You are on page 1of 14

Reka Bentuk Elektronik

Micropengawal
• Merupakan sebuah litar bersepadu dalam cip tunggal
• Fungsi: menerima isyarat, memproses dan menghasilkan isyarat untuk
dilaksanakan
• Boleh dimuatkan dengan atur cara di dalamnya untuk melaksanakan kawalan yang
dkehendaki.
• Menjalankan kawalan berdasarkan pengaturcaraan
• Komponen di dalam mikropengawal: Unit Pemprosesan Pusat(CPU), port
Input/Ouput, Ingatan Capaian Rawak(RAM), dan Ingatan Baca Sahaja (RAM)
• Contoh mikropengawal: PIC Microchip, 68HC11, Motorola, 8096 Intel
• Mikropengawal banyak diaplikasikan dalam peralatan seharian seperti basuh
automatik, pintu pagar rumah automatik, dan sebagainya.
CPU ROM

PORT I/O RAM

Gambar Rajah: Mikropengawal


Mikropemproses
• Merupakan cip litar bersepadu tunggal yang mengandungi banyak
litar digital yang melaksnakan fungsi arimetik, logic, komunikasi dan
kawalan.
• Fungsi: tempat pengendalian kawalan kepada sesuatu system.
• Dikenali sebagai Unit Pemprosesan Pusat.
• Mikropemproses memerlukan cip-cip sokongan lain untuk beroperasi
seperti Input, Ouput, RAM, ROM.
• Semua cip sokongan dihubungkan dengan mikropemproses melalui
system bus.
Praktis Skil 1
1. Berikan dua contoh mikropengawal.
I. ________________________________
II. ________________________________

2. Apakah maksud mikropemproses?


Menjelaskan Bahagian-bahagian yang terdapat
dalam Mikropengawal(Microcontroller)
Komponen dalam mikropengawal
1. Unit Pemprosesan Pusat atau Central Processing Unit(CPU)
a) Melaksanakan atur cara yang disimpan dalam ROM dan mengawal semua
komponen mikropengawal.
b) Isyarat yang diterima daripada input akan diproses oleh CPU dan
menghasilkan isyarat kepada ouput untuk dilaksanakan. Proses yang
berlaku ini berdasarkan atur cara yang telah ditetapkan dalam
mikropengawal.
2. Ingatan Capaian Rawak atau Random Access Memory(RAM)
a) RAM digunakan untuk menyimpan data. Data akan terpadam apabila kuasa
dipadamkan.
3. Ingatan Baca Sahaja atau Read-Only Memory (ROM)
a) ROM digunakan untuk menyimpan atur cara dan data secara kekal. Atur
cara dan data tidak akan terpadam walaupun bekalan kuasa terpadam.
4. Port Input/Ouput
a) Digunakan untuk menerima isyarat daripada peranti input dan menghantar ke CPU atau
menerima isyarat daripada CPU untuk dihantar ke peranti ouput.
Peranti Input
1. Peranti input terdiri daripada jenis penderia termasuk suis.
2. Peranti input terbahagi kepada dua iaitu:
Peranti Input

Peranti Input Digital Peranti Input Analog

Menghantar isyarat dalam bentuk analog


Menghantar isyarat 0V atau 5V. kepada mikropengawal, iaitu 0V hingga 5V.
0V mewakili nilai “0” dan 5V mewakili nilai Penukar analog kepada digital (ADC) dalam
“1”. mikropengawal akan menukar nilai voltan
analog kepada bentuk digital.
4. Peranti Input Digital
a) Suis Tekan Tutup
I. Fungsi: Menyambung dan memutus litar dengan cara apabila suis ditekan, litar akan
tertutup dan arus dapat mengalir. Isyarat yang terhasil akan dihanta ke
mikropengawal dalam bentuk digital.

Gambar Rajah 4 : Suis Tekan Tutup Gambar Rajah 4.1: Simbol Suis Tekan
Tutup
4. Peranti Input Digital
b) Suis Tekan Buka
I. Fungsi: Menyambung dan memutus litar dengan cara apabila suis ditekan, litar akan
terputus apabila punat suis ditekan.
II. Isyarat yang terhasil dihantar ke mikropengawal dalam bentuk digital.

Gambar Rajah 4 : Suis Tekan Buka Gambar Rajah 4.1: Simbol Suis Tekan
Buka
4. Peranti Input Digital
c) Suis Mikro
I. Suis mikro mempunyai 2 fungsi:
• Bertindak sebagai suis tekan tutup
• Bertindak sebagai suis tekan buka
II. Suis mikro mempunyai tiga terminal iaitu: COM, NO, NC.
III. Sambungan terminal COM dengan terminal NO bertindak sebagai suis tekan tutup.
IV. Sambungan terminal COM dan terminal NC bertindak sebagai suis tekan buka.

Gambar Rajah 4 : Suis Mikro Gambar Rajah 4.1:


Simbol Suis Mikro
4. Peranti Input Digital
d) Penderia pergerakan
I. Fungsi: Digunakan untuk mengesan pergerakan berdasarkan pergerakan haba.
II. Apabila penderia mengesan pergerakkan haba melintasinya, maka isyarat dalam
bentuk digital akan dihasilkan.

Gambar Rajah 4 : Suis Tekan Buka Gambar Rajah 4.1: Simbol Suis Tekan
Buka

You might also like