You are on page 1of 26

ISU GEJALA SOSIAL DI

MALAYSIA
SUBJEK: KESANTUNAN MASYARAKAT
MALAYSIA (GSB1012)

DISEDIAKAN OLEH:
VINCENT LEE KOK HOE
PPISMP BM (SJKC)
2018
SEKS
PEMBUANGAN PENYALAHGUN
BAYI
BEBAS
AAN ARAK

GEJALA
GENGSTERI SOSIAL
SME DI PENYALAHGUN
AAN DADAH
MALAYS
IA

VANDALIS MASAL
ME PONTEN
MAT AH
G ROKOK
REMP SEKOLA
IT H
PONTENG SEKOLAH ( DEFINISI )
Ø Ponteng merupakan satu perbuatan salah laku dan melanggar
peraturan sekolah.
Ø Seseorang pelajar dianggap ponteng sekiranya tidak hadir ke
sekolah tanpa sebab-sebab yang dibenarkan pada hari persekolahan.
Ø Ponteng merujuk kegagalan menghadiri kelas di sekolah secara
sengaja tanpa alasan yang musnasabah.
Ø Menurut Kamus Dewan, ponteng didefinisikan sebagai lari
daripada tanggungjawab atau tugas tanpa kebenaran.
Ø Ponteng merujuk kepada pelajar yang menghadiri sekolah tetapi
tidak menghadiri kelas.
Ø Ponteng sekolah melibatkan para pelajar khususnya merujuk
kepada golongan pelajar peringkat sekolah Menengah.
PUNCA GEJALA PONTENG SEKOLAH

 Kurang berminat terhadap pengajaran dan pelajaran di sekolah –


tidak mampu mengikuti pelajaran dengan sempurna.
 Mementingkan keseronokan daripada pelajaran – melepak atau
berkumpul di pusat-pusat membeli-belah, pusat permainan video dan
taman-taman rekreasi.
 Tekanan Ekonomi – bekerja sambilan.
 Kurang perhatian, pemantauan atau kasih sayang daripada ibu bapa
– ibu bapa sibuk dengan urusan harian.
 Pengaruh rakan sebaya – Rakan-rakan yang bercadang untuk
ponteng sekolah akan memberikan pelbagai musnasabah.
 Peraturan sekolah yang terlalu ketat – datang lewat lalu mengambil
keputusan untuk ponteng kerana takut didenda dan dimarahi guru
disebabkan kesalahan tersebut.
KESAN PONTENG SEKOLAH

Ø Pembaziran masa dan tenaga – masa yang dibazirkan tidak akan


dipulang atau dikembalikan.
Ø Masyarakat memandang serong kepada pelajar- mereka
memandang pelajar sebagai sampah masyarakat kerana mereka
tidak dapat memberi perkhidmatan kepada masyarakat pada masa
depan.
Ø Masa Depan tidak terjamin- tidak dipercayai oleh masyarakat
dan negara akan kekurangan bakal peneraju yang berwawasan.
Ø Menjejaskan Peratus Kedatangan Pelajar – tidak mencapai syarat
wajib kedatangan harian ke sekolah sebanyak 85% dan tidak dapat
menduduki peperiksaan.
KESAN GEJALA PONTENG
SEKOLAH KEPADA GURU
Ø Merasa kerugian – tidak dapat memberi ilmu setaraf dengan pelajar
lain kepada pelajar yang kerap ponteng sekolah
Ø Menganggu proses pembelajaran pelajar – terpaksa mencuri masa
untuk mengulang kembali pelajaran yang tertinggal
Ø Kelas terganggu oleh pelajar yang kerap ponteng sekolah –
memburukkan pencapaian mata pelajaran.
CARA MENGATASI MASALAH PONTENG SEKOLAH

1. Pelajar diberikan motivasi kesedaran diri


2. Ibu bapa memberi perhatian kepada persekolahan anak-anak
3. Pihak sekolah sentiasa memantau kehadiran pelajar ke sekolah
4. PIBG membantu sekolah
5. Masyarakat prihatin terhadap isu ini
6. Kempen dan ceramah dijalankan dan diberikan kepada pelajar
7. Pihak sekolah membantu pihak sekolah
8. Guru mempraktikkan pengajaran dan pembelajaran yang
menarik
PENYALAHGUNAAN DADAH (
DEFINISI )
Ø Penyalahgunaan dadah adalah penggunaan dadah oleh
masyarakat yang bertentangan dengan tujuan iaitu sebagai
perubatan atau rawatan.
Ø Dadah yang pada asalnya menjadi ubat penahan sakit
sebenarnya tidak berbahaya terhadap kita sekiranya tidak
disalahgunakan.
Ø Masalah ini timbul apabila manusia menyalahgunakannya untuk
memenuhi kepuasan diri sendiri.
PUNCA PENYALAHGUNAAN DADAH

Ø tertekan dengan masalah yang dihadapi seperti masalah


peribadi, keluarga dan tempat kerja. - tekanan emosi berlaku
secara keterlaluan, seseorang itu akan mengalami tekanan dan
kemurungan sehingga tidak mampu berdepan dengan kenyataan
tersebut
Ø pengaruh rakan sebaya - mengikuti ajakan rakan-rakan sebaya
tanpa membuat pertimbangan yang wajar termasuk menghisap
dadah
Ø Kurang perhatian dan kasih sayang daripada ibu bapa – ibu bapa
mementingkan kerjaya sehingga alpa akan tanggungjawab
mendidik anak-anak.
KESAN PENYALAHGUNAAN
DADAH
Ø Menjejaskan kebersihan dan kesihatan diri- kelihatan tidak
bermaya, pucat dan kehilangan berat badan.
Ø dijangkiti pelbagai penyakit - menggunakan alat suntikan yang
dikongsi dengan penagih lain semasa menagih dadah.
Ø melakukan perbuatan atau jenayah - Mereka tidak dapat berfikir
atau bertindak secara waras kerana ketidakstabilan emosi.
Ø Menjejaskan prestasi pelajaran remaja- mudah keliru dan
mendapat sakit otak.
LANGKAH PENYELESAIAN
Ø Peranan ibu bapa – mengambil berat tentang anak-anak dan
tidak harus hanya mementingkan urusan kerja semata-mata.
Ø Penguatkuasaan undang-undang – mengikut Akta Dadah
Berbahaya 1995
Ø Kempen anti dadah dijalankan
Ø Peranan media massa- menyiarkan berita, drama, rancangan
atau cerita yang boleh membawa keinsafan kepada remaja dan
kesan negatif penyalahgunaan dadah terhadap diri sendiri,
masyarakat dan negara.
ISU MAT REMPIT
Trend menunjukkan aksi menunggang motosikal di jalan raya dengan pelbagai
bentuk gaya oleh remaja dan belia khususnya sehingga mendatangkan
kecelakaan perlu dikawal dan dihapuskan segera secara menyeluruh kerana ia
akan menjadi gejala sosial yang sukar dirawat.
§ Aksi samseng jalanan yang berbahaya akan menyebabkan nyawa pengguna
jalan raya lain berada dalam keadaan yang membimbangkan.
§ Aksi-aksi berbahaya yang biasanya dilakukan oleh golongan mat rempit ialah :
o Wheelie- menunggang laju sambil mengangkat tayar di bahagian depan.
o Wikang- menunggang sambil mengangkat tayar di bahagian belakang.
o Scorpion- menunggang motosikal sambil kaki menghala di bahagian atas.
o Superman – menunggang laju sambil terbaring seperti aksi superhero,
Superman sedang terbang
o Pereng/ corner – bahagian meletak kaki bergesel di jalan raya ketika
menunggang di selekoh.
PUNCA GEJALA MAT REMPIT

1) Pengaruh rakan sebaya- Remaja terikut-ikut dengan perbuatan


rakan-rakan mereka.
2) Mengejar keseronokan- melepaskan diri sementara dari
tekanan hidup.
3) Kurang didikan agama- mudah terjebak dengan perkara-
perkara yang tidak bermoral.
4) Desakan naluri- remaja suka mencuba dan tidak takut pada
risiko yang bakal ditempuh.
5) Cara hidup- remaja yang berpendidikan rendah lebih
cenderung melibatkan diri dalam kancah lumba haram ini.
6) Kurang kasih sayang ibu bapa- ibu bapa sibuk dengan kerjaya
dan mengabaikan anak-anak mereka
KESAN GEJALA MAT REMPIT
1. Dari segi sosial
Ø mengancam ketenteraman dan ketenangan suasana malam.
Ø Bunyi enjin motosikal yang kuat mengganggu penghuni-penghuni.
Ø Berlaku kes-kes jenayah –golongan ini sering dikaitkan dengan penyalahgunaan dadah.
Ø Pertaruhan anak-anak gadis sebagai hadiah dalam perlawanan haram.
Ø Berlaku kes seperti pembuangan bayi, anak luar nikah dan pelbagai penyakit membunuh
seperti AIDS.
2. Dari segi ekonomi
Ø Terdesak untuk mendapatkan duit untuk pengubahsuaian dan membeli alat ganti motosikal,
kos petrol serta wang pertaruhan.
Ø Memeras ugut, meragut dan mencuri seterusnya merugikan ekonomi negara kita.
3.Dari segi politik
Ø Bilangan masyarakat yang berkarisma dan berkepimpinan semakin berkurangan.
Ø Tenaga kerja dan sumber manusia semakin sedikit.
Ø Terpinggir dalam urusan kemodenan dan kemajuan di tanah air sendiri.
LANGKAH PENYELESAIAN

Ø Perhatian yang secukupnya-ibu bapa meluangkan


masa dengan berbual dengan anak mereka dan
mendengar luahan serta rintihan hati mereka.
Ø Penguatkuasaan undang –undang- menambahkan
hukuman kepada pesalah.
Ø Motivasi dan kaunseling-memberi perhatian dan
pengiktirafan kepada golongan remaja.
VANDALISME ( DEFINISI &
PUNCA )
ü Vandalisme ialah satu tingkah laku menconteng
atau merosakkan harta benda awam atau
persendirian.
Punca Vandalisme
· - Pengaruh rakan sebaya- bagi kumpulan
remaja yang tidak bermoral, akan timbul idea
untuk menconteng dan merosakkan harta benda di
sekeliling mereka.
· - Kurangnya perhatian daripada institusi
kekeluargaan- tidak menerapkan nilai-nilai murni ke
dalam diri anak-anak sejak kecil.
KESAN VANDALISME

· -Pemandangan di sekitar kawasan


tercemar- dinding atau kemudahan diconteng
dan dicacatkan.
· - Imej negara terjejas- pelancong asing
melihat keburukan yang dipaparkan oleh
rakyat.
LANGKAH PENYELESAIAN

· - Ibu bapa memberi penekanan agama, kasih


sayang, dorongan dan perhatian- Anak-anak akan
merasa bahagia berada di samping keluarga yang
harmoni.
· - Peranan organisasi kerajaan
-menguatkuasakan dan memperketatkan undang-
undang.
· Peranan organisasi bukan kerajaan (NGO)-
mengadakan kempen kesedaran
GANSTERISME
· - Penglibatan gejala gangsterisme terbahagi
kepada dua golongan iaitu delinkuen dan devian.
· - Delinkuen-remaja yang bersekolah.
· - Devian-golongan yang melanggar norma
masyarakat setempat.
· -Menurut Haslina Hassan (2000), beliau
mengatakan delinkuen dan tindakan ganas remaja
merupakan perlakuan yang diwariskan oleh
golongan terdahulu dan aktivitinya di luar kawasan
sekolah.
FAKTOR GEJALA
GANGSTERISME
· - Peranan media massa – melalui filem
aksi yang ditayangkan, majalah-majalah serta
pendedahan terhadap gejala gangsterisme
melalui televisyen.
· - Pergolakan keluarga-kemusnahan
institusi keluarga
LANGKAH PENYELESAIAN

· - Rakan cop –melibatkan kerjasama daripada masyarakat.


· - Pemilihan rakan – memilih rakan yang sesuai dijadikan
teman
· - Pemindaan Mahkamah Juana 1947-mengetatkan hukuman
kepada pesalah di bawah umur
· - Peranan masyarakat- mempunyai sikap prihatin dan
mengambil tahu anak-anak jiran supaya anak-anak sentiasa
merasakan mereka diperhatikan dan akan berwaspada untuk
melakukan perkara yang tidak sihat berhampiran dengan tempat
tinggal.
· -Peranan ibu bapa- memberi pendidikan agama yang cukup
serta menyedarkan anak-anak tentang bahaya terlibat dalam
gejala tidak sihat demi masa depan mereka sendiri.
PEMBUANGAN BAYI
Saban hari pelbagai berita berkaitan dengan pembuangan
bayi dilaporkan dan bayi tersebut dijumpai di merata-rata
tempat.
Ø Untuk menyembunyi perbuatan tersebut, mereka sanggup
membuang bayi yang tidak berdosa dengan harapan akan
diberi peluang menjalani kehidupan.
Ø Gejala ini dapat ditangkis sekiranya wujudnya kesedaran
dan rasa tanggungjawab masyarakat dengan mengambil
tahu dan cuba membanterasnya serta melahirkan sifat
penyayang.
FAKTOR PEMBUANGAN BAYI
ü Kurangnya didikan agama dalam diri remaja –mudah
terpengaruh untuk melakukan gejala yang tidak sihat.
ü Keruntuhan institusi keluarga dalam sesebuah masyarakat- sibuk
dengan pembangunan dan mengejar kebendaan sehingga mereka
lupa akan tanggungjawab sebenar mereka dalam membina sebuah
keluarga yang bahagia.
ü Peranan masyarakat-memandang hina orang yang melakukan
dosa seperti berzina, buang bayi dan sebagainya.
CIRI-CIRI REMAJA YANG TERLIBAT
DALAM GEJALA INI

§ -Kecelaruan identiti remaja- keluarga tidak


membentuk watak anak-anak mereka.
§ -Tahu agama tetapi memilih jalan yang tersasar.
§ - Mempunyai pendidikan tetapi memilih jalan yang
menyeleweng.
KESAN-KESAN
§ - Bayi yang dibuang berasa sedih dan kecewa terhadap ibu
bapanya yang tidak berhati perut dan tidak mengenali ibu bapa
kandung dia apabila dia dewasa.
§ -Maruah keluarga terjejas- dipandang hina oleh masyarakat
§ -Masyarakat setempat dikuntuk- menimbulkan persepsi
buruk dari orang luar tentang sikapn masyarakat setempat ini.
§- Imej negara terjejas – kehilangan pelabur datang melabur di
negara kita.
KESIMPULAN
Semua pihak haruslah memainkan peranan masing-masing
dalam menangani gejala ini dan tidak hanya berdiam diri serta
menyalahkan mana-mana pihak.
Kita sebagai masyarakat seharusnya prihatin untuk sama-sama
mencari jalan penyelesaian yang terbaik dalam menangani
masalah ini.
Remaja hari ini seharusnya sedar akan kesilapan mereka dan
berfikir secara waras sebelum melakukan sesuatu agar tidak
menyesal di kemudian hari.

You might also like