You are on page 1of 25

BBD 10102

FALSAFAH
PENDIDIKAN
1
DR. HASHIMA BINTI HAMID
SILABUS / KANDUNGAN

Bab 2 :
Cabang Falsafah : Konsep & Fungsi

2
2.0 Cabang Ilmu Falsafah
• Falsafah selain ditakrifkan sebagai “cintakan kepada
hikmah” juga ditakrifkan sebagai usaha mencari yang
hak dan kebenaran, atau usaha untuk mengetahui
sesuatu yang wujud.

• Ini merupakan ilmu yang membahaskan 3 masalah


pokok, iaitu masalah wujud, pengetahuan dan masalah
nilai (Omar Mohammad Al-Toumy Al-Syaibany,
1979).

• Ketiga-tiga masalah tersebut berkait rapat dengan


cabang falsafah iaitu ontologi atau metafizik,
epistemologi, aksiologi dan logik.
3
4
5
6
7
Metafizik juga memberi perhatian utama kepada realiti atau kewujudan
yang mutakhir. Ia mempersoalkan perkara2 seperti alam, jiwa atau roh
dan kehidupan. Contoh soalan2 metafizik ialah seperti, Apakah dia
alam jagat? Apakah dia kehidupan? Dan apakah dia kebebasan
manusia? Termasuklah juga soalan2 yang mempersoalkan tentang
kewujudan Tuhan

8
9
2.1 Metafizik
• Merupakan satu cabang falsafah yang tertua dan merupakan cabang falsafah
yg. paling abstrak kerana ia selalu berhubung dengan perkara-perkara di alam
ghaib.

• Meta dalam bahasa Greek bererti selepas. Oleh ia bermakna segala yg. datang
selepas kejadian fizik alam ini.

• Metafizik juga boleh ditakrifkan sebagai kajian berkaitan kewujudan sesuatu.


Mengikut ahli metafizik, terdapat dua jenis wujud, iaitu umum dan mutlak.

• Wujud umum mengkaji berkaitan benda yang bersifat umum, iaitu benda
yang akan berubah atau menghilang. Ia sama ada berasal drp. ada kpd tiada.
Wujud mutlak pula mengkaji sesuatu yang ada secara benar2 ada, iaitu tidak
ada permulaan dan tidak ada penghabisan.
10
2.2 Implikasi Metafizik dalam Pendidikan
• Terdapat 2 pandangan metafizik yang berlainan
• Manusia bersifat kerohanian
• Akal adalah bukan sesuatu kebendaan yg. menerima pemerasaan & idea utk.
bentuk satu konsep.

• Ahli metafizik menyokong “manusia bersifat kerohanian” dan bersetuju


pendidikan mempengaruhi ‘entiti’.

• Tujuan Pendidikan – mencapai penyedaran diri, pengetahuan diri &


perkembangan diri supaya nature manusia yg. berkerohanian dapat
dikembangkan.

• Kurikulum – bercorak membebaskan akal & membolehkan individu mencapai


peringkat penghabisan. Perancang kurikulum perlu memilih pelajaran yang dapat
melatih akal seperti membaca, menulis & mengira.

• Kebebasan Akademik – akal bersifat kerohanian maka kebebasan mengajar &


belajar sangat diperlukan. Kebebasan perlu ada pada setiap peringkat,
terutamanya pada peringkat tinggi dimana hak pentadbiran berada pada ahli
terpelajar yang tidak dikawal oleh tekanan politik atau kepentingan wang.
11
• Manusia sebagai organisme kebendaan

• Naturalis, Materialis, Experimentalis, Pragmatis & beberapa realis


percaya manusia merupakan organisme kebendaan bersatu dgn. alam
dunia.

• Tujuan Pendidikan – manusia ialah satu organisme kebendaan,


pendidikan mestilah bertujuan melatih murid berfikir secara rasional,
bebas dan baik. Mendidik anak murid bagi mendapat kegembiraan
kebendaan.

• Kurikulum – Pragmatis meletakan bidang sains paling penting.


Realise meletakan kepentingan praktikal dlm. pendidikan, kurikulum
yg. digubal mestilah flexible.
12
13
14
2.3 Epistemologi
• Epistemologi memberi makna kajian berkaitan pengetahuan, ia
menumpukan kepada pengkajiannya berkaitan pengetahuan manusia.

• Juga dikenali sebagai teori ilmu dan berteraskan kepada kebenaran.

• Persoalan yg ditekankan adalah sifat serta proses mental atau kognitif serta
kaedah mengesahkan sesuatu idea bg menjana ilmu.

• Cabang falsafah ini membicarakan asal usul atau sumber-sumber


ilmu,budaya ilmu, batas-batas ilmu kemanusiaan dan sebagainya.

• Ahli epistimologi memberi perhatian kepada konsep2 psikologi seperti


perasaan, pengamatan, pembelajaran & pengukuhan.

15
• Kneller (1971) telah mengkategorikan Ilmu kepada beberapa jenis
antaranya ialah:

• Ilmu Wahyu – yang diperturunkan oleh Tuhan melalui perantaraan tertentu


yang dipilih-Nya untuk disampaikan kepada masyarakat umum (Injil,
Zabur, Thaurat & Al-Quran/Al-Hadith)

• Ilmu Intuitif – pengetahuan yg. diperolehi oleh seseorang dalam dirinya


pada masa celik akal. Ia merupakan cetusan idea secara tiba2 dan tidak
disedari kita dapat menyelesaikan masalah yang sebelum ini tidak dapat
diselesaikan.

• Ilmu Impirikal – diperolehi melalui pengalaman & penggunaan


pancaindera, bagi rasionalis ia diperolehi melalui berfikir dan bagi
empirikis pengetahuan diperolehi dgn. cara melihat dan melakukannya.

• Ilmu Autoritatif – diperolehi dari individu atau kumpulan yang pakar dalam
bidang2 tertentu

• Ilmu Rasional – berdasarkan fikiran logik semata-mata, kadangkala boleh


terpesong dari landasan yang sebenar.

16
17
18
2.4 Aksiologi (Etika dan Estetika)
• Fokus kepada persoalan nilai dan sistem nilai.
• Persoalan tentang isu peradaban yg mengawal integriti manusia dan kemanusiaan
• Dalam kajian nilai ini ia memusatkan kepada 3 isu iaitu:

• Adakah nilai itu objektif atau subjektif?


Objektif – ini bermakna bahawa nilai tersebut wujud dgn. tersendiri tanpa
mengikut kesukaan manusia.
Subjektif – ia mengambarkan nilai yang diletakkan oleh manusia mengikut
kesukaannya.

• Adakah nilai itu berubah ataupun tetap?


Ada yang menyatakan nilai adalah sesuatu yang mutlak & hakiki, dimana ia
berguna pada hari ini seperti mana ia berguna pada masa dahulu dan juga berguna
pada setiap orang dari segenap lapisan masyarakat. Contoh menderma dll.

• Adakah nilai itu mempunyai peringkat?


Nilai adalah mengikut kemahuan manusia, apabila kemahuan kita berubah nilai
juga turut berubah. Oleh itu kemahuan dan nilai berubah mengikut keadaan masa,
agama, perkembangan teknologi dan sebagainya.
19
Etika & Estetika (Pembahagian Nilai )

• Etika (moral, nilai adat & amalan)

Ialah teori berkenaan tingkahlaku perbuatan manusia yang dipandang daripada segi
baik dan buruk dan sejauh mana pula dapat ditentukan oleh akal. Dalam pergaulan
hidup harus ada anggapan mana yg. baik atau yang buruk untuk mengukur
tingkahlaku dalam keluarga, suku, bangsa dan umat manusia. Rumusan etika yang
dianggap umum sebagai ukuran yang sangat dihargai adalah berpandukan pada
agama.

• Estetika (seni & keindahan)

Nyanyian, muzik, tarian, sastera, lukisan dll. adalah tempat pelarian dari jiwa dan semangat yg.
letih kerana kerja seharian. Estetika menyelidik makna kesenangan, sifat objektif dan subjektif
keindahan serta asal dan sifat ghairah seni. Seni tidak hanya berkaitan keindahan, tetapi juga
dikaitkan dengan ciptaan. alam yang indah itu adalah ciptaan Tuhan

20
2.5 LOGIK
• Logik ialah berkaiatan dengan ketiga2 cabang falsafah di atas. Logik merupakan
kaedah yang digunakan apabila seseorang ahli falsafah berfalsafah. Ia mengkaji
peraturan-peraturan bidang falsafah, iaitu peraturan2 yang membolehkan kita
membuat cadangan dan hujah2 perbincangan dengan cara betul.

• Dua bentuk logik yang biasa digunakan iaitu logik induktif atau saintifik dan logik
deduktif atau formal (Van Scottes & Haas, 1979).

• Logik Deduktif – ialah apabila penganalisaan daripada keterangan 2 yang diberikan


adalah tepat. Dengan kata lain keterangan2 yang diberikan memberikan keputusan
yang tepat. Contohnya ialah – Semua mamalia berbadan panas, semua anjing adalah
mamalia, oleh itu semua anjing berbadan panas.

• Logik Induktif – keterangan yang diberi akan memberi keputusan yang mungkin
betul dan mungkin tidak. Menganalisa sesuatu daripada hasil keterangan atau
kejadian

21
Perbezaan Induktif Logik & Deduktif
Logik
• Induktif Logik

Menggunakan keterangan yang diberi, tetapi membenarkan


keputusan yang dibuat tidak berdasarkan kepada keterangan
tersebut.

• Deduktif Logik

Daripada semua keterangan yang diberi boleh dibuat


keputusan dengan tepat tanpa ragu-ragu lagi.

22
23
Rumusan

• Pada keseluruhannya, pendidikan hari ini boleh


dikatakan sebagai gabungan daripada kedua-dua
pendapat tersebut.

• Kontradiksi yg. terdapat dlm. metafizik ini tidak


dapat diselesaikan kerana manusia belum
mengetahui hakikat yg. sebenar.

24
Sekian
Terima kasih
25

You might also like