You are on page 1of 11

Penglibatan ibu

bapa
• Sejarah penglibatan ibu bapa
• dalam negara
• luar negara

• Sarana Ibu Bapa (KPM)

• Keprihatinan komuniti sebagai sokongan


keluarga
Yeap
Gan
Sejarah Penglibatan ibu bapa
(luar negara)

• Sejarah penglibatan ibu bapa di luar negara dapat dilihat melalui Program Pendidikan Awal
Kanak-Kanak (PAKK) seperti
• Head-Start di Amerika Syarikat,

• Sure-Start di Pen Green dan

• Model Reggio Emilia yang digunakan di banyak negara.

• Ketiga-tiga program ini mempunyai persamaan iaitu ibu bapa dilibatkan secara aktif dengan
program sekolah.
Sejarah Penglibatan ibu bapa
(luar negara)

• Ibu bapa digalakkan untuk melibatkan diri dalam pengajaran dan


pembelajaran, perancangan program, pengurusan sekolah untuk menghasilkan
pendidikan berkualiti kepada kanak-kanak (Zainon & Ahmad, 2008).

• Lawatan ke rumah juga dilakukan pada hujung minggu untuk berbincang


mengenai prestasi perkembangan dan cadangan penambahbaikan yang boleh
dilaksanakan pada kanak-kanak.
Sejarah Penglibatan ibu bapa
(dalam negara)

• Di Malaysia, Sarana Sekolah dan Sarana Ibu Bapa di dalam Pelan

Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013 sehingga 2025 menjadi

garis panduan kepada pihak sekolah untuk melibatkan ibu bapa dalam

aktiviti yang dianjurkan.

• Penglibatan ibu bapa amat ditekankan sejak dari dahulu lagi untuk

membina hubungan positif antara guru dengan ibu bapa dan komuniti.
Sarana Ibu Bapa
Konsep Sarana
(Segala) sesuatu yang dapat digunakan sebagai alat dan sebagainya untuk
mencapai dan melaksanakan sesuatu

Konsep Sarana Ibu Bapa


Suatu alat digunakan oleh ibu bapa bagi membangun, memantap dan memperkasa
penglibatan ibu bapa dalam pembelajaran anak
Objektif
• Meningkatkan penglibatan ibu bapa, komuniti dan sektor swasta
• Menyokonng satu matlamat iaitu membantu murid berjaya
• Mengubah sistem pendidikan negara ke arah kecemerlangan dan
kemenjadian murid seperti yang diharapkan
Pengenalan
• Satu inisiatif kebangsaan bagi meningkatkan penglibatan ibu bapa dalam pembelajaran
anak-anak di luar sekolah demi kecemerlangan masa hadapan negara
• Tujuan asasnya adalah membantu ibu bapa melaksanakan tugas pertama dalam mendidik
anak-anak mereka
• Ia dilancarkan pada FEB 2013 berdasarkan Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia
(2013-2025)
• Jangka masa ini dibahagikan kepada 3 gelombang iaitu
• Gelombang 1 (2013-2015)
• Gelombang 2 (2016-2020)
• Gelombang 3 (2021-2025)
Fokus PPPM Tentang Sarana Ibu Bapa DLM
Gelombang 1 (2013-2015)

• Menyokong penglibatan ibu bapa dan inisiatif sektor swasta yang mana di
dalam gelombang ini pihak kementerian akan membantu meningkatkan
pencapaian
• Menjalinkan kerjasama yang erat dengan ibu bapa dan komuniti melalui
kempen pelancaran pendidikan kebangsaan
• Bantuan kewangan diberikan kepada para pelajar yang kurang berkemampuan
iaitu KWAPM yang akan digunakan sebagai alat untuk merangsang keluarga
berpendapatan rendah melibatkan anak-anak mereka dalam pendidikan
Fokus PPPM Tentang Sarana Ibu Bapa
DLM Gelombang 2 (2016-2020)
• Memantapkan penglibatan ibu bapa, komuniti dan syarikat swasta dengan
memperluaskan lagi peranan PIBG
• Menyediakan satu jaringan sokongan iaitu Kumpulan Sokongan Ibu Bapa
atau Parents Support Group (PSG).
• Kumpulan ini diwujudkan bagi memudahkan ibu bapa untuk berkongsi
amalan yang dilakukan dalam membantu anak-anak berkaitan proses
pembelajaran dan pembesaran
• Penglibatan komuniti yang lebih besar akan dilakukan dengan aktiviit seperti
program mentor, lawatan murid.
Fokus PPPM Tentang Sarana Ibu Bapa
DLM Gelombang 3 (2021-2025)
• Mengalakkan lebih banyak inovasi daripada sektor swasta dengan
menjadikan Sekolah Amanah sebagai sekolah rintis di Malaysia
• Dijangkakan lebih 500 buah Sekolah Amanah akan mula beroperasi
menjelang tahun 2025
• Pihak kementerian akan memberi sokongan kepada sektor swasta yang
memulakan program khas untuk pendidikan
Keprihatinan komuniti sebagai sokongan keluarga
• Membina kesedaran dan kesediaan masyarakat menghadapi perubahan dalam
pendidikan
• Meningkatkan penglibatan ahli komuniti dalam aktiviti pembelajaran murid dalam dan
luar sekolah
• Mendapat kerjasama secara sukarela daripada pertubuhan dalam komuniti untuk
menyediakan pelbagai perkhidmatan dan memberi manfaat kepada sekolah setempat
• Mengalakkan penglibatan murid dalam pertubuhan dan aktiviti komuniti
• Sambutan Hari Raya
• Sambutan Hari Kemerdekaan
• Ceramah Motivasi

You might also like