You are on page 1of 25

PERMUAFAKATAN

POLITIK DI TANAH
MELAYU
PERMUAFAKATAN DI TANAH MELAYU
Penglibatan penduduk tempatan dalam proses politik secara meluas dapat dilihat
semasa British memperkenalkan Malayan Union dan penyerahan Sabah dan Sarawak
kepada British sebagai tanah jajahan pada tahun 1946.
Usaha ke arah kerjasama politik telah dimulakan sebelum kemerdekaan lagi, iaitu:

AMCJA-PUTERA = KERJASAMA DUA


GOLONGAN KIRI MELAYU DENGAN
BUKAN MELAYU DALAM GERAKAN PERIKATAN UMNO-MCA
NASIONALISME DI TANAH MELAYU

MIC
Pada tahun 1946, British telah memperkenalkan Malayan
Union.
Pemusatan kuasa di tangan kerajaan pusat.

Raja-raja Melayu hilang kuasa, kecuali hal berkaitan


dengan Islam dan adat istiadat Melayu.
Hak kerakyatan yang bebas berdasarkan prinsip jus
soli.
Malayan union merupakan satu
UMNO ditubuhkan pada 11
bentuk pemerintahan yang
Pemerintahan ini mendapat Mei 1946. Tujuan UMNO
berasaskan idea negara bangsa
tentangan hebat daripada adalah untuk memelihara
yang bersifat unitary, yakni
orang Melayu di bawah kepentingan orang Melayu
memberi pengakuan
pimpinan Dato Onn bin Jaafar. serta mengukuhkan kuasa
kesaksamaan kepada semua
politik mereka.
penduduk sebagai rakyat

MCA ditubuhkan pada Feb MIC pula ditubuhkan pada


1949 dengan Tun Tan Cheng Ogos 1946 dengan John Thivy
Lock sebagai Presiden. sebagai presiden. Tujuannya
Tujuannya untuk melindungi adalah untuk menjaga
kepentingan dan kebajikan kepentingan dan kebajikan
orang Cina di Tanah Melayu. orang India di Tanah Melayu.
Penubuhan kedua-dua parti ini adalah bertujuan untuk membuktikan
kepada British bahawa orang Cina dan India bersedia bekerjasama
dengan orang Melayu untuk membentuk negara Tanah Melayu yang
bersatu.
Kerjasama etnik dalam Perikatan membawa kepada kejayaan besar
dalam proses politik awal di Tanah Melayu.

Misalnya:

1) Pilihan raya Majlis perbandaran Kuala Lumpur pada tahun 1952,


UMNO dan MCA telah memenangi 9 daripada 12 kerusi.
2)Pilihan Raya Persekutuan 1955 pula, Perikatan telah berjaya memenangi
51 daripada 52 kerusi Majlis Perundangan Persekutuan.
Dato Onn Jaafar telah menubuhkan sebuah parti multietnik,
IMP setelah cadangannya ditolak untuk membuka keahlian
UMNO kepada orang bukan Melayu.

Selepas kemerdekaan, kerjasama berdasarkan konsep


musyawarah terus dilaksanakan oleh etnik antara parti
politik masing-masing.

Parti Perikatan telah bertambah besar apabila terdapatnya


ahli komponen baru iaitu Parti Islam Se-Malaysia (PAS),
Gerakan dan Sarawak United People’s Party (SUPP).

Parti Perikatan kemudiannya ditukarkan kepada Barisan


Nasional semenjak Pilihan Raya Umum 1974.
PERMUAFAKATAN
Politik di
Sarawak
Di Sarawak, pelbagai parti politik telah ditubuhkan dan sebahagian besarnya telah menjadi anggota
Barisan Nasional. Parti terawal yang ditubuhkan ialah SUPP (Parti Bersatu Rakyat Sarawak).
Cadangan Persekutuan Malaysia turut mendorong
etnik peribumi menubuhkan parti masing-masing.

Dalam kalangan etnik Dayak, Stephen Kalong


Ningkan telah menubuhkan Parti Kebangsaan
Sarawak atau Sarawak National Party (SNAP) pada
tahun 1961.

Parti Pesaka Anak Sarawak telah ditubuhkan oleh


Temenggung Jugah pada tahun 1962 kerana Dayak
tidak mendapat tempat di Lembah Rejang.
Bagi Melayu dan Melanau, dua parti ditubuhkan iaitu Parti
Negara Sarawak (PANAS) pada 1960 dan Barisan Rakyat Jati
Sarawak (BERJASA) pada 1961.

Sementara SUPP yang tidak sehaluan dengan pemerintah


kolonial, sebuah lagi parti iaitu Sarawak Chinese Association
(SCA) telah ditubuhkan pada 1962.

Sebelum penubuhan Malaysia, semua parti di Sarawak, kecuali


SUPP bergabung membentuk Perikatan untuk menubuhkan
kerajaan pertama di bawah pentadbiran kolonial British. [Parti
Perikatan Sarawak diketuai oleh Stephen Kalong Ningkan dari
SNAP]
Walaupun dalam Pakatan Perikatan, persaingan tetap wujud
antara etnik dan Parti Perikatan. Etnik Dayak berpecah antara
SNAP dan PESAKA, sementara Melayu dan Melanau berpecah
antara BERJASA dan PANAS. Majoriti Cina menyokong SUPP
manakala SCA hanya mendapat sokongan segelintir Cina.

Selepas 1970, SUPP telah berjaya meningkatkan popularitinya


kerana SUPP telahpun menjadi parti pilihan kepada Melayu
dan Melanau. Sokongan untuk SCA sangat kurang dan parti
tersebut hilang dari scenario politik negeri.

Pada akhir 1970, Democratic Action Party (DAP) muncul di


Sarawak sebagai pesaing kepada SUPP untuk mendapatkan
sokongan orang Cina. Sejak itu, DAP mengalami nasib politik
turun naik.
Secara keseluruhannya, kejayaan DAP dalam kawasan Cina di
Sarawak tidak sampai ke tahap menjejaskan kedudukan SUPP
dalam Barisan Nasional.

Bagi etnik Melayu dan Melanau, perpaduan politik antara kedua-dua


etnik tersebut semakin kukuh sejak penggabungan BERJASA dan
PANAS dalam Parti Bumiputera yang dipimpin oleh Abdul Rahman
Ya’akub dan Abdul Taib Mahmud pada tahun 1966.

Parti Bumiputera bukan sahaja berjaya menyatupadukan Melayu dan


Melanau, tetapi juga berjaya mendominasi politik dan kerajaan
semenjak tahun 1970. Selama lebih 30 tahun selepas penubuhan
Parti Bumiputera, kemunculan beberapa parti baharu Melayu dan
Melanau gagal menggugat kedudukan politik Melayu dan Melanau.
Kekuatan politik Melayu dan Melanau meningkat apabila
Temenggung Jugah membawa PESAKA bergabung dengan
Parti Bumiputera untuk membentuk Parti Pesaka Bumiputera
Bersatu (PBB) pada tahun 1973.

Kepimpinan PBB sering menghadapi cabaran, khasnya daripada


golongan Melayu yang mendakwa kepentingan mereka
diketepikan dalam parti. Cabaran ini melahirkan Persatuan Rakyat
Malaysia Sarawak (PERMAS) pada tahun 1987 yang dipimpin oleh
beberapa tokoh Melayu dan Melanau.

Pada pilihan raya umum, pakatan PERMAS dan Parti Bangsa Dayak
Sarawak (PBDS) hampir Berjaya menumbangkan kerajaan
pimpinan Abdul Taib Mahmud. Bagi etnik Dayak, mereka
berpecah antara SNAP dan PESAKA sebelum penubuhan Malaysia.
Perpisahan ini berlaku kerana PESAKA yang mewakili etnik
Dayak di Lembah Rejang bergabung dengan Parti Bumiputera
yang didominasi oleh orang Melayu dan Melanau.

Walaupun SNAP menjadi pilihan etnik Dayak


sepanjang tempoh 1970-1976, perpaduan Dayak di
bawah SNAP telah dimusnahkan dengan
penubuhan PBDS pada tahun 1983.

Sejak itu, Etnik Dayak berpecah antara PBB, SNAP


dan PBDS, termasuk segelintir yang menyokong
SUPP.
Senario perpecahan ini berterusan pada awal 1990. Ia
berakhir dengan pengharaman PBDS dan kemunculan Parti
Rakyat Sarawak (PRS) yang ditubuhkan pada tahun 2004.

SNAP pula mengalami masalah dalaman yang


melahirkan parti serpihan, Sarawak People’s
Democratic Party (SPDP) yang dipimpin oleh
William Mawan.

Walaupun kelihatan masyarakat di Sarawak


terpisah-pisah dari segi politik, tetapi semangat
untuk menjalin dan memupuk kerjasama antara
kelompok etnik masih tetap berlangsung.
SABAH
POLITIK DI SABAH
• Perkembangan politik yang sama seperti negeri-negeri yang lain.
• Hal ini berlaku disebabkan beberapa parti politik dan para pemimpin naik
turun bagi mewarnai landskap politik negeri.
• Pada mulanya, kumunculan parti-parti politik merupakan hasil tindak balas
cadangan pembentukan Persekutuan Malaysia.
• Pelbagai etnik Bumiputera seperti Kadazandusun, Bajau, Murut dan lain-
lain terpisah berasakan etnik dan agama, iaitu Islam dan bukan Islam.
• Oleh itu, parti-parti yang ditubuhkan akan berusaha untuk mendapatkan
sokongan daripada kelompok etnik tertentu sama ada yang beragama
Islam atau Kristian.
• Orang Cina turut menubuhkan parti masing-masing bagi melindungi dan
mempertahankan hak mereka dalam negara baharu.
• Sejak penubuhan Malaysia, kerjasama antara kelompok etnik di Sabah
telah terjelma dengan kerjasama antara parti politik.
• Keadaan ini bermula dengan Donald Stephens telah menubuhkan
sebuah parti bagi meyatubadukan masyarakat Kadasandusun dan
Bumiputera bukan Islam.
• Beliau mengetuai United National Kadazan Organisation (UNKO) yang
ditubuhkan pada bulan Ogos 1961.
• Bagi Bajau, Suluk dan etnik-etnik lain, Tun Dato’ Mustapha Dato’
Harun telah menubuhkan United Sabah National Organisation (USNO)
pada bulan Disember 1961.
• Sementara itu, orang Cina bernaung di bawah Sabah Chinese
Association (SCA).
• Berasaskan model UMNO-MCA-MIC, UNKO, USNO DAN SCA
bergabung untuk menubuhkan parti Perikatan di Sabah.
• Selain itu, beberapa buah parti lain turut ditubuhkan seperti Pasok
Momogun yang ditubuhkan oleh G.S. Sundang pada tahun 1962.
• Pasok Momogun bersaing dengan UNKO, khasnya bagi mendapatkan
sokongan daripada kalangan bumiputera bukan Islam.
• Bagi orang Cina, dua lagi parti politik turut ditubuhkan ialah United
Party (UP) dan Democratic Party.
• Namun, kedua-duanya tidak dapat bertahan lama.
• Selepas penubuhannya, dua parti itu telah bergabung menjadi Parti
Kebangsaan Borneo Utara pada bulan Oktober 1962.
• Kerajaan Sabah yang pertama diketuai oleh Danold Stephens (UNKO),
yakni dibentuk dalam kerangka menjalin pakatan antara etnik.
• Sementara itu, Mustapha Harun menjadi Gabenor dalam kerangka
berkongsi kuasa antara Bumiputera Islam dan bukan Islam.
• Semasa pengeluaran pergelutan kuasa antara Stephens dan
Mustapha Harun menyebabkan perancangan peralihan kuasa yang
melibatkan Peter Lo Su Yin yang dilantik sebagai Ketua Menteri.
• Mustapha Harun dan USNO mengetuai pemerintahan parti Perikatan
di Sabah untuk selama lebih kurang sepuluh tahun yang berakhir
pada pertengahan 1970an.
• Selama Mustapha Harun dan USNO mengetuai tampuk pemerintahan
negeri, semua etnik turut berada dalam pakatan Perikatan.
• Teraju kepimpinan negeri diambil alih oleh Tun Fuad Stephens dan
Kemudiannya oleh Harris Salleh selepas parti Bersatu Rakyat Jelata
Sabah (BERJAYA) memenangi pilihan raya pada tahun 1976.
• BERJAYA telah ditubuhkan pada Julai 1975.
• Ia merupakan sebuah parti politik berbilang etnik yang dianggotai
oleh BumiputeraIslam.
• Walau bagaimanapun, pucuk pimpinan BERJAYA dimonopoli oleh
Bumiputera Islam.
• Sementara corak kepimpinan Harris Salleh memerintah Sabah
menyebabkan beliau hilang sokonan daripada kerajaan pusat
Kepimpinan Sabah dan rakyatnya tidak berpuas hati.
• Tentangan terhadap Harris Salleh dan BERJAYA melahirkan sebuah
parti baharu, iaitu Parti Bersatu Sabah (PBS) yang ditubuhkan oleh
Joseph Pairin Kritingan.
• PBS merupakan parti multiteknik, walaupun kepimpinannya
dimonopoli oleh Bumiputera bukan Islam.
• Parti ini telah memerintah lebih kurang sepuluh tahun sebelum
diambil alih oleh Barisan Nasional.
• Barisan Nasional diketuai oleh UMNO.
• Dalam pilihan raya negeri Sabah 1994, PBS menang tipis, iaitu hanya
25 daripada 48 kerusi, manakala Barisan Nasioanal mendapat 23
kerusi.
• Akan tetapi, selepas beberapa hari keputusan Pilihan Raya
diumumkan, seramai 12 ADUN PBS telah keluar parti dan
menubuhkan parti-parti baharu yang kemudianya diterima meyertai
Barisan Nasional.
• Akibatnya pada 17 Mac 1994, Datuk Joseph Pairin Kitingan yang
mengetuai kerajaan Negeri Sabah dengan kemenangan yang tipis itu
terpaksa membubarkan kerajaan dan sekaligus memberi laluan
kepada Barisan Nasional untuk menerajui Kerajaan Negeri Sabah.
• Kejatuhan PBS telah membawa kepada perubahan besar dalam politik
di Sabah iaitu,
1. UMNO telah berjanji sekiranya parti tersebut Berjaya merampas
pemerintahan negeri, Jawatan Ketua Menteri akan menikut giliran
antara Bumiputera Islam, Bumiputera bukan Islam dan Cina supaya
semua mempunyai peluang untuk memerintah. Sejak tahun 1994,
atas semangat kerjasama antara etnik, jawatan Ketua Menteri
disandang oleh beberapa pemimpin daripada golongan etnik yang
berbeza-beza bagi memenuhi janji Barisan Nasional dalam pilihan
raya umum negeri tahun 1994.
2. Kejatuhan PBS telah melahirkan beberapa buah parti baharu seperti
Parti bersatu Rakyat Sabah (PBRS) dan Parti Demokratik Sabah
(PDS), yakni melibatkan mantan pemimpin utama dari PBS.
Antaranya, ialah Bernard Dompok yang mengetuai PDS dan Joseph
Kurup yang mengetuai PBRS.
• Kesimpulanya, proses politik di Sabah turut memperlihatkan
kewujudan parti-parti politik berasaskan kepentingan kelompok etnik
tertentu.
• Pada masa yang sama, usaha-usaha terus dijalankan untuk memupuk
perpaduan etnik melalui kerjasama politik.
• Etnik Bajau, Suluk, Melayu Brunei dan Bumiputera lain yang
beragama Islam telah Berjaya disatukan di bawah UMNO yang mula
bertapak di Sabah pada awal tahun 1990-an.
• Sementara itu, perpaduan Kadazandusun atau Bumiputera bukan
Islam di belakang PBS masih berhadapan dengan cabaran daripada
beberapa buah parti seperti UPKO dan PBRS.
• Namun demikian, dengan kemasukan PBS ke dalam Barisan Nasional
pada tahun 2003, semua parti yang bersaing untuk mendapatkan
sokongan Kadazandusun ialah ahli komponen Barisan Nasioanl.
• Jelaslah bahawa kerjasama antara etnik dalam proses politik bukan
suatu perkara mustahil.

You might also like