You are on page 1of 9

KEDUDUKAN AKHLAK DALAM ISLAM

• Kedudukan akhlak dalam Islam amat jelas lagi nyata dan akhlak
merupakan hasil penghias atau nilai pengindah binaan Islam dan
iman.
• Tujuan risalah Islam adalah untuk menyempurnakan akhlak yang
mulia.
• Akhlak mempunyai kedudukan yang tertinggi dalam kehidupan
manusia iaitu asas kepada kebangkitan & kemuliaan Nabi
Muhammad s.a.w. yang membawa manusia kepada kehidupan
yang bertamadun.
• Perutusan para nabi bertujuan untuk membawa cara hidup yang
bermutu dan berkualiti & cemerlang untuk menyusun kehidupan
manusia.
KEDUDUKAN AKHLAK DALAM ISLAM
• Setiap orang yang beriman itu dituntut untuk mencontohi sifat-
sifat yang terpuji. Ini kerana, agama Islam amat
menitikberatkan keindahan akhlak. Disebabkan itu, antara
sebab Nabi SAW diutuskan kepada umat manusia adalah untuk
menyempurnakan keindahan akhlak. Hal ini disebut
berdasarkan sebuah hadith yang sahih daripada Abu Hurairah
RA, bahawa Nabi SAW bersabda:

‫ق‬ ‫اَل‬‫خ‬ َ ‫ح اأْل‬ ‫ل‬ ‫ا‬‫ص‬ ‫م‬ ‫م‬ ‫ت‬ُ ‫عثْت أِل‬
ِ ْ َ ِ َ َ ِّ َ ُ ِ ُ ‫ما ب‬
َ َّ ‫إِن‬
Maksudnya: “Sesungguhnya tidak aku diutuskan melainkan untuk
menyempurnakan kebaikan akhlak.” [Riwayat Ahmad (8952)]
KEDUDUKAN AKHLAK DALAM ISLAM
• Definisi Islam dihubungkan dengan akhlak yang baik. Dalam
sebuah hadits diterangkan seorang lelaki pernah bertanya
kepada Rasulullah SAW:

‫ين ؟ قال الرسول صلى الله‬ ُ ِّ‫لد‬%‫ه ما ا‬ َ


ِ ‫رسول الل‬ ‫ يا‬:‫فقال‬
‫الخلق‬
ِ ‫ن‬ُ ‫س‬
ْ ‫ح‬ُ :‫عليه وسلم‬
Maka telah berkata : Wahai Rasulullah, apakah din itu? Ar-
Rasul Sallallahu’alaihiwasallam menjawab: Akhlak yang baik.
(Riwayat al-Iraqi)
• Ini menunjukkan bahawa akhlak  adalah salah satu tiang din
yang penting dan  mesti ditegakkan untuk mengukuhkan din.
Ia sama seperti pentingnya wukuf di Arafah sebagai salah satu
amalan untuk sahnya haji.
KEDUDUKAN AKHLAK DALAM ISLAM
• Satu cara hidup yang membawa kepada kejayaan manusia
dalam melaksanakan misi dan visi yang telah diamanahkan
oleh Allah di atas muka bumi dengan menyebarkan perkara
yang makruf dan mencegah kemungkaran.
• Akhlak juga merupakan neraca kejayaan yang sebenar kepada
seseorang manusia di akhirat malah ia juga merupakan salah
satu aspek asas bagi membebaskan diri dari azab api neraka &
memasuki syurga.
• Akhlak membezakan antara mereka yang baik & mulia dengan
yang sebaliknya.
KEDUDUKAN AKHLAK DALAM ISLAM
• Dalam Al-Quran terdapat banyak ayat-ayat yang berhubung
dengan akhlak sama ada ayat-ayat yang memerintah
memperbaiki akhlak, memuji orang yang berakhlak baik
ataupun memberi pahala kepada orang yang berakhlak baik
seperti firman Allah SWT:

ُ ‫ض َو َلن َت ۡبلُ َغ ۡٱل ِج َبا َل‬


‫طواٗل‬ َ ‫ض َم َرحً ۖا إِ َّن َك َلن َت ۡخ ِر َق ٱأۡل َ ۡر‬
ِ ‫ش فِي ٱأۡل َ ۡر‬
ِ ‫َواَل َت ۡم‬
Dan janganlah kamu berjalan di muka bumi ini dengan sombong,
Karena sesungguhnya kamu sekali-kali tidak dapat menembus
bumi dan sekali-kali kamu tidak akan sampai setinggi gunung.
(Surah Al-Isra’: 37
KEDUDUKAN AKHLAK DALAM ISLAM
• Seseorang muslim dalam apa jua tindakan dan
perlakuan sama ada bersifat lahiriah atau batiniah
perlulah disertai dengan nilai akhlak yang baik dan
mulia.
• Contohnya, dalam melaksanakan ibadah dan
muamalah, seseorang muslim itu hendaklah
melakukannya dengan berakhlak dan beradab dan
selain menunaikan tanggungjawabnya terhadap
Allah SWT, dia juga hendaklah memelihara
hubungannya dengan orang lain. 
CIRI-CIRI AKHLAK DALAM ISLAM
• Bersifat mutlak dan menyeluruh
Akhlak Islamiyyah bersifat mutlak, tidak boleh dipinda dan diubah suai, dikenakan kepada
seluruh individu tanpa mengira keturunan, warna kulit, pangkat, tempat dan masa.

• Melengkapkan dan kesempurnaan tuntutan


Ditinjau dari sudut kejadian manusia yang dibekalkan dengan pelbagai naluri, akhlak
Islamiah adalah merangkumi semua aspek kemanusiaan, rohaniah, jasmaniah dan aq’liah,
sesuai dengan semua tuntutan dalam usaha mengawal sifat-sifat tercela (mazmumah)
untuk kesempurnaan insan, bukan untuk menyekat kebebasan peribadi seseorang.

• Bersifat sederhana dan seimbang


Tuntutan akhlak dalam Islam adalah sederhana, tidak membebankan sehingga menjadi
pasif dan tidak pula membiarkan sehingga menimbulkan bahaya dan kerosakan.
CIRI-CIRI AKHLAK DALAM ISLAM
• Mencakupi suruhan dan larangan
Bagi kebaikan manusia, pelaksanaan akhlak Islamiyyah meliputi suruhan dan larangan
dengan tidak mengutamakan dan mengabaikan mana-mana aspek tersebut.

• Bersih dalam pelaksanaan


Untuk mencapai kebaikan akhlak Islamiyyah memerintah supaya cara dan method
pelaksanaan suatu perbuatan dan tindakan itu hendaklah dengan cara yang baik dan
saluran yang benar yang telah ditetapkan oleh akhlak Islamiyyah. Ertinya untuk
mencapai sesuatu matlamat mestilah menurut tatacara Islam. Islam tidak menerima
falsafah “matlamat menghalalkan cara”.

• Keseimbangan
Akhlak dalam Islam membawa keseimbangan bagi tuntutan-tuntutan realiti hidup
antara rohaniah dan jasmani serta aqliah dan antara kehidupan akhirat sesuai dengan
tabi’I manusia itu sendiri.

You might also like