You are on page 1of 29

PERKHIDMATAN

INTERVENSI AWAL
DISEDIAKAN:
FAATHIMAH BINTI AB GHANI

NORAHIMATUL AZWA BINTI ABDUL RAHIM


Agensi kerajaan

Agensi bukan kerajaan

Perkidmatan di rumah
Pusat Perkhidmatan
Pendidikan Khas
(3PK)

Agensi Pemulihan
Sinar Kerajaan dalam
Harapan
Komuniti
PUSAT PERKHIDMATAN PENDIDIKAN KHAS
(3PK)

• Sebuah pusat yang ditubuhkan untuk membantu individu dengan keperluan khas
mendapat khidmat nasihat dan bimbingan ke arah kualiti hidup yang lebih baik.

• Kementerian Pelajaran Malaysia membuat jaringan kerjasama dengan agensi lain


termasuk Kementerian Kesihatan Malaysia serta Kementerian Pembangunan
Wanita, Keluarga dan Masyarakat bagi membantu murid berkeperluan khas
• Menyediakan perkhidmatan sokongan berbentuk intervensi, rehabilitasi
dan konsultasi dalam bidang khusus iaitu Audiologi, Psikologi, Patalogi
Pertuturan Bahasa,Terapi Carakerja dan Peripatetik

• Terdapat 12 buah 3PK di seluruh Malaysia yang beroperasi di Sekolah


Pendidikan Khas dan satu (1) beroperasi di Bahagian Pendidikan Khas.
PERANAN DAN FUNGSI
• Melaksanakan program saringan kepada murid yang mempunyai ciri-ciri berkeperluan
khas.
• Melaksanakan ujian/penilaian dengan menggunakan peralatan khas/instrumen standard
bagi mengenal pasti masalah-masalah spesifik yang dihadapi oleh kanak-kanak dan MBK
• Melaksanakan program intervensi/rehabilitasi bagi meminimakan impak ketidakupayaan
kanak-kanak dan MBK.
• Melaksanakan program intervensi awal dari aspek domain-domain perkembangan bagi
kesediaan kanak-kanak ke alam persekolahan.
• Menyediakan perkhidmatan konsultasi mengikut bidang khusus iaitu Peripatetik, Audiologi,
Patalogi Pertuturan Bahasa, Terapi Carakerja dan Psikologi bagi menyokong pendidikan
MBK secara menyeluruh.
Pemulihan dalam komuniti

• Program Pemulihan Dalam Komuniti (PDK) atau "Community-Based Rehabilitation" (CBR)


telah dipelopori oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO).
• Merupakan salah satu program yang melibatkan pembabitan secara aktif ibubapa / penjaga
ahli keluarga golongan kurang upaya dan komuniti setempat untuk membantu orang kurang
upaya hidup berdikari dan diintegrasikan dalam masyarakat.
• Ianya dianggotai oleh ibubapa/penjaga ahli keluarga golongan kurang upaya, pemimpin
setempat, komuniti yang berminat dan penasihat bagi Jawatankuasa PDK ialah Pegawai
Kebajikan Masyarakat Daerah dengan dibantu oleh Pegawai dari Kementerian Kesihatan dan
Kementerian Pendidikan (Pendidikan Khas).
OBJEKTIF

• Menggalakkan sikap prihatin, berdikari dan rasa tanggungjawab masyarakat tempatan dalam
program pemulihan orang kurang upaya (OKU).
• Mengembleng sumber tempatan untuk pemulihan sumber tempatan untuk pemulihan OKU.
• Menggalakkan penggunaan cara yang mudah dan teknik yang diterima, murah, efektif dan sesuai
dengan keaadaan setempat.
• Menggunakan infrastruktur organisasi tempatan yang sedia ada untuk memberi perkhidmatan.
• Mengambil kira sumber ekonomi negara dan membolehkannya untuk diperluaskan perkhidmatan
yang menyeluruh mengikut keperluan OKU
AKTIVITI
• Kemahiran motor kasar. • Pra-menulis, membaca, mengira dan
melukis.
• Kemahiran motor halus.
• Kreativiti - permainan, rekreasi dan lain-
• Perkembangan sosial. lain.
• Perkembangan bahasa. • Latihan Vokasional.
• Pengurusan diri sendiri. • Terapi muzik.
• Sukan dan rekreasi.
PDK 'ONE STOP CENTRE'

• PDK "One Stop Centre'' sebagai "Focal Point'' kerana ianya satu program
yang menggunakan pendekatan integrasi komuniti di setiap daerah dan negeri.

• Melalui PDK "One Stop Centre'', perkhidmatan kepada OKU akan disediakan
di satu tempat bagi memudahkan mereka dan masyarakat setempat
mendapatkan maklumat, khidmat nasihat dan keperluan semasa serta latihan
yang bersesuaian.
PERANAN PDK "ONE STOP CENTRE":

• Pusat Intervensi Awal OKU.


• Pusat Sumber maklumat OKU.
• Pusat Rujukan OKU.
• Pusat Pendaftaran OKU.
• Pusat Advokasi.
SINAR HARAPAN
• Merupakan institusi di bawah Jabatan Kebajikan Masyarakat yang memberi penjagaan, pelindungan dan
pemulihan kepada Orang Kurang Upaya kategori Masalah Pembelajaran (OKU).
• Selain itu, Taman Sinar Harapan juga merupakan Tempat Selamat untuk pelindungan khususnya kepada
kanak-kanak OKU Masalah Pembelajaran di bawah Akta Kanak-Kanak 2001.
• Pada masa ini terdapat tujuh (7) buah Taman Sinar Harapan di seluruh negara.
• Penghuni ditempatkan di Taman Sinar Harapan bagi tempoh tiga (3) tahun atau sehingga mencapai
umur 18 tahun.
• Dalam tempoh tersebut penghuni akan diberi penjagaan, pelindungan dan pemulihan yang sewajarnya
mengikut Kaedah-Kaedah Pusat-Pusat Pemulihan Cacat Akal 1977.
• Terdapat dua (2) cara kemasukan ke Taman Sinar Harapan
iaitu
• Secara sukarela melalui kuasa Ketua Pengarah Kebajikan
Masyarakat mengikut Kaedah-Kaedah Pusat-Pusat Pemulihan
Cacat Akal 1977
• Perintah Mahkamah Bagi Kanak-Kanak di bawah Akta Kanak-
Kanak 2001.
OBJEKTIF
• Memberi penjagaan, pelindungan dan pemulihan kepada kategori Orang Kurang Upaya
Masalah Pembelajaran.
• Memberi latihan Aktiviti Kehidupan Seharian (Activity Daily Living) kepada penghuni
supaya berupaya menguruskan diri sendiri.
• Memberi latihan pravokasional kepada penghuni bagi meningkatkan kemahiran ke arah
kehidupan berdikari.
• Memberi peluang kepada penghuni untuk berinteraksi dengan penghuni lain dan
masyarakat melalui aktiviti-aktiviti bersosial.
• Memberi latihan kemahiran sosial dan aktiviti kemasyarakatan bagi tujuan integrasi
dengan komuniti.
KLASFIKASI TAMAN SINAR HARAPAN
AGENSI BUKAN KERAJAAN

• Persatuan Kebangsaan Austime Malaysia (NASOM)


• TASPUTRA PERKIM
• NURY
• Cleft Lip and Palate Association of Malaysia
• Yayasan Sindrom Down Kiwanis
• Persatuan Orang Buta Malaysia (MAB)
• Rumah Orang Cacat Convent Bukit Nanas
• Malaysian Care
• Persatuan Kanak-Kanak Cacat Akal Selangor dan Wilayah Persekutuan (YMCA)
PERKHIDMATAN DI RUMAH
• Intervensi awal sangat diperlukan dalam perkembangan bayi / kanak-kanak.
• Ahli Fisioterapi dapat membantu ahli keluarga dalam perkembangan bayi / kanak-kanak
dari segi perkembangan diri dan aktiviti harian.
• Intervensi awal perlu dilakukan dengan seawal yang boleh supaya dapat meningkatkan
kualiti hidup bayi / kanak-kanak dan mengurangkan beban ahli keluarga.
• Kelewatan perkembangan bermaksud kelewatan dalam pergerakkan, percakapan dan
kurang bermain berbanding dengan kanak-kanak yang lain.
• Secara kebiasaanya, kanak-kanak yang mengalami kelewatan perkembangan akan
mempunyai pergerakkan yang perlahan atau bergerak secara berbeza dengan kanak-
kanak yang lain.
KELEWATAN
PERKEMBANGAN/
PERGERAKKAN BAYI
PADA PELBAGAI
KATEGORI UMUR
TEKNIK MENGENDALIKAN DAN POSISI
KANAK-KANAK KURANG UPAYA
• Teknik mengangkat, mengalih dan memposisi adalah sangat penting dalam pengendalian kanak-kanak
istimewa. Ini akan membantu kanak-kanak bergerak secara betul dari satu tempat ke satu tempat yang
lain.
• Teknik ini juga memberikan satu sokongan badan dan imbangan badan yang betul serta menjamin
keselamatan bayi / kanak-kanak.
• Selain daripada itu, ia juga dapat mengelakkan pengerakan otot yang tidak normal dan juga mengelakkan
kecacatan dan kecederaan tulang.
• Teknik mengangkat, mengalih dan memposisi ini perlu dilakukan setiap hari pada setiap masa khususnya
apabila didapati kondisi kanak-kanak adalah tidak normal.
• Teknik-teknik ini dilakukan sewaktu kanak-kanak berada dalam keadaan selesa.
• Penglibatan ahli keluarga amatlah diperlukan. Melalui latihan kepada ahli keluarga, masalah-masalah
kontraksi dapat dielakkan.
KELEBIHAN DAN KEKURANGAN
PERKHIDMATAN INTERVENSI
AWAL
Kelebihan
• Membantu perkembangan kanak-kanak
• Masalah lain yang terikat dengan kesukaran awal boleh dielakkan
• Mengurangkan penyediaan Pendidikan khas
• Mengrang mewujudkan masalah lain

Kekurangan
• Kekurangan peralatan
• Terlalu ramai
• Jauh dari tempat tinggal
• Sukar mendapat kerjasama
SEKIAN
TERIMA KASIH

You might also like