You are on page 1of 5

TATACARA PELAJAR KE

DEWAN PEPERIKSAAN
SPM 2019
• Calon hendaklah menyemak kod kertas, nama kertas, masa
peperiksaan dan arahan pada muka hadapan buku soalan.

• Calon dilarang meniru, memberi tiru, menyamar, tukar tempat


duduk dan menyeleweng. Gerak – geri calon yang mencurigakan
akan diperhatikan.

• Botol air diletak di kaki meja.

• Kad pengenalan dan slip peperiksaan letak di atas meja sebelah


kanan.Jika hilang, jangan panik sila dapatkan surat pengesahan
daripada sekolah.
• Pastikan calon mematuhi peraturan peperiksaan daripada Lembaga
Peperiksaan Malaysia, peraturan sekolah dan peraturan kementerian
pendidikan Malaysia.Jika melanggar peraturan, keputusan
peperiksaan boleh digantung.

• Nota, kertas, buku, surat khabar, kotak pensel, beg pensel jernih,
telefon bimbit dilarang bawa masuk.

• Gunakan pensel 2B atau BB untuk jawapan objektif bermaklumat. (


OMR)
• Sebaiknya gunakan pen hitam untuk buku jawapan atau helaian
tambahan. Ikat helaian tambahan dengan benang, mengikut susunan
nombor soalan. Jangan malu minta helaian tambahan, cuma angkat
tangan.

• 30 minit pertama calon dilarang keluar.

• 10 minit terakhir juga calon dilarang keluar dewan.


• Patuhi etika berpakaian dan rambut pendek. Calon juga dilarang
merokok.

• Calon ke tandas bersama pengawas peperiksaan. Calon dilarang


berbual, berkomunikasi dan membaca nota di dalam tandas. Semasa
ke tandas, calon mungkin mendapatkan bantuan luar.

• Jika kemalangan atau sakit, bilik khas akan disediakan dan pengawas
peperiksaan akan bertugas di sana. Sila maklumkan kepada pihak
sekolah.

You might also like