You are on page 1of 36

Proses Penghasilan Kerja Kursus

900/4 Pengajian Am
Penggal 2, 2017

AFFENDY BIN MD ZAHARI


PERKARA PENJELASAN

Pilih salah satu


Calon memilih tema: Tema 1: Sosio budaya – Adat Resam
Tema 2: Sains & Teknologi – Makanan

Calon mengenal pasti isu dan Contoh Tema 1:


menetapkan tajuk dan skop tugasan  Adat Melayu
(Isu yang dipilih hendaklah merujuk • Adat perkahwinan
kepada kampung/taman perumahan/ • Adat berpantang
sekolah/ bandar/ daerah/negeri calon) • Adat Melenggang Perut
• Adat Menjejak Tanah
Adat Menjejak Tanah dalam Kalangan
Calon menentukan tajuk: Masyarakat Melayu suku Rawa di
(Tajuk yang dipilih hendaklah Kg.Sungai Itek, Gopeng
berdasarkan isu yang telah dikenal Adat menjejak tanah = Isu
pasti)
Masyarakat Melayu suku Rawa =
Mengandungi 3 elemen : Isu, Responden
responden dan lokasi
Kg.Sungai Itek, Gopeng = Lokasi
PERKARA PENJELASAN

Calon menentukan lokasi kajian:


Calon digalakkan untuk memilih lokasi Contoh:
kajian yang sesuai, iaitu mudah dituju
dan dekat dengan tempat tinggal calon. • (Kampung pelajar tersebut)
Di Kampung Sungai Itek, Gopeng.
Ini memudahkan pengutipan data
kajian
• Bahagian ini tidak perlu dinyatakan
Calon menentukan skop tugasan dalam penulisan kajian, tetapi
(limitasi): sekadar panduan kepada calon
bahawa mereka tidak berupaya
Skop tugasan yang dimaksudkan ialah membuat kajian yang berskala besar
fokus kerja kursus (kerja projek) yang memandangkan tempoh masa yang
akan dijalankan. Penjelasan ini penting sangat singkat.
bagi memastikan penilai dapat • Skop kajian : Adat Menjejak Tanah
memahami sempadan kerja kursus yang diamalkan oleh masyarakat
berkenaan. Skop tugasan merangkumi Melayu suku Rawa di Kg.Sungai Itek,
isu penting yang cuba diketengahkan Gopeng sahaja. (1 isu, 1 kampung, 1
kaum sahaja)
PERKARA PENJELASAN

Calon menerangkan konsep kendalian: 1.Menghuraikan definisi dan konsep-


konsep tertentu;
Calon dikehendaki memberikan • Adat?
penerangan mengenai “Jargon” dalam • Adat Menjejak Tanah
tajuk kajian yang akan diguna pakai. • Masyarakat Melayu suku Rawa

Calon menerangkan rasional mengkaji


isu yang dipilih: 1. Untuk mengenengahkan adat yang
Calon menjelaskan kepentingan kajian unik tersebut ke khalayak yang lebih
tersebut. besar.
Menjelaskan secara tersurat apa 2. Menambahkan lagi khazanah adat
manfaat yang dijangka akan diperolehi resam dalam sosio budaya
hasil daripada kajian tersebut. masyarakat Melayu.
PERKARA PENJELASAN

Calon menentukan objektif kajian:


Calon hendaklah menjelaskan hala tuju 1. Mendapatkan maklumat berkaitan
kajian dan perkara-perkara yang dengan Adat Menjejak Tanah dalam
diharap akan dapat dicapai di akhir kalangan Masyarakat Melayu suku
kajian nanti. Pernyataan ini hendaklah Rawa di Sungai Itek, Gopeng
jelas, rasional, serta relevan dengan 2. Menghuraikan faktor-faktor yang
masalah yang dikaji. Objektif hendaklah
mampu dicapai dan pencapaiannya itu adat Menjejak Tanah masih
diamalkan oleh penduduk Kg.
sewajarnya boleh diukur. Calon boleh Sungai Itek, Gopeng sehingga kini.
menyatakan objektif kajiannya secara
khusus
PERKARA PENJELASAN
Calon menentukan kaedah kajian:
Calon dikehendaki menggunakan tiga
kaedah yang telah ditetapkan oleh pihak • Sampel yang dipilih dinyatakan
MPM; dalam bentuk bilangan, jantina, usia
1. Persampelan/Responden/Informan dan sebagainya. Mereka mesti tahu
• Pelajar-pelajar hendaklah tentang adat Menjejak Tanah. Jika
menyatakan berapa orang tidak, sisihkan sampel tersebut.
sampel/responden/informan • Jika kaedah kuantitatif dipilih,
yang dipilih. pastikan calon mendapatkan 30
• Jelaskan juga atas sebab apa orang sampel untuk menjawab soal
mereka itu dipilih. selidik.
• Jika kaedah kualitatif, sekiranya
difikirkan maklumat yang diperolehi
mencukupi, seorang informan pun
memadai.
PERKARA PENJELASAN
2. (i) Pemerolehan Data (Kualitatif) • Calon-calon dikehendaki
a) Pemerhatian menggunakan instrumen borang
pemerhatian. Borang tersebut
• Kaedah ini boleh digunakan mestilah mengandungi perkara-
semasa lawatan ke kawasan perkara seperti;
kajian. Kaedah ini digunakan
untuk memerhatikan perlakuan • Tarikh (Hari)
individu atau kumpulan orang • Masa
atau kawasan yang dikaji. • Perkara-perkara yang ingin
diperhatikan (setiap aspek yang
hendak diperhatikan mesti
dinyatakan dengan jelas)
• Catatan atau ulasan
pemerhatian
• Ambil gambar suasana Majlis
Menjejak Tanah.
PERKARA PENJELASAN
b) Temu bual
• Kaedah ini melibatkan dua peringkat
iaitu secara formal dan tidak formal. • Calon-calon hendaklah terlebih
dahulu mengenal pasti apakah
• Kaedah secara formal melibatkan skop maklumat yang hendak
individu yang mempunyai dicari.
jawatan/pangkat dalam sesebuah • Bina beberapa soalan yang boleh
organisasi atau kelompok mendapatkan jawapan skop
masyarakat. Temu bual ini maklumat tersebut.
menyentuh mengenai maklumat
yang berkaitan dengan tajuk kerja • Buat temu janji
kursus. Manakala temu bual secara • Rakam temu bual
tidak formal pula berdasarkan temu • Simpan rakaman tersebut sebagai
bual dengan orang persendirian. evidens dalam storan prima atau
Kaedah ini kebiasaannya sekunder.
menggunakan alat perakam suara
untuk merakam perbualan dan
kemudiannya digunakan
menganalisis temu bual tersebut.
PERKARA PENJELASAN
2. (ii) Pemerolehan Data (Kuantitatif) Borang soal selidik secara umumnya
mengandungi beberapa bahagian;
a) Soal Selidik • Maklumat am berkaitan dengan
• Kaedah soal selidik ini tujuan soal selidik
dijalankan untuk • Aspek Demografi
mendapatkan maklumat • Jantina
dengan lebih tepat dan betul.
Dalam kaedah ini, borang soal • Kaum
selidik diperlukan untuk • Lingkungan umur dll (mengikut
memudahkan lagi kajian keperluan kajian)
yang hendak dijalankan. • Item-item soalan yang dipecahkan
• Calon boleh mereka bentuk mengikut keprluan objektif.
borang soal selidik yang sesuai Contohnya; Menghuraikan faktor-faktor
dengan tajuk yang dikaji dan yang adat Menjejak Tanah masih
dapat memenuhi objektif diamalkan oleh penduduk Kg. Sungai Itek,
kajian. Gopeng sehingga kini
• Borang itu boleh diedarkan • Item 1 = Pewarisan yang jelas
secara rawak kepada daripada generasi yang lebih tua
responden di kawasan kajian.
PERKARA PENJELASAN
• Ada skala jawapan yang disediakan.
Contohnya skala Likert
• 5 = Sangat Setuju (SS)
• 4 = Setuju (S)
• 3 = Tidak Setuju (TS)
• 2 = Sangat Tidak Setuju (STS)
• 1 = Tidak Pasti (TP)
• Ada kemungkinan jika ramai
responden yang menjawab TP, ada
kemungkinan calon-calon silap dalam
memilih sampel. Oleh itu calon-calon
mesti teliti dalam memilih sampel
yang bersesuaian dengan objektif
kajian mereka.
PERKARA PENJELASAN
Calon menganalisis data: Data kualitatif
Calon dikehendaki menganalisis data- 1) Pemerhatian
data yang dikutip daripada kaedah • Kumpul borang-borang
kajian yang telah dijalankan. Data-data pemerhatian dan susun
tersebut dianalisis secara kuantitatif mengikut tarikh
atau kualitatif.
• Pindahkan maklumat dalam
borang dalam jadual (matriks)
mengikut tarikh.
• Buat rumusan berdasarkan
dapatan yang telah dimasukkan
dalam jadual (matriks)
• Pindah rumusan dalam
pelaporan dapatan kajian.
• Ambil petikan-petikan tertentu
untuk dipaparkan dalam
dapatan kajian jika bersesuaian.
PERKARA PENJELASAN

1) Temu bual
• Sediakan jadual (matriks). Pada
bahagian sebelah kiri adalah
soalan-soalan, manakala ruang-
ruang di sebelah kanan adalah
dapatan temu bual daripada
informan yang ditemu bual.
• Gunakan nama bukan sebenar
untuk para informan.
• Buat rumusan berdasarkan
dapatan yang telah dimasukkan
dalam jadual (matriks)
• Pindah rumusan dalam
pelaporan dapatan kajian.
PERKARA PENJELASAN
Data Kuantitatif;
1. Soal Selidik
• Borang soal selidik yang telah
dilengkapkan oleh responden
hendak diberikan kod atau
nombor
• Gunakan borang excel untuk
menganalisis data.
• Masukkan data secara berhati-
hati dan mengikut item soalan.
• Setelah selesai, pindahkan
maklumat peratusan dalam
laporan dapatan kajian.
PERKARA PENJELASAN
Calon menjelaskan/membincangkan 1. Menggunakan dua kaedah
dapatan kajian: penyelidikan.
Calon dikehendaki menjelaskan atau • Pada peringkat ini kedua-dua
membincangkan dapatan kajian dalam kaedah sama ada kualitatif atau
bentuk esei bertulis dengan disertakan kuantitatif hendaklah
jadual/carta/graf bagi menyokong hasil digabungkan dalam sebuah
kajian. huraian yang mantap.
• Bersifat saling lengkap
melengkapi.
• Mulakan dengan data
kuantitatif. Persembahkan jadual
(wajib) serta carta pai (pilihan)
serta huraian untuk kedua-
duanya.
• Seterusnya kemukakan pula
data kualitatif. Data ini mesti
menyokong atau menyanggah
dapatan data kuantitatif .
PERKARA PENJELASAN
Calon menjelaskan/membincangkan • Sekiranya data pemerhatian
dapatan kajian: memiliki sebarang evidens
Calon dikehendaki menjelaskan atau seperti foto pegun, boleh
membincangkan dapatan kajian dalam dikemukakan dalam bahagian
bentuk esei bertulis dengan disertakan ini. Foto pegun mestilah
jadual/carta/graf bagi menyokong hasil dihuraikan.
kajian. • Nyatakan kesimpulan untuk
item perbincangan tersebut.
• Begitulah seterusnya
sehinggalah seluruh item soalan
dalam soal selidik selesai
dihuraikan.
2. Menggunakan satu kaedah.
(i) Kaedah Kualitatif sahaja
• Calon-calon tidak boleh hanya
menggunakan satu kaedah
pemerolehan data. Contohnya
temu bual sahaja. Hal ini kerana
PERKARA PENJELASAN
Data tersebut akan menjadi lemah
kerana tiada proses triangulasi
boleh dilakukan. Oleh itu untuk
kaedah kualitatif, calon-calon
hendaklah sekurang-kurangnya
menggunakan dua kaedah
pemerolehan data iatu; temu bual
dan pemerhatian.
• Calon-calon hendak menghuraikan
data berdasarkan matriks temu
bual. Huraiannya berfokuskan
kepada bahagian rumusan basi
setiap isu.
• Disokong pula oleh data
pemerhatian daripada matriks
pemerhatian.
• Buat kesimpulan kecil bagi setiap
isu atau soalan temu bual yang
dibincangkan.
PERKARA PENJELASAN
(ii) Data kuantitatif sahaja
• Proses yang sama seperti
menggunakan kedua-dua
kaedah kuantitatif dan kualitatif,
Cuma abaikan sahaja bahagian
data kualitatif.
• Buat kesimpulan kecil bagi setiap
item yang dibincangkan.
Calon menghasilkan rumusan kerja 1. Rumusan
kursus: • Merumuskan setiap objektif
Calon dikehendaki membuat rumusan yang dihuraikan dalam dapatan
atau kesimpulan daripada kajian
perbincangan. Calon juga diharapkan 2. Kesimpulan
dapat menunjukkan sejauh mana hasil
kajian yang dijalankan itu menepati • Menyimpulkan keseluruhan
objektif kajian yang ditetapkan. Calon kajian
juga boleh menyatakan kepentingan
(signifikan) hasil kajian yang telah
dijalankan.
PERKARA PENJELASAN
Calon menghasilkan Abstrak: Rumusan
Calon dikehendaki membuat rumusan • Merumuskan setiap objektif yang
atau kesimpulan daripada dihuraikan dalam dapatan kajian
perbincangan. Calon juga diharapkan
dapat menunjukkan sejauh mana hasil
kajian yang dijalankan itu menepati Kesimpulan
objektif kajian yang ditetapkan. Calon • Menyimpulkan keseluruhan kajian
juga boleh menyatakan kepentingan
(signifikan) hasil kajian yang telah
dijalankan.
RUMUSAN
FASA PENJELASAN
Menyediakan proposal
(Tidak perlu ditulis secara lengkap)
1. Tajuk (Mesti telah disahkan oleh penyelia)
2. Pengenalan
I. Kefahaman calon tentang konsep yang hendak
FASA 1 dikaji.
(PROPOSAL) II. Rasional mengapa hendak buat kajian
04/1/2017 3. Objektif
Hingga I. Semua objektif mesti telah disahkan oleh
16/1/2017 penyelia
(12 hari) II. Jelas serta berupaya untuk dilakukan
4. Lokasi
I. Kenal pasti lokasi kajian.
II. Buat sedikit penyelidikan tentang kawasan
tersebut. Sesuai atau tidak. Mudah atau susah
dituju.
FASA PENJELASAN
5. Kaedah (Metodologi)
I. Fikirkan keadah penyelidikan mana yang lebih
sesuai.
II. Mudah atau susah cari responden/informan
6. Instrumen kajian (Mesti disiapkan sebelum ke
lapangan)
I. Borang temu bual dan peralatan temu bual.
II. Borang pemerhatian serta kamera
III. Borang soal selidik
FASA PENJELASAN

FASA 2 Kualitatif
(LAPANGAN) 1. Laksanakan temu bual
16/2/2015
2. Pemerhatian
hingga Kuantitatif
1/3/2015 3. Edar soal selidik
(14 hari)

FASA 3 Kualitatif
(ANALISIS) 1. Matriks temu bual
2/3/2015 2. Matriks pemerhatian
Hingga Kuantitatif
15/3/2015 3. Kodkan borang soal selidik yang sudah diisi
(14 hari) 4. Guna Microsoft Excel
FASA PENJELASAN
Penulisan laporan kajian yang lengkap
I. Tajuk serta maklumat calon (Lampiran 1)
II. Borang BPC (Lampiran 2)
III. Borang BRKKC (Lampiran 3)
IV. Borang BMKKC (Lampiran 4)

FASA 4 V. Abstrak
(PELAPORAN) VI. Kandungan
VII. Penghargaan Dihasilkan selepas
16/3/2015
hingga Laporan penyelidikan selesai
29/3/2015 1. Pengenalan
(14 hari) 2. Objektif Kajian
3. Lokasi Kajian
4. Metodologi Kajian
5. Dapatan Kajian
6. Rumusan/Kesimpulan
7. Rujukan
8. Lampiran
TERIMA KASIH
ARAHAN

• PELAKSANAAN KERJA KURSUS


• 3.1 Arahan Umum
• 3.1.1 Kerja kursus Pengajian Am wajib diambil oleh
semua calon.
• 3.1.2 Kerja kursus Pengajian Am hendaklah dilaksanakan
dalam penggal 2.
• 3.1.3 Tema kerja kursus Pengajian Am tahun 2016 adalah
berdasarkan tajuk yang dipelajari dalam penggal 2.
TANGGUNGJAWAB GURU PENGAJIAN AM
• Tanggungjawab Guru Pengajian Am (Sekolah Kerajaan dan Sekolah
Bantuan Kerajaan)
• 3.5.1 Memastikan semua calon memahami kehendak Sukatan Pelajaran
Pengajian Am
• 3.5.2 Memastikan semua calon memahami keperluan melaksanakan
kerja kursus Pengajian Am
• 3.5.3 Memuat turun Manual Pelaksanaan, Kriteria Pentaksiran dan Tema
Kerja Kursus Pengajian Am dari portal MPM
• 3.5.4 Menjadi pemudah cara kepada calon sewaktu proses penghasilan
kerja kursus Pengajian Am
• 3.5.5 Memastikan semua calon menghasilkan kerja kursus Pengajian Am
secara individu

• Memastikan semua calon melaksanakan kerja
kursus Pengajian Am berdasarkan garis panduan
dan tempoh yang ditetapkan seperti pada 4.0
Jadual Perancangan dan Pelaksanaan
• 3.5.7 Memastikan semua calon menunjukkan
kemajuan dalam penulisan kerja kursus Pengajian
Am mengikut masa yang ditetapkan oleh guru mata
pelajaran Pengajian Am
• 3.5.8 Membimbing calon dalam aspek yang berikut:
• memilih tema,
• (b) mengenal pasti isu,
• (c) menetapkan tajuk dan skop kerja kursus,
• (d) mengenal pasti sumber maklumat yang
sesuai, dan
• (e) mengenal pasti asas kaedah penyelidikan
• Memantau dan membimbing calon semasa mencari
maklumat, memproses data/ maklumat, dan
menghasilkan penulisan kerja kursus Pengajian Am
• 3.5.10 Membimbing calon dalam aspek kemahiran
manipulatif dan kemahiran insaniah semasa
pencarian/pengumpulan maklumat dan
pembentangan kerja kursus Pengajian Am
• 3.5.11 Memastikan calon tidak menciplak atau
meminta orang lain untuk menghasilkan kerja kursus
Pengajian Am
• Memastikan calon menghantar hasil kerja kursus kepada
guru Pengajian Am pada masa dan tarikh yang telah
ditetapkan oleh guru Pengajian Am/pihak sekolah. Calon
hendaklah menggunakan muka hadapan kerja kursus
yang telah ditetapkan oleh pihak MPM (Lampiran 1)
• 3.5.13 Mengingatkan calon bahawa kegagalan
menghantar kerja kursus pada tarikh penghantaran akhir
yang telah ditetapkan oleh MPM akan menyebabkan
calon dianggap tidak melaksanakan kerja kursus
Pengajian Am dan tidak mengambil kertas 900/4
• Memastikan calon mengisi maklumat dan
menandatangani Borang Perakuan Calon (BPC)
(Lampiran 2) yang dilampirkan bersama-
sama dengan kerja kursus Pengajian Am
• 3.5.15 Menandatangani BPC yang telah diisi
dan ditandatangani oleh calon
• Memastikan calon mengisi maklumat dan
menandatangani Borang Rekod Kerja Kursus
Calon (BRKKC) (Lampiran 3). Calon perlu
diingatkan supaya sentiasa membawa BRKKC
setiap kali pertemuan antara guru dengan
calon bagi membincangkan penghasilan kerja
kursus
• Menyelia dan menandatangani BRKKC setiap kali
pertemuan antara guru dan calon bagi
membincangkan penghasilan kerja kursus calon
• 3.5.18 Menghantar surat iringan, kerja kursus
Pengajian Am, Borang Markah Kerja Kursus Calon
(BMKKC), dan BRKKC ke sekolah calon yang
baharu bagi calon yang bertukar sekolah
• 3.5.19 Memeriksa/menilai/mentaksir kerja kursus
Pengajian Am setiap calon dan mengisi serta
memperakui Borang Markah Kerja Kursus Calon
(BMKKC)
• Mematuhi penskoran dan kriteria pentaksiran yang
telah disediakan oleh MPM ketika mentaksir kerja
kursus Pengajian Am calon
• 3.5.21 Mendapatkan pengesahan daripada Pengetua
dan menghantar markah kerja kursus Pengajian Am
calon kepada MPM dengan menggunakan Borang
Rumusan Markah Kerja Kursus Calon (BRMKKC)
(Lampiran 5). Kegagalan guru menghantar markah
kerja kursus calon akan menyebabkan calon
dianggap tidak melaksanakan kerja kursus
Pengajian Am dan tidak mengambil kertas 900/4
• Memasukkan markah kerja kursus calon dengan
menggunakan aplikasi e-submission yang telah
ditetapkan oleh Majlis Peperiksaan Malaysia (MPM)
• 3.5.23 Mencetak rumusan markah kerja kursus calon
dari aplikasi e-submission dan membuat semakan
silang (cross checking) markah kerja kursus calon
bersama dengan seorang lagi guru Pengajian Am.
Pembetulan hendaklah dibuat sekiranya terdapat
kesilapan dalam memasukkan markah calon
• Memastikan kerja kursus Pengajian Am , BPC,
BMKKC, dan BRKKC bagi setiap calon disimpan
di tempat yang selamat bagi tempoh enam
bulan dari tarikh keputusan peperiksaan STPM
diumumkan.

You might also like