You are on page 1of 11

CABARAN COVID-19 KEPADA

KOMUNITI WARGA TUA


ALIYAH NURAFIFAH BINTI ASMADIE (046654)
NAJIAH BINTI MOHAMAD SAHIDE (047582)
NUR KHALEEDA ADIBA BT MOHAMMAD SABRI (046494)
PENGENALAN
• Warga tua antara golongan yang berdepan
dengan kesukaran dalam mengubah suai
rutin harian kepada ‘norma baharu’ kerana
sekian lama dan terbiasa dengan rutin
mereka sejak dahulu lagi.

D - 1 9 • Fasa Covid-19 dan pandemik ini sedikit


COVI sebanyak memberi cabaran
M I C
DE yang menjejaskan pelbagai aspek
PA N kehidupan warga tua antaranya seperti
kesihatan dan keselamatan,
sosial serta emosi dan psikologi mereka.
ASPEK KESIHATAN DAN
KESELAMATAN
mereka dinasihatkan agar datang untuk
PERUBAHAN rawatan susulan mengikut tarikh dan
masa temu janji yang ditetapkan.
WAKTU

telah menyediakan Perkhidmatan Tambah Nilai


Farmasi (Value Added Service) seperti Ubat
BEKALAN Melalui Pos (UMP), Locker2U, Sistem
Pendispensan Ubat Bersepadu (SPUB) dan Farmasi
UBATAN Pandu Lalu mengikut kesesuaian perkhidmatan
yang ditawarkan bagi mengurangkan risiko
jangkitan.
ASPEK KESIHATAN DAN
KESELAMATAN
• Perkhidmatan pembekalan ubat susulan yang disediakan oleh
Ubat melalui Pos (UMP) pihak farmasi KKM terus ke lokasi pilihan pesakit melalui
PosLaju dengan caj kiriman yang telah ditetapkan.

• Perkhidmatan prabungkus ubat susulan pesakit untuk diambil


Farmasi Pandu Lalu dari kauter pandu lalu (4 petang hingga 10 malam, iaitu pada
hari Isnin hingga Jumaat).

• Pesakit boleh mendapatkan baki bekalan ubat seterusnya dari


Sistem Pendispensan Ubat
mana-mana fasiliti kesihatan KKM yang tersenarai dalam
Bersepadu (SPUB)
Direktori SPUB KKM.
ASPEK KESIHATAN DAN
KESELAMATAN
KKM telah memutuskan untuk menjalankan ujian saringan Covid-19 kepada
pekerja dan penghuni pusat jagaan warga tua. Saringan ini dijalankan secara
berfasa (dimulakan dengan 17 buah Rumah Sri Kenangan dan Rumah Ehsan di
bawah seliaan Jabatan Kebajikan Masyarakat).

Disebabkan komuniti ini mempunyai daya tahan atau imun badan yang lebih
rendah dan senang dijangkiti, rumah adalah tempat yang selamat untuk
berlindung daripada terdedah kepada virus Covid-19 ini.
Ahli keluarga juga bertanggungjawab terhadap tahap kesihatan golongan warga
tua di mana mereka perlu mendapatkan rawatan segera jika tidak sihat,
memastikan bekalan ubatan adalah mencukupi dan mematuhi temu janji
rawatan, selain memastikan barangan keperluan mencukupi. Selain itu, amalan
kebersihan diri yang tinggi juga harus terus dipraktikkan seperti kerap cuci
tangan dengan air dan sabun serta mengamalkan jarak sosial yang selamat
sekurang-kurangnya 1 meter.
ASPEK SOSIAL

 Kesunyian yang menebal 1m


 Kesukaran dalam
penggunaan teknologi
 Aktiviti masjid terhad
Kesunyian yang menebal.
• Warga tua tidak boleh keluar rumah sesuka hati kerana bimbang akan keselamatan dan kesihatan mereka.
•  Ini bermakna mereka tidak dapat berjumpa dengan rakan-rakan bagi menghilangkan kesunyian mereka.
•  Drageset (2004) membuktikan bahawa interaksi yang kerap dengan sahabat, terutamanya sahabat karib bole
h mengurangkan risiko kesunyian dalam kalangan warga tua.

Kesukaran dalam penggunaan teknologi.

• Medium dan alternatif lain yang digunakan masyarakat dalam sentiasa  berhubung dengan rakan-rakan 
di luar rumah adalah melalui aplikasi ‘online’yang boleh menghubungkan manusia dengan yang lain seper
ti Aplikasi Webex, Whatsapp, Skype dan sebagainya.
•  Namun, kebanyakan golongan warga tua yang agak
terasing dengan pembangunan teknologi yang semakin canggih ini menghadapi kesukaran menggunakan a
lternatif ini untuk berhubung dengan anak-anak dan rakan-rakan mereka.
Aktiviti masjid terhad

• Warga tua yang meningkat umur ketuaannya menyedari keupayaan hidup adalah terhad. 
• Realiti hidup bahawa alam ini tidak kekal perlu di terima dengan hati yang insaf dan sedar.
• Oleh itu, mereka mahu memperbanyakkan ibadah dan amalan untuk mereka bawa kelak. Perkara i
ni sudah tentu memberi mereka cabaran dari segi sosial dan ianya boleh membawa kepada kesihata
n mental yang kurang baik.
ASPEK PSIKOLOGI DAN EMOSI

SOP YANG KETAT

BERITA PALSU
ASPEK PSIKOLOGI DAN EMOSI

KESUNYIAN

KERISAUAN YANG
MELAMPAU/KEBIMBANGA
N
• Warga tua merupakan golongan yang berisiko tinggi menghadapi wabak Covid-19 ini sepadan
dengan peribahasa Melayu ‘kayu buruk tiada bercendawan, lumut tumbuh’ yang bermaksud,
orang yang sudah tua sangat mudah dihinggapi penyakit. Justeru itu, pihak kerjaan dan pihak
berkaitan serta anak-anak dan penjaga perlulah mengambil serius mengenai perkara ini bagi
menjamin kesejahteraan hidup komuniti warga tua. Hal ini bagi meringankan beban dan
cabaran yang perlu ditempuhi oleh mereka dari segi kesihatan dan keselamatan mereka,
psikologi dan emosi mereka serta cabaran dari aspek sosial yang perlu mereka hadapi selaras
dengan ‘norma baharu’ atau new norm yang perlu dilakukan oleh semua masyarakat.
Komuniti warga tua ini telah menaburkan bakti pada negara kita suatu ketika dulu, kini giliran
kita pula menabur bakti pada negara dan menjaga serta melindungi mereka.

You might also like