You are on page 1of 19

Soalan 3

Pengetahuan dan Kemahiran Bahasa

Soalan 3(b)
[6 markah]

Cakap Ajuk Cakap Pindah


Kaedah Menukarkan Cakap Ajuk atau Dialog kepada
Cakap Pindah
Menurut pendapat Mohd Azam Bin Ahmad (Guru
Cemerlang Bahasa Melayu) mengatakan bahawa
“selalunya murid didapati berusaha menukarkan cakap
ajuk atau dialog kepada cakap pindah secara wewenang
atau "trial and error". Mereka tidak mempunyai suatu
kaedah yang kukuh untuk menukarkan cakap ajuk atau
dialog kepada cakap pindah. Oleh hal demikian, murid
berasa sukar untuk melakukan usaha tersebut.
Sehubungan dengan ini, saya ingin mengemukakan satu
kaedah yang telah saya bentangkan untuk kali pertama di
Kursus Profesionalisme Guru-Guru Bahasa Melayu Negeri
Melaka di GoldCoast, Klang pada tahun 2007 lalu”.
Cakap Ajuk
• Perhatikan cakap ajuk di bawah :

• "Kamu makanlah segera. Kamu jangan lupa basuh pinggan,"


pesan ibu kepada Aini.

• Untuk menukarkan cakap ajuk atau dialog di atas kepada cakap


pindah, murid hendaklah berpegang pada tiga elemen
komunikasi, iaitu :
• a. Kenali Topik Perbincangan
• b. Kenali Persona
• c. Kenali Konteks Komunikasi
Cakap Ajuk
Berdasarkan tiga elemen dalam komunikasi itu, murid akan
mendapati:

a. Kenali Topik Perbincangan :


makanlah segera.
jangan lupa basuh pinggan.

b. Kenali persona :
Ibu
Aini

c. Kenali Konteks :
pesan
Cakap Ajuk
Berdasarkan unsur dalam elemen komunikasi itu,
murid boleh membina ayat sendiri dalam ragam cakap
pindah. Misalnya,

i. Ibu berpesan kepada Aini supaya makanlah segera


tetapi jangan lupa membasuh pinggan.
ii.Ibu memberikan pesanan kepada Aini supaya Aini
makanlah segera dan jangan lupa membasuh pinggan.
iii. Ibu berpesan supaya Aini makanlah segera dan
jangan lupa membasuh pinggan.
Cakap Ajuk

Berdasarkan tiga ayat di atas, semua unsur


dalam elemen komunikasi dalam cakap ajuk
atau dialog itu tidak tertinggal dalam proses
menukarkannya kepada cakap pindah. Oleh
hal demikian, wacana dalam cakap ajuk atau
dialog itu tetap terpelihara dalam cakap
pindah.
Kaedah ini juga membolehkan murid
menukarkan cakap pindah kepada cakap ajuk
atau dialog. Apabila murid mengenali unsur
dalam elemen komunikasi tersebut, murid
hanya perlu menggunakan unsur tersebut
dalam membina cakap ajuk atau dialog
sendiri. Proses membina cakap ajuk atau
dialog ini adalah lebih mudah.
Cakap Ajuk dan Cakap Pindah  
1. Cakap Ajuk dan Cakap Pindah ialah percakapan yang
dilaporkan semula secara lisan atau tulisan tanpa
mengubah maksudnya.   Cakap ajuk ialah percakapan
seseorang yang ditulis semula dengan tidak mengubah
maksud asalnya.
2. . Dalam penulisan, tanda petik ("...") digunakan untuk
cakap ajuk.
3. Cakap pindah ialah perbualan seseorang yang telah
ditulis semula dengan menggunakan bahasa tanpa
mengubah maksudnya.
4. Tanda petik ("...") tidak digunakan dalam cakap pindah.
5. Perhatikan perbezaan antara cakap ajuk dengan cakap
pindah di bawah ini.
Cakap Ajuk Cakap Pindah
1. Cakap Ajuk ialah 1. Cakap Pindah ialah
percakapan yang dilaporkan perkataan atau percakapan
semula sebagaimana yang dilaporkan semula
asalnya dituturkan. tetapi tidak sebagaimana
2. Tidak ada sebarang pindaan yang dituturkan.
yang dilakukan. 2. Terdapat perbezaan stuktur
3. Cakap ajuk dimulai dengan atau susunan perkataan-
tanda pembuka kata dan perkataan dalam ayat.
diakhiri dengan tanda 3. Walaubagaimanapun ,
penutup kata  ( “ …….. “ ) maksud atau susunan
perkataan sama.
Cakap Ajuk Cakap Pindah
1."Cuci baju kamu," kata 1. Ibu menyuruh Ani
ibu kepada Ani. mencuci bajunya.
2. Cikgu berkata, 2. Cikgu bertanya kepada
"Mengapa tidak hadir Hafizi sebab dia tidak
semalam, Hafizi?" hadir semalam.
3. "Datanglah ke rumah 3. Encik Lim
saya malam ini, Encik mempersilakan Encik
Azman," kata Encik Lim. Azman ke rumahnya
pada malam nanti.
Latihan
1. “ Di manakah awak letakkan beg itu ? ” tanya Cikgu

Azmi kepada Sunita.


2. Kata nenek kepada Siti, “ Begini cara membuat
kuih Bahulu.”
3. Kata Hassan kepada Faizal , “ Ini buku awak. ”
4. “ Ayam itu lapar,” kata Asmah.
5. “ Berikan bola ini kepada Zainal Abidin,” kata
Dollah Salleh.
Jawapan

1. Cikgu Azmi bertanya kepada Sunita di mana dia


meletakkan beg itu.
2. Nenek berkata kepada Siti bahawa begitu cara
membuat Kuih Bahulu.
3. Hassan menyatakan kepada Faizal bahawa itu buku
dia.
4. Asmah menyatakan bahawa ayam itu lapar.
5. Dollah Salleh menyuruh agar bola itu diberikan
kepada Zainal Abidin.
Cakap Ajuk Cakap PIndah
Apabila menukarkan bentuk cakap ajuk kepada cakap pindah,
saya, aku,hamba dia, ia, nya, beliau
beta perkara berikut perlu diubah atau diberi perhatian.
baginda
kami, kita mereka
anda, awak, kamu, engkau saya, dia, nya
Dia Dia
beliau beliau
Mereka mereka
ini itu
itu itu
Sini situ, sana, tempat itu
begini begitu
demikian ini demikian itu
sekarang masa itu, ketika itu
malam tadi malam semalamnya
semalam semalamnya
hari ini hari itu
esok esoknya, keesokan harinya, hari itu
Tukarkan ayat cakap ajuk di bawah ini
kepada ayat cakap pindah.
1.“Semasa berjoging petang tadi saya terserempak
dengan seorang gelandangan yang sedang tidur di
tengah jalan,” kata Yusri kepada Salleh. 
2. Kata Normah kepada Sarah, ”Jangan makan
makanan yang banyak lemak nanti awak akan
mendapat sakit.” 
3. “Saya tidak dapat sampai tepat pada masanya
kerana jalan raya ditenggelami air, “kata Erra. 
4. Kata Azan, “Pokok kelapa di belakang rumah Aliff
tumbang dan menimpa rumahnya.” 
5. “Saya berjanji tidak akan buat jahat lagi,” kata
Muiz. “Saya akan mematuhi semua peraturan
projek ini, “sambungnya lagi. 
6. “Ular! Ular!” Mak Minah menjerit. “Ada ular
dekat pasu bunga besar itu,”katanya lagi. 
7. Kata Julia, “Kami akan bertolak ke Kuala
Lumpur sebentar lagi.” 
8. “Kalau tak tahu jangan buat,” kata Cikgu Siti.
“Biar orang yang tahu saja yang
membuatnya,”sambungnya lagi. 
9. Kata Erik, “rumah yang cantik memang
menjadi idaman semua orang.” 
10. “Jangan lupa membeli tepung apabila awak
ke kedai nanti,” kata emak Rosyam. “Emak
hendak buat karipap,” sambungnya lagi. 
11. Kata Farid, “Banjir teruk di Filipina
mengakibatkan lima belas orang mati lemas.” 
12. Kata Perdana Menteri, “Semua kemudahan
yang disediakan adalah untuk kegunaan
semua orang.
JAWAPAN
1. Yusri memberitahu Salleh bahawa ketika dia sedang
berjoging petang tadi, dia terserempak dengan
seorang gelandangan yang sedang tidur di tengah
jalan. 
2. Normah menasihati Sarah supaya jangan makan
makanan yang mengandungi banyak lemak untuk
mengelakkan penyakit. 
3. Erra mengatakan bahawa dia tidak sempat sampai
pada waktunya kerana jalan raya ditenggelami air. 
4. Azan memberitahu bahawa pokok kelapa di
belakang rumah Alif telah tumbang dan menimpa
rumahnya. 
5. Muis memberitahu bahawa dia berjanji tidak akan
berbuat jahat dan akan mematuhi peraturan projek
tersebut. 
6. Mak Minah menjerit-jerit apabila melihat ular
sambil memberitahu bahawa terdapat ular
berhampiran pasu bunga yang besar itu. 
7. Julia mengatakan bahawa dia akan bertolak ke
Kuala Lumpur selepas itu. 
8. Cikgu Siti mengatakan bahawa jangan melakukan
perkara yang tidak diketahui tetapi mintalah orang
yang tahu sahaja melakukannya. 
9. Erik mengatakan bahawa rumah yang cantik
menjadi idaman semua orang. 
10. Emak Rosyam mengingatkan Rosyam supaya

membeli tepung apabila dia ke kedai kerana

emaknya hendak membuat kuih karipap. 


11. Farid melaporkan bahawa banjir besar di
Filipina mengakibatkan lima belas orang
mati lemas. 
12. Perdana Menteri menerangkan bahawa
kemudahan yang disediakan adalah untuk
kegunaan semua orang.

You might also like