Professional Documents
Culture Documents
Kanak Kanakkeperluankhas 121128232855 Phpapp02
Kanak Kanakkeperluankhas 121128232855 Phpapp02
Keperluan
Khas
Guru juga perlu jelas tentang kesan masalah fizikal ini ke atas
perkembangan psikososial kanak-kanak tersebut. Kanak-kanak ini kadang
kala tidak memahami hidup mereka dan sering menghadapi masalah
penyesuaian.
Selain itu, guru juga perlu peka kepada keperluan murid. Misalnya
seseorang kanak-kanak cerebral palsi boleh menggunakan komputer
atau pen ataupun pensil yang tidak memerlukan tekanan yang kuat
sekiranya ada tugasan melibatkan penulisan.
Selain itu mereka juga asyik menggosok mata tanpa sebab dan
menyebabkan mata merah dan bengkak.
Kanak-kanak juga sering mengadu pening kepala
atau loya.
Masalah perkataan seperti masalah sebutan, gagap dan suara boleh menimbulkan rasa
malu dan menyebabkan kanak-kanak tersebut merasa tidak selesa dalam situasi sosial.
Pada hari ini, ADD/ADHD boleh dikawal dengan pengaruh dadah tetapi
tahap tumpuan mereka masih tidak sama dengan kanak-kanak yang tidak
mempunyai ADD/ADHD (Barbaresi & others, 2006: Tucha & others, 2006).
Namun penggunaan dadah tidak berkesan bagi semua kanak-kanak ADD/ADHD
dan kesan jangka panjang dadah ini masih tidak dketahui.
David Nylund (Woolfolk A & Margetts K, 2007) mencadangkan satu bentuk terapi di
mana kanak-kanak tersebut menggunakan kekuatan dalam dirinya untuk mengawal
masalah tersebut.
Nylund cuba memberi perspektif baru kepada ADHD, bahawa kesukaran boleh
dikawal dan semua sifat yang menghalang pembelajaran sebagai faktor yang boleh
diasingkan daripada kanak-kanak tersebut.
Beliau mencadangkan guru menggunakan masa
yang singkat semasa kanak-kanak dapat memberi
perhatian untuk menguasai diri dan tingkah laku
mereka.
Tetapi bukan semua kanak-kanak yang hiperaktif
atau kurang memberi penumpuan ialah ADD/ADHD.
Pengesahan masalah ini perlu dibuat oleh pakar.
Implikasi kepada P&P
Oleh kerana kanak-kanak ini sukar memberi penumpuan, guru boleh
menempatkan mereka di sudut yang senyap dan kurang aktivti yang boleh
mengalihkan perhatian mereka.
Ini akan memberi peluang kepada guru untuk menegur dan memberi
motivasi kepada murid-murid ADHD.
Guru juga boleh menggunakan prinsip peneguran di mana
kanak-kanak ini diberi peneguran positif apabila mereka
menunjukkan tingkah laku yang dikehendaki.
Beri peluang kepada murid hiperaktif ini untuk mengambil bahagian dalam aktiviti
yang aktif.
Guru boleh memberi peneguran positif kepada murid sebaik sahaja murid
menunjukkan tingkah laku yang diingini.
Misalnya seorang murid yang sebelum ini sentiasa menghantar kerja rumah
lewat dan tiba-tiba hari ini menghantarnya pada masa yang ditetapkan boleh
diberi galakan atau pujian atas tindakannya.
“Time-out”
Kurikulum di sekolah digubal untuk kanak-kanak biasa dan merupakan cabaran bagi
kanak-kanak dengan masalah terencat akal.
Kebanyakan kanak-kanak ini gagal di sekolah kerana IQ mereka yang rendah iaitu
antara 55/60 dan 85/90.
Disebabkan oleh keadaan fizikal muka mereka yang rata, mereka cenderung mengalami
masalah penafasan dan sukar untuk makan.
Mereka juga lemah dalam koordinasi mata dan otot dan kurang upaya meneroka persekitaran.
Walau bagaimanapun dengan sokongan ibu bapa dan penjaga mereka boleh dibimbing dan
diasuh untuk berdikari dan menguasai kemahiran.
Implikasi kepada P&P
Guru perlu bersabar dalam menangani pembelajaran kanak-kanak
yang mempunyai masalah Sindrom Down.
Ini adalah kanak-kanak Sindrom Down sukar untuk memahami arahan dan
perkataan. Setiap arahan perlu lengkap dengan butiran yang terperinci. Contohnya:
“Ambil buku yang berwarna kuning di atas meja dan bawa buku itu kepada cikgu.”
Guru perlu memberi bimbingan dan bantuan yang berkesan semasa pengajaran
akademik.
Kanak-kanak Sindrom Down kurang mempunyai keupayaan untuk
mengingat dan memproses maklumat.
Guru perlu menyediakan mereka dan menarik perhatian mereka.
Guru juga boleh mengajar kemahiran mengingat yang mudah. Ia boleh
dikaitkan dengan perkara yang mereka sukai.
Masukkan elemen vokasional dan kemahiran kendiri di dalam kurikulum
mereka.
Ini adalah supaya mereka berupaya menjaga keperluan asas diri dan
berupaya mencari kerjaya yang sesuai apabila tamat persekolahan nanti.
Autisme
Autisme merupakan kecacatan mental seumur hidup yang terlalu sukar
untuk dipulihkan.
Kanak-kanak autisme ini menghadapi masalah komunikasi kerana
mereka tidak boleh mengenali atau mentafsir air muka, gerak isyarat
atau nada suara yang berlainan.
Selain itu, kanak-kanak ini juga menunjukkan tabiat yang tidak suka
bertentang mata dan tidak menunjukkan sebarang reaksi dalam apa-apa
situasi.
Mereka lebih minat kepada barang permainan daripada berinteraksi
atau berhubung dengan orang di sekitarnya.
Implikasi Kepada P&P
Pendidikan kanak-kanak ini berfokus kepada kemahiran-
kemahiran kesediaan untuk berlajar, misalnya duduk dan memberi
perhatian kepada guru, kemahiran psikomotor misalnya
penggunaan alat, gunting, dan kemahiran sosial seperti
berinteraksi dengan rakan-rakan sebaya.
Cara kedua ialah di mana murid tersebut disediakan dengan rancangan khas
dalam kelas yang sama. Rancangan ini membantu mereka belajar sesuatu bidang
kemahiran mereka pada kadar yang lebih cepat berbanding rakan sebaya.
Penggayaan
Program pengayaan melibatkan pendekatan yang menyediakan
pengalaman pengayaan sama ada di dalam atau di luar kelas.
Selain itu guru boleh merancang projek atau aktiviti lain yang memerlukan
murid mencari maklumat yang lebih mendalam tentang sesuatu topik dan
dilakukan oleh murid secara bersendirian.
Kesimpulan
Aspek penting dalam pengajaran kanak-kanak keperluan khas ialah sikap guru serta
kemahiran guru dalam membantu kanak-kanak ini.
Kerjasama antara guru pendidikan khas dan guru kelas biasa amat penting.