You are on page 1of 27

ASPIRASI DAN

KEPENTINGAN
PENDIDIKAN
PELAN PEMBANGUNAN PENDIDIKAN
MALAYSIA 2013 - 2025
• OBJEKTIF:
 Memahami prestasi dan cabaran semasa sistem pendidikan
Malaysia dengan memberi tumpuan terhadap akses kepada
pendidikan, meningkatkan standard (kualiti), merapatkan jurang
pencapaian (ekuiti), mengukuhkan perpaduan dalam kalangan murid,
serta mengoptimumkan kecekapan sistem pendidikan.
LONJAKAN BESAR DALAM MENINGKATKAN
AKSES KEPADA PENDIDIKAN
• Sistem pendidikan negara menyaksikan lonjakan besar sejak tahun
1957. Ketika negara mencapai kemerdekaan, lebih separuh daripada
populasi tidak menerima pendidikan formal, hanya 6% kanak-kanak
menerima pendidikan peringkat menengah, dan 1% sahaja mendapat
pendidikan lepas menengah. Namun, lima setengah dekad kemudian,
akses kepada pendidikan telah mengalami perubahan yang
melangkaui jangkaan.
ASPIRASI TERHADAP SISTEM
PENDIDIKAN DAN MURID DI MALAYSIA

AKSES --> KUALITI --> EKUITI --> PERPADUAN --> KECEKAPAN


ASPIRASI SISTEM PENDIDIKAN DI
MALAYSIA
• Akses : 100% enrolmen semua peringkat pendidikan
• Kualiti : Negara dalam kelompok sepertiga teratas dalam TIMSS dan
PISA
• Ekuiti : 50% pengurangan dalam jurang pendidikan
• Perpaduan : Perkongsian pengalaman dan nilai kepada kanak-kanak
dengan menghargai kepelbagaian.
• Kecekapan : Memaksimumkan keberhasilan murid mengikut
peruntukan sedia ada.
AKSES
• Proses atau cara untuk mencapai atau memperoleh sesuatu data dan
maklumat capaian
EKUITI
• Pemilikan sama rata dalam sesebuah organisasi
• saksama, adil
KUALITI
• Kehidupan yang mementingkan darjah kecemerlangan sesuatu
perkara
PERPADUAN
• Kesepakatan dalam kehidupan sesama manusia
KECEKAPAN
• Keberkesanan penggunaan sumber bagi menghasilkan sejumlah
output.
AKSES
• Semua kanak-kanak di Malaysia berhak mendapat akses yang sama
kepada pendidikan berkualiti bagi membolehkan mereka mencapai
potensi masing-masing
• berasaskan pendidikan untuk semua, ianya perlua menjadi asas dalam
memastikan akses dan enrolmen setiap lapisan murid dari peringkat
prasekolah ke peringkat sekolah menengah dapat dipenuhi
• sekolah perlu memberi komitmen demi memastikan tiada murid yang
tercicir dan semua murid memenuhi standard minimum sekurang-
kurangnya lulus dalam matapelajaran teras.
KUALITI
• Semua murid di Malaysia berpeluang memperoleh pendidikan
berkualiti di Malaysia
• Sistem pendidikan di Malaysia perlu menyediakan penambahbaikan
prestasi yang hebat, berdasarkan tanda aras sistem pendidikan negara
lain mengikut standard antarabangsa
• Pentaksiran tambahan untuk mengukur dimensi kualiti lain yang
relevan dengan konteks Malaysia boleh digunakan apabila
dibangunkan dan menjadi standrad antara bangsa yang diterima.
EKUITI
• Sistem pendidikan yang terbaik menyediakan pendidikan yang terbaik
kepada setiap kanak-kanak tanpa mengira etnik, tempat atau
latarbelakang sosioekonomi
• berhasrat merapatkan jurang sosioekonomi antara bandar dengan
luarbandar dan gender dalam pencapaian murid menjelang tahun 2020
• menyediakan sokongan tambahan kepada mereka yang kurang bernasib
baik, akses kepada laluan alternatif yang menarik seperti pendidikan
vokasional dan program kepada murid berkeperluan khas, kumpulan
pribumi dan minoriti lain serta murid pintar cerdas bagi membolehkan
mereka mencapai potensi penuh masing-masing
PERPADUAN
• Sekolah merupakan tempat untuk memupuk perpaduan
• melalui interaksi dengan individu daripada pelbagai latarbelakang
sosioekonomi dan agama, etnik murid dapat belajar memahami,
menerima dan menghargai kepelbagaian.
• Perkongsian nilai dan pengalaman dapat dibina untuk masa depan
Malaysia serta membentuk identiti nasional yang sama dan terjalin
perpaduan negara.
KECEKAPAN
• Kerajaan memberikan komitmen yang tinggi dalam bidang pendidikan
dengan menyediakan bajet yang besar dan tekal
• menekankan penggunaan bajet yang diperuntukkan dengan lebih
cekap dan berkesan bagi memaksimumkan keberhasilan murid.
• Kerajaan juga komited untuk mengekalkan tahap pelaburan daam
sistem pendidikan sedia ada iaitu lebih kurang 16% daripada bajet
tahunan persekutuan.
ASPIRASI MURID
• KEMAHIRAN BERFIKIR
• ETIKA DAN KEROHANIAN
• KEMAHIRAN DWI BAHASA
• IDENTITI NASIONAL
• PENGETAHUAN
• KEMAHIRAN MEMIMPIN
• KEMAHIRAN BERFIKIR
KEMAHIRAN BERFIKIR
• Setiap kanak-kanak akan belajar :
 cara mendapatkan pendidikan sepanjang hayat
 cara untuk menghubung kait pelbagai pengalaman yang berbeza
 cara untuk menjana pengetahuan baharu
ETIKA DAN KEROHANIAN
• Setiap kanak-kanak akan mempunyai asas moral yang kukuh
• untuk mendepani pelbagai cabaran kehidupan
• untuk berani membuat keputusan
KEMAHIRAN DWIBAHASA
• Setiap kanak-kanak pada tahap minimum akan dapat menguasai
 bahasa Melayu
 bahasa Inggeris
 dan digalakkan untuk mempelajari bahasa tambahan
IDENTITI NASIONAL
• Setiap kanak-kanak tanpa mengira agama, etnik atau status
sosioekonomi akan berasa bangga dikenal sebagai anak Malaysia
KEMAHIRAN MEMIMPIN
• Setiap kanak-kanak akan dapat mencapai potensi diri sepenuhnya:
 melalui peluang bekerja secara berkumpulan
 memegang peranan kepimpinan formal dan informal
PENGETAHUAN
• Setiap kanak-kanak akan dapat :
 membaca, menulis dan mengira
 menguasai mata pelajaran teras seperti Matematik dan Sains
 mempunyai pengetahuan yang kukuh mengenai Malaysia, Asia dan
dunia
MEMUPUK PERPADUAN DALAM
KALANGAN MURID
• Melalui interaksi dengan individu dari pelbagai latarbelakang
sosioekonomi, agama dan etnik murid belajar memahami, menerima
dan menghargai kepelbagaian.
• Maka perkongsian nilai dan pengalaman dapat dibina untuk masa
depan Malaysia
• Melalui nilai dan pengalaman ini, maka terbentuk identiti nasional
yang sama dan terjalinnya perpaduan negara.
PELAKSANAAN BERKECEKAPAN
TINGGI
• Pelaksanaan berkecekapan tinggi bermaksud bahawa kerjaan Malaysia
telah memperuntukkan perbelanjaan yang besar untuk pendidikan
• Kerajaan turut memberikan komitmen yang tinggi dalam memberi
tumpuan terhadap sistem pendidikan.
• Walaupun tahap perbelanjaan tinggi ini hampir mencapai akses
sejagat kepada pendidikan rendah, menengah rendah dan menengah
atas yang agak tinggi, namun masih ada ruang untuk penambahbaikan
dalam dimensi lain seperti kualiti, ekuiti dan perpaduan
• OLeh itu, pulangan (dalam bentuk keberhasilan (murid) perlu di
maksimumkan untuk setiap ringgit yang dibelanjakan.
• Dalam usaha kementerian mencapai aspirasi sistem pendidkan,
pelaksaannya akan dijalanksan secara lebih bertanggungjawab akan
menekankan penggunaan bajet yang diperuntukkan dengan lebih
cekap dan berkesan bagi memaksimumkan keberhasilan murid
• Kerajaan juga komited dalam mengekalkan pelaburan dalam sistem
pendidikan sedia ada iaitu lebih kurang 16% daripada bajet tahunan
persekutuan
• d bawah Pelan Pembangunan pendidikan Malaysia 2013-2025
sebanyak 41.3 billion ringgit diperuntukkan pada tahun 2016.
TIMSS
• TRENDS IN MATHEMATICS AND SCIENCE STUDY
• Malaysia menyertai TIMSS bermula tahun 1999
• mengkaji penguasaan murid dalam matapelajaran matematik dan
sains
PISA
• PROGRAMME FOR INTERNATIONAL STUDENT ASSESSMENT
• memberi fokus kepada kurikulum dan kehdiupan sebenar yang
berorientasikan polisi.
• Negara sering mengungguli PISA ialah Finland, Korea, Hong KOng,
Jepun, China serta Singapura

You might also like