You are on page 1of 24

KU L I A H 1

22 JUN 2016
(GANTI 25 JUN 2016)

Nur Azah Ahmad


JHEP
KONSEP BUDI BAHASA DALAM
M A S YA R A K AT M A L A Y S I A

OBJEKTIF:

1. Menjelaskan konsep budi bahasa secara


berkesan.
2. Menyatakan pengertian budi dengan baik
3. Menghuraikan definisi budi bahasa secara
berkumpulan
P E N G E RT I A N D A N KO N S E P

Budi

Bahasa

Budi Bahasa
1.1 PENGERTIAN
BUDI

Perkataan "budi" berasal daripada kata Sanskrit


iaitu Buddhi yang bermaksud bijak, pekerti baik dan
mulia (Teuku Iskandar,1970). Pengertian ini merujuk
kepada tingkah laku manusia yang baik, mulia dan
memberikan kebaikan kepada orang lain
KAMUS DEWAN (2005)
Budi ialah akal dan kebijaksaan, atau perangai, akhlak, tingkah laku,
kelakuan, watak, atau sifat baik, perbuatan baik, kebajikan, bicara dan
daya upaya yang baik.
Bermaksud kebaikan atau kebijaksaan yang dilakukan oleh seseorang
individu atau kumpulan terhadap individu atau kumpulan yang lain.
Ia merangkumi soal hati yang suci bagi memandu akal untuk
membuat pertimbangan yang baik.
Budi lahir daripada fikiran yang baik yang akan menzahirkan
perbuatan atau daya upaya yang terpuji.
MENURUT ISLAM

Budi ialah adab, sopan santun yang menggambarkan


seseorang yang berakhlak dan beriman.
Berakhlak mulia dipupuk sejak seseorang itu masih kecil
sehinggalah dewasa.
Nabi Muhammad S.A.W bersabda :
"paling dekat dengan aku kedudukannya pada hari kiamat
ialah orang yang paling baik akhlaknya dan sebaik-baik kamu
ialah yang paling baik terhadap keluarga" (Riwayat Ar-Ridha)
IMAM AL-GHAZALI (2002)

Budi ialah budi pekerti berasaskan kepada


pertimbangan akal, nafsu dan marah.
Budi lahir daripada pertimbangan akal yang baik,
seterusnya akan menjelmakan tabiat, akhlak atau
watak yang terpuji.
M U S TA FA H A J I D A U D ( 1 9 9 5 )

Jika perkataan budi ditambah dengan awalan "ber" menjadi berbudi


atau jika ditambah dengan akhiran "man" akan menjadi budiman
yang akan membawa maksud seseorang yang mempunyai budi
bahasa, adab bersungguh-sungguh dalam pekerjaan, mempunyai
daya ikhtiar yang tinggi, matang, bijaksana dalam membuat sesuatu
keputusan yang paling penting banyak menabur jasa dan bakti.
Dengan kata lain, orang berpegang kepada prinsip hidup di dunia
biar berjasa dan tidak menyusahkan orang lain dan apabila mati
akan meninggalakn nama yang baik.
MASYARAKAT
MELAYU,

Budi membawa maksud jasa dan sumbangan yang


diberikan kepada individu yang lain iaitu merupakan
satu sifat atau perbuatan yang merujuk kepada
perbuatan yang menyenangkan orang lain.
Ia merupakan satu elemen yang wajib bagi setiap
individu untuk menjadi insan yang sempurna pada
mata masyarakat.
1.2 PENGERTIAN BAHASA
KAMUS DEWAN
(2002),

Bahasa ialah sistem lambang bunyi suara yang


dipakai sebagai alat perhubungan dalam lingkungan
satu kelompok manusia dan percakapan yang baik,
tingkah laku yang baik dan sopan santun.
Sistem lambang bunyi ini menjadi identiti bangsa
itu sendiri dan terus akan diperturunkan daripda
satu generasi ke satu generasi seterusnya.
FERDINAND DE SAUSSURE (1960),

Bahasa merupakan satu sistem isyarat yang


abstrak yang mempunyai struktur tertentu yang
digunakan untuk berinteraksi dalam masyarakat.
Diguanakn sebagai satu cara yang mudah
difahami dan bergantung kepada sosiobudaya,
politik, kepercayaan dan nilai yang didukung dalam
sesuatu masyarakat tersebut.
NOAM CHOMSKY
(1957),

Bahasa ialah satu set ayat yang tidak terhingga


dan tidak terbatas yang terbentuk dari unsur bahasa
yang dikenali sebagai fonem.
Setiap bahasa mempunyai susunan tertentu, sama
ada dalm bentuk bunyi-bunyi perkataan sususan
perkataan, tatabahasa atau sintaksis yang dikatakan
bersistem.
ASMAH HJ. OMAR
(1986),

Bahasa merupakan bunyi yang dihasilkan oleh alat-


alat ujaran yang terdapat dalam rongga mulut dan
rongga tekak manusia.
Setiap bahasa mempunyai bentuk tertentu seperti
perkataan, frasa, klausa dan ayat yang bersistem
dan sistematikyang akan menghasilkan makna bagi
membolehkan komunikasi antara masyarakat
berlaku dalam kehidupan seharian
RAMINAH HJ SABRAN DAN RAHIM
S YA M ( 1 9 8 5 ) ,

Bahasa didefinisikan sebagai alat untuk


menyatakan perasaan, pendapat, fikiran dan
sebagainya.
M E N U R U T E D WA R D S A P I R

Bahasa ialah suatu sistem lambang-lambang


pertuturan yang digunakan oleh manusia secara
abritari untuk menyampaikan fikiran atau perasaan.
RAJA
MUKHTARUDDIN,

Bahasa sebagai satu sistem lambang-lambang


pertuturan yang abitrari yang digunakan oleh ahli-
ahli sesebuah masyarakat.
LUFTI ABAS (1985),

Bahasa ialah data yang dihasilkan dalam linguistik


dan suatu sistem simbol yang terdiri daripada bunyi
yang diucapkan dalam atau melalui mulut manusia
yang dipersetujui bersama.
PENGERTIAN BAHASA
1. Bersistem dan sistematik - bahasa yang mempunyai peraturan atau
pola tertentu yang perlu dipatuhi. Bahasa terdiri daripada dua sistem
iaitu sistem bunyi dan sistem makna.

2. Arbitrari - bahasa yang mewujudkan dalam sesuatu masyarakat


tidak mempunyai peraturan khusus yang dapat mengatur makna yang
diberikan dalam sesuatu bahasa.

3. Vokal - bunyi - bunyi yang dihasilkan oleh alat-alat artikulasi.


PENGERTIAN BAHASA
4. Simbol - bunyi yang diucapkan oleh seseorang hasil daripada
penggabungan simbol atau lambang dan akan dapat dilihat apabila bahasa
itu diungkapkan secara bertulis dan maknanya akan disepakati bersama.

5. Alat Komunikasi - manusia akan menggunakan bahsa untuk berinteraksi


antara satu sama lain.

6. Dinamis - sesuatu bahasa yang akan mengalami perubahan mengikut


peredaran zaman.
1.3 PENGERTIAN BUDI BAHASA

Budi dan bahasa apabila digabungkan


akan menjadi kata majmuk budi
bahasa. Budi dalam bahasa literalnya
bermaksud kebaikan yang dilakukan
oleh seseorang individu dan bahasa
bermaksud sistem lambang bunyi suara
yang digunakan oleh seseorang
individu apabila berbicara.
1.3 PENGERTIAN BUDI BAHASA

Pengertian budi bahasa secara amnya ialah


berkaitan dengan tutur kata, tingkah laku,
pemikiran dan perasaan seseorang. Berbudi
bahasa yang elok dalam tutur kata, halus
tutur kata, hormat, bijaksana, tinggi budi
membuktikan terhadap diri seseorang.
Budi bahasa juga mencerminkan
budaya. Budi bahasa yang indah
mencerminkan kebudayaan yang indah
yang diamalkan oleh sesebuah
masyarakat. budaya terpancar melalui
kebijaksanaan, maka budaya sesuatu
bangsa melambangkan sebahagian
daripada peradaban bangsa.
Melalui sikap berbudi bahasa akan dapat
membina kehidupan ummah yang sihat,
sejahtera dan mampu memperkasakan
tamadun yang tinggi. Sesungguhnya amalan
nilai budi bahasa adalah amat bersifat
universal dan semua agama di dunia turut
menekankan agar penganutnya mengamalkan
nilai peribadi dalam kehidupan.

You might also like