You are on page 1of 37

07/11/20

PENGENALAN

 Setiap negara mempunyai perlembagaan.

 Perlembagaan Malaysia terhasil daripada


perjuangan nasionalisme Melayu serta
penglibatan etnik-etnik lain yang berunding
sesama mereka termasuk Sultan negeri-
negeri dan pihak British.
KONSEP PERLEMBAGAAN
 Undang-undang dasar yang menjadi teras
panduan pemerintahan negara.
 Kerangka asas yang membentuk dan memandu
sistem pemerintahan sesebuah negara.
 Undang-undang tertinggi dan asas kepada
semua undang-undang lain di dalam negara.
 Rujukan tentang aspirasi dan pelan induk
pemerintahan negara.
 Mengawal pemerintah dan yang diperintah
dalam mempertahankan kewujudan dan
kesinambungan negara.
PERLEMBAGAAN PERSEKUTUAN
SEPINTAS LALU
 Bertulis

 Mengandungi 15 Bab, 183 Perkara & 13 Jadual

 Menyentuh bidang kuasa perundangan,


kehakiman dan eksekutif

 Menyentuh juga aspek bahasa, agama,


kewarganegaraan, hak istimewa dan
sebagainya
SEJARAH PENGGUBALAN
 Hukum Kanun Melaka, Undang-Undang Laut
Melaka, Batu Bersurat Terengganu membuktikan
telah wujud sistem perlembagaan di Tanah
Melayu.
 Diikuti Perlembagaan Johor dan Terengganu
yang memperuntukkan seorang Menteri mestilah
Melayu, rakyat sultan dan beragama Islam.
 Menjelaskan sistem perlembagaan itu telah
wujud sebelum kedatangan penjajah British.
SEBAB MALAYAN UNION
DIPERKENALKAN

1. Menyatukan negeri-negeri

2. Meningkatkan kecekapan pengurusan


pentadbiran negeri-negeri seperti
Negeri-Negeri Melayu Bersekutu,
Negeri-Negeri Selat dan Negeri-
Negeri Melayu Tidak Bersekutu.
SEBAB MALAYAN UNION
DIPERKENALKAN
3. British menyimpan perasaan anti-Melayu
kerana orang Melayu bekerjasama dengan
Jepun dan pengenalan Malayan Union dapat
melemahkan kuasa Raja-Raja Melayu.
4. Menjadi asas kepada British untuk masyarakat
tempatan bagi memerintah negara sendiri.
5. Membentuk Bangsa Malayan Union
CIRI-CIRI MALAYAN UNION

1. Pemerintahan berpusat terus kepada Parlimen


British di London
2. Semua negeri Melayu kecuali Singapura
disatukan di bawah pemerintahan Gabenor
British yang dibantu oleh Majlis Mesyuarat
Persekutuan dan Majlis Undangan.
3. Setiap negeri diwakili oleh Pesuruhjaya
Negeri
CIRI-CIRI MALAYAN UNION
3. Singapura dijadikan tanah jajahan berasingan.
4. Kedaulatan raja-raja Melayu dihapuskan kecuali
dalam hal agama Islam dan adat istiadat Melayu
sahaja.
5. Hak kerakyatan yang sama bagi semua orang
tanpa mengambil kira bangsa dan keturunan.
Pengenalan Malayan Union telah memberikan
hak warganegara kepada sesiapa sahaja yang
lahir di Tanah Melayu.
PUNCA PENENTANGAN ORANG
MELAYU
1. Kuasa Raja-Raja Melayu dilenyapkan.

2. Singapura dipisahkan dari Malayan Union


dan ia kekal sebagai tanah jajahan Inggeris.

3. Hak kerakyatan diberikan berdasarkan prinsip


jus soli iaitu penduduk asing yang telah
bermastautin lebih sepuluh tahun dan lahir
selepas Malayan Union, secara terus menjadi
warganegara.
PUNCA PENENTANGAN ORANG
MELAYU
4. Hak sama rata kepada semua warganegara
tanpa mengira bangsa iaitu penduduk peribumi
tidak memiliki apa-apa keistimewaan.

5. Cara Harold MacMichael mendapatkan


tandatangan raja-raja Melayu yang
menggunakan cara paksaan dan ugutan seperti
Sultan Kedah telah diberi kata dua iaitu
menandatangani persetujuan Malayan Union
atau dilucutkan dari tahta pemerintahan.
PERSEKUTUAN TANAH MELAYU 1948
 British telah membatalkan perlaksanaan
Malaya Union setelah mendapat
tentangan hebat daripada orang Melayu.

 Ditubuhkan Jawatankuasa Kerja pada


Julai 1946 yang terdiri daripada empat
wakil raja-raja Melayu, dua wakil UMNO
dan enam pegawai British
PERSEKUTUAN TANAH MELAYU 1948

 Jawatankuasa ini bertanggungjawab merangka


sebuah perlembagaan baru yang boleh diterima
oleh orang Melayu.

 British menubuhkan Jawatankuasa Perundingan


pada Disember 1947 yang terdiri daripada orang
Eropah, Cina dan India dengan tujuan untuk
mendapatkan pandangan orang bukan Melayu
mengenai perlembagaan Persekutuan Tanah
Melayu.
Ciri-ciri penting
Perlembagaan Persekutuan Tanah
Melayu
 Sembilan negeri Melayu terlibat di dalam
persekutuan termasuk Pulau Pinang &
Melaka.
 Singapura kekal menjadi tanah jajahan yang
berasingan.
 Kerajaan Persekutuan diketuai oleh
Pesuruhjaya Tinggi British dan dibantu oleh
Majlis Undangan Persekutuan dan Majlis
Mesyuarat Kerajaan Persekutuan.
 Majlis Mesyuarat Persekutuan akan
dianggotai oleh 17 ahli - 7 ahli rasmi, 7 ahli
tidak rasmi dan 3 ahli ex-officio.
Ciri-ciri penting
Perlembagaan Persekutuan Tanah
Melayu
 Orang Melayu diberi hak istimewa sebagai
kaum bumiputera dan mempunyai perwakilan
terbesar dalam Kerajaan Persekutuan dan
Negeri.
 Senarai persekuatuan dan senarai negeri
dibentuk
 Sultan-sultan diberi hak dan kuasa memerintah
dengan nasihat Majlis Mesyuarat Kerajaan
Negeri dan Majlis Undangan Negeri.(konsep
raja berpelembagaan)
Ciri-ciri penting
Perlembagaan Persekutuan Tanah
Melayu
 Syarat kewarganegaraan diketatkan
 Pemohon mesti lahir di Tanah Melayu
 Telah bermastautin selama 8 - 12 tahun.
Pemohon asing pemastautin selama 15
tahun.
 Umur minimum bagi kedua-dua situasi
tersebut adalah 18 tahun.
 Mempunyai pengetahuan Bahasa Melayu
yang baik.
07/11/20
Kerjasama antara etnik ke arah kemerdekaan.
 Penubuhan Jawatankuasa Perhubungan
Masyarakat 1949 (CLC) yang terdiri
daripada pelbagai etnik telah berusaha
menyelesaikan sesetengah masalah
perlembagaan, politik dan ekonomi.
 Merupakan permulaan atau titik tolak
kerjasama kaum di Tanah Melayu.
 Jawatankuasa ini ditubuhkan bagi
membincangkan berbagai isu seperti
kewarganegaraan dan kedudukan istimewa
orang Melayu serta dasar pendidikan.
Tokoh-tokoh yang
menganggotai jawatankuasa
ini:
1.Dato’ Onn Jaafar,
2.Dato’ Abdul Wahab Abdul
Aziz
3.Tan Cheng Lock,
4.C.C. Tan
5.E.E.C Thuraisingham.
 Pilihanraya 1955 (pilihanraya umum
pertama) memberi implikasi yang cukup
besar kepada hubungan etnik di Malaysia.

 Ini disebabkan telah berlaku kerjasama dan


toleransi yang cukup tinggi antara Melayu
dan bukan Melayu khususnya yang
melibatkan pembahagian kerusi pilihanraya
seperti dalam Jadual
 Pembahagian kerusi dan calon, UMNO telah
membuat pengorbanan dan kompromi kerana
meletakkan calon bukan Melayu di kawasan
majoriti pengundi Melayu dan walaupun majoriti
pengundi adalah Melayu (84.2%).

 Tetapi demi perpaduan dan mengamalkan konsep


perkongsian kuasa, UMNO diperuntukkan 35
kerusi sahaja, MCA 15 kerusi dan MIC sebanyak
dua kerusi
Parti Peruntukan Peratusan Peratusan
Kerusi Kerusi Pengundi

UMNO 35 69 84.2
(Melayu)
MCA 15 28 11.2 (Cina)

MIC 2 3 3.9 (India)


 Perkara ini mengetepikan pandangan sempit perkauman
dan bekerja ke arah menuntut kemerdekaan daripada
penjajah.

 Tunku membentuk kabinet yang terdiri daripada


komposisi berbilang kaum iaitu enam orang Melayu, tiga
orang Cina, dan seorang India.

 Pemilihan Kabinet ini menunjukkan satu kerjasama yang


baik dengan perlantikan tiga orang Cina dan seorang
India untuk memberikan keseimbangan etnik yang lebih
diterima dalam Majlis Legislatif.
Perjanjian London Sebagai Langkah Ke arah
Kemerdekaan
 Ketetapan yang dipersetujui:
1. Pembentukan sebuah persekutuan dengan kerajaan
pusat yang kuat.
2. Pemeliharaan kedudukan, keistimewaan, kehormatan
dan hak Raja-raja Melayu.
3. Pengwujudan jawatan ketua negara yang bergelar
Yang di Pertuan Agong.
4. Pemeliharaan hak-hak istimewa orang Melayu serta
hak-hak yang sah milik kaum-kaum lain.
5. Pembentukan sebuah sistem kewarganegaraan yang
seragam untuk seluruh Persekutuan Tanah Melayu.
 Suruhanjaya Reid
 Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu digubal
oleh Suruhanjaya Reid yang ditubuhkan pada
1956.
 Tujuan : Merangka, membincang dan menyusun
Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu.
 Keahlian: Lord Reid (British), Sir Ivor Jennings
(British), Sir William Mckell (Australia), B. Malik
(India) dan Hakim Abdul Hamid (Pakistan).
 Suruhanjaya menerima 131 memorandum bertulis
dan telah bersidang banyak kali dari bulan Jun
hingga Oktober 1956.
07/11/20
 Suruhanjaya meminta cadangan dan
pandangan daripada parti-parti politik,
orang ramai, individu-individu dan Raja-
raja Melayu.

 Ini menjelaskan Perlembagaan merupakan


kontrak sosial dan perjanjian perdamaian.
07/11/20
 Melalui kontrak sosial ini, orang bukan Melayu
telah diberikan hak kewarganegaraan yang
longgar berasaskan prinsip jus soli.

 Manakala orang Melayu diperuntukkan dalam


perlembagaan mengenai agama Islam, Bahasa
Melayu dan kedudukan istimewa orang Melayu
serta kedudukan Raja-raja Melayu
JAWATANKUASA KERJA

Mengumpulkan hasil semakan dan penelitian


yang dibuat berkenaan dengan laporan yang
disediakan oleh Suruhanjaya Reid yang diserahkan
kepada Baginda Ratu dan Raja-raja Melayu
 Jawatankuasa Kerja dipengerusikan oleh
MacGillivar dan Tunku Abdul Rahman
(UMNO), Datuk Abdul Razak (UMNO), Ong
Yoke Lin (MCA) and V.T Sambathan (MIC),
Mustapha Albakri (Penyimpan Mohor Besar
Raja-raja), Shamsudin Nain, Tunku Ismail
Tunku Yahya dan Neil Lawson.
 Ahli lain terdiri dari Ketua Setiausaha
Kerajaan, Sir David Watherston, Peguam
Negara, T.V.A Brodie dan E.O Laird bertindak
sebagai Setiausaha.

You might also like