You are on page 1of 13

GCI1022 CABARAN DAN ISU

SEMASA DUNIA
ISU-ISU GLOBAL DAN KAITANNYA TERHADAP
NEGARA

FIRDAUS BIN SAIPO


LUKMAN HANIF BIN ZURAIMI
NURUL HANA BINTI ABD. RAHIM
• 4.7 INISIATIF DAN TINDAKAN
NEGARA DALAM PENYELESAIAN
ISU-ISU GLOBAL

• 4.8 IMPAK ISU-ISU GLOBAL


TERHADAP PELUANG PENDIDIKAN
DI MALAYSIA
4.7 INISIATIF DAN TINDAKAN NEGARA DALAM
PENYELESAIAN ISU-ISU GLOBAL

 Perdana Menteri Malaysia yang pertama,Tunku Abdul


Rahman telah mengamalkan dasar anti-komunis dan
sikap pro-Barat dengan mengadakan hubungan rapat
dengan negara-negara Komanwel.

 Tunku Abdul Rahman juga telah merintis usaha kepada


dasar berkecuali,neutral dan keamanan bersama.
• Di bawah kepimpinan Tun Abdul Razak
pula,Malaysia telah menganggotai Pertubuhan
Persidangan Islam(OIC) dan mula dikenali sebagai
sebuah negara Islam.

• Semangat ingin berbaik-baik dan mencari rakan baru


pada masa itu juga telah merapatkan lagi hubungan
Malaysia dengan Pertubuhan Negara-Negara
Berkecuali(NAM).

• Selain itu,Malaysia turut menggalakkan pelaburan


selain daripada sumber-sumber British.
• Pada era Tun Hussein Onn pula,Malaysia
mempereratkan hubungan serantau.

• Contohnya,ASEAN menjadi prinsip asas kepada dasar


luar Malaysia selepas kejatuhan Saigon(sekarang
dikenali sebagai Ho Chi Minh City) pada
1975,pengunduran pangkalan-pangkalan tentera
Amerika Syarikat di Asia Tenggara dan serangan
Vietnam ke atas Kampuchea(sekarang dikenali
sebagai Cambodia).
• Kepimpinan Tun Dr. Mahathir Mohamad telah
menyaksikan pelbagai inisiatif yang lebih dramatik dan
berorientasikan ekonomi.

• Contohnya,Antartika sebagai hak warisan manusia


sejagat,Dasar Pandang Ke Timur,Pelaburan Imbal-
Balik,Kokus Ekonomi Asia Timur(EAEC),Kumpulan
15(G15),Penyatuan Islam dan memperjuangkan hak-hak
negara membangun dalam isu-isu alam sekitar,hak asasi
manusia serta demokrasi.
Konflik Wilayah Pulau Sipadan
Dan Ligitan
• Punca kepada pertikaian ini adalah disebabkan
tindakan Malaysia yang telah mengisytiharkan
wilayah pelantar laut Malaysia.Di dalam perisytiharan
tersebut,Malaysia telah memasukkan Pulau Sipadan
dan Pulau Ligitan ke dalam wilayahnya.Tindakan ini
telah dibantah oleh Indonesia.

• Dalam menangani isu ini,Malaysia telah


mengutarakan Konvensyen 1891 sebagai bukti hak
dan kedaulatannya.Berdasarkan hujah dan bukti
tersebut jugalah yang telah membawa kemenangan
Malaysia di ICJ.
ISU PELARIAN ROHINGYA
KEMENTERIAN LUAR NEGERI
1. Mendapatkan persetujuan dengan negara-negara jiran
untukmembantu menangani krisis kemanusiaan.
2. Menggesa negara-negara lain menerusi badan PBB untuk
membantu menghantar rakyat yang ditindas pulang ke negara
asal.
3. Bekerjasama dengan Indonesia untuk menyediakan tempat
perlindungan sementara.
4. Malaysia telah menghantar 1000 orang pelarian yang terdiri
daripada warganegara Myanmar dan Bangladesh yang telah
ditempatkan sementara di Pulau Langkawi.
5. 400 orang pelarian telah diserahkan kepada pihak Suruhanjaya
Tinggi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu(UNHCR).
ISU PELARIAN ROHINGYA

MALAYSIA MENGGUNAKAN PLATFORM ASEAN

1. Malaysia bersedia menjadi orang tengah menangani


kemelut di Myanmar sekiranya dijemput oleh kerajaan
Myanmar sebagaimana yang telah dilakukan oleh
pihak kerajaan Malaysia untuk selatan Thailand dan
Filipina
2. Malaysia dan Indonesia sepakat menangani masalah
pelarian Rohingya berdasarkan semangat perpaduan
dan solidariti ASEAN .
4.8 IMPAK ISU-ISU GLOBAL TERHADAP
PELUANG PENDIDIKAN DI MALAYSIA
Kesan positif isu-isu global terhadap
peluang pendidikan ialah:

Perubahan peranan guru dalam bilik darjah


Peluang pendidikan terbuka luas di dalam
negara
Persaingan sihat dalam meningkatkan mutu
pendidikan dan inovasi
Perkongsian hasil penyelidikan tentang
pengajaran dan pembelajaran
Kesan negatif isu-isu global
terhadap peluang pendidikan ialah:

 Pengaliran keluar sumber kepakaran manusia ke luar


negara
 Kemiskinan berlaku disebabkan peruntukan
pendidikan terarah kepada sektor lain
 Kualiti sistem pendidikan pincang dan tidak dapat
beroperasi dengan baik
 Meminggirkan Bahasa Melayu sebagai bahasa ibunda
 Perdagangan pendidikan
 Penyebaran sumber-sumber yang tidak tepat dan
bersesuaian dengan intelek dan rohani
SEKIAN,TERIMA KASIH

You might also like