You are on page 1of 82

PERLEMBAGAAN

MALAYSIA DALAM
KONTEKS
HUBUNGAN ETNIK
DI MALAYSIA

SAS/CTU553 BAB 3
KANDUNGAN
3.1 Pengenalan
3.2 Definisi Perlembagaan
3.3 Sejarah Penggubalan Perlembagaan
Malaysia
3.4 Unsur-unsur tradisi Perlembagaan dan
Kontrak Sosial
3.5 Perkara 3
3.6 Perkara 152
3.7 Perkara 153

SAS/CTU553 BAB 3
PENDAHULUAN

 Perkara-perkara yang menyentuh isu bahasa,


agama, kedudukan istimewa bumiputera dan
kewarganegaraan dalam Perlembagaan Malaysia
menjadi faktor penting untuk mewujudkan
hubungan etnik yang erat dan utuh di kalangan
rakyat Malaysia.

 Perkara-perkara yang dianggap menguntungkan


orang Melayu dalam Perlembagaan Malaysia
diimbangi dengan peruntukan lain yang juga
memberi kelebihan kepada kaum bukan
bumiputera.

SAS/CTU553 BAB 3
 Bagi sebuah negara yang berdaulat,
perlembagaan merupakan sumber undang-undang
tertinggi sesebuah negara dan setiap individu
perlu mematuhi keluhurannya.

 Dalam konteks Perlembagaan Islam, negara


Islam pertama iaitu Madinah di bawah pimpinan
Rasulullah s.a.w telah membentuk Sahifah
Madinah bagi melicinkan pentadbiran negara
Madinah yang terdiri daripada pelbagai kaum.

SAS/CTU553 BAB 3
DEFINISI PERLEMBAGAAN

1. Satu set peraturan tentang hak, kuasa


dan prosedur serta tanggung jawab pihak
yang mengawal dengan memandu hubungan
di antara satu autoriti dengan autoriti
yang lain, dan juga antara autoriti dengan
rakyat awam.

2. Satu dasar atau formula yang menyatakan


tugasan kuasa-kuasa awam di dalam
sesebuah negara dibahagikan dan
digunakan.

SAS/CTU553 BAB 3
 Perlembagaan adalah sumber undang-undang
tertinggi sesebuah negara.

 Berperanan sebagai panduan bagi pembentukan


undang-undang sama ada di pihak kerajaan atau
rakyat

 Umumnya ia terbahagi kepoda dua jenis:

Pertama: perlembagaan bertulis


Kedua: perlembagaan tidak bertulis

SAS/CTU553 BAB 3
 Perlembagaan bertulis: perlembagaan yang
dikumpul dan disusun dalam satu dokumen.

 Perlembagaan tidak bertulis: semua prinsip


perlembagaan yang tidak terkumpul dalam
satu dokumen seperti undang-undang yang
diluluskan oleh parlimen dan keputusan-
keputusan mahkamah.

 Malaysia amalkan perlembagaan bertulis, di


mana badan perundangan, kehakiman dan
eksekutif mendapat kuasa daripada
perlembagaan.
SAS/CTU553 BAB 3
 Perlembagaan Malaysia mengandungi:
 15 Bahagian
 183 Perkara
 13 Jadual

 Ia menyentuh bidang kuasa eksekutif,


legislatif, kehakiman, kedudukan agama
Islam, kewarganegaraan, bahasa
kebangsaan, kedudukan istimewa orang
Melayu & bumiputera Sabah/Sarawak dll

SAS/CTU553 BAB 3
KETERTINGGIAN
PERLEMBAGAAN

SAS/CTU553 BAB 3
KETERTINGGIAN PERLEMBAGAAN

 Di Malaysia, tidak ada institusi yang boleh


mengatasi ketertinggian Perlembagaan Malaysia.

 Malah ketiga-tiga badan kerajaan (perundangan,


kehakiman, eksekutif) & Yang di Pertuan Agong
juga tertakluk kepada Perlembagaan Malaysia.

 Contoh: kuasa perundangan dan kehakiman


(mahkamah) dijalankan tertakluk kepada
sekatan-sekatan yang dikenakan oleh
Perlembagaan.

SAS/CTU553 BAB 3
 Undang-undang persekutuan atau negeri
mengenai sesuatu perkara boleh
diisytiharkan TIDAK SAH oleh mahkamah
jika undang-undang itu bercanggah dengan
Perlembagaan Persekutuan.

 Ini kerana, perlembagaan memperuntukkan


dengan nyata dalam Perkara 4(1):
Perlembagaan Malaysia adalah undang-
undang utama persekutuan dan apa-apa
undang-undang yang diluluskan yang
berlawanan dengan perlembagaan adalah
terbatal setakat mana yang berlawanan.

SAS/CTU553 BAB 3
SEJARAH
PENGGUBALAN
PERLEMBAGAAN
MALAYSIA
SAS/CTU553 BAB 3
SEJARAH PENGGUBALAN
PERLEMBAGAAN MALAYSIA
 Sepanjang penjajahan, orang Melayu
sentiasa bangkit menentang.

 Selain perjuangan berdarah yang bermula


sejak penjajahan Portugis di Melaka,
Belanda, Inggeris & Jepun, perjuangan juga
digerakkan melalui semangat kebangsaan.

 Menjelang abad ke 20, muncul pertubuhan-


pertubuhan seperti Kesatuan Melayu
Singapura, Kesatuan Melayu Perak, Kesatuan
Melayu Muda dll yang menjadi medium
menentang penjajah.

SAS/CTU553 BAB 3
 Media massa seperti akhbar & majalah juga
berperanan sebagai medium penyebaran
semangat perjuangan seperti Utusan Melayu,
Majlis, Al-Imam, Saudara dan Warta
Sarawak.

 Muncul tokoh-tokoh intelektual Melayu


seperti Rahim Kajai, Ibrahim Yaakob, Pak
Sako dll menyedarkan orang Melayu supaya
bangun menuntut kemerdekaan.

SAS/CTU553 BAB 3
MALAYAN
UNION

SAS/CTU553 BAB 3
MALAYAN UNION

 Selepas Jepun menyerah kalah dan British


datang semula ke Tanah Melayu, Parlimen
British telah meluluskan Malayan Union pada
10 Oktober 1945.

 Sir Harold Mac Michael dilantik sebagai wakil


British untuk mendapatkan tandatangan raja-
raja Melayu.

SAS/CTU553 BAB 3
SEBAB PENUBUHAN
MALAYAN UNION
1. Untuk menyatukan negeri-negeri dan
meningkatkan kecekapan pengurusan
pentadbiran.

2. British menyimpan perasaan anti-Melayu


kerana orang Melayu berkerjasama dengan
Jepun sebelum ini dan pengenalan Malayan
Union dapat melemahkan kuasa orang Melayu
terutamanya Raja-raja Melayu.

3. Menjadi asas kepada British untuk


masyarakat tempatan memerintah negara
sendiri.

SAS/CTU553 BAB 3
CIRI-CIRI MALAYAN UNION
1. Semua negeri Melayu kecuali Singapura
disatukan di bawah pemerintahan Gabenor
British. Gabenor ini pula dibantu oleh
Majlis Mesyuarat Persekutuan dan Majlis
Undangan.

2. Singapura dijadikan tanah jajahan


berasingan.

3. Kedaulatan raja-raja Melayu dihapuskan.

4. Hak kerakyatan yang sama bagi semua


orang tanpa mengira bangsa dan
keturunan.

SAS/CTU553 BAB 3
SEBAB-SEBAB PENENTANGAN

1. Kuasa Raja-raja Melayu dilenyapkan


dalam urusan pentadbiran negeri.

2. Singapura dipisahkan dari Malayan


Union dan ia kekal sebagai tanah
jajahan Inggeris.

3. Hak kerakyatan diberikan berdasarkan


prinsip Jus Soli.

SAS/CTU553 BAB 3
4. Hak sama rata kepada semua
warganegara tanpa mengira bangsa
iaitu penduduk peribumi tidak memiliki
apa-apa keistimewaan.

5. Cara Sir Harold Mc Michael


mendapatkan tandatangan raja-raja
Melayu yang menggunakan cara
paksaan dan ugutan.

SAS/CTU553 BAB 3
PENENTANGAN MALAYAN UNION
 Malayan Union mendapat tentangan hebat dari
orang Melayu.

 Tapi Malayan Union tetap diisytiharkan pada 11


April 1946 dan Sir Edward Gent sebagai
gabenor pertama.

 Orang Melayu memulaukan majlis pengisytiharan


itu dan akhirnya British mengalah dan
menggantikan Malayan Union kepada Persekutuan
Tanah Melayu.

 British sedar tanpa sokongan orang Melayu


Malayan Union akan gagal.

SAS/CTU553 BAB 3
PERSEKUTUAN
TANAH MELAYU

SAS/CTU553 BAB 3
PENUBUHAN PERSEKUTUAN
TANAH MELAYU

 British tubuhkan Jawatankuasa Kerja pada


Julai 1946 yang terdiri daripada 4 wakil
raja-raja Melayu, 2 wakil UMNO dan 6
pegawai British.

 Ia bertanggung jawab merangka sebuah


perlembagaan baru yang boleh diterima oleh
orang Melayu.

SAS/CTU553 BAB 3
 Kemudian, British tubuhkan pula
Jawatankuasa Perundingan pada Disember
1947 yang terdiri daripada orang Eropah,
Cina dan India, tujuannya untuk
mendapatkan pandangan orang bukan
Melayu mengenai perlembagaan Persekutuan
Tanah Melayu.

 Persekutuan Tanah Melayu akhirnya


diisytiharkan pada 1 Februari 1948

SAS/CTU553 BAB 3
CIRI-CIRI PERLEMBAGAAN
PERSEKUTUAN TANAH MELAYU
1. 9 negeri Melayu terlibat dalam persekutuan
termasuk Pulau Pinang dan Melaka.
Singapura kekal menjadi tanah jajahan yang
berasingan.

2. Kerajaan Persekutuan Tanah Melayu akan


diketuai oleh Pesuruhjaya Tinggi British dan
dibantu oleh Majlis Undangan Persekutuan
dan Majlis Mesyuarat Kerajaan
Persekutuan.

3. Majlis Mesyuarat Persekutuan akan


dianggotai oleh 17 ahli iaitu 7 ahli majlis
rasmi, 7 ahli tidak rasmi dan 3 ahli ex-
officio.
SAS/CTU553 BAB 3
4. Majlis Undangan Persekutuan dipengerusikan
oleh Pesuruhjaya Tinggi..

5. Sultan-sultan diberi semula hak dan kuasa


memerintah tetapi dengan nasihat Majlis
Mesyuarat Negeri dan Majlis Undangan
Negeri

SAS/CTU553 BAB 3
6. Syarat kewarganegaraan diketatkan iaitu
seseorang pemohon mestilah lahir di Tanah
Melayu dan telah bermastautin selama 8–
12 tahun. Seorang pemohon asing mestilah
bermastautin selama 15 tahun. Umur
minimum bagi kedua-dua situasi tersebut
adalah 18 tahun dan mempunyai
pengetahuan Bahasa Melayu yang baik.

7. Orang Melayu diberi hak keistimewaan


sebagai kaum bumiputera dan mempunyai
perwakilan terbesar dalam Kerajaan
Persekutuan dan Negeri.

SAS/CTU553 BAB 3
MAJLIS MESYUARAT KERJA
PERSEKUTUAN
 Sebagai proses ke arah berkerajaan sendiri.

 1951- Sistem Ahli diperkenalkan.

 British melantik beberapa warganegara


Persekutuan Tanah Melayu menjadi ahli dalam
Majlis Mesyuarat Kerja Persekutuan yang diberi
taraf seperti menteri.

 Tujuannya untuk memberi peluang dan latihan


kepada pemimpin tempatan bagi mendapatkan
pengalaman memerintah secara demokrasi.

SAS/CTU553 BAB 3
KEMERDEKAAN

SAS/CTU553 BAB 3
PILIHANRAYA
 Pilihanraya 1:
 1 Disember 1951, untuk pilih wakil-wakil dalam
Majlis Perbandaran Pulau Pinang.
 UMNO & MCA bergabung membentuk
PERIKATAN.
 Menang kesemua sembilan kerusi yang
dipertandingkan.

 Pilihanraya 2:
 Februari 1952, pemilihan untuk Majlis
Perbandaran Kuala Lumpur
 12 kerusi dipertandingkan
 Perikatan menang 9 kerusi, selebihnya oleh IMP
dan calon bebas.

SAS/CTU553 BAB 3
 1953: Perikatan cadangkan kepada British supaya
diadakan pilihanraya untuk seluruh Tanah Melayu.

 1955: PILIHAN RAYA UMUM PERTAMA (52 kerusi):


 8 parti bertanding
 Perikatan menang 51
 PAS menang 1 (di Kerian, Perak)

SAS/CTU553 BAB 3
 Sebelum pilihanraya, MCA & MIC bukanlah parti politik
tapi lebih bermotifkan menjaga kebajikan & kepentingan
kaum masing-masing.

 Pelawaan orang Melayu menggambarkan sifat


keterbukaan mereka & sedia berkorban, rela kongsi
kuasa & toleransi demi perpaduan.

 Melalui pilihanraya umum pertama (1955), pengorbanan


& kompromi UMNO cukup besar. Perikatan yang
didominasikan oleh UMNO sepatutnya boleh membentuk
kerajaan tanpa perlu bergabung dengan MCA & MIC
namun hal ini tidak dilakukan.

SAS/CTU553 BAB 3
 Inggeris mensyaratkan bahawa kemerdekaan
akan hanya diberikan sekiranya rakyat negara
ini bersatu padu & bekerjasama.

 Kemenangan PERIKATAN menjadi bukti


kepada Inggeris bahawa orang Melayu &
bukan Melayu boleh bekerjasama.

SAS/CTU553 BAB 3
 Januari 1956: rombongan 8 orang wakil
berangkat ke London (4 wakil Raja Melayu & 4
wakil Perikatan).

 Diketuai Tunku Abdul Rahman.

 Wakil Raja-raja Melayu:


 En.Abdul Aziz Hj Abdul Majid (MB Selangor)
 Datuk Mohammad Seth Mohammad Said (MB Johor)
 Datuk Nik Ahmad Kamil Hj Mahmood (bekas MB
Kelantan)

SAS/CTU553 BAB 3
 Wakil Perikatan:
 Tunku Abdul Rahman Putra AlHaj (Ketua
Menteri & Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri)
selaku KETUA
 Datuk Abdul Razak Hussain (Menteri
Pelajaran)
 Kol.H.S.Lee (Menteri Pengangkutan)
 Dr.Ismail Datuk Abdul Rahman (Menteri Hasil
Bumi)
 SETIAUSAHA: T.H.Tan

SAS/CTU553 BAB 3
 Rombongan ini bertujuan untuk berunding
dengan pegawai British sebagai usaha
menuntut kemerdekaan.

 Rundingan berlangsung 3 minggu mulai 18


Januari – 8 Februari 1956.

SAS/CTU553 BAB 3
 Perjanjian London ditandatangani pada 8
Februari 1956 dan hasilnya persetujuan:

1. British berikan kemerdekaan Tanah


Melayu pada 31 Ogos 1957.

2. Tanah Melayu berada dalam lingkungan


Komanwel & menjalankan pemerintahan
secara demokrasi.

3. British mendapat hak menempatkan


tenteranya di Tanah Melayu.

4. Sebuah badan bebas ditubuhkan bagi


menggubal Perlembagaan Tanah Melayu
iaitu Suruhanjaya Reid.
SAS/CTU553 BAB 3
Menurut Perjanjian London, perlembagaan mestilah
mengambilkira:

 Pembentukan sebuah persekutuan dgn kerajaan


pusat yang kuat.
 Pemeliharaan kedudukan, keistimewaan,
kehormatan dan hak raja2.
 Mewujudkan jwtn ketua negara yg bergelar YDA.
 Pemeliharaan hak2 istimewa org Melayu dan hak2 yg
sah kaum2 lain.
 Pembentukan satu sistem kewarganegaraan yg
seragam utk seluruh Persekutuan TM.
 Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu
telah digubal oleh Suruhanjaya Reid yang
ditubuhkan 1956.

 Keahliannya:
1. Lord Reid (British)
2. Sir Ivor Jennings (British)
3. Sir William Mckell (Australia)
4. B.Malik (India)
5. Hakim Abdul Hamid (Pakistan)

SAS/CTU553 BAB 3
 Suruhanjaya ini telah meminta cadangan
dan pandangan parti-parti politik, orang
ramai, individu-individu dan Raja-raja
Melayu.

 Jadi, Perlembagaan Malaysia sekarang


telah mendapat persetujuan dan
pandangan semua rakyat. Inilah yang
dikatakan KONTRAK SOSIAL.

SAS/CTU553 BAB 3
KONTRAK
SOSIAL

SAS/CTU553 BAB 3
KONTRAK SOSIAL

 Iaitu kaum Melayu dan bukan Melayu


bersetuju atas beberapa perkara yang
sangat penting kepada kestabilan negara.

 Melalui Kontrak Sosial ini, orang bukan


Melayu telah diberikan hak
kewarganegaraan yang longgar berasaskan
prinsip Jus Soli

SAS/CTU553 BAB 3
 Orang Melayu pula diperuntukkan dalam
perlembagaan mengenai agama Islam, Bahasa
Melayu dan kedudukan istimewa orang Melayu
serta kedudukan Raja-raja Melayu.

 Perlembagaan Malaya ini diisytiharkan pada


31 Ogos 1957, diperbaharui apabila
Singapura, Sabah & Sarawak bergabung
membentuk Malaysia pada 16 September
1963.

SAS/CTU553 BAB 3
UNSUR-UNSUR TRADISI
PERLEMBAGAAN & KONTRAK SOSIAL

 Unsur-unsur tradisi adalah faktor penting


untuk mewujudkan identiti Malaysia &
memupuk persefahaman ke arah perpaduan.

 Ia juga kontrak sosial yang telah disepakati


semasa menggubal undnag-undang.

 Unsur-unsur tradisi ini meliputi bahasa,


agama, kedudukan istimewa orang Melayu &
bumiputera Sabah Sarawak dan
pemerintahan beraja.

SAS/CTU553 BAB 3
 Ia berperanan menstabilkan sistem politik
negara dan dilindungi di bawah Akta
Hasutan.

 Dianggap sebagai isu sensitif yang dilarang


dijadikan isu perbincangan awam.

SAS/CTU553 BAB 3
PERKARA-PERKARA YANG
MENYENTUH HUBUNGAN ETNIK
DALAM PERLEMBAGAAN

I. Perkara 3(1) : Islam Agama Persekutuan dan kebebasan beragama (Perkara


11).

II. Perkara 8: persamaan & hak sama rata dan pengecualian peruntukan ini
dalam soal agama, kedudukan istimewa orang Melayu dan seumpamanya.

III. Perkara 10(4): batasan hak kebebasan bersuara daripada menyentuh


kedudukan Raja-raja, Islam, orang Melayu, kewarganegaraan &
seumpamanya.

IV. Perkara 121 ( 1A ) : Mahkamah Sivil tidak boleh mencampuri bidang kuasa
Mahkamah Syariah.

V. Perkara 38: kuasa Majlis Raja-raja menghalang parlimen membuat undang-


undang yang menyentuh kedudukan Raja-raja Melayu, orang Melayu, Islam
& bahasa Melayu.

SAS/CTU553 BAB 3
IV. Perkara 150 (6a) : kedudukan agama Islam,
adat istiadat Melayu dan bumiputera Sabah
Sarawak, kewarganegaraan meskipun dalam
keadaan darurat.

V. Perkara 152 : kedudukan bahasa Melayu


sebagai bahasa kebangsaan tanpa menafikan
hak-hak bangsa lain menggunakan bahasa
mereka.

VI. Perkara 153: kedudukan istimewa orang-


orang Melayu tanpa menafikan kedudukan
yang sah kaum lain.

VII. Perkara 89 : Tanah Rezab Melayu

VIII. Perkara 14-30 : Kewarganegaraan

SAS/CTU553 BAB 3
PERKARA 3

SAS/CTU553 BAB 3
PERKARA 3

 Agama Islam adalah agama persekutuan.

 Agama-agama lain boleh diamalkan dgn aman


dan damai di mana-mana bahagian di
Persekutuan

 Suatu fasal imbangan juga telah diperuntukkan


iaitu Perkara 11 ( Kebebasan beragama )

SAS/CTU553 BAB 3
IMPLIKASI PERUNTUKAN
 Pihak kerajaan (persekutuan atau negeri)
mempunyai kebebasan, kuasa dan keistimewaan
untuk :
1. menubuhkan,
2. menyelenggara,
3. membantu penubuhan institusi Islam &
melaksanakan ajaran Islam serta
4. mengeluarkan perbelanjaanyg diperlukan utk
tujuan itu.
 Perkara 11(1) menyatakan, agama lain boleh
diamalkan dengan aman & damai di mana-mana
bahagian persekutuan.

 Kebebasan beragama dijamin dalam


perlembagaan terhadap semua agama iaitu
setiap orang berhak untuk menganut &
mengamalkannya tertakluk kepada Perkara
11(4).

 Perkara 11(4) menyatakan undang-undang negeri


dan wilayah boleh menyekat atau mengawal
pengembangan agama-agama lain kepada
penganut Islam.

SAS/CTU553 BAB 3
 Dalam Perkara 11(3) menyatakan tiap-tiap
kumpulan agama berhak:
i. Menguruskan hal ehwal agamanya
sendiri
ii. Menubuh dan menyelenggara institusi
bagi maksud agama atau khairat
iii. Memperolehi dan memiliki harta
benda serta memegang dan
mentadbirnya mengikut undang-
undang

SAS/CTU553 BAB 3
 Perkara 12 (3) : Larangan memaksa
penganut menerima ajaran dan upacara
sembahyang bukan agamanya.
 Perkara 12 (4) : Penetapan agama bagi yang
berumur bawah 18 tahun.
RASIONAL PERKARA 3

 Walaupun Islam adalah agama persekutuan


tetapi kebebasan beragama dijamin dalam
perlembagaan.

 Islam telah diterima sebagai agama


persekutuan sejak zaman Kesultanan Melayu
Melaka sehinggalah ke zaman penjajahan
Inggeris.

 Penggunaan undang-undang Islam telah


diiktiraf di negeri-negeri Melayu sebelum
penjajahan Inggeris.

SAS/CTU553 BAB 3
 Semasa penjajahan Inggeris, kedudukan agama
Islam langsung tidak diganggu dan Inggeris
menyerahkan urusan agama Islam kepada raja-
raja Melayu.

 Sesuai dengan takrif Melayu iaitu Perkara 160


mendefinisikan Melayu sebagai seorang yang
beragama Islam, lazimnya bertutur dalam
bahasa Melayu dan mengamalkan adat istiadat
Melayu.

SAS/CTU553 BAB 3
PERKARA 152

SAS/CTU553 BAB 3
PERKARA 152

 Bahasa kebangsaan ialah Bahasa Melayu (yang


mengikut implikasi yang diperlukan mestilah
digunakan untuk maksud-maksud rasmi).

 Tiada sesiapa pun dilarang atau ditahan


daripada menggunakan (selain dari maksud
rasmi) atau mengajar atau belajar apa-apa
bahasa lain.

 Kerajaan berhak mengekalkan penggunaan dan


pembelajaran bahasa lain dalam persekutuan.

SAS/CTU553 BAB 3
RASIONAL PERKARA 152
 Perlunya bahasa kebangsaan bagi
menyatupadukan rakyat pelbagai kaum.

 Bahasa Melayu telah menjadi lingua franca


di Nusantara sejak berabad lamanya.

 Bahasa Melayu lebih mudah dipelajari dan


bersifat lebih tekal dari segi istilah dan
sebutan.

 Bahasa Melayu telah digunakan secara


meluas sebelum Perang Dunia bagi tujuan
rasmi.

SAS/CTU553 BAB 3
PERKARA 153

SAS/CTU553 BAB 3
PERKARA 153
 Menyentuh tentang kedudukan istimewa
orang Melayu dan bumiputera Sabah
Sarawak yang meliputi jawatan dalam
perkhidmatan awam, biasiswa, pendidikan,
perniagaan dan kemudahan khas lain yang
diberikan.

 Walaubagaimanapun, perkara ini juga


melindungi kaum-kaum lain iaitu adalah
menjadi tanggungjawab Yang DiPertuan
Agong untuk melindungi hak-hak mereka
yang sah melalui peruntukan lain.

SAS/CTU553 BAB 3
RASIONAL PERKARA 153

 Orang Melayu terima prinsip Jus Soli dan


bukan Melayu perlu menerima hakikat hak
keistimewaan orang Melayu.

 Semasa zaman penjajah dan di awal


kemerdekaan, terlalu sedikit orang Melayu
yang bekerja dengan kerajaan.

 Orang Melayu hanya jadi pemerhati kepada


kepesatan ekonomi di Tanah Melayu/Malaysia.

SAS/CTU553 BAB 3
 Majoriti orang Melayu adalah miskin terutama di
luar bandar.

 Orang Melayu masih kurang menceburi


perniagaan dan perlu dibantu dan dibimbing.

 Peratusan pelajar Melayu dalam bidang sains


juga rendah.
PERKARA 89
PERKARA 89:TANAH REZAB
MELAYU
 89(1) secara dasarnya menyatakan
bahawa mana-mana tanah yang telah
diisytiharkan sebagai “tanah rezab
Melayu” dibawah Enakmen Rezab
Melayu Negeri-Negeri Melayu kekal
statusnya kecuali telah ditukar taraf oleh
2/3 ahli Dewan Undangan Negeri
berkenaan yang hadir dan mengundi dan
disokong oleh 2/3 bilangan ahli
keseluruhan kedua-dua Dewan Parlimen.
 Perkara 89(2) membenarkan taraf
sesuatu kawasan atau tanah dijadikan
tanah rezab Melayu
 Perkara 89(3) memberi kuasa khusus
kepada Kerajaan Negeri berkenaan.
Tetapi jika kawasan yang akan
diisytihar itu terdapat tanah yang dimiliki
oleh pemilik bukan Melayu, haknya ke
atas tanahnya tidak berubah
sepertimana Perkara 89(4).
 Perkara 89(5) meliputi pengurusan tanah rezab.

 Perkara 89(6) memberi takrifan kepada phrase


“rezab Melayu” :
“tanah yang direzab untuk diberi milik kepada orang-orang Melayu
atau kepada bumiputera2 bagi Negeri di mana tanah terletak; dan
“orang Melayu” termasuk seseorang yang disifatkan sebagai
seorang Melayu bagi maksud-maksud merezab tanah di bawah
undang-undang bagi Negeri di mana ia bermastautin.”

 Perkara 89(8) melanjutkan peruntukan ini kepada


Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya
Latar belakang :
 Undang-undang Tanah Rizab Melayu (ERM) mula
diperkenalkan pada 1 Januari 1914 apabila Enakmen Rizab
Melayu 1913 (ERM 1913) dikuatkuasakan di Negeri-Negeri
Melayu Bersekutu (NMB) iaitu Perak, Selangor, Negeri
Sembilan dan Pahang.

 ERM 1913 telah dimansuhkan mulai daripada 15 Disember


1933 dan digantikan dengan ERM 1933.

 Pada tahun 1935, ERM 1933 telah disemak dan diterbitkan


semula sebagai ERM (NMB Bab 142) dan digunakan hingga ke
hari ini.

 Negeri- negeri lain selain daripada NMB kemudiannya juga


telah mewujudkan ERM mereka masing-masing iaitu;

 Pihak British tidak mewujudkan apa-apa ERM di Pulau Pinang,


Melaka dan Singapura.
Rasional Perkara 89
 Menyekat atau melarang tanah kerajaan di
dalam kawasan Rizab Melayu daripada
dilupuskan dengan apa cara sekalipun
kepada orang bukan Melayu.

 Menyekat Tanah Pegangan Melayu atau


Tanah Rizab Melayu daripada dibuat apa-
apa urusniaga persendirian (private
dealings) diantara orang Melayu dengan
orang Bukan Melayu.
Matlamat

 Adalah diharapkan tanah-tanah kepunyaan


Melayu akan kekal dikuasai oleh orang
Melayu.
Tanah Yang Boleh Diisytiharkan
Sebagai Rizab Melayu:

 Tanah Kerajaan (di Wilayah Persekutuan


sebagai Tanah Persekutuan)
 Tanah Hutan Simpan
 Tanah Rizab Awam
 Tanah Milik Persendirian
Samb…
 Tanah Rizab Orang Asli tidak boleh
diisytiharkan sebagai Rizab Melayu.
[Seksyen 6(2) dan 7(2) Akta Orang Asli
1954]
 Mana-mana kawasan yang telah
diisytiharkan sebagai Rizab Melayu
hendaklah kekal sebagai Rizab Melayu
melainkan ianya diisytiharkan dan
diwartakan sebagai batal oleh Menteri Besar
di bawah Seksyen 4(1)b, ERM (NMB Bab
142)
PERKARA 14-30
CARA
MEMPEROLEHI
KEWARGANEGARAAN
MENURUT
PERLEMBAGAAN

TEMPAT LAHIR KETURUNAN PERKAHWINAN BERMASTAUTIN


TEMPAT LAHIR

 Seseorang yang lahir selepas merdeka

 Seseorang yang lahir selepas Sept


1965
*Disyaratkan kedua-dua ibu bapa
warganegara.
KETURUNAN

 Seseorang yang berketurunan


warganegara (bapa) tetap akan menjadi
warganegara wp dilahirkan di luar
negara.
PERKAHWINAN

 Wanita asing yang berkahwin dengan


warganegara, boleh memohon jadi
warganegara.
BERMASTAUTIN

 Terbahagi kepada 2 :
1. Kaedah Pendaftaran
2. Masukan
PERLEMBAGAAN
ISLAM
&
HUBUNGAN ETNIK
PIAGAM MADINAH
 Perlembagaan bertulis pertama di dunia.

 Mengandungi 47 fasal yang merangkumi dua


bahagian:
 Bahagian pertama: 23 fasal yang
menyentuh hubungan dan
tanggungjawab orang Islam sesama
Islam (Muhajirin & Ansar).
 Bahagian kedua: 24 fasal
membabitkan kaum Yahudi dan
tanggungjawab mereka terhadap
negara Islam Madinah.
PRINSIP UMUM SAHIFAH MADINAH

1. Wahyu Allah merupakan sumber utama


undang-undang negara.

2. Masyarakat berbilang agama dan keturunan


di Madinah dianggap sebuah masyarakat
yang mempunyai kewajipan dan
tanggungjawab yang sama terhadap negara
Islam Madinah.

3. Nabi Muhammad s.a.w. adalah pemimpin


masyarakat dan ketua negara.
4. Semua anggota sahifah mempunyai hak dan
kebebasan beragama.

5. Setiap anggota sahifah mestilah menjalinkan


hubungan yang erat tanpa mengira agama
dan keturunan.

6. Fungsi sahifah ialah menegakkan keadilan


dan membanteras kezaliman.

7. Memberi jaminan keselamatan terhadap


orang bukan Islam yang menganggotai dan
mematuhi peraturan sahifah.
SAS/CTU553 BAB 3

You might also like