You are on page 1of 14

BBD 10102

FALSAFAH PENDIDIKAN

OLEH : HASHIMA BINTI HAMID

1
Falsafah
Pendidikan Islam

2
5.0 FALSAFAH PENDIDIKAN ISLAM
• Pendidikan Islam adalah satu usaha
berterusan untuk menyampaikan ilmu,
kemahiran dan penghayatan Islam
berdasarkan al-Quran dan as-Sunnah
bagi membentuk sikap, kemahiran,
keperibadian dan pandangan hidup
sebagai hamba Allah yang mempunyai
tanggungjawab untuk membangun diri,
masyarakat, alam sekitar dan negara ke
arah mencapai kebaikan di dunia dan
kesejahteraan abadi di akhirat.

3
• Islam tidak berpegang kepada teori
kesalahan asal seperti yang diutarakan
oleh realisme keagamaan.

• Islam tidak mempercayai bahawa manusia,


pada dasarnya telah bersalah dan
menghabiskan seleruh hidupnya untuk
memperbaiki kesalahan tersebut.

• Dalam Al-Quran manusia digambarkan


sebagai khalifah Allah s.w.t. Dimana tugas
ini pernah ditawarkan kepada makhluk lain
tetapi mereka menolaknya.

4
• Falsafah ini merupakan falsafah tradisional atau konservetif
maka ia telah menarik perhatian kepada mereka yang
mempercayai tentang kebaikan untuk mengekalkan tradisi
dan tamadun sesuatu masyarakat.

• Elemen2 yang diperlukan dalam pendidikan boleh didapati


daripada pengetahuan semasa dan juga pengetahuan masa
lampau. Bagi mereka tumpuan utama dalam kurikulum ialah
perkara2 yang dianggap penting dan benar2 diperlukan.

• Sekolah rendah – penting ialah pembacaan, penulisan,


percakapan, ejaan, dan ilmu kira-kira dan barulah
diperkenalkan sejarah, ilmu alam, sains fizikal dan biologikal
dan bahasa asing, yang kurang diperlukan ialah kesenian,
muzik & pendidikan jasmani.

• Sekolah Menengah – perkara penting di peringkat sekolah


rendah dikembangkan diantaranya ialah ilmu kira-kira menjadi
ilmu hisab (algebra, geometri, trigonometri dan kalkulus), sains
fizikal menjadi fizik, kimia dan geologi, yang kurang penting
ialah kesenian, muzik dan pendidikan jasmani serta ditambah
dengan subjek vokasional. Semua bentuk kokurikulum diterima
tetapi tidak diberi tumpuan.

• Nilai2 masyarakat juga diajar sepanjang kurikulum


persekolahan (sosial & kebudayaan golongan atasan) nilai2
poliktik & cendikiawan serta nilai2 penulis2 terkenal.
5
• Ahli2 falsafah ini berpegang kepada pendekatan
tradisional terhadap pendidikan iaitu 3M (membaca,
menulis & mengira).

• Guru merupakan model dan seorang yang berpendidikan


serta berpengetahuan dalam kebudayaan bangsa dan
nilai2 tradisional masyarakat.

• Guru mestilah mempunyai pendidikan liberal,


berpengetahuan, memahami secara mendalam psikologi
kanak2, seorang yang boleh menyampaikan fakta2 dan
keunggulan kepada generasi muda, seorang yang
menggunakan asas2 falsafah dan sejarah pendidikan serta
seorang yang tekun melaksanakan tugas.

• Oleh itu ahli2 falsafah ini menganggap inisiatif pendidikan


terletak dibahu guru bukan pada pelajar. Bagi ahli2 ini
pembelajaran memerlukan pelajar berusaha bersungguh2
dimana ia memberi penekanan kepada kepentingan
disiplin kendiri.

6
5.2 PERENIALISME
• Ia juga membawa pandangan pendidikan yang konservatif dan
tradisional. Bagi mereka manusia adalah makhluk yang rasional
dan sekolah merupakan agensi masyrakat yang bertujuan untuk
membentuk manusias menjadi rasional.

• Menurut Johnson dan rakan2 (1969), tujuan pembelajaran terletak


dalam aktiviti2 untuk mendisiplinkan akal, mata pelajaran yang
boleh digunakan ialah matematik, bahasa, logik dan buku ternama.

• Tujuan sejagat pendidikan ialah untuk mencari dan menyebarkan


kebenaran. Bagi mereka kebenaran adalah sama dimana-mana.
Oleh itu pendidikan mestilah sama diseluruh dunia. Maka
kurikulum sekolah perlu menegaskan perkara2 sejagat dan tema2
kehidupan manusia yang tetap. Subjek2 nya ialah kognitif, moral,
estetika dan prinsip2 agama.

• Ahli2 perenialisme mencadangkan kaedah2 pengajaran seperti


ingatan, pembacaan, penulisan latih tubi dan ulangkaji. Ahli2 ini
juga mempercayai pendidikan mestilah diberikan kepada pelajar2
yang pandai sahaja dan kepada yang kurang pandai diberi latihan
vokasional.

7
• Bagi ahli2 falsafah ini bagi mereka sekolah tidak diwjudkan
untuk melatih tugas2 pekerjaan. Tugas2 melatih ini diserahkan
kepada pekerja2 didalam berbagai2 bidang pekerjaan. Begitu
juga sekolah bukan tempat untuk memperbaiki semula
masyarakat. Bagi ahli2 ini demokrasi akan maju jikalau
masyarakat dididik dengan betul.

• Ahli2 ini juga menyarankan pelajar belajar hasil2 karya orang2


ternama dalam bidang kesusasteraan, falsafah, sejarah dan
sains.

• Bagi ahli2 falsafah perenialisme pelajar dapat mendisiplinkan


akalnya dengan bersungguh2 mempelajari perkara2 yang
dianggap penting pada masa lampau, tetapi masih lagi brguna
pada hari ini.

• Mereka juga berpendapat bahawa kesedaran kendiri


memerlukan disiplin kendiri dan disiplin kendiri dapat
diperolehi hanya melalui disiplin luaran. 8
5.3 PROGRESIVISME
• Ia dibentuk di Amerika Syarikat pada pertengahan tahun
1920-an, falsafah pendidikanya mengambil asas daripada
falsafah umum pragmatisme yang dipelopori oleh Charles
Pierce, Charles Darwin, Wiliam James, Wiliam Kilpatrick
dan John Dewey, namum penulisan John Dewey banyak
mempengaruhinya.

• Menurut falsafah ini sekolah adalah sebagai unit


masyarakat yang bersifat demokratik.

• Kelahiran individu manusia ke dunia ini adalah bersifat


suci seperti kain puteh justeru itu persekitaran serta
masyarakat banyak mempengaruhinya.

• Diantara prinsip terkandung dalam falsafah ini ialah


pendidikan sebagai proses yang mencorakan manusia
mengikut persekitaran yang ada. Pelajar berperanan dalam
aktiviti pembelajaran manakala guru menjadi pembimbing
dalam proses P&P.

9
• Kurikulum yang dilaksanakan dalam sistem pendidikan
adalah berkisar kepada pengalaman peribadi dan sosial
pelajar. Dimana kurikulum berteraskan kepada subjek sains
sosial.

• Walaubagaimanapun kurikulum bersifat merentas disiplin


adalah diperlukan kerana dalam kehidupan aktiviti
penyelesaian masalah adalah melibatkan kemahiran
komunikasi, kemahiran menggunakan logik matematik dan
proses inkuiri saintifik.

• Sumber muktamad bukanlah drp buku, sebaliknya buku


hanyalah sebagai alat dalam proses pembelajran

• Ahli2 ini memberi tumpuan kepada proses pembelajaran,


berbeza dengan esensilisme dan perenialisme yang
memberi perhatian kepada mata pelajara.

• Mengikut fahaman mereka guru bukanlah sebagai pendeta


yang menguasai dan membekalkan segala ilmu tetapi bagi
mereka guru adalah pembimbing pelajar keranapelajar
berkeupayaan memikir, meninjau dan membuat penerokaan
mengikut minat masing2
10
5.4 REKONSTRUKSIONISME
• Aliran ini dikatakan pecahan drp mazhab falsafah
pragmatisme yang muncul sekitar tahun 1920-an sebagai
yang dicadang oleh John Dewey dalam bukunya
Reconstruction in Philosophy.
• Mengikut fahaman ini masyarakat adalah sebagai
matlamatnya. Tokoh2nya adalah seperti George S. Counts
dan Harold O.Rugg mereka adalah penyokong kuat kpd John
Dewey.

• Aliran ini adalah lanjutan drp aliran progresivisme, ini kerana


mengikut pendokong aliran ini pembentukan semula
masyarakat adalah sesuatu yang perlu dilakukan dengan
segera. Perkembangan yang pesat dalam bidang teknologi
mendesak akan perlunya order baru dalam masyarakat.

• Aliran ini juga berpendapat pelajar perlu disedarkan dengan


masalah sosial, ekonomi, politik dan teknologi yang terus
berkembang.

• Guru dan pelajar adalah agen pembaharuan dan agen


penyelesaian masalah sosial. Matlamat pendidikan adalah ke
arah pembentukan masyarakat baru, masyarakat global yang
saling bergantung antara satu sama lain.
11
• Prisip2 terkandung dalam falsafah ini bahawa pendidikan
bertujuan untuk pembaharuan perkara2 yang terdapat
dalam sistem sosial. Sekolah adalah sebagai permulaan
kepada pembeharuan yang perlu dalam sistem sosial.

• Kandungan kurikulum terdiri daripada pelbagai masalah


sosial, ekonomi, politik yang dihadapi oleh manusia dan
meliputi juga masalah peribadi dan sosial yang dihadapi
oleh pelajar.

• Guru hendaklah menyedarkan pelajar kepada masalah


yang dihadapi manusia, membantu mereka mengenal
pasti masalah yang ingin diberi tumpuan oleh pelajar dan
tentukan bahawa pelajar mempunyai kamahiran yang
akan membolehkan mereka mengatasi masalah tersebut.

• Guru hendaklah menggalakan pencapahan pemikiran


sebagai kaedah untuk menghasilkan penyelesaian
altenatif.

• Menikut mazhab ini sekolah merupakan agensi utama


bagi menggerakan perubahan sosial, politik dan ekonomi
dalam masyarakat.

12
5.5 PENUTUP
• Sebagai rumusannya dapat dikatakan mazhab yang
dikemukan mempunyai kekuatan dan kelemahan masing2.
Mazhab2 ini juga banyak mempengaruhi perkembangan
pendidikan di seluruh dunia.

• Tetapi tidak ada persetujuan yang dicapai oleh pembuat


dasar, perancang kurikulum, pentadbir sekolah, guru,
pelajar dan masyarakat umum mengenai falsafah
pendidikan mana satu yang diamalkan.

• Di malaysia contohnya falsafah pendidiknya tidak


berlandaskan kepada mana2 mazhab secara keseluruhan.
Sebaliknya sistem pendidikan negara adalah
berlandaskan kepada dasar2 kerajaan yang memerintah.

• Walaubagaimanapun tidak dinafikan bahawa sistem


pendidikan negara ini mempunyai unsur2 falsafah yang
telah dibincangkan. Contohnya ialah sistem 3M (menulis,
membaca dan mengira) yang berlandaskan kepada
falsafah pendidikan esensialisme.

13
Sekian .Terima kasih

14

You might also like