You are on page 1of 10

TEORI HURAIAN

BAHASA
TEORI FUNGSIONAL

Nur Afiqah
Nur Syamimi
Nik Nur Hanini
DEFINISI
■ Teori ini mengkaji fungsi perlakuan sosial atau institusi dalam kegiatan-
kegiatan yang menyumbang kepada penerusan masyarakat.
■ Masyarakat selalu dianggap seperti tubuh badan manusia yang
mempunyai bahagian-bahagian dengan fungsi-fungsi yang tersendiri. Teori
fungsionalisme memberi huraian mengenai organisasi sosial dan
menerangkan bagaimana sesuatu organisasi dikekalkan.
■ Masyarakat telah diibaratkan sama seperti organisma yangmempunyai
bahagian-bahagian dan setiap bahagian masyarakat dikenali sebagai
struktur.
■ Menurut teori ini, struktur-struktur sosial akan menentukan kelancaran
perjalanan atau keharmonian masyarakat.
■ Teori fungsional juga mengkaji fungsi perlakuan sosial atau institusi
dalam kegiatan-kegiatan yangmenyumbang kepada penerusan
masyarakat.
TOKOH-TOKOH TEORI
FUNGSIONAL
EMILE DURKHEIM
■ Emile Durkheim (1858 – 1917) merupakan seorang
ahli sosiologis dan orang pertama yang mula
mengaplikasikan Teori Fungsional dalam kajian yang
berkaitan dengan pendidikan.
■ Durkheim mementingkan bahagian-bahagian dalam
masyarakat di mana masing-masing mempunyai
struktur dan fungsi tertentu untuk perpaduan di
antara mereka dan ia akan menggerakkan
masyarakat tradisi kepada masyarakat moden.
■ Durkheim dalam bukunya, “Moral Education (1961)”
mengaitkan fungsi sekolah dan hubungannya
dengan masyarakat.
MICHAEL A. K. HALLIDAY
■ Michael Alexander Kirkwood Halliday dilahirkan di Leeds
pada 13 April 1925 (kini berusia 94 tahun).
■ Halliday merupakan seorang ahli linguistik Australia dan
dikenali sebagai pelopor linguistik fungsional sistemik
(systemic functional linguistic, SFL).
■ Pada awal kariernya, Halliday bertugas sebagai guru
bahasa Mandarin di London sebelum membangunkan
dan memperkenalkan SFL pada tahun 1961.
■ Berdasarkan pandangan beliau, struktur bahasa ialah
berasaskan fungsi dalam komunikasi.
■ Terdapat fungsi sosial yang berpandukan fungsi idea,
interpersonal dan tekstual.
■ Fungsi sosial bahasa berperanan penting dalam
pembentukan sistem bahasa.
CIRI-CIRI TEORI FUNGSIONAL

Kajian tentang
Struktur bahasa
perubahan yang
mengikut fungsi dan
berlaku pada
penggunaan dalam
struktur bahasa
bahasa
ketika berkomunikasi

Pengukuhan bahasa
boleh berlaku secara Mementingkan
verbal dan non- semantik
verbal
PERKAITAN TEORI FUNGSIONAL DENGAN PELAJAR
DAN PEMBELAJARAN

■ Secara umumnya, teori menganalisis pendidikan dengan menghubungkan sekolah dengan


keperluan masyarakat.
■ Masyarakat yang berfungsi mestilah memiliki cara untuk memastikan semua keperluan
dapat dipenuhi.
■ Oleh itu, pendidikan perlu memainkan peranan yang penting kerana sistem pendidikan
berfungsi untuk merekrut dan menempatkan manusia ke dalam masyarakat.
1. Persediaan kehidupan bermasyarakat.

■ Menurut teori ini lagi, pendidikan adalah untuk kepentingan masyarakat dan
bukannya individu kerana masyarakat yang menentukan baik dan buruk sesuatu
perkara.
■ Sukatan pembelajaran yang bersesuaian mampu memberi gambaran awal tentang
bakal masyarakat yang bakal mereka sertai kelak.
■ Teori ini turut menganggap fungsi pendidikan adalah bagi mengekalkan masyarakat
dengan menyediakan rangka formatif dan kognitif masyarakat dalam individu
melalui proses sosiolisasi.
2. Variasi kelas sosial dan perbezaan peluang hidup

■ Tambahan, setiap murid sebenarnya memiliki peluang yang sama Cuma bergantung
kepada usaha masing-masing kerana sistem pendidikan adalah untuk semua.
■ Teori fungsional membincangkan variasi kelas sosial dalam pendidikan yang
menyebabkan perbezaan peluang hidup.
■ Peluang pelajar kelas sosial rendah untuk memperoleh prestasi tinggi adalah
kurang jika dibandingkan dengan pelajar kelas sosial atasan.
3. Pendidikan di dalam dan luar bilik darjah

■ Pendekatan fungsional menekankan pendidikan di sekolah dan di rumah.


■ Sekolah dipertanggungjawabkan untuk memberikan pendidikan kepada pelajar dan
pengukuhannya pula perlu disalurkan juga semasa di rumah.
■ Selain guru, ibu bapa turut menjadi role model yang baik untuk pelajar serta
menjadi dorongan kepada mereka.
■ Justeru,kerjasama dan persefahaman daripada semua pihak adalah diperlukan
agar dapat mencapai matlamat tertentu seperti yang diutarakan oleh teori
fungsional.

You might also like