You are on page 1of 15

AHLUL BAIT MENURUT SYIAH

Noridah binti ismail A129788


Suriani binti Abu Tiar
MAKSUD AHLUL BAIT
• Menurut Az-Zabidi, perkataan Al-ahlu bagi mazhab ialah orang
yang menganutinya manakalla al-ahlu bagi lelaki ialah isterinya,
termasuk juga anak-anaknya.

• Firman Allah taala (‫(وسار باهله‬: “Dan berjalan Musa dengan


ahlinya”, yakni degan isterinya dan ahlinya. Al-ahlu bagi Nabi
s.a.w ialah isterinya, anak-anaknya, menantunya Ali r.a

• Al-Imam Ar- Raghib Al-Asfahani menyatakan : “Ahli bagi lelaki


ialah mereka yang seketurunan dan seagama dengannya. Ahli
bagi seseorang lelaki pada asalnya dipakai pada mereka yang
tinggal serumah dengannya. Kemudian dipakai secara majaz
seperti dikatakan, ahli rumah seseorang adalah bagi mereka
yang serumah dan senasab dengannya. Perkataan ini kemudian
dijadikan istilah untuk keluarga Nabi s.a.w secara mutlak.
• Berasaskan petikan-petikan daripada kitab- kitab lughah yang
muktabar di atas jelas bahawa “ahlul Bait” bagi seseorang
dalam Bahasa Arab bermaksud : Ister, anak, menantu dan
orang yang sama keturunan dengannya (‫)بيت النسب‬

• Mengenai Ahlul Bait yang menjadi istilah khusus kepada


Rasulullah s.a.w al-Quran menyebut dalam surah Al-Ahzab
ayat 33 :
“Hendaklah mereka (para isteri nabi s.a.w) menetap di
rumah-rumah, dan janganlah berlagak mendedahkan aurat
seperti lagak orang-orang jahiliyyah dahulu, dirikanlah
sembahyang dan keluarkanlah zakat, serta taatlah kepada
Allah dan rasulnya.Sesungguhnya Allah hendak
menghilangkan kekejian daripada kamu Ahlul Bait dan
membersihkan kamu sebersih-bersihnya”.
AHLUL BAIT DI SISI SYIAH IMAMIYAH ISNA ASHARIAH
JA’FARIYAH

• Ahlul Bait menurut pandangan Syiah Imamiyah Isna


Ashariah ialah : Saidina Ali, Fatimah, Hassan dan
Hussin r.a sahaja.

• Mereka mengeluarkan isteri-isteri dan kaum kerabat


Rasulullah s.a.w (selain daripada yang disebutkan di
atas) daripada pengertian Ahlul Bait yang terdapat
dalam surah Al-Ahzab itu ayat 33 seperti yang telah
dihuraikan sebelum ini.
• Al-Majlisi menjelaskan :
“Ketahuilah bahawa ayat ini (al-Ahzab : 33)adalah antara dalil yang
menunjukkan sifat “‫( ”عصمة‬terpelihara daripada dosa) bagi ‘ ‫اصحاب‬
‫( ’الكساء‬mereka yang disebutkan di atas r.a) kerana seluruh umat
umat sependapat mengatakan bahawa yang dimaksudkan dengan
Ahlul Bait adalah ahli rumah Nabi s.a.w sekalipun terdapat khilaf
dalam menentukan siapakah mereka”.

• Ulama-ulama Syiah dan banyak daripada kalangan ulama Jumhur


(Ahlul Sunnah) berpendapat bahawa ayat ini diturunkan kepada Ali,
Fatimah, Hassan dan Hussin r.a sahaja tidak termasuk ahli keluarga
yang lain daripada mereka.

• Ada dua dakwaan penting menjadi pegangan umat Syiah bersabit


dengan ayat ‫ التطهير‬iaitu :
1) Penentuan Ahlul Bait
2) Mereka adalah maksum
• Kedua-dua pegangan inilah yang sebenarnya menjadi asas kepada
seluruh ajaran bidaah yang terdapat dalam mazhab Syiah serta
pertentangannya dengan ajaran Sunnah. Oleh kerana kedua-dua
perkara ini sangat penting, berikut ini dikemukakan sebahagian
daripada hujah-hujah dan jawapan-jawapan terhadapnya.

HUJAH-HUJAH SYIAH TENTANG PENENTUAN AHLUL BAIT


 Menurut al-Majlisi, sekiranya ayat ‫ التطهير‬itu untuk isteri-isteri
Nabi s.a.w, tentulah ayat itu berbunyi ‫( ويطهركن‬ganti nama bagi
perempuan). Oleh kerana ayat ini turun kepada Ahlul Bait (selain
isteri-isteri Nabi s.a.w, maka ayat ini menggunakan ganti nama
lelaki (‫)ويطهركم‬.
• Hujah ini sebenarnya menunjukkan kejahilan mereka dalam
bahasa Arab kerana kebanyakkan mereka daripada bangsa
Parsi yang tidak memahami bahasa Arab secara mendalam.

• Dhamir muzakkar digunakan di sana kerana ada dua sebab :


1)Lafaz Al-Ahlu adalah muzakkar. Orang-orang Arab
menggunakan lafaz muzakkar sekalipun pada perempuan
sekiranya yang diperhatikan ialah perkataan tersebut.
Penggunaan seperti ini terdapat dalam ayat-ayat yang lain
dalam al-Quran seperti surah Taaha ayat 10 :

‫اذ رءا نارا فقال الهله امكثوا انى ءانست نارا لعلى ءاتيكم منها بنفس او اجد على‬
‫النار هدى‬
Maksudnya :”Ketika ia melihat api, lalu berkata Musa kepada
ahlinya )isteri dan anak nabi Shuib a.s), tunggulah engkau di
sini sesungguhnya aku ada melihat api semoga aku dapat
membawa kepada kamu satu cucuhan daripadanya, atau aku
dapat di tempat api itu, penunjuk jalan”.

• Sabda Rasulullah s.a.w :


‫ السالم عليكم اهل البيت ورحمة هللا فقالت وعليك‬: ‫فانطلق الى حجرة عائشة فقال‬....
‫السالم هللا كيف وجدت اهلك ؟ بارك هللا لك‬
Maksudnya : “ Lalu Rasulullah s.a.w pergi ke bilik Aishah r.a
dan berkata : “Assalamualaikum Ahlul bait warahmatullah,
maka Aishah r.a menjawab : Waalaikumussalam, bagaimana
dengan Ahli (isteri) kamu Zainab binti Jahsyi, semoga Allah
memberi berkah kepada mu”.
• Dalam hadis ini ada dua petunjuk penting yang membatalkan
hujah Syiah. Pertama penggunaan ‘dhamir muzakkar’ kepada
perempuan iaitu Aishah r.a kerana meraikan lafaz ‘ahlu’.
Kedua isteri Rasulullah s.a.w yang dimaki da dikafirkan oleh
Syiah adalah daripada kalangan Ahlu Bait.

• Sebab kedua mengapa ‘dhamir muzakkar’ digunakan dalam


ayat ‫ التطهير‬di atas ialah kerana yang dimaksudkan dengan
Ahlul Bait dalam ayat ini bukan sahaja isteri-isteri Rasulullah
sa.w, tetapi juga anak menantu dan cucunya, malah setengah
pendapat memasukkan juga Bani Mutalib dan Bani Hashim.
Menurut kaedah bahasa Arab, apabila berhimpun lelaki dan
perempuan, digunakan lafaz ‘muzakkar’.
• Antara hujah Syiah dalam menegakkan pendapat mereka mengenai
siapakah yang dimaksudkan Ahlul Bait ialah hadis riwayat Tirmidzi
daripada Ummu Salamah r.a , dan setelah turunnya ayat
tersebut,Rasulullah s.a.w memanggil Ali, Fatimah, Hassan dan Hussin,
lalu Rasulullah masuk bersama mereka ke dalam kain (‫ )كساء‬khaibar dan
berkata “mereka ini adalah Ahlul Baitku” . Rasulullah s.a.w membaca
ayat (‫ )التطهير‬dan berdoa :
‫اللهم اذهب عنهم الرجس وطهرهم تطهيرا‬

Maksudnya : “Ya Allah hapuskanlah daripada mereka kekejian dan


bersihkalah mereka sebersih-bersihnya”.

Ummu Salamah berkata yang maksudnya : “Ya Rasulullah, tidakkah aku


daripada ahli kamu?” jawab Rasulullah s.a.w yang maksudnya : Kamu
ditempat kamu, kamu telah berada dalam kebaikkan”.

• Riwayat yang lain menyebut : Aku (Ummu Salamah)berkata : “Ya


Rasulullah, tidakkah aku daripada ahli kamu?” Rasulullah menjawab :
(‫ )بلى‬Ya”.
• Ketika mengulas tentang hadis ini, Shah Abdul Aziz Ad-
Dahlawi berkata : “Hadis ini merupakan dalil yang sangat jelas
bahawa ayat ini turun kepada isteri-isteri Rasullah sahaja.
Rasulullah s.a.w telah memasukkan mereka berempat
r.anhum dalam kelebihan ini dalam doanya yang berkah.
Sekiranya ayat ini turun pada mereka (Ali, Fatimah, Hassan
dan Hussin r.a maka tentulah doa ini tidak perlu, kerana
Rasullah tidak melakukan sesuatu yang telah berhasil).

• Pemahaman ini disokong oleh hadis sahih riwayat Imam


Baihaqi bahawa Rasullah berbuat demikian juga terhadap A-
Abbas dan anak-anaknya.

• Hadis-hadis Al-Kisa’ kebanyakkannya dhaif dari segi sanad.


Walaupun demikian ulama Ahlul Sunnah tidak keberatan
meriwayat dan beramal dengan hadis dhaif sekiranya ia
berkaitan dengan perkara fadhilat.
• Perlu dijelaskan di sini bahawa dalam ajaran Syiah, persoalan
‫ عصمة‬dan penentuan Ahlul Bait adalah persoalan akidah yang
menjadi asas penting bagi kesahihan mazhab mereka. Satu
persoalan yang timbul di sini ialah bagaimana dalil yang sangat
dhaif boleh dipergunakan untuk menegakkan satu asas penting
dalam akaidah mereka..?

• Sekirannya diterima hujah mereka tentang Ahlul Bait dan sifat


‫ عصمة‬mereka, maka sudah pasti akan timbul persoalan yang
memerlukan dalil-dalil yang sahih seperti :
1) Apakah dalil yang menunjukkan selain daripada empat
orang (Ali, Fatimah, Hassan dan Hussin ) anak cucu mereka juga
ma’sum. Sekirannya dikatakan keturunan Ali dan Fatimah
ma’sum, maka mengapakah dua belas orang sahaja yang
ma’sum, dan apakah dalil yang menentukan setiap orang
daripada imam mereka selepas Saidina Hussin itu ma’sum.
2) Apakah perkaitan sifat ‫ عصمة‬dengan hak memerintah
umat sehingga hari kiamat. Saidina Ali dan anak cucunya tidak
pernah mendakwa mereka adalah ma’sum dan keluarga mereka
sahajalah yang berhak memerintah umat hingga ke hari akhirat.

SYIAH TIADA HUBUNGAN DENGAN AHLUL


BAIT(PANDANGAN AHLI SUNNAH WAL JAMAAH)

• Berdasrkan pegangan Syiah yang jelas bertentangan dengan Al-


Quran, Sunnah, Khulafa Ar-Rasyidin serta para sahabat dan
Ahlul Bait, menunjukkan pada hakikatnya golongan Syiah ini
sebenarnya tiada hubungan dengan Ahlul Bait. Terdapat riwayat-
riwayat daripada Ahlul Bait sendiri yang mengutuk tindakan
mereka menyebarkan ajaran bidaah, sesat dan kufur atas nama
Ahlul Bait. Salah seorang daripada Ahlul Bait iaitu Ali bin Al-
Hussin Zainol Abidin (cucu kepada Saidina Ali) yang didakwa
oleh Syiah sebagai imam mereka yang ke-empat berkata ketika
menyifatkan hubungan Syiah dengan Ahlul Bait :
“ Sesungguhnya Yahudi kasih kepada Uzair hingga mereka kata :
Uzair bukan daripada mereka dan mereka bukan daripada Uzair.
Kaum nasrani mengasihi Nabi Isa a.s hingga mereka kata : Isa
bukan daripada mereka dan mereka bukan daripada Isa.
Keadaan kami Ahlul Bait juga demikian. Segolongan daripada
pengikut kami akan mengasihi kami sehingga mereka kata
kepada kami apa yang dikatakan oleh Yahudi pada Uzair dan
Nasrani pada Isa, mereka buka daripada golongan kami dan kami
bukan daripada golongam mereka”.

• Imam Ja’far As-Sadiq berkata kepada seorang yang mendakwa


sebagai pengikutnya, “ Wahai Jabir, sampai kepadaku bahawa
segolongan mereka yang mendakwa mengasihi kami di Iraq,
mencerca Abu Bakar dan Umar r.a dan mereka mendakwa aku
yang menyuruhnya. Sampaikan kepada mereka bahawa aku
dengan nama Allah membersihkan diriku daripada mereka. Demi
Allah, sekirannya aku mempunyai kuasa, pasti aku bertaqarrub
kepada Allah dengan darah mereka”.
RUJUKAN
• ‫تاح العروس‬
• ‫لسان العرب‬
• ‫المفردة فى غريب القران‬
• As-Sharastani ; ‫البداية والنهاية‬
• Ibnu Kathir ;‫المالل والنحل‬
• Al-majlisi dalam ‫بحار االنوار‬, Sayid Muhammad Husin Al-
Tabataba’I;‫الميزان فى تفسير القران‬
• Sahih Bukhari
• Kertas kerja seminar akidah : Ahlul Bait menurut pandangan
Syiah dan Sunnah, dato’ Hj Wan Zahidi Bin Wan Teh.

You might also like