You are on page 1of 54

PUSAT TEKNOLOGI KOMUNIKASI & PEMBANGUNAN INSAN

(PTKPI)

DUW233:TAMADUN ISLAM DAN TAMADUN


ASIA
BAB 3:TAMADUN MELAYU : ASAS
TAMADUN MALAYSIA

DISEDIAKAN OLEH:
PUAN AZIZAH BT. ABDULLAH
ISI KANDUNGAN :
• Pengenalan.
• Alam Melayu.
• Konsep Melayu dalam Perlembagaan
Persekutuan.
• Asas-asas Tamadun Melayu.
• Tamadun Melayu Sblm Kedatangan Islam.
• Pembinaan Tamadun Melayu Slps
Kedatangan Islam.
• Teori Kedatangan Islam ke Alam Melayu.
Samb…

• Kesan & Pengaruh Islam kpd Tamadun


Melayu.
• Pandangan Semesta Melayu.
• Konsep Kebudayaan Islam di Malaysia.
• Cabaran Tamadun Melayu Pada Masa
Kini.
• Kesimpulan.
PENGENALAN:
-Tamadun Melayu merupakan sebuah
tamadun yg sgt unik jika dibandingkan dgn
tamadun lain dari segi perkembangannya.
-terdpt 3 fasa yg utama dlm proses
perkembangan tamadun Melayu iaitu:
i-masy Melayu sblm kedatangan Islam.
ii-masy Melayu selepas menerima pengaruh
agama Hindu-Buddha.
iii-masy Melayu slps kedatangan agama
Islam.
Alam Melayu:
- Merujuk kpd satu kwsn yg luas merangkumi kwsn
kpulauan yg merentasi seluruh wilayah Asia
Tenggara sehingga ke pantai Afrika, Taiwan, Jepun
serta di serata kepulauan pasifik.
- Dikenali dgn pelbagai nama seperti gugusan
Kepulauan Melayu, gugusan kepulauan Melayu-
Indonesia,Nusantara, Alam Melayu dan Tanah Jawi
- 2 perkara penting yg melingkari wilayah Alam
Melayu ini ialah:
i-bahasa Melayu yg menjd Lingua Franca dlm
kehidupan masyarakat.
Samb…

ii-kedatangan agama Islam yg menjadi


pelengkap kpd ketamadunan Melayu.

-Melayu merujuk kpd 3 perkara utama iaitu


ras, kebudayaan & bahasa.
KONSEP MELAYU DLM
PERLEMBAGAAN PERSEKUTUAN
• Perlembagaan merupakan undang2
agung sesebuah negara bg melicinkan
pemerintahan & pentadbiran sesebuah
negara.
• Antara isi penting dlm sesebuah
perlembagaan seperti kebebasan asasi&
hak seseorg, kehakiman,
kewarganegaraan, undang2, kewangan,
perkhidmatan awam, undang2
persekutuan dsbgnya.
Samb…
• Pembentukan perlembagaan persekutuan
byk dipengaruhi oleh perkembangan
tamadun Melayu.
• Perkara 160 perlembagaan persekutuan
menyatakan bhw seseorang itu dipanggil org
Melayu bila mencapai 3 perkara iaitu:
i-beragama Islam
ii-secara lazimnya berbahasa Melayu
iii-secara lazimnya mengamalkan adat
istiadat melayu.
ASAS-ASAS TAMADUN MELAYU
• Tamadun Melayu pd awalnya dijejaki sejak
zmn Paleolitik iaitu zmn batu awal kira-kira
35,000 thn yg lalu.
• Selepas itu diikuti dgn zmn Mesolitik @zmn
batu tengah kira-kira 11,000 thn dahulu, zmn
Neolitik ataupun zmn Batu Baru kira-kira 5,000
tahun dahulu, dan Zmn Logam iaitu Zmn
Gangsa-Besi kira-kira 2,500 tahun dahulu.
• Cth penempatan manusia yg dijumpai pd zmn
itu seperti Kota Tampan (Perak), Gua Niah
(Sarawak) & Tingkayu (Sabah).
Samb…
• Umumnya asas Tamadun Melayu byk merujuk
kpd struktur sosial masyarakat yg berlapis
seperti sistem kasta, krn byk dipengaruhi oleh
peradaban india.
• Rajah: Struktur sosial masy melayu tradisional:
raja

pembesar Orang asing, pedagang

rakyat

Hamba berhutang, hamba abdi


Samb…
• Selain drp sturktur sosial, kemunculan
kerajaan awal Melayu juga memainkan
peranan dlm pembentukan tamadun Melayu.
• Umumnya kerajaan pra-Islam di Alam
Melayu dibahagikan kpd 2 bhg iaitu kerajaan
Agraria dan kerajaan Maritim.
TAMADUN MELAYU SEBELUM
KEDATANGAN ISLAM
• Kehidupan masy melayu dipengaruhi oleh
kebudayaan yg dinamakan sbg adat
kepercayaan berdasarkan kpd pandangan
semesta tradisional org Melayu tersebut.
• Kebudayaan sesebuah masy adalah
berbeza antara satu sama lain.
• Pandangan semesta Melayu berpusat kpd
manusia yg mana ia mempunyai tanggapan
terhadap alam iaitu alam nyata & alam ghaib
dlm kehidupan mereka.
Samb…
• Kepercayaan ini telah membawa kpd
lahirnya adat dan kebudayaan dlm
kehidupan masyarakat Melayu.
• Umumnya pandangan semesta masy melayu
terbahagi kpd 3 bhg iaitu:
i. zaman pra-Islam:
-bertunjangkan kepada kepercayaan
‘animisme’ dan kepercayaan ‘dinamisme’.
Samb…
• ii. Zaman kedatangan Hindu-Buddha:
• -kedatangan agama Hindu-Buddha tlh
menjadikan amalan penyembahan & upacara
keagamaan menjadi lebih tersusun.
• -telah menyerap kedalam kehidupan &
kebudayaan Melayu, terutama dikalangan
golongan pemerintah & bangsawan.
• -memberi kesan mendalam dlm sistem sosial
masy melayu seperti sistem kasta yang mana
ianya memisahkan golongan raja, para
bangsawan, golongan agama dan juga rakyat
jelata.
Samb…
iii. Zaman kedatangan Islam:
-Kedatangan Islam ke Alam Melayu telah
memantapkan keseluruhan pandangan dunia
Melayu. Lantaran itu, pandangan semesta Melayu
memfokuskan dan terarah kepada Tuhan.
-Oleh itu, masyarakat Melayu menyedari dan
meyakini bahawa Allah s.w.t. Maha Berkuasa dan
Maha Mengasihi.
-Justeru itu, pandangan semesta melayu juga
turut dibentuk berasaskan hablumminallah
(hubungan dengan Pencipta) dan
hablumminannas (hubungan sesama manusia).
PEMBINAAN TAMADUN MELAYU SELEPAS
KEDATANGAN ISLAM
• Islam dtg ke wilayah Nusantara pd abad
pertama hijrah atau antara kurun ke 7 & ke 8
masihi.
• Proses Islamisasi tlh berlaku dgn pesat &
antara kerajaan Islam yg berjaya dibentuk
ialah seperti kerajaan Acheh, Terengganu,
Melaka, Patani, Brunei, Sulu dsbgnya.
• Agama islam dikatakan tlh dtg ke nusantara
melalui tiga jalan utama berdasarkan kpd
teori yg dikemukakan oleh para sarjana iaitu:
Samb…
Islam datang dari Tanah Arab: 
-dikemukakan oleh John Crawford dan Niemann
serta de Holender dan disokong oleh Syed
Mohd Naquib al-Attas, menyatakan bhw Islam
dibawa dtg pada kurun ke- 7 masihi.
-ini berdasarkan kpd bukti yg ditemui seperti
wujudnya perkampungan Islam di Sumatera
utara yang diberi nama “Tashih” telah ditemui
pada tahun 650 M bersamaan 30 Hijrah.
Perkampungan ini dihuni oleh orang-orang
Arab yang datang ke Sumatera pada abad ke-
7 Masihi.
Samb…
Islam Datang Dari India:
-teori ini dikemukakan oleh Pijnappel iaitu
seorang sarjana Belanda, dan disokong oleh
Snouk Hurgronje & J.P Moquette.
- Berdasarkan kpd bukti yg ditemui iaitu
penemuan batu nisan Sultan Malikul Salleh,
yang bertarikh 1297 M. Batu nisan ini
didakwa dibawa dari Gujerat berdasarkan
persamaan dari segi reka bentuk batu nisan
di kedua-dua tempat tersebut.
Samb…
Islam Datang Dari China:
-teori yg dikemukakan oleh sarjana Sepanyol
iaitu Emanuel Godinho de Eredia
berdasarkan kpd penemuan Batu-batu
bersurat disekitar wilayah Nusantara seperti
batu bersurat di Champa bertarikh 1309, di
Brunei bertarikh 1048 M, di Laren Jawa
bertarikh 1082 M dan Batu Bersurat di
Terengganu bertarikh 1303 M.
Samb…
• Semua bukti sejarah ini mencatatkan adanya
masyarakat Islam dan mencadangkan arah
kedatangan Islam ke rantau ini melalui
Negara China. Ini diperkukuhkan lagi
dengan hujah bahawa wujudnya hubungan
perdagangan di antara Tanah Arab dengan
Negara China yang membawa kemasukan
agama Islam ke China.
Kesan & Pengaruh Islam kepada
Tamadun Melayu:
1.Agama dan Kepercayaan:
-memberi kesan yg mendlm dr segi akidah &
kepercayaan masy. Melayu ketika itu.
-meninggalkan kepercayaan animisme & dinamisme
serta perlahan-lahan meninggalkan pengaruh yg
dibawa oleh agama Hindu-Buddha.
-mengamalkan kepercayaan terhadap konsep
ketuhanan, hormat-menghormati antara manusia
dan menitik beratkan soal persamaan taraf. Tidak
ada lagi sistem kasta sepertimana yang diamalkan
sejak menerima pengaruh agama Hindu suatu
ketika dahulu.
Samb…
2. Pendidikan:
-kedatangan Islam tlh byk merubah sistem
pendidikan yg diamalkan oleh masy sebelum
itu.
-selepas kedatangan Islam, golongan bawahan
berpeluang menerima pendidikan sama
seperti golongan atasan.
-banyak sekolah pondok didirikan supaya
aktiviti pembelajaran menjadi lebih bebas
disebarkan kpd golongan bawahan.
Samb…
• Tradisi keilmuan yang ditekankan oleh Islam
telah mengembangkan pula tradisi pendidikan
dan pengajaran secara lebih komprehansif dan
tersusun.
• Kesan perkembangan ilmu pendidikan ini telah
melahirkan ramai para cendekiawan dan ulama’-
ulama’ Melayu yang menjadi pegawai
pemerintah, guru-guru dan ahli agama seperti
Syeikh Abdul Malik Abdullah, Sheikh Wan
Hassan Wan Ishak dan ramai lagi. Tokoh-tokoh
ini telah banyak menyumbang ke arah
perkembangan ilmu pengetahuan di Tanah
Melayu.
Samb…
3.Bahasa dan Kesusasteraan:
-menerima pengaruh yg besar dgn kedatangan
agama Islam. Perkembangan bahasa Melayu
bertambah teguh dan penyebarannya
semakin meluas di Asia Tenggara bermula
pada abad ke-14 M sehingga akhir abad ke-
18 M.
-penggunaan tulisan jawi telah diperkenalkan
dan digunakan oleh orang-orang Melayu
ketika itu. Sementara itu, tulisan Arab telah
diperkenalkan.
Samb…
• Perubahan dr segi bhs boleh dilihat apabila
masyarakat Melayu menyesuaikan perkataan
Arab kepada bahasa melayu. Perubahan ini
dipermudahkan setelah tulisan Arab diubah
suai dan dikenali sebagai tulisan jawi.
• Melalui sistem tulisan ini, bahasa Melayu
dapat memainkan peranan lebih penting
apabila ianya digunakan untuk menulis kitab-
kitab agama, hikayat-hikayat, undang-
undang dan pentadbiran.
Samb…
4.Perundangan:
-hukum-hukum yg tidak bercanggah dengan
Islam dikekalkan. Ini tlh disebut dlm hukum
Kanun Melaka & Undang-undang Laut
Melaka & juga Adat Perpatih Adat
Temenggung. Antara contoh yang dapat
dilihat ialah dalam bidang kuasa kehakiman
yang mana hakim boleh menggunakan budi
bicaranya sama ada menjatuhkan hukuman
potong tangan bagi kesalahan mencuri
ataupun didenda dan dipenjara sahaja.
Samb…
• Tradisi pemerintahan berdasarkan
perundangan Islam dilanjutkan dalam
pemerintahan Malaysia hari ini.
Perlembagaan Malaysia menjadikan urusan
Islam sebagai urusan negeri. Manakala
diperingkat negeri pula, terdapat beberapa
undang-undang yang telah dikuatkuasakan
seperti undang-undang pentadbiran Islam,
undang-undang prosedur dan keterangan,
undang-undang sivil, jenayah Islam dan lain-
lain.
Samb…
5.Politik & Pentadbiran:
-sistem pemerintahan tlh bertukar kpd sistem
pemerintahan yang berlandaskan ajaran
Islam. Antara contoh yang boleh dilihat ialah
agama Islam telah diisytiharkan sebagai
rasmi di Melaka. Sementara itu, beberapa
institusi Islam telah didirikan bagi membantu
mengukuhkan sistem pentadbiran berasaskan
Islam. Antara Institusi yang didirikan adalah
Jabatan Agama Islam dan Syariah.
Samb…
6.Sistem Kekeluargaan:
-kedatangan Islam tlh memantapkan lg institusi
kekluargaan dlm masy Melayu malah ianya
menjadi lebih teratur.
-Islam telah menentukan garis panduan dalam
membina keluarga berasaskan ajaran Islam.
Sebagai contoh, dalam pemilihan jodoh,
tanggungjawab suami, tanggungjawab isteri
dan tanggungjawab anak-anak terhadap ibu
bapa.
Samb…
• Selain itu, pelbagai adat dan budaya Islam
perlu dihayati oleh ibu bapa dalam mendidik
anak-anak seperti meletakkan nama yang
baik kepada anak mereka, mendidik anak-
anak supaya menjadi manusia beriman,
bertaqwa, berakhlak mulia dan menghormati
kedua ibu bapa mereka.
Samb…
7. Adat dan Cara Hidup:
- Budaya animisme dan Hinduisme yang diamalkan
oleh masyarakat sejak sekian lama telah diganti
dengan adat dan cara hidup Islam.
- Adat yg selama ini menjadi darah daging dan sebati
dgn kehidupan mereka tlh diperkukuhkan lg dengan
ajaran Islam. W/bagaimanapun mereka masih lg
mengamalkan adat2 yg tidak bertentangan dengan
ajaran Islam.
- Islam telah mengangkat taraf manusia dan
menyamakan kedudukan mereka di sisi Allah s.w.t..
Ia membentuk suatu sistem masyarakat yang saling
mengasihi dan menghormati.
Samb…
• Kedatangan Islam tlh menjadikan golongan
bawahan mula mendapat perhatian &
penghormatan. Tidak ada lg sistem kasta
sebagaimana yg diamalkan dlm ajaran
agama Hindu.
PANDANGAN SEMESTA TAMADUN
MELAYU
• Selepas kedatangan Islam, pandangan semesta
Melayu telah berubah berteraskan unsur-unsur
akidah.
• w/bagaimanapun, masih byk lg unsur-unsur
pandangan semesta sebelum Islam yang diwarisi
dalam kehidupan seharian masyarakat Melayu.
• Perubahan pandangan semesta Melayu terhadap
agama Islam boleh dilihat terutama sekali dalam
aspek ketauhidan dan penerapan nilai-nilai murni
yang diamalkan oleh masyarakat Melayu.
Samb…
Aspek Tauhid:
• Kedatangan Islam tlh memantapkan lg
pandangan semesta org Melayu, krn Islam
melalui kitab suci Al-Quran mengandungi
segala rahsia tersembunyi dalam kejadian
alam semesta, bahkan juga telah
mengukuhkan keyakinan, ketakwaan dan
ketauhidan kepada Allah s.w.t.
• Konsep tauhid mengandungi tauhid
uluhiyyah iaitu penyembahan, pemujaan,
pengharapan dan permohonan hanya
kepada Allah Tuhan yang satu.
Samb…
• Disamping itu juga, terdapat tauhid
rububiyyah iaitu mempercayai Allah sebagai
Pencipta, pemilik dan pentadbir tunggal bagi
alam ini.
• konsep tauhid juga ialah prinsip tentang
kejadian alam semesta sebagai ciptaan
Tuhan untuk dimanfaatkan oleh manusia di
dunia ini dan untuk menjadi satu tanda atau
bukti bagi wujudnya Rabb al-Alamin (Tuhan
semesta alam).
Samb…
Nilai-nilai Murni Masyarakat Melayu:
• Kehadiran Islam juga tlh mengubah corak
kehidupan masyarakat Melayu di mana mereka lbh
byk mengamalkan nilai-nilai murni yg tlh diterapkan
dlm ajaran Islam.
• Cth: struktur masyarakat menjadi lebih tersusun &
kepatuhan serta ketaatan kpd ketua lbh
diperkukuhkan lg. Begitu jg dgn adat & pantang
larang yg diamalkan sjk dahulu.
• Kedatangan Islam juga telah berjaya mengatur
perjalanan kehidupan masyarakat Melayu dari segi
pergaulan dan juga hubungan sesama manusia.
Samb…
• Ajaran Islam sangat menitik beratkan
berkaitan dengan hal-hal kekeluargaan dan
juga hubungan sesame manusia. Antara
nilai-nilai mulia yang diajar adalah seperti
memberi keutamaan kepada yang tua atau
berusia.
• Dalam kehidupan masyarakat Melayu juga
sangat mementingkan ikatan kekeluargaan
dan silaturrahim. Ini dapat dilihat daripada
amalan gelaran dalam keluarga seperti
datuk, nenek, along, angah, pakcik, makcik
dan sebagainya.
PENCAPAIAN TAMADUN MELAYU
DALAM PELBAGAI BIDANG:
1.Bidang Persuratan:
-Suatu ketika dahulu, bahasa Melayu dijadikan
sebagai bahasa lingua franca bagi wilayah
kepulauan Melayu dan digunakan oleh
golongan peniaga serta pengembara asing
dari China, Eropah dan juga India.
Penggunaannya dalam bidang penulisan
bermula dengan skrip Sanskrit (pahlawi),
seterusnya bertukar kepada penulisan dalam
skrip Arab (jawi), dan akhirnya kepada
penulisan dalam skrip Roman (rumi).
Samb…
• Perkembangan ini amat berkait rapat dengan
perkembangan tamadun Melayu sehingga ke
hari ini. Perkembangan bidang persuratan
Melayu ini boleh dibahagikan kepada
beberapa bahagian seperti sastera rakyat,
sastera pengaruh Hindu dan juga sastera
pengaruh Islam.
Samb…
2.Bidang Kesenian:
-Perkembangan tamadun Melayu dapat dilihat
melalui manifestasi kesenian orang Melayu.
Kesenian halus yang dihasilkan oleh orang
Melayu memainkan peranan penting dalam
melengkapkan kehidupan orang Melayu yang
diwarisi sejak beribu-ribu tahun.
-kehidupan orang Melayu sangat dipengaruhi oleh
kesenian yg bersumberkan alam semula jadi,
sama ada dr segi hubungan masyarakat Melayu
dgn manusia lain dan juga hubungan manusia
dengan kepercayaan dan agama mereka.
Samb…
-Oleh sebab itu, tamadun Melayu sangat kaya
dengan hasil seni yang dibina dan
merangkumi pelbagai bentuk kesenian
seperti seni tari, seni muzik, seni ukir dank
hat, seni bela diri, seni pertukangan, seni
tenun dan sulam, seni kulinari dan lain-lain.
3.Bidang Sains dan Teknologi:
-kegemilangan sains & teknologi yg dicapai
oleh org Melayu sangat unik kerana ia
mencerminkan keperluan-keperluan serta
nilai-nilai kebudayaan yang ada pada orang-
orang Melayu.
Samb…
-Antara contoh kemajuan sains dan teknologi
yang diwarisi dari orang Melayu dahulu ialah
dalam bidang pertanian seperti teknologi
pembajakan dan juga sistem saliran air yang
digunakan dalam proses pengairan pertanian
seperti penanaman padi dan sebagainya.
-Dalam bidang teknologi alam bina juga, orang-
orang Melayu tidak ketinggalan, di mana
kemahiran ini dapat dilihat dalam pembinaan
rumah dan masjid, contohnya Rumah Kutai,
rumah panjang, kubah dan juga masjid
Kampong Laut, yang mempunyai keunikan
yang tersendiri.
Samb…
4. Bidang Pendidikan:
-diawal perkembangan tamadun, masyarakat
Melayu hanya menerima pendidikan tradisional
sahaja seperti kelas mengaji Al-Quran dan
bahasa Arab.
-perkembangan pendidikan ini sgt perlahan yg
mana ia diusahakan oleh guru-guru agama.
-sebagai kemudahan utk aktiviti pembelajaran ini,
byk pondok-pondok didirikan disekitar sekolah
agama ini.
-sekolah jenis ini terkenal di Kelantan, Kedah,
Pulau Pinsng & Perlis.
Samb…
• Sekitar abad ke-19, sekolah Melayu mula dibuka.
Sekolah Melayu yang pertama dibuka pada tahun
1821 iaitu Sekolah Melayu Gelugor.
• ciri-ciri utama sekolah Melayu ini ialah pelajaran
Melayu disediakan selama empat tahun, mutu
pelajaran terhad dan rendah tahapnya,
menyediakan para pelajar menguasai “3M” iaitu
membaca, menulis dan mengira.
• Bertitik tolak daripada inilah, perkembangan
pendidikan tlh berkembang & mengalami byk
perubahan dari semasa ke semasa kepada
pendidikan yg lebih moden sebagaimana
pendidikan yg ada sekarang ini.
KONSEP KEBUDAYAAN ISLAM DI
MALAYSIA
• Kebudayaan Melayu-Islam saling melengkapi
dalam kesatuan Dasar Kebudayaan
Kebangsaan secara prinsip yang tegas. Oleh
itu, kebudayaan Islam di sesebuah negara
bangsa merupakan ilmu yang tersendiri yang
boleh dilihat dalam pelbagai disiplinnya,
contoh yang dapat dilihat ialah di Malaysia
sendiri di mana kedudukannya boleh ditinjau
dari sudut sejarah, psikologi, hukum ,
arkeologi, filologi, sosiologi dan sebagainya.
Samb…
• Kebudayaan Melayu-Islam juga boleh dilihat dlm
tradisi pengajian, bahasa, keilmuan, kesenian,
kesusasteraan, falsafah dan pemikiran serta
kemampuannya menyerapkan unsur asal,
dipengaruhi dan mempengaruhi selagi ia tidak
bertentangan dengan prinsip tauhid.
• Kebudayaan Islam Malaysia banyak memberi
sumbangan kepada kehidupan keagamaan dan
kemasyarakatan. Kehidupan keagamaan boleh
dilihat dengan kemunculan ulama’ dan
cendekiawan Islam serta peranan pendidikan,
hukum dan adat istiadat dalam masyarakat.
Samb…
• Penghayatan terhadap kebudayaan Islam
juga boleh dilihat dari sudut cara berpakaian,
makan minum, pengembangan ilmu
pengetahuan, kesenian, falsafah dan
peningkatan bahasa Melayu dan juga
kesusasteraan. Bahasa dan kesusasteraan
Melayu dalam hikayat, syair dan pantun
ditulis berdasarkan unsur-unsur keislaman.
Dari sudut kesenian muzik pula, nasyid,
syair, zikir, qasidah dan lain-lain
menunjukkan unsur-unsur Islam banyak
diterapkan.
Samb…
• Jika dilihat kepada perkembangan Tanah Melayu
sehingga mencapai kemerdekaan dan mampu
mendirikan sebuah negara sendiri iaitu Malaysia,
perkembangan ini banyak dibantu oleh
penerimaan ajaran Islam oleh hampir keseluruhan
masyarakat di sini. Oleh itu, pada hari ini, dapat
dilihat bahawa Islam di Malaysia bukan sahaja
memberi nilai baru yang berasaskan akidah dan
tauhid, malah dalam sejarah Islam juga
memperkukuhkan nilai serta institusi sosial positif
budaya Melayu seperti sifat gotong royong, sikap
bertanggungjawab, berani, pengorbanan, cintakan
tanah air dan sebagainya.
CABARAN TAMADUN MELAYU PADA
MASA KINI:
• Cabaran yg diterima oleh tamadun Melayu
kini terdiri daripada 2 cabang iaitu cabaran
dari dalam & cabaran dari luar.
• Cabaran dari dalam yang kelihatan sangat
ketara ialah cabaran sosio-budaya kesan
daripada kemajuan dan perubahan yang
dicapai dan dialami.
• Golongan yg paling berisiko tinggi utk
menghadapi cabaran tersebut adalah
golongan remaja & belia.
Samb…
• Ini kerana golongan ini mempunyai
tanggungjawab yg sangat besar yg diharapkan
oleh kerajaan utk terus menyambung segala
kecemerlangan yg tlh berjaya di capai.
• w/bagaimanapun, remaja sekarang khususnya
remaja Melayu byk terbabit dgn gejala sosial
yg sangat membimbangkan seperti penyalah
gunaan dadah, kesalahan juvana dsbgnya.
Samb…
• Cabaran dalaman lain seperti pengaruh dan
tekanan kebendaan dan kemewahan hidup
yang membawa pelbagai jenayah kewangan,
penyalahgunaan kuasa, rasuah dan lain-lain.
Nilai dan pegangan kehidupan mereka juga
kini banyak dipengaruhi oleh sikap “cinta
kepada keduniaan, kemegahan dan juga
kebendaan”.(Zainal Abidin, Ahmad Hakimi
dan Noor Hasnoor, 2006).
Samb…
• Manakala cabaran dari luar pula seperti
kemasukan pengaruh asing, terutama sekali
unsur-unsur dari Barat. Unsur-unsur ini
adalah kesan daripada berlakunya
globalisasi ataupun proses pengecilan dunia.
Barat adalah merupakan satu kuasa yang
sangat berpengaruh dan mampu
menjejaskan kekuatan asasi orang Melayu,
terutama sekali dari segi nilai dan amalan
agamanya, adat resamnya dan juga proses
sosialisasi dan pembudayaan.
Samb…
• Pengaruh Barat yg membawa ideologi seperti
sekularisme, liberalisme, materialisme,
rasionalisme, atiesme dan lain-lain,
menyebabkan banyak yang terpengaruh
khususnya dari segi pemikiran orang-orang
Melayu.
• Oleh itu pembersihan jiwa seperti menekankan
akauntabiliti dan ketakwaan, kesederhanaan,
pengorbanan diri, prinsip dan sebagainya
sangat diperlukan untuk memastikan
masyarakat Melayu tidak terpesong daripada
ajaran Islam yang sebenarnya.
KESIMPULAN
• Secara keseluruhannya, melalui
perbincangan yg panjang, jelaslah bahawa
tamadun Melayu merupakan sebuah
tamadun yg unik, kerana tahap
perkembangan yg mengambil masa yg lama
& juga melalui pelbagai peringkat, yg mana
setiap peringkat itu meninggalkan kesan yg
mendalam terhadap negara bangsa dan
generasi hari ini dan akan datang.

You might also like