You are on page 1of 16

KESEDIAAN GURU TERHADAP

KEPENGGUNAAN VIRTUAL LEARNING


ENVIRONMENT (VLE) DALAM PDP DI NEGERI
PAHANG
Fatimah Binti Abdul Rashid (PBS16008)

Dr Hasmadi Bin Hassan


PENGENALAN
• Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) (2013-2025) telah
mengenal pasti sebelas anjakan yang perlu dilakukan bagi menghasilkan
perubahan seperti yang dihasratkan oleh semua rakyat Malaysia.
• Fokus utama anjakan adalah untuk memastikan sistem pendidikan yang
berkualiti iaitu setiap anjakan perlu memberi impak kepada sekurang-
kurangnya satu daripada lima keberhasilan sistem iaitu akses, kualiti, ekuiti,
perpaduan dan kecekapan (KPM, 2013).
• Anjakan ketujuh dalam pelan ini menekankan penggunaan ICT dalam
pengajaran dan pembelajaran bagi menjamin kualiti pembelajaran di
Malaysia.
• Oleh itu, pihak KPM telah bertindak secara proaktif dengan memperkenalkan
satu platform maya yang dikenali sebagai Virtual Learning Environment
1BestariNet ( VLE 1BestariNet).
DEFINISI KEPADA TERMA
• Virtual Learning Environment (VLE) : Persekitaran
pembelajaran berasaskan web yang menyerupai
pendidikan dunia realiti dengan menyatukan konsep virtual
dalam pendidikan konvensional. (KPM,2014)
• 1BestariNet : Satu inisiatif (projek)yang dilaksanakan oleh
Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) dengan kerjasama
Yeoh Tiong Lay Communications (YTLC) Sdn. Bhd. untuk
menggantikan dan menambah baik sistem rangkaian ICT di
sekolah-sekolah.
• VLE1BestariNet : Persekitaran pembelajaran maya yang
digunakan sebagai platform rasmi VLE di Malaysia.
MASALAH KAJIAN
• Laporan Ketua Audit Negara siri 3, (2013), pelaksanaan VLE 1BestariNet
adalah gagal untuk mencapai matlamat seperti yang diharapkan.
• Laporan oleh pihak Jabatan Audit Negara Malaysia (JAN) bersama Public
Accounts Committee (PAC) (2015) terhadap pelaksanaan VLE adalah tidak
berkesan dan tidak memberikan pulangan kepada pelaburan yang dibuat
Kerajaan.
• Usaha pihak kerajaan dalam memartabatkan sistem pendidikan di Malaysia
melalui persekitaran pembelajaran maya VLE 1BestariNet tidak akan
memberi manfaat malah merugikan tanpa ada penglibatan aktif daripada
pihak guru.
• Justeru itu, kajian ini dibuat untuk mengetahui tahap kesediaan guru
terhadap penggunaan VLE1BestariNet dari aspek sikap, literasi, fasiliti dan
akses teknologi.
OBJEKTIF KAJIAN
• Mengukur tahap kesediaan guru terhadap kepenggunaan VLE dari aspek diri guru
(sikap kepenggunaan komputer dan literasi komputer) dan aspek sekolah (fasiliti dan
akses teknologi)

• Menentukan pengaruh faktor demografi berdasarkan aspek guru (jantina, usia, tahap
pendidikan, bidang pengajaran dan pengalaman mengajar) dan aspek sekolah ( kategori,
gred dan lokasi sekolah) dalam meramal faktor aspek diri guru dan aspek sekolah.

• Mengenal pasti terdapat hubungan antara aspek sikap, literasi komputer, fasiliti dan
akses teknologi terhadap kesediaan kepenggunaan VLE.

• Membina model konsepsual penambahbaikan tahap kesediaan guru terhadap


kesediaan kepenggunaan VLE sebagai salah satu cadangan memperbaiki dan
meningkatkan tahap kesediaan kepenggunaan VLE dari aspek sikap kepenggunaan
komputer, literasi komputer, fasiliti komputer dan akses teknologi
SOROTAN LITERATUR
• E- pembelajaran adalah pembelajaran yang menggunakan teknologi. e-pembelajaran
turut ditakrifkan sebagai penggunaan medium elektronik (sama ada alatan ataupun
perisian/aplikasi) dalam proses PdP (Ahmad Zaki, 2015).
• VLE adalah salah satu cabang daripada e-learning. Menurut Rheinggold, (2004);
Salmah Salleh et al, (2015) VLE adalah pembelajaran yang berasaskan internet dan
dibina untuk menghubungkan ahli-ahli komuniti bagi membolehkan mereka untuk
berbincang, bekerjasama dan melakukan tugasan atau projek secara maya.
• Kajian yang dilakukan oleh Lai Chee Sern et al (2017) terhadap guru rekabentuk
teknologi (RBT) mendapati majority guru bersetuju bahawa VLE1BestariNet dapat
membantu dalam menudahcarakan PdP di dalam bilik darjah namun tahap
penggunaannya masih berada pada tahap sederhana.
• Arumugam Raman & Mohan Rathakrishnan (2018) dalam kajiannya mendapati
jangkaan prestasi mempengaruhi niat tingkahlaku. Dapatan ini selari dengan Chiu
dan Wang (2008); Šumak, Polancic, dan Hericko (2010); Van Raaij dan Schepers
(2008) dan Tan (2013). Hal ini membawa maksud jangkaan guru terhadap VLE
mempengaruhi kepenggunaan VLE1BestariNet.
METODOLOGI KAJIAN
• Rekabentuk Kajian
• Kajian ini merupakan kajian penerokaan deskriptif yang bertujuan untuk meninjau dan mengenal
pasti tahap kesediaan dan kepenggunaan VLE1BestariNet dalam kalangan guru. Kaedah
penyelidikannya adalah bersifat kuantitatif. Kaedah kualittif (tebu bual) turut digunakan sebagai
sokongan terhadap kaedah kuantitatif.

• Populasi dan sampel


• Populasi kajian merangkumi seluruh guru dalam negeri Pahang yang berjumlah 26054 orang guru.
Manakala sampel kajian pula terdiri daripada semua daerah dalam negeri Pahang. Persampelan
rawak kelompok digunakan dalam kajian ini iaitu seramai 655 orang guru dan melibatkan 55
sekolah dalam 11 daerah di negeri Pahang.

• Instrumen kajian
• Instrumen soal selidik yang bersesuaian telah dibangunkan dan diubahsuai berdasarkan E-
Learning Readiness Self Assessment (Guglielmino dan Guglielmino, 2003), Online Learner Self-
Assessment (Watkins, 2003), E-learning Readiness Survey (Aydin dan Tasci, 2005) dan E-learning
Readiness Components (Spiros dan Angeliki, 2004) dan Verifikasi SSQS 2014-2019 (Smart School
Qualifications Standard).
PENCAPAIAN KEPENGGUNAAN
VLE1BESTARINET
KERANGKA KONSEPTUAL

Sikap Kepenggunaan Komputer

Literasi Komputer
Kesediaan Kepenggunaan VLE
Fasiliti Komputer

Akses Teknologi
PENGUMPULAN DATA
KESAHAN DAN PENGUJIAN KEBOLEHPERCAYAAN

KAJIAN RINTIS

PERMOHONAN MENJALANKAN KAJIAN (KPM)

MENGEDARKAN BORANG SOAL SELIDIK (POS DAN HANDS-ON)

BORANG SOAL SELIDIK DIKEMBALIKAN

MENGGUNAKAN KAEDAH KUANTITIF (TEMU BUAL) SEBAGAI


DATA SOKONGAN TERHADAP KUANTITATIF.

ANALIS DATA MENGGUNAKAN SPSS (Statistical Package For


The Social Science) versi 24
DAPATAN DATA KAJIAN
DAPATAN KAJIAN
TAHAP/PERBEZAAN/HUBUNG
BIL SOALAN PERBANDINGAN AN NILAI JENIS
1 Soalan Kajian 1: Apakah tahap kepenggunaan VLE1BestariNet di kalangan guru ? KEPENGGUNAAN sederhana. 2.787 ANOVA
Soalan Kajian 2: Apakah tahap kesediaan guru terhadap VLE 1BestariNet berdasarkan kesediaan
2 Keseluruhan ? KESEDIAAN Tinggi 4 ANOVA
  jantina tiada perbezaan 0.239 T-TEST
Soalan Kajian 3: Adakah terdapat perbezaaan yang signifikan antara faktor demografi usia ( 20-29)vs (50 thn ke atas) ada perbezaan (post hoc) 0.014 ANOVA
3 guru dari aspek jantina, usia, tahap pendidikan, bidang pengajaran dan pengalaman tahap pendidikan tiada perbezaan 0.278 ANOVA
mengajar dengan tahap kesediaan guru keseluruhan? bidang pengajaran tiada perbezaan 0.125 ANOVA
pengalaman mengajar (krg 5 thn) vs 21 thn ke atas) ada perbezaan (post hoc) 0.023 ANOVA
jantina (lelaki) vs (perempuan) ada perbezaan 0.007 T-TEST
Soalan Kajian 4: Adakah terdapat perbezaaan yang signifikan antara faktor usia tiada perbezaan 0.408 ANOVA
4 demografi guru dari aspek jantina, usia, tahap pendidikan, bidang pengajaran dan tahap pendidikan tiada perbezaan 0.928 ANOVA
pengalaman mengajar dengan kepenggunaan VLE? bidang pengajaran tiada perbezaan 0.574 ANOVA
pengalaman mengajar tiada perbezaan 0.217 ANOVA
5 Soalan Kajian 5: Adakah terdapat perbezaaan yang signifikan antara faktor demografi kategori tiada perbezaan 0.459 T-TEST
sekolah dari aspek kategori, gred dan lokasi sekolah dengan tahap kesediaan guru gred tiada perbezaan 0.735 T-TEST
keseluruhan? lokasi tiada perbezaan 0.343 T-TEST
6 Soalan Kajian 6: Adakah terdapat perbezaaan yang signifikan antara faktor demografi kategori tiada perbezaan 0.81 T-TEST
sekolah dari aspek kategori, gred dan lokasi sekolah dengan kepenggunaan VLE? gred tiada perbezaan 0.388 T-TEST
lokasi tiada perbezaan 0.142 T-TEST

sikap vs faktor kesediaan keseluruhan ada hubungan (sederhana) 0.641** KOLERALASI


Soalan Kajian 7: Adakah terdapat hubungan yang signifikan antara aspek faktor sikap kepenggunaan
komputer guru, literasi komputer guru, akses teknologi sekolah dan fasiliti komputer sekolah dengan
7 tahap kesediaan guru keseluruhan? literasi vs faktor kesediaan keseluruhan ada hubungan (sederhana) 0.696** KOLERALASI

fasiliti vs faktor kesediaan keseluruhan ada hubungan (kuat) 0.800** KOLERALASI

akses teknologi vs faktor kesediaan keseluruhan ada hubungan (kuat) 0.841** KOLERALASI

ada hubungan (rendah dan


sikap vs faktor kesediaan VLE1BestariNet lemah) 0.263** KOLERALASI
Soalan Kajian 8: Adakah terdapat hubungan yang signifikan antara aspek faktor sikap kepenggunaan
komputer guru, literasi komputer guru, akses teknologi sekolah dan fasiliti komputer sekolah dengan ada hubungan (rendah dan
8 kepenggunaan VLE? literasi vs faktor kesediaan VLE1BestariNet lemah) 0.321** KOLERALASI

fasiliti vs faktor kesediaan VLE1BestariNet ada hubungan (sederhana) 0.477** KOLERALASI

akses teknologi vs faktor kesediaan VLE1BestariNet ada hubungan (sederhana) 0.494** KOLERALASI
DAPATAN KAJIAN
• Tahap kepenggunaan VLE dalam kalangan guru adalah pada tahap yang sederhana.
• Tahap kesediaan guru berdasarkan faktor diri guru iaitu sikap kepenggunaan komputer dan
literasi komputer adalah tinggi manakala faktor sekolah iaitu fasiliti komputer dan akses
teknologi masih berada pada tahap sederhana. Jadi, tahap kesediaan guru dari aspek
keseluruhan (sikap kepenggunaan komputer, literasi komputer, fasiliti komputer dan akses
teknologi) adalah tinggi.
• Faktor demografi berdasarkan diri guru dari aspek usia dan pengalaman mengajar didapati
signifikan dalam meramal kesediaan keseluruhan.
• Faktor demografi berdasarkan diri guru dari aspek jantina didapati signifikan dalam meramal
kepenggunaan VLE .
• Terdapat hubungan yang signifikan antara aspek faktor sikap kepenggunaan komputer guru,
literasi komputer guru, akses teknologi sekolah dan fasiliti komputer sekolah dengan tahap
kesediaan guru keseluruhan. Aspek sikap kepenggunaan komputer guru, literasi komputer
guru, akses teknologi sekolah dan fasiliti komputer sekolah merupakan faktor utama dalam
meramal kesediaan guru keseluruhan
• Terdapat hubungan yang signifikan antara aspek faktor sikap kepenggunaan komputer guru,
literasi komputer guru, akses teknologi sekolah dan fasiliti komputer sekolah dengan
kepenggunaan VLE. Aspek literasi komputer guru, akses teknologi sekolah dan fasiliti
komputer sekolah merupakan faktor utama dalam meramal kepenggunaan VLE. Manakala
faktor sikap kepenggunaan komputer guru adalah faktor sampingan terhadap kepenggunaan
VLE.
PERBINCANGAN
•Hasil kajian menunjukkan bahawa tahap kesediaan guru dari aspek sikap kepenggunaan komputer,
literasi komputer, fasiliti komputer dan akses teknologi secara keseluruhannya adalah pada tahap
tinggi.
•Guru seolah sudah bersedia untuk mengguna pakai VLE dalam PdP mereka. Walaupun secara
keseluruhannya tahap kesediaan guru adalah tinggi, namun pada dasarnya, hanya kesediaan dari
aspek diri guru (sikap kepenggunaan komputer dan literasi komputer) sahaja berada pada tahap tinggi
manakala aspek dari faktor sekolah ( fasiliti dan akses komputer) masih menunjukkan pada tahap
sederhana.
• Guru sememangnya sudah bersedia untuk menerima pembaharuan akibat daripada ledakan teknologi
yang berlaku. Mereka sudah menunjukkan sikap positif untuk menerima perubahan terhadap
persekitaran VLE dalam PdP mereka.

•Kajian turut mendapati bahawa tahap kepenggunaan VLE masih pada tahap yang sederhana.
Walaupun platform ini agak mudah hanya drag dan drop sahaja, namun guru perlu menjadi lebih
kreatif dan bersifat seperti pembina (creator) bukan pengguna (user).

•Mereka perlu membina laman pembelajaran sendiri. Kebanyakan guru bukan dari latar belakang ICT,
jadi hal ini menjadi kekangan buat guru dalam melaksanakan platform VLE1BestariNet dalam PdP.
Model Konsepsual Penambahbaikan Tahap
Kesediaan Kepenggunaan Persekitaran VLE
PENUTUP
• Apa jua platform yang digunapakai untuk mewujudkan persekitaran VLE di kalangan guru dan murid
ia adalah satu usaha yang murni dan baik oleh pihak KPM dalam menaiktaraf sistem pendidikan.
• Guru sebagai agen penggerak dan pelaksana setiap projek atau program yang dirancang oleh KPM
akan terlaksana. Guru harus merancang strategi yang baik bagi memastikan pelaksanaan ini akan
dapat memberi impak yang besar dalam dunia pendidikan khususnya PdP.
• Kebijaksanaan kita menguruskan sebarang perubahan dan kemajuan lantaran globalisasi menjadi
asas dan ramuan terpenting kepada kejayaan negara dalam apa juga perkara yang diceburi serta
rintangan yang diharungi.
• Pemilihan platform, aplikasi dan inovasi dalam dunia pendidikan juga perlu dikaji dengan sebaik
mungkin bagi mengelakkan berlakunya pembaziran kos dan sumber.
• Persekitaran VLE yang diperkatakan di seluruh dunia hari ini tidaklah bermakna ia akan
menggantikan sepenuhnya kaedah pengajaran secara tradisional. Kedua-duanya boleh digunakan
sebagai pendekatan blended solution yang akan saling lengkap-melengkapi bagi memperkasakan
bidang pendidikan ke arah kemenjadian modal insan berguna dan pekerja berpengetahuan yang
mampu bersaing di peringkat global dan berdaya tahan di persada antarabangsa dalam meniti
cabaran pendidikan dalam revolusi industri 4.0.
SEKIAN
TERIMA KASIH

You might also like