You are on page 1of 68

PUSAT TEKNOLOGI KOMUNIKASI & PEMBANGUNAN INSAN

(PTKPI)

DUW233- TAMADUN ISLAM DAN TAMADUN


ASIA

TAMADUN INDIA

DISEDIAKAN OLEH:
PUAN SITI AISYAH MOHD NOR
ISI-ISI KANDUNGAN
1. PENGENALAN
2. SEJARAH TAMADUN INDIA
3. KONSEP TAMADUN INDIA
4. WILAYAH
5. MASYARAKAT DAN BUDAYA
6. AGAMA DALAM TAMADUN INDIA
7. SUMBANGAN TAMADUN INDIA
TERHADAP PERADABAN
MANUSIA
8. IMPAK KEDATANGAN ISLAM
TERHADAP TAMADUN INDIA
PENGENALAN
• Terbahagi kpd bbrp zaman iaitu: Zaman
Pra Sejarah, Zaman Veda, Zaman Dinasti
Maurya, Zaman Empire Gupta, Zaman
Kerajaan Islam, Penjajahan Portugis dan
Belanda, Zaman Pemerintahan British dan
Zaman Merdeka.
• Nama negara India adalah berasaskan
kepada bahasa Sanskrit iaitu Bharata-
Varsha atau Bhrarata-Khanda
bersempena nama seorang pemerintah
India ketika itu iaitu Bharata.
SEJARAH TAMADUN INDIA

• Sejarah kemunculan Tamadun India boleh


dikategorikan kepada tiga peringkat iaitu;
zaman awal, zaman pertengahan dan
zaman moden.
1) Zaman Awal dalam sejarah Tamadun India
boleh dipecahkan kepada zaman-zaman
berikut; Zaman Pra Sejarah, Tamadun
Lembah Indus, Zaman Vedik, Empayar
Maurya, Empayar Gupta, Zaman Sangam,
Zaman Pallava dan Zaman Chola.
2) Zaman pertengahan adalah zaman
gemilang bagi umat Islam. Dalam tempoh
ini, Islam memerintah India selama hampir
800 tahun dan bilangan umat Islam
meningkat kepada 150 juta orang. Islam
berjaya meletakkan batu asas
pemerintahannya pada abad ke 8M.
melalui Muhammad Al-Qasim yang telah
berjaya membuka wilayah Sind pada tahun
706M./ 87H.
3) Zaman moden terkenal sebagai zaman
penjajahan apabila datangnya penjajah
British pada tahun 1857 membawa
berlakunya pembahagian bumi India
kepada tiga buah negara (India, Pakistan
dan Bangladesh). Rentetan daripada itu,
sebahagian besar daripada umat Islam
kemudiannya berpindah ke Pakistan dan
Bangladesh. Manakala sebahagian kecil
daripadanya masih terus menetap di
negara India (baru).
KONSEP TAMADUN INDIA

• Tamadun India merangkumi dua


bahagian utama benua kecil
india iaitu Indo –Arya yang
berpusat di India Utara dan
Dravida yang berpusat di India
Selatan
WILAYAH TAMADUN INDIA
1) KEDUDUKAN GEOGRAFI
• Benua kecil India terletak di
antara Lautan Hindi dengan
Pergunungan Himalaya. Wilayah
ini meliputi kawasan seluas
2,534,175 kilometer persegi iaitu
lebih kurang sama dengan
keluasan seluruh Eropah kecuali
Rusia
2)MASYARAKAT INDO ARYA
• Masyarakat Indo-Arya
berbahasa Sanskrit iaitu bahasa
utama dalam kumpulan bahasa-
bahasa Indo-Arya. Empat buah
Veda iaitu Rig, Yajur, Sama dan
tharva adalah karya-karya puisi
yang berbentuk mantera atau
mazmur yang menjadi pegangan
kuat bagi masyarakat ini
3)MASYARAKAT DRAVIDA
• Masyarakat Dravida berbahasa
Tamil yang merupakan asas
untuk semua bahasa Dravida.
Kepercayaan, pemikiran serta
amalan masyarakat ini adalah
berasaskan ajaran mazhab
Saivisme dan Vaisnavisme yang
banyak dibicarakan dalam puisi
klasik Sangam
MASYARAKAT DAN BUDAYA
1) Sistem keluarga
2) Sistem Kasta dan sistem jati
3) Kedudukan Wanita
4) Bahasa dan Kesusasteraan
5) Nilai-nilai murni
1) Sistem Keluarga
• Sistem keluarga tamadun India dipelihara
oleh dua aspek iaitu Ashrama Dharma dan
Purusartha.
• Ashrama Dharma melalui empat tahap
iaitu:
i) Brahmacharya : Mempelajari ilmu
pengetahuan
ii) Grihasta : Berumah tangga dan
bekerja
iii) Vanaprasta : Bertapa dan bebaskan
diri dari duniawi
iv) Sannyasa : Sebar ilmu kepada
masyarakat
• Purusartha pula adalah empat
objektif mulia dalam kehidupan
yang harus diamalkan manusia
iaitu:
i) Aram/ Dharma : Kepatuhan kepada moral
dan etika
ii) Porul/ Artha : Bekerja untuk kekayaan
yang halal
iii) Inbam/ Kama : Cinta atau kasih sayang
& kepuasan menikmati harta benda
iv)Moksha/ Vidu : Kesempurnaan rohani
hasil bebas diri dari duniawi
2) Sistem Kasta dan Sistem Jati
Sistem ini membahagikan masyarakat
kepada lima kelas sosial seperti berikut:

i. Brahmin : golongan pendidik ,


intelek dan ahli agama
ii. Kshatriya :pemerintah, pentadbir
dan tentera
iii.Vaisya : pedagang dan peniaga
iv. Sudra : buruh dan petani
v. Panchama : golongan murtad dan
dibuang daripada varna
Sistem Jati pula ialah satu sistem
yang berasaskan kesatuan sekerja
dan tidak mempunyai hierarki sosial.
Sistem ini wujud pada zaman Veda
kemudian (1000 S.M – 500 S.M)
bertujuan untuk menjaga kebajikan
ahlinya apabila pemerintahan pusat
mengalami kemerosotan dan tidak
mampu menjamin keselamatan
rakyatnya.
3) Kedudukan wanita

i- Dalam Masyarakat Indo-Arya


- Pada zaman Veda Awal (1500 S.M – 1000
S.M), kaum wanita dihormati dan diberikan
kebebasan serta kesaksamaan seperti
kaum lelaki
- Namun begitu, pada zaman Veda
Kemudian (1000SM-500SM) dan
selepasnya didapati kedudukan kaum
wanita merosot dan banyak sekatan
dikenakan ke atas mereka
ii)Dalam Masyarakat Dravida
- Pada Zaman Sangam (kurun ke-3SM-
kurun ke-3 TM), kaum wanita telah
diberikan kedudukan yang tinggi dalam
masyarakat India Selatan
- Sifat keibuan yang ada pada mereka
dihormati, disanjung dan dianggap sebagai
suatu nilai yang mulia
- Akhirnya, kedudukan kaum wanita mulai
mengalami kemerosotan selepas Zaman
Sangam. Masalah kemerosotan ini dapat
diatasi atau dipulihkan semula selepas
kedatangan dan pertapakan kuasa
penjajah khasnya kuasa British di India
4) Bahasa Dan Kesusasteraan
i- Kumpulan Bahasa
- Di negara India, terdapat lebih kurang 325
bahasa dan 750 loghat tetapi hanya 14
bahasa utama diperakui menurut
perlembagaan
- Bahasa-bahasa tersebut dan peratus
penggunaannya ialah bahasa Hindi (30%),
Telugu (9%), Bengali (8%), Marathi (8%),
Tamil (7%), Urdu (5%), Gujarati (5%),
Kannada (4%), Malayalam (4%), Punjabi
(3%), Assam (2%), Oriya (1%), Kashmiri
(1%) dan lain-lain (13%).
ii- Kesusasteraan
-Terdapat dua jenis kesusasteraan
iaitu kesusasteraan Sanskrit dan
Kesusasteraan Dravida.
i- kesusasteraan Sanskrit (Indo-
Arya)
- Kesusasteraan Sanskrit boleh
dibahagikan kepada dua
bahagian iaitu kesusasteraan
Vedik dan kesusasteraan Epik
ii- Kesusasteraan Dravida
(Dravida)
- Dalam keluarga bahasa Dravida,
terdapat empat bahasa utama
iaitu bahasa Tamil, Telugu,
Malayalam dan Kannada yang
memiliki tradisi kesusasteraan
yang kaya
5) Nilai-nilai Murni
- Antara nilai-nilai yang dianggap murni dalam tamadun
India ini ialah Dharma, Kepercayaan Kepada Tuhan,
Karma, Ahimsa, Satya dan Perpaduan
i- Dharma
- Iaitu suatu elemen yang dijadikan sebagai pengukur
kepada kewujudan sifat benar dalam diri individu dan
masyarakat.
- Elemen ini dapat dibuktikan kewujudannya apabila
individu dan masyarakat berkenaan berjaya mencapai
tahap tertinggi kepatuhan terhadap tuntutan Ashrama
Dharma (Empat peringkat kehidupan iaitu
Brahmacharya, Grihasta, Vanaprastya dan Sannyasa)
yang biasanya seseorang boleh mencapainya melalui
proses Purusartha (Empat objektif mulia iaitu Aram,
Porul, Inbam dan Moksha).
ii- Kepercayaan Kpd Tuhan
- Kepercayaan kepada satu entiti yang
melampaui batasan pemikiran dan
kesedaran manusia merupakan asas
sistem pemikiran agama orang-orang
Hindu.
- Dalam tamadun India kita dapat lihat
setakat manakah konsep ketuhanan itu
penting dengan merujuk kepada tradisi
falsafah mereka sejak Zaman Vedik.
iii- Karma
- Prinsip karma yang merujuk kepada jumlah
perbuatan, ucapan, pemikiran dan tindakan
seseorang dalam kehidupan ini akan
menentukan kedudukannya dalam kelahiran
semula
- Perbuatan yang baik membantu seseorang
individu mengumpulkan punya karma dan
perbuatan sebaliknya menyebabkan
pengumpulan pava karma
iv- Ahimsa
- Ahimsa yang bermaksud tidak melakukan
kekejaman, merupakan satu lagi prinsip asas
yang dtekankan oleh ajaran Upanishad,
Buddhisme dan Jainisme
- Unsur positif yang terdapat di sebalik prinsip
ini ialah keadilan, kedamaian, simpati,
pemurah, kasih sayang dan menggalakkan
seseorang berjuang mengekalkan peraturan
dan undang-undang.
v- Satya
- Satya bererti pengetahuan benar yang
merangkumi kebaikan, keadilan, tindakan
yang benar, ucapan dan pemikiran yang
benar dan juga realiti mutlak atau Tuhan
- Dalam perjuangan untuk mencapai
kemerdekaan, Mahatma Gandhi telah
menggunakan satya sebagai senjata sosial
dan politik
vi- Perpaduan
- Negara India mengandungi masyarakat
daripada pelbagai kaum dan agama, dan
adalah penting kepada kerajaan untuk
menggalakkan hubungan erat dan
keharmonian masyarakat
- Sebagai contoh, Kerajaan-kerajaan Muslim di
India, pada zaman pemerintahan Turko-
Afghan yang mendirikan kesultanan Delhi
mahupun pada pemerintahan Mughal,
pegawai-pegawai yang dilantik adalah
berdasarkan kebolehan dan bukan
berdasarkan agama mereka. Pelantikan
seperti ini membantu pentadbir mewujudkan
hubungan erat dengan masyarakat Hindu.
Agama Dalam Tamadun India
1) Agama Hindu
- Hinduisme tidak mempunyai pengasas dan
tidak memiliki institusi agama yang bersifat
pusat untuk mengetuai segala pengikut
agama ini di seluruh dunia.
- Nama asal agama Hindu ialah Sanata
Dharma bererti prinsip ataupun peraturan
kerohanian yang kekal abadi seperti juga
sifat Tuhan yang kekal abadi.
- Bukti terawal mengenai agama Hindu
ditemui dalam tamadun Lembah Sungai
Indus yang berusia lebih kurang 4 000 tahun
- Penemuan bukti-bukti arkeologi di Lembah
Sungai Indus seperti patung-patung (yang
menandakan konsep Dewi ibu), sebuah
mohor (yang menandakan penyembahan
Dewa Shiva yang awal), objek-objek yang
berbentuk seolah-olah seperti Shiva-Linga
dan kolam permandian yang digunakan untuk
tujuan kerohanian
- Kepercayaan yang dipegang oleh penganut
agama Hindu pada hari ini sebenarnya
adalah hasil daripada perkembangan
kerohaniah
- Peringkat perkembangan kerohaniah ini ialah:
i- Politeisme: memperlihatkan orang Indo-Arya
memuja unsur-unsur alam semula jadi seperti
api, angin, pokok, sungai dan sebagainya
ii-Henoteisme: memperlihatkan kepercayaan
politeisme semula jadi mengalami proses
perubahan dan wujudlah fikiran bahawa
pelbagai dewa- dewi memiliki beberapa sifat
yang sama
iii-Monoteisme: merupakan kepercayaan
bahawa terdapat satu kuasa agung yang
bertanggungjawab menggerakkan duniawi
iv-Monisme: menyatakan bahawa segala
sesuatu di dunia ini berasal dari satu sumber
yang kewujudannya boleh dirasai di mana-
mana sahaja. Sumber itu tidak bersifat pusat
sebaliknya tersebar ke seluruh dunia

- Manakala Falsafah Vedik pula sangat


mementingkan lima konsep yang saling
berkaitan antara satu sama lain iaitu
Brahman, Atman, karma, samsara dan
moksha.
- Brahman menandakan Tuhan yang dibincangkan
sebagai satu prinsip yang menyelubungi segala-
galanya (roh duniawi).
- Atman ialah roh individu dalam badan manusia yang
bertujuan untuk diserap ke dalam roh dunia
Brahman.
- Karma merupakan perbuatan, pemikiran dan
pertuturan yang dilakukan oleh individu dalam
sesuatu kehidupan dan akibat yang akan dialami
dalam kehidupan akan datang.
- Samsara ialah lingkaran kelahiran dan kematian
yang dilalui oleh Atman.
- Akhir sekali, moksha ialah pelepasan daripada
kehidupan duniawi dan penyatuan dengan Brahman.
- Secara umumnya, terdapat lima prinsip
utama dalam agama Hindu iaitu:
 
i- Kewujudan Tuhan yang tunggal
ii- Manusia itu suci
iii- Perpaduan melalui percintaan
iv- Harmoni agama; dan
v- Pengetahuan tentang sungai yang
suci, kitab yang suci dan mantera yang
suci.
- sepuluh displin yang bersifat sejagat yang
diamalkan dalam agama Hindu ini iaitu kejujuran
(satya), kesederhanaan (ahimsa), tidak berzina
(brahmacharya), tidak merompak (asteya),
kesucian (aparigraha), kebersihan (ahaucha),
kepuasan (santosh), mengkaji kitab (swadhyaya),
penjimatan (tapas) dan doa (pooja)
2) Agama Buddha
- Agama Buddha diasaskan oleh Siddharta
Gautama ( 563- 483 S.M), putera Raja
Suddhodana Gautama, daripada suku bangsa
Shakya di India.
- Semasa berumur 29 tahun, Siddharta Gautama
menerima kesedaran setelah bertapa buat sekian
lama di bawah pokok Bodhi dan kemudiannya
dikenali sebagai Buddha.
- Buddha berasal daripada perkataan Sanskrit “
budh ” yang bermaksud “ yang mendapat
kesedaran’’.
- ajaran Buddha merupakan ajaran-ajaran psikologi
dan etika yang berhubung kait dengan kehidupan
• Ajaran Buddha yang mengutamakan Dhamma
(bahasa Pali) atau Dharma (bahasa Sanskrit)
merangkumi Empat Kebenaran Mulia iaitu:

i- Penderitaan itu universal (dukkha)


ii- Ada punca segala penderitaan (dukkha
samudaya)
iii- Penderitaan itu boleh diatasi (dukkha nirodha)
iv-Ada cara untuk mengatasi penderitaan (dukkha
nirodha marga)
•  
- Ajaran Buddha mengesyorkan Lapan Jalan Mulia
utk mcapai Nirvana iaitu:

1-Pandangan yang betul (kefahaman)


2-Aspirasi yang betul (cita-cita)
3-Pertuturan yang betul (komunikasi)
4-Kelakuan yang betul (aksi)
5-Kehidupan yang betul (sara hidup)
6-Usaha yang betul (daya usaha)
7-Minda yang betul (mental)
8-Konsentrasi yang betul (meditasi)
3- Agama Jaina
- Agama ini diasaskan oleh Nataputta
Vardhamana yang digelar sebagai Mahavira
(pahlawan besar).
- Beliau merupakan anak lelaki seorang
bangsawan yang sudah bosan dengan
kemewahan dan hiburan serta hidup yang
berfoya-foya.
- Justeru beliau mula mengasingkan diri mencari
satu jalan kebenaran dan mula mengasaskan
ajaran Jaina ini.
- Agama Jaina mempunyai banyak persamaan
dengan ajaran-ajaran Upanishad dan
Buddhisme.
- Agama ini mementingkan undang-undang
sebab dan akibat yang dipercayai menentukan
kelahiran semula roh-roh individu.
- Ini menunjukkan konsep karma dan samsara
yang terdapat dalam Upanishad amat penting
kepada agama Jaina
Ajaran Mahavira ini mengandungi 9 prinsip iaitu:
1- jiva (roh terdapat dalam semua benda, yang
bergerak dan bernyawa termasuk tumbuhan dan
ia adalah kekal abadi)
2- Ajiva (benda-benda yang tidak bernyawa);
3- Asrava (daya penarik);
4- Papa karma (dosa, hasil perbuatan yang jahat);
5- Punya karma (pahala, hasil perbuatan baik);
6- Bandha (ikatan roh dengan keinginan dan
kejahilan);
7- Samvara (menahan pengaliran karma);
8- Nirjara (penghapusan karma); dan
9- Siddhi (pelepasan dari kelahiran semula)
4) Agama Sikh
- Agama Sikh diasaskan oleh Guru Nanak (1469-
1539) yang merupakan seorang Kshatriya Hndu
yang dilahirkan di Punjab.
- Beliau telah mengambil ciri-ciri Hindu dan Islam
dalam merangka ajarannya.
- Hal ini dikaitkan dengan pengaruh persekitaran di
tempat kelahiran beliau, di mana kehidupan
masyarakat Hindu dan Islam bersatu di bawah
pengaruh Sufisme yang kuat
- Mesej Guru Nanak dalam ajarannya menyentuh
kod moral dan kerohanian serta semangat
kemanusiaan tanpa mengira latar belakang
agama, bangsa dan gender dalam masyarakat.
- Kepercayaan yang utama ialah mengenai
kewujudan Tuhan yang satu, iaitu bersifat
nirankar (tidak berbentuk), abadi, amat berkuasa
dan manusia tidak dapat menghuraikannya.
- Penganut Sikh percaya bahawa Tuhan wujud di
mana-mana jua dan Tuhan sajalah yang memiliki
segala sifat kesempurnaan.
- Penganut Sikh menyebut nama Tuhan dengan
perkataan Waheguru bermakna “Tuhan yang
menakjubkan”
- Antara ciri-ciri Islam yang terkandung dalam
ajaran agama Sikh ialah menolak penggunaan
patung sebagai gambaran Tuhan yang
transendental dan Tuhan adalah kuasa terkuat
yang memberi kurnia menurut kehendaknya.
- Ciri Hinduisme juga terdapat dalam agama Sikh
ini seperti konsep kelahiran semula atau dikenali
sebagai Reinkarnasi di dalam agama Hindu,
maya, karma dan guru.
- Selain itu, agama ini menekankan bahawa
perkara-perkara seperti kekayaan,
pertalian keluarga, pelajaran, sifat
sombong dapat mengalih perhatian
daripada kesedaran Tuhan dan mestilah
ditolak.
- Bagi mencapai Tuhan, seseorang itu
perlulah menyerahkan dirinya kepada
Tuhan dengan gembira dan perlulah
dipandu oleh seorang guru. Menurut ajaran
Sikh, bacaan dan upacara merupakan
perkara penting bagi mencapai Tuhan
SUMBANGAN TAMADUN INDIA
- Pencapaian dan sumbangan yang telah
dilakukan oleh tamadun India terbahagi
kepada dua iaitu pencapaian dalam bidang
seni dan pencapaian dalam bidang sains

i- Pencapaian Dalam Bidang Seni


1)Seni Halus (Muzik, Tarian & Drama)
2) Seni Bina dan Seni Ukir
3) Seni Lukis

ii-Pencapaian Dalam Bidang Sains


1) Matematik
2) Astronomi dan Kalendar
3) Fizik
4) Kimia
5) Logam
6) Perubatan
i) Pencapaian Dlm Bidang Seni
1) Seni Halus
Muzik
- Seni muzik India dalam irama dan melodi lebih
mudah difahami dengan melihat kepada
istilah-istilah berikut:
i. Tala ialah corak metrik yang menjadi asas
teori irama.
ii. Raga ialah corak melodi yang menjadi
asas teori melodi.
Muzik India menggunakan 4 kategori alat iaitu:
i. Tala iaitu tali.
ii. Avanaddha iaitu dram.
iii.Ghana sama ada solid atau ideophone.
iv.Surira iaitu angin.

- Tamadun India juga mempunyai teks muziknya


yang tersendiri. Teks asas seni muzik India
ialah Natya-sastra dan Sanggita Ratnakara
Tarian
- Tamadun India memperlihatkan hubungan yang erat
dan harmoni antara seni muzik dengan tarian.
Contohnya ialah tarian kathak dan muzik India utara.
Teks tarian tamadun India yang popular ialah Natya
Sastra yang dihasilkan antara abad ke 2 hingga 6M.
- Teks ini membicarakan tentang drama, cara dan teknik
mengatur pentas, bahasa persajakan, emosi dramatik
dan lain-lain lagi.
- Pelbagai jenis tarian yang terdapat di dalam tamadun
India. Yang popular ialah Bharata Natyam, Katakkali,
Kathak, Manipuri dan lainnya.
- Ciri utama yang membezakan tarian dari tamadun India
dari tarian tamadun-tamadun yang lain ialah
penggunaan mudra iaitu simbol tangan.
Drama
- Ciri drama awal di dalam tamadun India
gabungan antara tarian, lakonan dan muzik.
- Ia mempunyai teks yang tersendiri iaitu Natya
Sastra.
- Teks ini memainkan peranan yang penting
dalam memperkembangkan drama. Ia
membincangkan tentang seni bina teater,
konvensi-konvensi pentas, teknik produksi,
persembahan para artis dan sebagainya.
- Drama di dalam tamadun India mempunyai
tujuannya yang tersendiri iaitu untuk
memberikan hiburan seperti drama Sakunala,
Mudraraksaaa dan Marcchakatika.
- Terdapat beberapa jenis drama di dalam
tamadun India seperti drama falsafah dan
dramatik yang dipersembahkan untuk
beberapa hari.
- Drama dari jenis ini yang popular ialah
Mattavilasa yang mengambil masa selama 18
hari untuk dipersembahkan.
2) Seni Bina dan Seni Ukir
- Tamadun India merupakan salah satu
tamadun yang memperlihatkan kecemerlangan
dan keunggulan dalam seni bina.
- Seni ini mencapai kegemilangannya di zaman
dinasti Maurya. Ia melambangkan ketinggian
kemahiran dan kehalusan pertukangan batu
dalam tamadun India.
- Seni bina India pada keseluruhannya
memperlihatkan adunan antara seni
bina India (Hindu) dan Parsi (Islam).
- Buktinya terdapat kuil-kuil Hindu yang
meminjam seni bina Parsi seperti Kuil
Dewa Govinda.
- Sebaliknya istana Diwani-Am iaitu
pejabat pemerintah Akhbar di dalam
istana, seni binanya mengikut tradisi
Hindu
- Pada zaman Muslim (Islam) di India,
kombinasi gaya Parsi (Islam) dan Hindu
berkembang dalam bidang seni bina dan seni
ukir.
- Tiang Asoka merupakan contoh terbaik
kemegahan seni bina dan seni ukir India.
Bangunan kuil dewa Govinda , istana Fathpur
(zaman Akhbar), Taj Mahal dan Jami
masjid(1644-1658) yang dibina semasa zaman
Shah Jahan merupakan contoh terbaik yang
menunjukkan gaya seni bina dan ukir Indo
Parsi.
3) Seni Lukis
- Kesusasteraan India awal menunjukkan
bahawa bidang seni lukis India mencapai
kemajuan pada zaman tersebut.
- Dinding Istana dan ruang dalaman rumah
golongan berada dihiasi dengan lukisan-lukisan
yang menarik. Kebanyakkan kuil gua (Cave
Temples) India dihiasi dengan lukisan bersifat
agama.
- Para pelukis mendapat ilham daripada epik
klasik India seperti Ramayana dan
Mahabharata. Gua Ellora, Badami dan Bagh
adalah contoh terbaik bagi lukisan bersifat
agama. Walaupun tujuan utama lukisan Gua
Ajanta adalah agama tetapi ianya turut
memuatkan unsur-unsur lukisan bersifat
sekular
ii) Pencapaian dlm bidang Sains
Tamadun India telah mencapai kegemilangan dlm pelbagai
bidang seterusnya memberikan sumbangan yang besar kpd
peradaban dunia, seperti :
1. Matematik :

a.Geometri:
- Digunakan dlm upacara keagamaan seperti upacara
pengorbanan.

b.Algebra:
- Mempunyai algebra sehingga mereka dpt
membezakan diantara no.abstrak dgn nombor kuantiti
objek @ keluasan ruang. Cth:utk mencipta cara kiraan
algebra mrk menggunakan nombor asas dgn simbol 0
hg 9.
c.Angka sifar :
– Tamadun India jg memperkenalkan angka
sifar.
– Dpt dilihat dlm transkrip awal India yg ditemui
di Gujerat thn 595 m membuktikan bhw
tamadun India tlh menggunakan simbol
Yunani, Romawi & Hebrew.

d.Karya Matematik:
– mewariskan karya matematik iaitu Bakshali &
Aryabhatiya y menggunakan nombor dlm cara
10 angka.

e.Perpuluhan matematik:
– Tlh mencipta sistem perpuluhan matematik.
– Ciptaan mereka tlh diambil oleh org arab.
– Bukti : ilmu matematik dinamakan oleh orang
Arab sbg Hindisat.
2. Astronomi & Kalendar :
a.digunakan utk menentukan masa
upacara pengorbanan.
b.kalendar matahari dicipta utk
mengenal musim, tahun, bulan & hari.
c.bidang Astrologi sgt berkembang di
zmn Gupta. 9 planet & 27 bintang
dipercayai dpt mempengaruhi
kehidupan manusia
3. Fizik :
– Perkembangan tamadun India sgt
berkait rapat dgn agama & teknologi,
antaranya:
a.konsep jirim lahir bukan berdasarkan
kpd eksperimen ttp berasaskan kpd
institusi logik akal.
b.alam semesta dijlskan oleh tamadun
India mempunyai lima elemen iaitu
tanah, angin, api, air & angkasa.
Semua unsur alam adalah bercirikan
atom.
c.ilmu atom dlm tamadun india lbh tulen
4. Kimia :
a.tamadun india menghasilkan ubat
bertujuan utk memanjangkan usia,
membuat racun dsbgnya.
b.penciptaan beberapa bhn alkali
utama, asid & garam logam dihasilkan
melalui proses kimia perubatan.
c.ubat bedil juga dihasilkan melalui
proses yg mudah seperti pembakaran
& penyulingan.
5. Logam :
– Tamadun India sgt mementingkan
bahan besi dlm seni bina seperti :
a.tamadun India memperlihatkan
kemahiran yg tinggi dlm pertukangan
besi. Cthnya blh dilihat dgn jelas pd
tiang besi di Delhi dlm abad ke 5m. Ia
merupakan batang besi setinggi 7
meter. Kelebihannya ialah tahan karat.
b.barangan keluaran tamadun India
mendapat pengiktirafan drp tamadun
lain seperti tamadun Romawi & Asia
Barat
6. Perubatan :
a.sejak zaman Veda lg tamadun India
mempunyai kemahiran dlm bidang perubatan.
Bagi mereka ilmu perubatan merupakan ilmu
sihir.
b.perkembangan bidang fisiologi,
pembedahan, seni pernafasan, reproduksi
mausia, farmakologi & veterinari tlh berlaku sjk
zmn sblm masihi lg.
c.karya perubatan tlh byk dihasilkan cth
Caraka yg dihasilkan pd abad 1-2m & Susruta
yg dihasilkan dlm abad ke-4m. Karya ini
dikatakan setanding dgn karya perubatan
Hippocrates & Galen dr Yunani.
IMPAK KEDATANGAN ISLAM TERHADAP TAMADUN INDIA

- Kedatangan agama Islam ke benua kecil India


meninggalkan kesan yang begitu mendalam dan
besar kepada masyarakat dan tamadun India
- Pelbagai sumbangan yang telah diberikan oleh
para pemerintah dan cendekiawan Islam dalam
membangunkan India.
- Antara perkara yang menonjol ialah sumbangan
mereka dalam bidang ilmu pengetahuan dan
bidang seni khususnya seni bina dan seni ukir.
i) Ilmu Pengetahuan
- banyak masjid dibina oleh pemerintah seperti
Muhammad bin Qasim, Mahmud Gaznawi dan
Muhammad Ghori bagi dijadikan pusat
penyebaran dan percambahan ilmu
pengetahuan
- Sultan Shahabuddin Aibak merupakan penaung
bagi kegiatan intelektual dan menggalakkan
perkembangan ilmu pengetahuan pada
zamannya
- Sewaktu pemerintahan kerajaan Moghul juga,
pusat tamadun dan intelektual wujud di merata
tempat seperti di Agra, Delhi, Lahore, Gujerat,
Ahmadabad dan lain-lain.
ii) Bahasa
- Muncul satu bahasa iaitu Zaban-e-Hindawi
atau Urdu.
- Bahasa ini mempunyai nahu Prakrit dengan
perbendaharaan kata Parsi, Arab, dan Turki.
Ia ditulis dengan skrip Arab tetapi diubah
untuk mewakili bunyi bukan Arab.
- Bahasa Urdu di kawasan-kawasan lain
disebut Urdu Dekani dan Urdu Lucknowi,
tetapi yang menjadi dominan ialah Urdu
Kerajaan Moghul.
- Bahasa ucapan disebut Hindustani dan
contoh perbendaharaan kata Urdu ialah wajib
dan munsyi.
- Masyarakat Islam di India aktif menerbitkan majalah-
majalah dan akhbar dalam Bahasa Urdu. Antaranya
ialah:

1- Majalah al-Ma’arif yang diterbitkan oleh Darul


Mushannifin di kota Azamgarh. Majalah ini diterbitkan
sejak tahun 20an sehingga kini.
2- Majalah al-Hilal yang diterbitkan di Calcutta oleh
Maulana Abu Kalam Azad dan kawan-kawannya.
3- Majalah Ta’mir Hayat yang diterbitkan oleh Nadwatul
Ulama Lucknow: merupakan majalah yang
memuatkan rencana ilmiah dan perkembangan di
dalam dunia Islam.
iii) Seni Bina dan Seni Ukir

- Kesenian tempatan India khususnya dalam bidang


seni bina dan seni ukir sedikit sebanyak telah
dipengaruhi oleh seni bina dan ukir Islam.
- Seni bina berunsur Islam wujud sejak pemerintahan
awal kerajaan Islam di India seperti dalam zaman
Moghul. Antara bangunan yang dibina oleh mereka
ialah masjid-masjid, istana-istana dan sebagainya.
- Pembinaan dasar menunjukkan sepenuhnya ciri-ciri
seni bina Islam tetapi kerja-kerja pengindahan sesuatu
bangunan banyak melibatkan ciri-ciri Hindu. Ini jelas
digambarkan pada bangunan yang dibentuk dan
dibina pada zaman Babur dan Humayun.
KESIMPULAN
• Secara kesimpulannya, antara kesan yang
ditinggalkan oleh pengaruh Hindu ialah :

i- Penggunaan dan pengamalan dalam sistem


pembomohan;jampi serapah seperti Jampi
pengasih dan mengubat pesakit
ii- Hiburan tradisi masyarakat Melayu seperti
wayang kulit, makyong dan menora
iii-Sistem pemerintahan, terkesan di kalangan
golongan bangsawan seperti istilah negara,
negeri, raja yang disamakan dengan konsep
Devaraja atau pemerintah yang sama
kedudukannya dengan dewa-dewa yang
dianggap sebagai wakil tuhan di dunia.
iv-Undang-undang, berpakaian, senjata dan
warna kuning
v-Adat istiadat seperti adat melenggang perut,
menindik telinga, acara majlis perkahwinan
seperti sirih pinang, beras kunyit dan berinai.
vi-Dalam bahasa dan sastera pula terdapat
beberapa istilah yang masih digunapakai
seperti guru, sembahyang, dewa, dewi, dosa,
siksa, syurga, neraka, dunia dan lain2.

You might also like