You are on page 1of 7

BIMBINGAN & KAUNSELING

KEMAHIRAN ASAS KAUNSELING


KEMAHIRAN MEMBERI TINDAK BALAS
David Jaibi, Mohd Khairul Patolga,
Mohd Solehan Sedik, Ghouse Raqib Ibrahim
KEMAHIRAN MEMBALAS (RESPONDING)

Membalas kata-kata merupakan suatu kelebihan kepada manusia. Dengan membalas kata-kata,
manusia dapat mewujudkan hubungan yang baik antara satu dengan lain. Tujuan utama seseorang
bertindak balas ke atas kata-kata orang lain adalah untuk menggalakkan penglibatan masing-
masing di dalam perbualan itu.

Secara umumnya kemahiran membalas terdiri daripada


Kemahiran penstrukturan

Dorongan minima

Kemahiran mendengar

Contoh :
 
Klien : “Saya nak bincang masalah keluarga saya…”
Kaunselor : “Hmmm… silakan”
Klien :”Saya tidak tahu apa yang berlaku dalam hidup saya.”
Kaunselor : (angguk).
1. KEMAHIRAN PENSTRUKTURAN

Matlamat Penstrukturan – untuk menyediakan nada dan


struktur sesi perundingan yang bakal dilaksanakan. Antara
perkara-perkara yang disentuh adalah seperti berikut:-

 Peranan kaunselor – Mendengar, memahami dan membantu


perkara yang dibawa oleh klien untuk dirundingkan.
 Peranan klien – Menceritakan dengan bebas dan memilih tajuk
perundingan (tajuk adalah pilihan klien kecuali klien yang
dirujukkan enggan memilih tajuk perundingan.
 Jangka masa – Lama masa disediakan untuk perundingan
ialah 30 minit atau 45 minit.
 Etika – Peraturan dan perkara-perkara rahsia akan tetap
dirahsiakan oleh kaunselor.
2. DORONGAN MINIMA

Ishammuddin Hj. Ismail (1999) menjelaskan tujuan melakukan


mendorong minima;
 kaunselor memberi perhatian
 menolong penerokaan kendiri klien
 supaya klien terus bercakap
 mempengaruhi arus perbualan

• Dorongan Minima – antara contoh dorongan minima ialah seperti


menganggukkan kepala, menggunakan separa bahasa contohnya dengan
berkata: Mmm! Mmm! , Hmm! Hmm!, menunjukkan wajah yang tenang dan
memberikan senyuman (jika perlu).

• Tujuannya adalah :- memberangsangkan klien untuk terus bercerita,


menunjukkan kaunselor mendengar dan menunjukkan kaunselor faham dan
mengikut apa yang sedang diperkatakan oleh klien.
3. KEMAHIRAN MENDENGAR

MENDENGAR :-
- Isi kandungan yang diperkatakan.
- Perasaan yang dilahirkan melalui tingkah laku tanpa lisan dan perasaan yang
dinyatakan.

MENDENGAR ISI
Memahami tema perbincangan:
- Memberikan tumpuan secara fizikal dan mendengar segala petanda yang dilahirkan oleh
rasa hati klien.
- Memerhatikan klien dan menyediakan diri untuk memahami klien.

MENDENGAR PERASAAN
Perasaan ialah emosi yang dialami pada satu-satu situasi yang dapat digambarkan dengan
perkataan dan tingkah laku.
- Tindak balas secara lisan dan bukan lisan.
- Tingkah laku tanpa lisan seperti kedudukan tubuh badan, anggukkan, pandangan mata,
waja dan penggunaan separa bahasa.
- Kemahiran lisan yang asas iaitu refleksi.
KEMAHIRAN MEMBERI TINDAK BALAS

 Penampilan diri
 Ekspresi muka
 Kontak Mata
 Cara duduk dalam sesi kaunseling
 Pergerakan tangan dan kaki
 Senyuman
 Nada suara
SEKIAN . . .

You might also like