You are on page 1of 18

PENGENALAN KELAS

BIMBINGAN DAN KAUNSELING


OLEH: DR NORMAH BINTI ZAKARIA
0173436261
BILIK: 202-07
EMAIL: norma@uthm.edu.my
RPP, ARAHAN TUGASAN, PROJEK &
EDMODO
1. RPP BIMBINGAN DAN KAUNSELING

2. ARAHAN TUGASAN BERKUMPULAN

3. ARAHAN TUGASAN BERKUMPULAN

4. KOD EDMODO PSIKOLOGI


PEMBENTUKAN KUMPULAN
 Setiap kumpulan mesti mempunyai ahli sekurang2nya 6 orang dalam
satu kumpulan. (anggaran dalam 15 kumpulan satu sec)

 Setiap kumpulan perlu memastikan ahli kumpulan adalah TULEN


(“jantina yang diragui identiti tidak dibenarkan berada didalam
kumpulan”)-pastikan ketua memeriksa dahulu identiti setiap ahli
supaya sempurna.

 Perlu melantik KETUA KUMPULAN dalam setiap kumpulan yang


dibina. Sila catatkan nama ketua kumpulan dan ahli (beserta no
telefon) dalam kertas dan serah pada saya.
 Perlu menubuhkan “whatsapp group” untuk setiap sec tetapi hanya
KETUA KUMPULAN SAHAJA didalam group tersebut
KELAS “FACE TO FACE” & ONLINE
“BLENDED LEARNING”
Bagi memenuhi keperluan “blended learning” UTHM,
iaitu PdP dijalankan secara 30% secara “online” dan
70% secara bersemuka.

* Kelas BIMBINGAN DAN KAUNSELING akan


dijalankan secara 60% bersemuka dan 40% secara
maya
- rujuk lampiran
BAB 1:
Konsep Asas Bimbingan Dan
Kaunseling
1.1 PENGERTIAN BIMBINGAN
 Definisi bimbingan ialah Suatu proses yang
membantu individu memahami diri mereka dan
dunia mereka.

Secara umum bimbingan ialah:


 Bimbingan - perbuatan membimbing, memberi
petunjuk, huraian, dan lain-lain
 Serupa dengan makna nasihat??
 Sering digunakan secara silih berganti dgn
“penasihatan”
Definisi Bimbingan
Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat (2018:159), bimbingan
merupakan perbuatan membimbing, memberi petunjuk atau
memimpin seseorang dan orang yang terlibat dalam
perbuatan membimbing dikenali sebagai pembimbing.

Othman Mohamed (2000), bimbingan merupakan


sebahagian daripada proses menolong. Ia melibatkan usaha
memberi arahan secara teratur serta mengandungi maklumat
sesuai bagi menentukan agar sesuatu matlamat tercapai oleh
orang yang menerimanya. Lazimnya bagi penentuan
kebajikan dan perkembangan dirinya
Prinsip-prinsip Bimbingan

 Bimbingan adalah untuk semua murid, untuk perkembangan diri


mereka.
 fokus utama bimbingan ialah pencegahan masalah sementara ia masih
boleh dikawal.
 Ia mesti dilakukan secara kolaboratif dengan kakitangan lain di sekolah.
 murid-murid perlu menyertai bimbingan secara sukarela.
 guru bimbingan perlu bertingkah laku prosesional untuk mengelakkan
perhubungan tidah sihat.
 perkhidmatan bimbingan merupakan tanggungjawab secara kolektif di
antara guru, murid, guru pmbimbing dan sekolah, rakan sebaya dan
ibubapa yang berkenaan.
 Guru yang dilantik sebagai guru bimbingan dan kaunseling di sekolah
yang bertanggungjawab menjalankan aktiviti-aktiviti kaunseling.
 Guru ini tidak digelar kaunselor
1.2 Pengertian kaunseling
Definisi Dari The Little Oxford Dictionary

Counselling - Advice or consultation

Kaunseling - proses teratur yg melibatkan


perbincangan rapi ttg masalah yang dihadapi oleh
seseorang & usaha mengatasi / menyelesaikannya
menerusi bimbingan dan nasihat
Apa itu kaunseling?

Suatu proses perhubungan menolong yang sistematik berasaskan


prinsip psikologi. Ia dijalankan oleh kaunselor profesional bagi
membantu perkembangan dan penyesuaian peribadi klien yang baik
dan menyeluruh. Pertemuan adalah secara sukarela dan berterusan
sepanjang hayat berlandaskan Etika Kaunseling.

Kaunseling bukan bererti nasihat, walaupun terdapat nasihat yang


diberikan. Malah kaunselor tidak memberi jawapan secara langsung
kepada semua persoalan klien, kerana apa yang baik untuk
kaunselor tidak semestinya baik juga untuk klien . Keistimewaan
khidmat kaunseling ialah ia membimbing klien mencari sumber
dirinya yang menyumbang kepada isu yang dihadapi. Penerimaan
dan perakuan sumber diri adalah penting dalam menghasilkan
perubahan diri.
1.3 Perkembangan perkhidmatan bimbingan
dan kaunseling di sekolah-sekolah Malaysia
Pendidik juga menghadapi pelajar yang bermasalah keluarga dan
pembelajarannya terganggu. Pelajar yang perlu membuat pengkhususan
tetapi tidak tahu arah tuju dan pelajar yang stress.

Pelajar-pelajar yang menghadapi masalah yang tersebut di atas


memerlukanpertolongan kaunselor untuk membantu mereka mencari jalan
penyelesaiannya. Maka tugas pendidik bukan sahaja mengajar tetapi mereka
juga mempunyai kemahiran kaunseling untuk membantu pelajar-pelajar
bermasalah iaitu klien.

Dalam keadaan ini kaunselor memainkan peranan yang penting dalam


menyelesaikan masalah yang dihadapi oleh pelajar. Oleh itu Kementerian
Pelajaran telahmewujudkan Perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling di
sekolah.
Objektif utama perkhidmatan Bimbingan dan
Kaunseling di sekolah ini ialah :
Memberi perkhidmatan bersifat membaikan dan memulihkan atau
mengorientasikan pelajar yang menghadapi masalah
peribadi,pelajaran,kerjaya dan sosial agar mampu menghadapi atau
mengatasi masalah-masalahnya .
Memberi perkhidmatan kaunseling kepada pelajar yang
memerlukan
Memberi perkhidmatan penyuburan dan penghayatan yang meliputi
semua aspek perkembangan pelajar dengan menyediakan
peluang,kemudahan dan pengalaman yang selaras dengan
kemampuan dan potensi pelajar
Memberi perkhidmatan pencegahan iaitu mengelakkan pelajar
daripada terlibat dalam perbuatan salah laku,tidak berdisiplin dan
lain-lain.
Tugas Bimbingan dan Kaunseling di sekolah
1. Inventori Individu Dan Rekod

 Mengendalikan fail bimbingan untuk setiap orang


pelajar
 Bertanggung jawab mengumpul dan merekodkan
butiran-butiran berkait dengan penilaian dan
pentafsiran minat pelajar.
 Mengawas perangkaan dan corak kehadiran pelajar
yang dirujuk untuk tujuan kaunseling.
 Menyelaras, menjaga dan mengemaskini rekod pelajar
2. Perkhidmatan Pengumpulan dan Memberi Maklumat.

 Mengumpul, menyedia dan menyebar maklumat kerjaya,


vokasional, latihan dan pelajaran kepada pelajar,
misalnya, melalui risalah-risalah, buku-buku kecil, poster,
hari kerjaya, pameran kerjaya dan buletin sekolah
 Menambah dan mengemaskinikan fail-fail maklumat
kerjaya, peluang latihan, pelajaran, sosial dan peribadi.
 Memberi maklumat dan penerangan tentang pentingnya
mengisi borang permohonan dengan tepat.
3. Perkhidmatan Kaunseling

Kaunseling dengan pelajar secara individu atau kelompok


mengenai:
Pencapaian akademik yang tidak memuaskan.
Rujukan yang dilakukan oleh guru-guru dan ibu bapa atau
orang lain.
Kerjaya, pelajaran dan peribadi.

4. Perkhidmatan Penempatan
Membantu pelajar memilih aktiviti ko-kurikulum
berdasarkan kebolehan, minat kerjaya pilihan dan
kemampuan.
5. Perkhidmatan Mencegah Penggunaan Dadah dan Inhalen
Mengadakan bimbingan dan kaunseling individu atau
kelompok atau kaunseling tunjuk ajar dalam menanam
dan memupuk sikap dan memberi nilai membenci dadah
dan inhalen.

6. Perkhidmatan Konferens Dengan Ibu Bapa


Mengadakan hubungan dengan penjaga pelajar untuk
bersama mengawasi kemajuan pelajar terutamanya dalam
pelajaran.
Mengubungi ibu bapa atau penjaga apabila kemajuan
pelajar tidak memuaskan
7. Perkhidmatan Penilaian
modul atau model bimbingan sebelum dilaksanakan
di peringkat sekolah

8. Perkhidmatan Penyelarasan Aktiviti Luar


Penyelaras bagi aktiviti-aktiviti berhubung dengan
kebajikan pelajar di antara sekolah dengan agensi lain.
Menjadi punca rujukan dalam aktiviti-aktiviti ko-
kurikulum.
Penyelaras bagi penglibatan majikan, agensi kebajikan
dan orang-orang kenamaan tempatan dalam program
bimbingan di sekolah.
terima
kasih

You might also like