You are on page 1of 125

Kanak-Kanak

Keperluan
Khas

Sarahandi Api Abdullah


SK Jalan Muara Tuang
Pengenalan
Perbezaan kognitif, sosial, emosi, fizikal dan
rohani di kalangan kanak-kanak di dalam sebuah
bilik darjah merupakan perkara biasa.

Selain daripada pengaruh baka dan persekitaran,


kanak-kanak berkembang pada tahap dan kadar
yang berbeza.
terdapat murid yang cergas serta berkebolehan dan ada
murid yang menghadapi kesukaran dalam mengikut
pengajaran.

berbeza daripada dari segi kemampuan menyelesaikan


masalah, kebolehan berbincang dan bergaul dengan
rakan, mengawal perasaan atau menjalani kegiatan fizikal.
kanak-kanak yang perbezaannya agak ketara dan
tidak mengikut norma-norma perkembangan seperti
kanak-kanak lain.

kanak-kanak ini tidak dapat mengikut pengajaran


di dalam bilik darjah

ciri-ciri perkembangan yang berbeza daripada


kanak-kanak biasa
menghadapi masalah tertentu seperti masalah
fizikal, masalah penglihatan, pendengaran,
pertuturan, tingkah laku, masalah pembelajaran
terencat akal dan pintar cerdas.

Kanak-kanak ini dikategorikan sebagai kanak-


kanak berkeperluan khas.
Satu bentuk pendidikan yang khusus perlu
dirancang dan dilaksanakan untuk kanak-kanak
lain.

Pendidikan yang disediakan untuk kanak-


kanak ini dinamakan pendidikan khas.
Di Malaysia, pendidikan untuk kanak-kanak ini
terletak di bawah pengendalian Kementerian
Pelajaran Malaysia dan Kementerian
Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat.
Kementerian Pelajaran Malaysia pula
menyediakan perkhidmatan pendidikan untuk
murid-murid pemulihan khas dan keperluan
khas.
Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan
Masyarakat menyediakan perkhidmatan untuk kanak-
kanak yang menghadapi masalah seperti cacat fizikal
teruk, terencat akal sederhana dan teruk, pelbagai
kecacatan dan kecacatan yang tidak membolehkan
kanak-kanak tersebut belajar di sekolah-sekolah yang
disediakan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia.
Menurut dasar pendidikan khas di Malaysia, murid-murid
berkeperluan khas merujuk kepada murid-murid yang mengalami
kecacatan penglihatan, pendengaran dan masalah pembelajaran.

Kategori kanak-kanak yang bermasalah pembelajaran di bawah


tanggungjawab Kementerian Pelajaran termasuk sindrom down,
autism ringan, attention deficit hyperaktive disorder (ADHD), terencat
akal minimum dan masalah pembelajaran spesifik seperti disleksia.
Antara program yang dirancang di bawah Kementerian
Pelajarn Malaysia termasuk program Pendidikan Khas
Bermasalah Penglihatan.

Program Pendidikan Khas Integrasi, Program


Pendidikan Khas Prasekolah, Program Pendidikan Khas
Teknik dan Vokasional serta Program Pendidikan Khas
Inklusif.
Pendidikan Inklusif
Pendidikan inklusif bermasud kanak-kanak berkeperluan
khas ini dimasukkan ke dalam sistem pendidikan untuk
kanak-kanak biasa.

Kanak-kanak ini mungkin memerlukan perkhidmatan


tertentu yang lain namun mereka akan mengikut kurikulum
seperti kanak-kanak lain.
Ia melibatkan tanggungjawab bersama antara
guru biasa dan guru pendididkan khas.

Pendidikan inklusif memberi peluang kanak-


kanak berkeperluan khas untuk berinteraksi
dengan kanak-kanak lain.
Masalah kanak-kanak berkeperluan khas ini mungkin
disebabkan oleh faktor-faktor seperti perkembangan prenatal
yang kurang sempurna kerana penyakit, kekurangan zat
makanan ataupun dadah.

Kerumitan semasa proses kelahiran boleh memberi


kesan kepada perkembangan kanak-kanak.
Persekitaran kanak-kanak seperti kekurangan makanan berzat,
penyakit-penyakit, penderaan dan kurang kasih sayang juga
merupakan faktor penting dalam perkembangan kanak-kanak.

Kanak-kanak keperluan khas memerlukan perhatian,


penjagaan yang khusus dan sentiasa menuntut kasih sayang,
perhatian dan kesabaran serta komitmen guru yang sangat
tinggi.
Kategori Kanak-kanak keperluan khas
Masalah Kecacatan Fizikal
Masalah kecacatan fizikal merujuk kepada kanak-kanak yang
mengalami ketidakupayaan fizikal, dan memerlukan perubatan atau
peralatan khas seperti pendakap (brances) atau kerusi roda.

Ia termasuk ketidakupayaan berbentuk neurologi yang melibatkan


otak dan urat saraf yang rosak ( Mohd Sharani, 2006 ) serta kecederaan
ortopedik yang melibatkan tulang, sendi dan otot.
Antara masalah yang dikategorikan sebagai
kecacatan fizikal ialah seperti cerebral palsy,
epilepsy, spina bifida, muscular dystrophy, limb
deficiencies, asthma, diabetes dan leukemia.
Kecacatan Fizikal
Kesukaran bergerak kerana tidak dapat
Cerebral mengkoordinasi badan. Ia disebabkan
palsy oleh neurologi motor yang tidak dapat
berfungsi dengan baik kerana
kecederaan di bahagian otak.
Kecederaan ini mungkin berlaku
sebelum, semasa atau selepas
kelahiran. Pada umumnya kanak-kanak
ini juga akan mempunyai kecacatan
lain seperti masalah penglihatan,
pertuturan atau terencat akal.
Penyakit sawan yang disebabkan oleh
Epilepsi masalah neurologi yang menyebabkan
kanak-kanak mengeletar.
Spina bifida Kecacatan pada tulang belakang yang
boleh menyebabkan kelumpuhan pada
bahagian bawah badan. Ia adalah satu
keadaan yang berlaku sejak kelahiran
tetapi boleh dibantu dengan
pembedahan.

Muscular Kemerosotan kekuatan otot secara


dystrophy progresif sehingga kanak-kanak akan
memerlukan kerusi roda. Kecerdasan
kanak-kanak tersebut tidak terjejas.
Kanak-kanak yang anggota badannya
Limb tidak sempurna ini mungkin disebabkan
deficiencies oleh kemalangan atau kecacatan
semasa kelahiran. Kanak-kanak ini
boleh dilatih menggunakan anggota
palsu.
Masalah penafasan yang berlaku
Asthma apabila tiub bronkial daripada saluran
pernafasan kerongkong menjadi
sempit. Masalah ini dibantu dengan
dadah dan penggunaan “nebulisec”
Kencing manis ialah penyakit yang
Diabetes disebabkan oleh pankreas yang tidak
dapat berfungsi untuk menghalang
peningkatan gula dalam darah manusia.
Seperti asthma, penyakit ini boleh
dikawal dengan dadah serta pemakanan
yang betul.

Satu bentuk kanser yang biasa di


Leukemia kalangan kanak-kanak. Penyakit ini
disebabkan peningkatan secara
mendadak sel darah putih dalam tulang
sum-sum. Kimoterapi merupakan satu
cara yang digunakan untuk membantu
mengawalnya.
Implikasi kepada P&P
Guru perlu mengetahui tentang masalah yang dihadapi oleh muridnya.
Misalnya guru mesti mengetahui prosedur bagaimana mengurus seorang
murid yang diserang penyakit sawan atau asthma.

Guru juga perlu jelas tentang kesan masalah fizikal ini ke atas
perkembangan psikososial kanak-kanak tersebut. Kanak-kanak ini kadang
kala tidak memahami hidup mereka dan sering menghadapi masalah
penyesuaian.
Selain itu, guru juga perlu peka kepada keperluan murid. Misalnya
seseorang kanak-kanak cerebral palsi boleh menggunakan komputer
atau pen ataupun pensil yang tidak memerlukan tekanan yang kuat
sekiranya ada tugasan melibatkan penulisan.

Penggunaan pemegang buku (‘book holders’) ataupun buku teks


elektronik dapat membantu kanak-kanak yang tidak berupaya
memegang buku.
Masalah Penglihatan
Kanak-kanak yang diketegorikan sebagai mempunyai masalah
penglihatan jika kerosakan penglihatan tersebut tidak dapat
diperbetulkan dan menganggu pembelajaran.

Kanak-kanak yang bermasalah penglihatan berkemungkinan


mempunyai penglihatan yang terbatas atau buta.

Masalah penglihatan terbatas bermaksud tahap penglihatan kanak-


kanak berada di antara 20/70 dan 20/200 dengan penggunaan lensa.
Penglihatan kanak-kanak ini terhad kepada objek yang dekat sahaja.

Kanak-kanak yang dikategorikan sebagai buta tidak dapat


menggunakan penglihatan untuk pembelajaran. Mereka bergantung
kepada pendengaran dan sentuhan.

Kanak-kanak ini pada kebiasaan mempunyai kecerdasan yang


normal seperti kanak-kanak lain dan boleh belajar seperti biasa jika
kemudahan serta perkhidmatan sokongan disediakan untuk mereka.
Kanak-kanak yang buta juga kadang kala mempunyai masalah
pendengaran dan perkembangan psikomotor mereka agak terhad.

Keupayaan motor mereka sebenarnya tidak terjejas daripada segi neuron


tetapi dipengaruhi oleh pergerakan mereka yang terhad.

Mereka tidak boleh meneroka persekitaran seperti kanak-kanak normal


yang lain. Ini juga boleh memberi kesan ke atas perkembangan personaliti.
mempunyai konsep kendiri yang rendah dan perhatian lebih yang
diberikan kepada mereka boleh menggalakkan pergantungan untuk
sentiasa membimbing mereka.

Di samping itu, pengalaman mereka yang terhad dalam dunia visual


memberi kesan kepada perkembangan bahasa.

Misalnya, seseorang kanak-kanak normal boleh memberi pelbagai


contoh untuk perkataan “bulat” menghuraikannya dengan jelas jika
dibanding dengan kanak-kanak yang mempunyai masalah penglihatan.
Seseorang guru boleh mengesan mereka yang berpontensi
mengalami masalah penglihatan melalui simptom-simptom yang
ditunjukkan pada kanak-kanak ini.

Kanak-kanak bermasalah penglihatan biasanya akan mengerutkan


mata atau menutup sebelah mata untuk tujuan penglihatan.

Selain itu mereka juga asyik menggosok mata tanpa sebab dan
menyebabkan mata merah dan bengkak.
Kanak-kanak juga sering mengadu pening kepala
atau loya.

Apabila membaca kanak-kanak akan memegang


buku terlalu dekat atau terlalu jauh untuk
mengimbangkan penglihatan mereka.
Implikasi Kepada P&P
bahan pembacaan yang mempunyai saiz yang besar dan sesuai
ataupun bahan audio untuk membantu pembelajaran.

Sediakan bahan bacaan yang jelas, misalnya hurufnya


mempunyai perbezaan warna yang ketara dengan latar belakang
kertas

Semasa tulis di papan putih guru boleh menyebut secara lisan


bahan yang ditulis untuk kemudahan kanak-kanak ini.
Guru juga perlu memberi perhatian kepada susunan
bilik darjah dan pastikan kedudukan kanak-kanak
tersebut berhampiran dengan papan.

Susunan bilik darjah seharusnya memudahkan


pergerakan kanak-kanak di sekitar bilik darjah dan
memberi mereka akses yang mudah berada dalam
bahan-bahan pembelajaran.
Masalah Pendengaran
Terdapat dua kategori masalah pendengaran iaitu separa pekak
dan pekak.

Separa pekak bermaksud penggunaan alat pendengaran akan


membolehkan kanak-kanak ini menerima pendidikan secara audio.

Kanak-kanak yang dikategorikan sebagai pekak perlu menerima


pendidikan menggunakan teori lain seperti penglihatan.
Tahap kehilangan keupayaan mendengar diukur dengan
audiometer dalam unit decibel.

Seseorang dikategorikan sebagai pekak jika tahap kehilangan


keupayaan mendengar lebih daripada 10 decibel.

Mereka yang tergolong sebagai separa pekak mempunyai tahap


kehilangan keupayaan mendengar antara 20 hingga 60 decibel.
Masalah pendengaran terdiri daripada beberapa tahap dan ada yang dapat
dikenal pasti apabila kanak-kanak tersebut telah berumur beberapa tahun.

Seseorang guru peka kepada petanda masalah ini menunjukkan symptom


seperti kerap meminta orang mengulang apa yang telah disebut.

Mereka juga menghadapi kesukaran untuk mengikut arahan dan salah


faham kerap berlaku.
Pertuturan kanak-kanak ini tidak lancar kerana mereka sering salah
sebutan dan mempunyai nada suara yang lebih tinggi atau rendah dan
memusingkan kepala untuk mendengar.

Masalah pendengaran menjejaskan komunikasi dan juga pembelajaran


individu.

Ketidakupayaan berkomunikasai ini memberi kesan kepada


perkembangan sosial, emosi , bahasa dan kognitif individu tersebut.
Implikasi kepada P& P
Kanak-kanak bermasalah perdengaran perlu mendapat latihan awal yang
baik di sekolah-sekolah khas untuk kehidupan yang lebih baik seperti kanak-
kanak normal yang lain.

Guru-guru diingatkan supaya bercakap dengan jelas dan jangan


membelakangkan kanak-kanak ini semasa memberi arahan atau mengajar.

Kanak-kanak ini boleh ditempatkan di baris hadapan kelas untuk


memudahkan mereka melihat wajah guru.
Elakkan daripada menjerit atau meninggikan suara.
Sebarang lisan boleh diikuti dengan illustrasi grafik
atau visual untuk memudahkan kefahaman murid.

Sediakan persekitaran pembelajaran yang tidak


diganggu oleh bunyi bising atau gangguan bunyi lain.
Penggunaan bahasa isyarat adalah satu cara efektif untuk
berkomunikasi dengan kanak-kanak ini, Guru perlu dilatih
dan didedahkan kepada cara menggunakan jari tangan
untuk mengeja.

Tetapi hari ini komunikasi secara keseluruhan digalakkan


di mana ia melibatkan pertuturan, pembacaan, bahasa
isyarat dan bahasa badan.
Masalah Pertuturan
Masalah pertuturan boleh dikategorikan kepada empat iaitu masalah
sebutan, masalah gagap, masalah suara, masalah bahasa.

Masalah sebutan ialah kecenderungan meninggalkan suku kata atau


mengubah bunyi sesuatu perkataan, misalnya perkataan “saya” menjadi
“caya”.

Kanak-kanak pada kebiasanya akan melalui fasa ini dalam tempoh


perkembangan mereka.
Ia biasanya tidak dipandang serius namun jika masalah ini berlanjutan ia
perlu diberi perhatian.

Gagap merupakan ganguan terhadap kelancaran percakapan. Aliran


pertuturan terganggu di mana seseorang itu mungkin mengulang,
memberhenti seketika atau mencelah dengan suku kata atau perkataan.

Gagap kerap berlaku apabila individu tersebut teruja dan ingin


menyatakan sesuatu dengan kadar yang cepat.
Masalah suara berkaitan dengan kualiti suara seseorang. Ia mungkin
terlalu lantang, lembut, garau, kasar, sengau, nada yang tinggi atau rendah
atau nada yang sama dan tidak berubah.

Masalah bahasa berkaitan dengan sistem saraf pusat. Menurut Myklebust


(1971) masalah ini mengganggu kefahaman atau penngunaan perkataan.

Istilah yang digunakan ialah aphasia. Ia bermakna seseorang menghadapi


kesukaran mentafsir bahasa dalam sesuatu perbualan.
Ia juga melibatkan kesukaran dalam menggunakan perkataan yang sesuai semasa
komunikasi.

Masalah perkataan seperti masalah sebutan, gagap dan suara boleh menimbulkan rasa
malu dan menyebabkan kanak-kanak tersebut merasa tidak selesa dalam situasi sosial.

Ia mungkin tidak mengganggu pembelajaran seperti mana masalah bahasa.

Masalah bahasa memberi kesan kepada perkembangan kognitif kanak-kanak.


Implikasi kepada P&P
Kanak-kanak ini perlu diberi masa yang mencukupi untuk memberi respon.
Mereka boleh digalakkan memberi respon secara bertulis.
Selain itu, guru boleh menggunakan pendekatan yang melibatkan penggunaan
pelbagai deria.
Guru juga boleh membantu kanak-kanak dengan menjadi model yang sesuai,
misalnya mengulang perkataan secara jelas dan perlahan, atau menggunakan
alat audio.
Kanak-kanak yang menghadapi masalah sebutan atau gagap boleh dibantu
melalui terapi.
Masalah Pembelajaran
Masalah pembelajaran diandai sebagai masalah neurologi.

Ia tidak berkaitan dengan IQ seseorang kerana selalunya, IQ


individu tersebut berada pada tahap normal.

Kanak-kanak yang mengalami masalah pembelajaran sering


ditafsir sebagai malas, tidak memberi perhatian atau tidak
berminat.
Mereka mungkin menunjukkan sikap yang tidak matang, sukar memberi
tumpuan dan mudah lupa.

Oleh kerana mereka menunjukkan ciri-ciri yang sama seperti kecacatan


yang lain, masalah mereka sukar dikenalpasti dan sering disalahtafsir.

Masalah pembelajaran berkaitan dengan cara otak menerima,


memproses, menganalisis dan menyimpan maklumat.
Ia merupakan kecelaruan dalam satu atau lebih daripada satu proses
psikologi yang melibatkan kefahaman atau penggunaan bahasa, sama ada
lisan atau bertulis.

Kecelaruan ini boleh menjejaskan keupayaan mendengar, berfikir,bertutur,


membaca, menulis,megeja ataupun mengira.

Selain itu, masalah ini mungkin disebabkan oleh aphasia. Ia mengakibatkan


kadar pembelajaran murid tersebut berbeza dengan murid yang tidak
menghadapi masalah tersebut.
Namun, masalah ini juga sering dikaitkan dengan masalah
tingkah laku dan emosi.

Antara masalah yang dikaitkan dengan masalah


pembelajaran termasuk masalah pembelajaran akademik,
masalah bahasa, ingatan, sosio-emosi, kemahiran motor
dan koordinasi, metakognitif, kurang memberi perhatian
dan hiperaktiviti.
• Banyak kesilapan semasa membaca
dengan kuat, kerap mengulang atau
berhenti.
• Menterbalikkan perkataan misalnya „b‟
dan „d‟, „21‟ dan „12‟ atau „on‟ dan „no‟.
• Sebutan yang tidak betul atau
menggunakan perkataan yang salah
Membaca yang bunyinya sama.
• Pembelajaran bahasa lewat dan
mungkin mempunyai perbendaharaan
kata yang terhad.
• Kesukaran dalam mengenalpasti idea
utama dari bahan bacaan, mengingati
fakta asas dan peristiwa dalam aturan
yang betul serta membuat kesimpulan
dan analisis bahan yang telah dibaca.
• Tulisan yang tidak kemas dan cara
pegang pensil yang janggal.
• Ejaan
Menulis • Kesukaran menjelaskan idea melalui
penulisan.
• Tidak dapat memikirkan perkataan yang
sesuai dalam penulisan.

• Keliru dengan simbol Matematik dan salah


baca nombor.
Mengira • Kesukaran mengingati fakta Matematik
• Kesukaran dalam kiraan
• Menukar aturan nombor
Dileksia
Merupakan masalah pebelajaran yang berkaitan denga bahasa,
membaca dan ia merangkumi mengeja, menulis dan menyebut.

Kanak-kanak yang menghadapi masalah ini biasanya membaca


dengan perlahan kurang tepat, lemah dalam ejaan dan tulisan serta
mencampur-aduk perkataan yang berbunyi sama.

Mereka juga mempunyai kurang kesedaran dan minat terhadap buku.


Menurut kajian, masalah ini diwarisi dan mungkin
kelihatan pada beberapa anggota keluarga yang sama.

Kajian juga menunjukkan masalah disleksia berlaku


empat kali lebih kerap terdapat pada kanak-kanak lelaki
berbanding kanak-kanak perempuan ( Stoppard, 1997.)
Attention Defict / Hyperactivity
disorder ADD/ADHD
Kanak-kanak Attention Defict / Hyperactivity disorder
ADD/ADHD tidak dapat mengekalkan perhatian dan mudah
mengalih perhatiannya, sukar menyiapkan satu tugasan,
pelupa dan sentiasa memerlukan penyeliaan.

Kanak-kanak ini juga bersikap impulsif dan sering


menggangu perbualan, aktiviti atau menyatakan sesuatu
tanpa berfikir.
Sifat hiperaktif dan pergerakkan fizikal yang keterlaluan juga merupakan ciri-
ciri kanak-kanak ADHD.

Punca masalah ADHD ialah kekurangan neurotransmiter yang spesifik iaitu


noreprinephrine dan dopa atau dopamine dalam sel litar otak.

Pada hari ini, ADD/ADHD boleh dikawal dengan pengaruh dadah tetapi
tahap tumpuan mereka masih tidak sama dengan kanak-kanak yang tidak
mempunyai ADD/ADHD (Barbaresi & others, 2006: Tucha & others, 2006).
Namun penggunaan dadah tidak berkesan bagi semua kanak-kanak ADD/ADHD
dan kesan jangka panjang dadah ini masih tidak dketahui.

David Nylund (Woolfolk A & Margetts K, 2007) mencadangkan satu bentuk terapi di
mana kanak-kanak tersebut menggunakan kekuatan dalam dirinya untuk mengawal
masalah tersebut.

Nylund cuba memberi perspektif baru kepada ADHD, bahawa kesukaran boleh
dikawal dan semua sifat yang menghalang pembelajaran sebagai faktor yang boleh
diasingkan daripada kanak-kanak tersebut.
Beliau mencadangkan guru menggunakan masa
yang singkat semasa kanak-kanak dapat memberi
perhatian untuk menguasai diri dan tingkah laku
mereka.
Tetapi bukan semua kanak-kanak yang hiperaktif
atau kurang memberi penumpuan ialah ADD/ADHD.
Pengesahan masalah ini perlu dibuat oleh pakar.
Implikasi kepada P&P
Oleh kerana kanak-kanak ini sukar memberi penumpuan, guru boleh
menempatkan mereka di sudut yang senyap dan kurang aktivti yang boleh
mengalihkan perhatian mereka.

Kedudukan tempat duduk kanak-kanak ini seeloknya berhampiran tempat


duduk guru.

Ini akan memberi peluang kepada guru untuk menegur dan memberi
motivasi kepada murid-murid ADHD.
Guru juga boleh menggunakan prinsip peneguran di mana
kanak-kanak ini diberi peneguran positif apabila mereka
menunjukkan tingkah laku yang dikehendaki.

Peraturan dan prosedur dalam bilik darjah mesti dinyatakan


dan dipaparkan dengan jelas.

Guru perlu memastikan murid faham peraturan tersebut.


Objektif pembelajaran juga harus dinyatakan dengan eksplisit dan murid diberi
maklum balas dengan segera.

Semasa mengajar, arahan perlu ringkas dan diulang.

Beri peluang kepada murid hiperaktif ini untuk mengambil bahagian dalam aktiviti
yang aktif.

Beri tugasan yang ringkas.


Masalah Tingkahlaku
Masalah tingkah laku di kalangan kanak-kanak
adalah perkara biasa.

Namun, kanak-kanak yang menunjukkan tingkah


laku kurang sesuai pada tahap serius dan
berterusan akan mengakibatkan konflik sosial, tidak
bahagia dan kegagalan di sekolah.
Tingkah laku yang dikaitkan dengan masalah ini termasuk
agresif, kesukaran membentuk perhubungan sosial,
menunjukkan tingkah laku sosial yang tidak boleh diterima
masyarakat, hiperaktif, menipu, mencuri, masalah
pembelajaran dan kebimbangan.

Ia boleh diklasifikasikan kepada masalah tingkah laku


dalaman dan masalah tingkah laku luaran.
Tingkah laku masalah Tingkah laku masalah luaran
dalaman
Kebimbangan, perasaan takut Mengingkar
Sedih, murung Menentang
Bersikap apatetik (tidak Agresif
memperdulikan)
Suka menyendiri, penarikan diri Argumentatif (suka berhujah)
Kecenderungan menyalahi diri Tidak mempercayai,
sendiri, perasaan serba salah kecenderungan menyalahkan
orang lain.
Perasaan rendah diri Destruktif
Malu, terlalu sensitif Menipu, mencuri
Keasyikan pemikiran tentang Sukar mengawal diri
suatu perkara
Cemburu
Ciri-ciri Kanak-kanak Bermasalah
Tingkah Laku
Tingkah laku kurang sesuai dalam situasi-situasi biasa.
Misalnya kanak-kanak yang mengunyah dan makan
dalam bilik darjah semasa guru sedang mengajar.

Tidak dapat mengawal perasaan dan tingkah laku


mereka. Misalnya kanak-kanak yang cepat marah
apabila rakan terambil pensel atau pemadamnya.
Menunjukkan simptom-simpton fizikal yang berkaitan dengan masalah peribadi atau
masalah di sekolah. Misalnya kanak-kanak yang mengadu sakit perut atau deman
maka tidak boleh ke sekolah.

Tidak berupaya membentuk perhubungan interpersonal dengan rakan atau


gurunya. Kanak-kanak ini biasanya pendiam dan tidak mahu bergaul dengan kanak-
kanak lain.

Menghadapi masalah pembelajaran tetapi ketidakupayaan ini tidak dapat dijelaskan


oleh faktor-faktor kesihatan, sensori atau intelek.
Sesetengah kanak-kanak menwarisi sifat atau tingkah laku bermasalah.

Ini juga mungkin disebabkan oleh ketidakseimbangan biokimia dalam diri


seseorang, masalah nuerologi ataupun kecederaan kepada sistem saraf pusat.

Faktor behavioral seperti kegagalan mempelajari tingkah laku menyesuaikan diri


atau membentuk tingkah laku kurang sesuai akibat tekanan daripada persekitaran
juga memberi kesan kepada tingkah laku kanak-kanak.
Daripada segi sosiologi pula, tindakan seperti melabel individu
kerana beliau daripada latar belakang tertentu dan pengaruh
budaya sesuatu masyarakat juga boleh menimbulkan masalah
tingkah laku.

Selain daripada itu, perubahan dalam sesebuah keluarga


misalnya penceraian, kehadiran adik yang baru atau ibu/bapa
tidak boleh menimbulkan rasa kurang selamat atau kurang yakin.
Kadang-kala masalah tingkah laku seperti agresif
atau melawat menunjukkan tingkah laku tersebut.

Masalah tingkah laku yang berkait dengan


masalah pembelajaran menyebabkan murid
ponteng kelas, tidak hadir ke sekolah, pencapaian
rendah dan tercicir daripada sekolah.
Implikasi kepada P&P
Pengurusan tingkah laku yang boleh digunakan di dalam bilik darjah termasuk:
Peneguran Positif:

Guru boleh memberi peneguran positif kepada murid sebaik sahaja murid
menunjukkan tingkah laku yang diingini.

Misalnya seorang murid yang sebelum ini sentiasa menghantar kerja rumah
lewat dan tiba-tiba hari ini menghantarnya pada masa yang ditetapkan boleh
diberi galakan atau pujian atas tindakannya.
“Time-out”

Murid tersebut diasingkan daripada rakannya untuk


satu masa tertentu.

Diharapkan masa persendirian memberi peluang


kepada murid memikirkan tentang tingkah lakunya.
Tidak Peduli:

•Guru tidak memberi perhatian kepada murid yang menunjukkan


tingah laku yang tidak diingini.

Mengajar tingkah laku yang dikehendaki. Misalnya guru


menggalakkan murid meluahkan perasaannya tentang sesuatu perkara
yang dia tidak suka. Ini lebih bermakna dan sihat daripada menunjukkan
tingkah laku seperti misalnya mengelak perkara yang murid tidak minat.
Kanak-kanak dengan masalah tingkah laku memerlukan sesuatu
persekitaran di sekolah yang boleh membantu penglibatan mereka dalam
aktiviti sekolah.

Mereka tidak seharusnya disisih sehingga tercicir daripada sisitem


persekolahan.

Mereka juga dibimbing cara-cara mengawal emosi serta kemahiran


mengurus diri.
Lembab (slow learner)
Perkembagan kanak-kanak lembab ini agak lambat sejak
peringkat bayi, di mana bayi ini lambat senyum, lambat bertindak
balas terhadap bunyi atau suara ataupun tidak balas menggenga
masih belum hilang walaupun usia bayi lebih 3 bulan.

Kanak-kanak lembab ini biasanya tidak dapat mengikuti


pelajaran yang diajar oleh guru yang menggunakan kaedah
biasa. Ini kerana mereka tidak dapat memberi tumpuan dan
minat terhadap proses pengajaran dan pembelajaran.
Implikasi kepada P&P
Gunakan bahasa yang mudah. Arahan mesti dinyatakan dengan jelas dan
perlu diulang. Ia boleh diberi dalam bentuk visual atau dipaparkan pada
papan hitam atau papan kenyataan kelas. Bahan pengajaran dan
pembelajaran perlu dinyatakan dalam langkah-langkah yang pendek dan
ringkas.

Strategi pengajaran dan pembelajaran diubahsuai untuk membina


keyakinan dan memberi perasa kejayaan, misalnya meminta seorang
kanak-kanak disleksia untuk memberi laporan secara lisan manakala rakan-
rakannya memberi laporan bertulis (Woolfolk A & Margetts K, 2007).
Tugasan dan penilaian harus sesuai dengan tahap kanak-kanak
terseut. Ia boleh diberi dalam bentuk tugasan-tugasan kecil yang
kanak-kanak mampu lakukan. Tempoh masa yang lebih boleh
diberikan untuk kanak ini untuk menyiapkan tugasan mereka.

Tugasan dan kerja rumah yang diberikan setiap minggu boleh


ditampal pada papan notis kelas sebagai peringatan. Satu
salinan boleh juga diserahkan kepada ibu bapa.
Terencat Akal
Persatuan Kerencatan Akal Amerika (AAMR)
mendefinisikan terencat akal sebagai satu
ketidakupayaan yang dapat dilihat melalui fungsi
intelek serta tingkah laku penyesuaian seperti
komunikasi, penjagaan diri dan kemahiran sosial
yang amat terhad.
Kanak-kanak yang mengalami kerencatan akal ringan menunjukkan ciri-ciri
seperti berikut:

Kurang koordinasi motor.


Sukar menumpukan perhatian.
Kemahiran membaca dan bahasa yang lemah serta berada pada tahap
yang rendah dapada mereka yang sebaya.
Sukar mengaplikasi sesuatu yang dipelajari dalam situasi baru.
Kesukaran dalam memahami konsep yang abstrak dan membuat
kesimpulan.
Kanak-kanak ini sukar menurut arahan dan tidak berupaya
memilih aktiviti secara sendirian.

Mereka juga menghadapi masalah koordinasi mata dan


tangan.

Mereka mempelajari bahasa dan kemahiran dengan perlahan,


tidak seperti kanak-kanak biasa.
Paras rupa kanak-kanak ini seperti kanak-kanak biasa dan mereka biasanya dibenarkan
masuk ke sekolah biasa.

Kurikulum di sekolah digubal untuk kanak-kanak biasa dan merupakan cabaran bagi
kanak-kanak dengan masalah terencat akal.

Kebanyakan kanak-kanak ini gagal di sekolah kerana IQ mereka yang rendah iaitu
antara 55/60 dan 85/90.

IQ kanak-kanak normal adalah 90 ke atas.


Namum begitu, kebanyakan kanak-kanak
bermasalah terencat akal ringan boleh ke sekolah
dan boleh mempelajari pelbagai kemahiran
akademik seperti kemahiran vokasional sosial
untuk membantu menjadikan meraka sebagai
individu yang produktif.
Sindrom Down
Sindrom Down berpunca daripada masalah yang disebabkan daripada
masalah berlebihan kromosom.
•Dalam kebanyakan kes ia melibatkan kepada kecacatan dalam
pasangan kromosom yang ke-21.
•Menurut kajian, ia berlaku dalam setiap 800 kelahiran.
•Akibat daripada Sindrom Down ini termasuklah terencat akal, masalah
ringan dan pertuturan dan perkembangan motor yang lambat.
•Kanak-kanak Sindrom Down mempunyai tahap IQ yang rendah antara
30 hingga 80.
Kanak-kanak ini mempunyai ciri-ciri yang boleh dikenal pasti antaranya:

Mulut sentiasa terbuka atau tidak tertutup rapat.


Lidah yang tebal, kasar dan pendek serta cenderung untuk terjelir
Mata sentiasa berair dan merah.
Mata sepet dan bentuk muka yang kecil.
Berbadan gempal dan pendek serta aan yang agak bongkok.
Suka bermanja, bermain dan dapat bergaul dengan baik.
Mereka juga selalunya mengalami masalah kataraks
mata, masalah jantung dan kecacatan usus.

Sebelum ini, penghidap Sindrom Down kerap meninggal


dunia sebaik sahaja memasuki alam dewasa disebabkan
oleh masalah-masalah yang dihadapi tetapi, kini dengan
kemajuan perubatan mereka boleh menjalani kehidupan
yang sihat seperti individu normal.
Kanak-kanak Sindrom Down memerlukan penjagaan yang lebih rapi.

Disebabkan oleh keadaan fizikal muka mereka yang rata, mereka cenderung mengalami
masalah penafasan dan sukar untuk makan.

Mereka juga lemah dalam koordinasi mata dan otot dan kurang upaya meneroka persekitaran.

Walau bagaimanapun dengan sokongan ibu bapa dan penjaga mereka boleh dibimbing dan
diasuh untuk berdikari dan menguasai kemahiran.
Implikasi kepada P&P
Guru perlu bersabar dalam menangani pembelajaran kanak-kanak
yang mempunyai masalah Sindrom Down.

Proses pengajaran perlu dijalankan dengan kadar yang perlahan


mengikut kebolehan kanak-kanak tersebut.

Ini juga memberi peluang bagi mereka mencapai kemahiran dan


meningkatkan emosi mereka yang mereka juga berupaya untuk berjaya.
Setiap tugasan, aktiviti atau arahan perlu dirancang dengan rapi. Ia perlu
disampaikan dengan jelas, betul, khusus dan lengkap.

Ini adalah kanak-kanak Sindrom Down sukar untuk memahami arahan dan
perkataan. Setiap arahan perlu lengkap dengan butiran yang terperinci. Contohnya:
“Ambil buku yang berwarna kuning di atas meja dan bawa buku itu kepada cikgu.”

Guru perlu memberi bimbingan dan bantuan yang berkesan semasa pengajaran
akademik.
Kanak-kanak Sindrom Down kurang mempunyai keupayaan untuk
mengingat dan memproses maklumat.
Guru perlu menyediakan mereka dan menarik perhatian mereka.
Guru juga boleh mengajar kemahiran mengingat yang mudah. Ia boleh
dikaitkan dengan perkara yang mereka sukai.
Masukkan elemen vokasional dan kemahiran kendiri di dalam kurikulum
mereka.
Ini adalah supaya mereka berupaya menjaga keperluan asas diri dan
berupaya mencari kerjaya yang sesuai apabila tamat persekolahan nanti.
Autisme
Autisme merupakan kecacatan mental seumur hidup yang terlalu sukar
untuk dipulihkan.
Kanak-kanak autisme ini menghadapi masalah komunikasi kerana
mereka tidak boleh mengenali atau mentafsir air muka, gerak isyarat
atau nada suara yang berlainan.
Selain itu, kanak-kanak ini juga menunjukkan tabiat yang tidak suka
bertentang mata dan tidak menunjukkan sebarang reaksi dalam apa-apa
situasi.
Mereka lebih minat kepada barang permainan daripada berinteraksi
atau berhubung dengan orang di sekitarnya.
Implikasi Kepada P&P
Pendidikan kanak-kanak ini berfokus kepada kemahiran-
kemahiran kesediaan untuk berlajar, misalnya duduk dan memberi
perhatian kepada guru, kemahiran psikomotor misalnya
penggunaan alat, gunting, dan kemahiran sosial seperti
berinteraksi dengan rakan-rakan sebaya.

Ia harus menekankan kemahiran yang dapat membantu kanak-


kanak berdikari. Misalnya, membaca notis, surat khabar dan
mengisi borang permohonan.
Bimbing kanak-kanak ini mengurus diri misalnya, dengan
membantu mereka menyediakan jadual kerja dan menyenaraikan
perkara-perkara yang perlu dilakukan pada hari itu.
Beri latihan dan peluang untuk mempraktikkan apa yang telah
mempelajari misalnya dengan mengulang langkah atau konsep
yang telah dipelajari.
Kanak-kanak ini memerlukan rutin.
Perubahan ialah sesuatu yang sukar diterima oleh mereka.
Amalan rutin harus dipraktikkan di dalam bilik darjah.
Pintar Cerdas
Kanak-kanak yang pintar cerdas berbakat dan berkebolehan
memerlukan sokongan yang lebih daripada yang sedia ada dalam
sesebuah bilik darjah untuk membantu mereka merealisasikan
sepenuhnya potensi yang ada dalam diri mereka.
Kanak-kanak yang pintar cerdas menunjukkan ciri-ciri berikut:

Menunjukkan kebolehan mempelajari sesuatu dengan lebih cepat


jika dibandingkan dengan rakan sebaya.
Menunjukkan keinginan untuk mengetahui yang lebih jika
dibanding dengan rakan sebaya.
Menetapkan matlamat yang tinggi untuk pencapaiannya.
Motivasi yang tinggi dalam menghadapi tugasan yang mencabar.
Kemahiran berbahasa, membaca dan perbendaharaan kata yang
luas.
Kebolehan untuk memimpin.
Mengambil berat dan menunjukkan empati terhadap orang lain.
Implikasi kepada P&P
Kanak-kanak pintar cerdas boleh dibantu melalui tiga
jenis program:
i. Pengasingan,
ii. Pemecutan (acceleration)
iii. Pengayaan
Pengasingan
Dalam program pengasingan, kanak-kanak diasingkan
daripada rakan sebaya di mana mereka disediakan
kurikulum khas yang mampu menggalakkan kebolehan
istimewa mereka.

Pengasingan ini bertujuan mengeluarkan kanak-kanak


daripada kelas biasa yang tidak dapat membantu
perkembangannya secara optima.
Pemecutan
Satu cara ialah di mana kanak-kanak ini dikeluarkan daripada bilik darjah mereka
untuk subjek-subjek spesifik. Mereka dimasukkan ke kelas untuk subjek tersebut.
Maka mereka akan belajar dengan murid atau pelajar yang lebih tua daripada
mereka.

Cara kedua ialah di mana murid tersebut disediakan dengan rancangan khas
dalam kelas yang sama. Rancangan ini membantu mereka belajar sesuatu bidang
kemahiran mereka pada kadar yang lebih cepat berbanding rakan sebaya.
Penggayaan
Program pengayaan melibatkan pendekatan yang menyediakan
pengalaman pengayaan sama ada di dalam atau di luar kelas.

Misalnya aktiviti tambahan seperti lawatan ke muzium atau perpustakaan


negara.

Selain itu guru boleh merancang projek atau aktiviti lain yang memerlukan
murid mencari maklumat yang lebih mendalam tentang sesuatu topik dan
dilakukan oleh murid secara bersendirian.
Kesimpulan
Aspek penting dalam pengajaran kanak-kanak keperluan khas ialah sikap guru serta
kemahiran guru dalam membantu kanak-kanak ini.

Guru perlu percaya bahawa pendidikan adalah untuk semua kanak-kanak.

Kerjasama antara guru pendidikan khas dan guru kelas biasa amat penting.

Guru-guru ini seharusnya mempunyai kesanggupan untuk berkongsi kemahiran demi


kebaikan kanak-kanak tersebut.
Hubungan yang baik dan kerjasama dengan ibu bapa, pihak hospital dan kebajikan
masyarakat juga penting dalam usaha membantu kanak-kanak ini.

Guru perlu peka dan sensitif kepada keperluan kanak-kanak.

Misalnya, guru tidak harus membuat perbandingan antara kanak-kanak.

Dapatkan perhatian kanak-kanak berkeperluan khas dengan menghampiri mereka


dan bukan dengan memanggil namanya beberapa kali secara negatif.
Gunakan bahasa isyarat jika hendak menyuruh kanak-kanak supaya
bertenang atau jangan bising.

Seterusnya guru boleh menggunakan pelbagai kaedah dan ransangan


misalnya kad-kad yang mudah untuk menarik minat dan perhatian murid.

Kanak-kanak berkeperluan khas khas boleh dibenarkan bekerja dalam


kumpulan-kumpulan yang dapat menerima dan membimbing mereka.
Sekiranya kanak-kanak ini tidak dapat mencatat nota
atau melakukan sesuatu aktiviti spesifik, tugas itu boleh
diberikan kepada rakan sekelas untuk membantu.

Kesimpulannya, interaksi dengan persekitaran yang


menyokong dan pembelajaran yang aktif boleh
membantu perkembangan kanak-kanak ini.
ADA LAGI ???
Down Syndrome Chromosomes
Down Syndrome
Fetal alcohol syndrome (FAS)
A therapist works with an autistic boy in a public school.
Teaching Deaf Students
American lecturer and writer Helen Keller
a.Hearing Impairment b. Expressive Language Delay

c.Attention Deficit Disorder


Implikasi Bermasalah
Pembelajaran
@ Fizikal
FINE MOTOR
SKILLS
Hydroponics Project
Wiping & Clearing
Cleaning & Arranging
Laundry, Ironing,bed
making
Food
Preparation
Floor Mat
& Beading
Art
Painting
Bicara Agung

Untuk mendapatkan hasil jangka pendek,


tanamlah sayur-sayuran. Untuk mendapat
hasil dalam masa sepuluh tahun, tanamlah
pokok buah-buahan. Untuk mendapat
hasil selama-lamanya, didiklah manusia.
Sekian

You might also like