria jangkaan ialah kriteria yang ditunjukkan pada


selang masa yang berbeza selepas pengukuran
dikenakan ke atas kriteria tersebut.
KESAHAN KRITERIA

 Kesahan kriteria jangkaan alat kajian bagi mengukur


kebolehan pelajar bermain muzik rendah apabila
pelajar yang mencapai kebolehan tinggi dalam ujian
tersebut tidak dapat menunjukkan kebolehan bermain
muzik yang baik apabila beliau mengadakan konsert
bermain muzik beberapa bulan selepas ujian tersebut
dijalankan.
Kesahan dan kebolehpercayaan soal
selidik

 Proses kesahan soal selidik mempunyai tiga fasa utama


iatu, fasa I: pembinaan konstruk, subkonstruk dan item-
item soalselidik berdasarkan penyelidikan kepustakaan,
fasa II adalah kesahan muka, kesahan kandungan oleh
pakar, kesahan nilai korelasi item keseluruhan dan
kesahan konstruk. Fasa III ialah ujian nilai korelasi
antara faktor dan analisis kebolehpercayaan.
Kesahan Soal Selidik

 Kajian fasa I ialah pembinaan konstruk, subkonstruk dan


penulisan item-item berdasarkan penyelidikan
kepustakaan.
Kesahan Soal Selidik

 Kajian Fasa II
 Kajian fasa II adalah mendapatkan kesahan. Terdapat
empat kesahan dijalankan, iaitu; a) kesahan muka, b)
kesahan kandungan oleh pengkritik luar (external
critism), c) kesahan menggunakan nilai korelasi item
keseluruhan dan d) kesahan analisis faktor. Bagi kesahan
muka, semakan dari segi kesesuaian bahasa dijalankan
ke atas sekumpulan pelajar-pelajar tingkatan empat
untuk dinilai dari sudut ketepatan bahasa dan
kefahaman oleh subek pelajar. Seterusnya, tiga khidmat
pakar bahasa diminta untuk menyemak, memberi
cadangan untuk membaiki bahasa, struktur ayat dan
kefahaman istilahistilah.
Kesahan Soal Selidik

 Bagi menguji kesahan soal selidik dengan kaedah


pengkritik luar (external critism), sebanyak tujuh
kesahan pakar diperolehi. Mengikut Othman Mohamed
(2004) enam hingga sembilan orang pakar sudah
memadai dalam membuat penilaian terhadap konstruk
dan item kajian. Pemilihan panel pakar dilakukan
berdasarkan kepakaran dalam bidang bimbingan dan
kaunseling, pembinaan soalselidik dan pengalaman yang
mendalam sebagai ahli akademik bidang psikologi dan
kaunseling.
Kesahan Soal Selidik

 Bagi proses ini, pengkaji telah menyediakan salinan


lengkap soal selidik yang mengandungi pengenalan
kajian, konstruk, subkonstruk dan item-item untuk
mendapatkan kritikan dan cadangan pakar. Format khas
Soal selidik bagi pengesahan pakar ini menggunakan
skala penilaian sepuluh mata pilihan iaitu; 1 (sangat
tidak setuju) hinggalah 10 (sangat setuju).
Kesahan Soal Selidik

 Seterusnya, kaedah kesahan dengan mengkorelasikan


setiap item dengan keseluruhan item melalui pengiraan
statistik korelasi Pearson pada aras alpha .50. Ini akan
memperolehi nilai signifikan bagi subkonstruk soal
selidik. Seterusnya, ujian analisis faktor dijalankan
dengan menggunakan Teknik Extraction Method:
Principal Component Analysis (PCA) dan Varimax
Rotation bagi menentukan kesahan konstruk item-item
yang telah dibina serta melihat kelompok faktor dan
subfaktor yang dikaji
Kebolehpercayaan Soal
Selidik
 Kajian Fasa III Fasa III ialah analisis ujian
kebolehpercayaan soals selidik. Ini bagi memastikan
soalselidik yang dibina mempunyai ketekalan tinggi
dalam mengukur aspek yang sepatutnya diukur (Sidek
dan Jamaludin, 2005). Asas bagi nilai kepercayaan
soalselidik yang baik diambil daripada Kerlinger (1979)
bahawa sesuatu soal selidik yang mempunyai nilai α
(alpha) melebihi 0.6 pada aras signifikan .05 adalah
penilaian yang baik.

You might also like