Edit PERANAN DAN TANGGUNGJAWAB SEKOLAH

You might also like

You are on page 1of 22

PERANAN DAN

TANGGUNGJAWAB

SEKOLAH
Pengetua/ Guru Besar

 Merancang, menubuhkan dan mempengerusikan JPKS.


 Mengurus PCG bagi kegunaan MBK yang mengikuti PPI secara
inklusif separa / inklusif penuh mengikut perubahan peraturan dan
kelulusan kewangan semasa.
PK Pentadbiran, PK Hal Ehwal Murid,
PK Kokurikulum, PK Petang
(bagi sekolah yang tiada PPKI)
Membantu menyelaras pelaksanaan PPI.
Membantu menguruskan mesyuarat Jawatankuasa Pendidikan Khas Sekolah
(JPKS).
Mengenal pasti MBK yang berpotensi mengikuti PPI.
Memantau perkembangan pencapaian MBK di PPI.
Membantu memastikan keperluan buku teks MBK disediakan dan
mencukupi untuk MBK di PPI.
Menyelaras permohonan Elaun Murid Berkeperluan Khas (EMK) bersama-
sama Jawatankuasa Bantuan Peringkat Sekolah (JBPS) (SPK2/2018).
PK Pentadbiran, PK Hal Ehwal Murid,
PK Kokurikulum, PK Petang
(bagi sekolah yang tiada PPKI)
Membantu merancang dan melaksanakan LDP kepada semua guru yang
berkaitan.
Memohon sokongan guru pendamping yang mempunyai PPKI dari
sekolah berhampiran melalui PPD.
Merancang dan menyusun jadual waktu bagi guru pendidikan khas
yang berperanan sebagai guru pendamping (jika perlu).
Membimbing guru-guru yang terlibat dalam PPI.
Menyedia dan menyelaras data MBK di PPI untuk keperluan JPN/ PPD.
Penolong Kanan Pendidikan Khas/
Penyelaras PPKI (sekolah yang ada
PPKI)
Bekerjasama dengan pihak pentadbiran sekolah dalam melaksanakan
PPI di sekolah.
Membantu pihak pentadbiran menubuhkan dan menguruskan
mesyuarat Jawatankuasa Pendidikan Khas Sekolah (JPKS).
Mengenal pasti MBK yang berpotensi untuk mengikuti PPI.
Memantau perkembangan pencapaian MBK di PPI.
Mengenal pasti guru pendidikan khas yang boleh diberikan peranan
sebagai guru pendamping.
Penolong Kanan Pendidikan Khas/
Penyelaras PPKI (sekolah yang ada PPKI)

Bekerjasama dengan PK Pentadbiran dalam merancang dan


menyelaras LDP kepada guru arus perdana dan guru pendidikan khas.
Menetapkan jadual waktu bagi guru pendidikan khas (guru
pendamping) tanpa menambah bilangan waktu pengajaran sedia ada.
Menyediakan data MBK di PPI yang berkaitan dengan PPI untuk
keperluan JPN/ PPD.
Membentangkan cadangan nama dan maklumat murid serta kelas
yang terlibat dalam Mesyuarat JPKS.
Penolong Kanan Pendidikan Khas/
Penyelaras PPKI (sekolah yang ada PPKI)

Memastikan keperluan murid di kelas inklusif disediakan.


Melaksanakan proses transisi dengan memperkenalkan murid ke
kelas inklusif.
Menyediakan Laporan Tempoh Percubaan Tiga (3) Bulan dengan
kerjasama guru arus perdana.
Menyediakan analisis pencapaian MBK di PPI.
PKPK/ Penyelaras PPKI memastikan semua aktiviti berkaitan
pelaksanaan PPI di sekolah didokumentasikan.
Setiausaha PPI
Bagi sekolah yang mempunyai PPKI, setiausaha PPI perlu dilantik
dalam kalangan guru pendidikan khas terutamanya kepada guru yang
telah menghadiri kursus PPI.
Bagi sekolah yang tiada PPKI, dicadangkan dilantik dalam kalangan
guru bimbingan dan kauseling atau guru yang menguruskan kebajikan
murid.
Menyediakan urusan surat menyurat JPKS.
Membantu melaksanakan PPI dan mendokumentasi pelaksanaan PPI.
Guru Pendidikan Khas
Berperanan sebagai guru pendamping kepada MBK di kelas inklusif
dan dilantik oleh pentadbir sekolah.
Bagi MBK penglihatan yang berada di PPI guru resos hendaklah
dilantik bagi membantu MBK di kelas inklusif. (Rujuk Pekeliling Ikhtisas
Bil 6/2007: Garis Panduan Bidang dan Tanggungjawab Guru Resos
Program Pendidikan Khas Integrasi Bermasalah Penglihatan).
Guru Pendidikan Khas
Peranan guru pendidikan khas sebagai guru pendamping:
 Mengenal pasti MBK yang berpotensi untuk diinklusifkan;
 Mentadbir Senarai Semak Kesediaan Inklusif (SSKI) berdasarkan panduan yang disediakan;
 Melengkapkan borang pencapaian murid berdasarkan SSKI dan
menyediakan senarai nama MBK untuk dinklusifkan;
 Melaksanakan pentaksiran akademik kepada MBK yang “bersedia” dan MBK ‘kurang
bersedia’ dirujuk kepada pasukan pelbagai disiplin (MDT);
 Menanda kertas mengikut skema jawapan;
 Melengkapkan borang cadangan penempatan ke kelas inklusif bagi setiap MBK yang
layak; dan
 Melengkapkan surat penempatan MBK di PPI dan menetapkan perjumpaan bersama ibu
bapa/ penjaga;
Guru Pendidikan Khas
Peranan guru pendidikan khas sebagai guru pendamping:
 Mempunyai pengetahuan dalam mata pelajaran yang diikuti oleh
MBK di PPI.
 Membimbing dan membantu MBK semasa PdP.
 Menyediakan RPI dan pelaporan kepada MBK mengikut keperluan.
 Membantu guru mata pelajaran merancang RPH dan bekerjasama
menjayakan PdP menggunakan pendekatan pengajaran bersama.
 Memantau perkembangan pencapaian MBK di PPI.
Guru Arus Perdana
 Guru Mata Pelajaran yang mengajar kelas inklusif
 Menjadi ahli JPKS;
 Menerima kehadiran MBK di kelas inklusif;
 Bekerjasama dengan guru pendamping dalam merancang RPH
berpandukan kurikulum kebangsaan dan menjaga kebajikan MBK
 Melaporkan perkembangan dan pencapaian akademik MBK;
 Meningkatkan pengetahuan dengan menghadiri latihan; dan
 Bekerjasama dengan guru kelas dan guru pendidikan khas bagi
membuat pemilihan rakan inklusif untuk MBK di PPI.
Guru Kelas
 Menjadi ahli JPKS;
 Mengemas kini data dan profil MBK dalam APDM seperti elaun MBK dan
Rancangan Makanan Tambahan (RMT);
 Merekod kehadiran MBK di PPI;
 Memastikan kebajikan MBK dijaga;
 Bekerjasama dengan setiausaha peperiksaan bagi mebantu MBK
didaftarkan sebagai calon berkeperluan khas (CBK);
 Menyediakan laporan prestasi MBK; dan
 Bekerjasama dengan guru mata pelajaran dan guru pendidikan khas bagi
membuat pemilihan rakan inklusif untuk MBK di PPI.
Guru Bimbingan dan Kaunseling
 Memberikan khidmat bimbingan dan kaunseling kepada MBK dan
ibu bapa/ penjaga mereka;
 Menyediakan laporan tentang khidmat kaunseling untuk MBK;
 Bekerjasama dengan guru arus perdana/ guru pendidikan khas untuk
menjaga kebajikan MBK;
 Merancang dan melaksanakan program bersama-asama guru arus
perdana / guru pendidikan khas untuk MBK.
Guru Disiplin

 Bekerjasama dengan guru pendidikan khas berkaitan masalah tingkah laku MBK;
 Menyediakan laporan atau maklumat berkaitan disiplin bagi murid yang terlibat.

Guru Pemulihan Khas


 Mengenal pasti MBK yang berada di kelas arus perdana direkodkan
sebagai murid inklusif; dan
 Mengenal pasti MBK yang berada dalam kelas Pemulihan Khas bagi
ditempatkan dalam PPI (bagi sekolah yang tiada PPKI).
Guru Penyelaras SPBT Sekolah

 Mengurus pesanan, pengagihan dan pemulangan buku teks SPBT


MBK.

Pembantu Pengurusan Murid


 Menghantar dan mengambil MBK yang mengikuti inklusif separa;
 Membantu menyediakan keperluan MBK.
Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG)
 YDP PIBG menjadi ahli JPKS;
 Meningkatkan kerjasama antara pihak sekolah dan pihak yang
berkepentingan dengan sekolah dalam pelaksanaan PPI;
 Menyebar luas maklumat berkaitan PPI kepada masyarakat
setempat;
 Meningkatkan penglibatan ibu bapa, komuniti dan sektor swasta
dalam PPI;
Melaksanakan Sukarelawan dalam Kelas (SdK)” khususnya untuk
membantu MBK di PPI.
Jawatankuasa Pendidikan Khas Sekolah (JPKS)
 Ditubuhkan di semua sekolah yang melaksanakan pendidikan khas.
 Fungsi JPKS :
 mengurus dan menyediakan sokongan kepada MBK;
 merancang dan menyelaras pelaksanaan PPI;
 mencadangkan kelas yang sesuai mengikut tahap pencapaian

murid;
 melaksanakan sesi taklimat kepada ibu bapa dan guru yang
terlibat.
 Melaksanakan mesyuarat sekurang-kurangnya dua kali setahun
Pengerusi jawatankuasa ialah PGB sekolah. Pentadbir sekolah dan
Penyelaras PPI perlu hadir bersama dan sekurang-kurangnya lima (5)
daripada ahli-ahli yang lain, iaitu:
 Penolong Kanan Pentadbiran
 Penolong Kanan Hal Ehwal Murid
 Penolong Kanan Kokurikulum
 Penolong Kanan Pendidikan Khas atau Penyelaras PPKI
 Penyelaras/ setiausaha PPI
 Guru Disiplin
 Guru Bimbingan dan Kaunseling
 Guru Pemulihan Khas (bagi sekolah rendah)
 Wakil Guru Arus Perdana
 Wakil Guru Pendidikan Khas (bagi sekolah harian dengan PPKI)
 Guru Resos/ Guru Pendamping
 Pembantu Pengurusan Murid (jika ada)
 Yang Dipertua Persatuan Ibu bapa dan Guru (YDP PIBG)
 Ketua Komuniti Setempat
JAWATANKUASA PENDIDIKAN
KHAS SEKOLAH (JPKS)
(SEKOLAH RENDAH)
JAWATANKUASA PENDIDIKAN
KHAS SEKOLAH (JPKS)
(SEKOLAH MENENGAH)

You might also like