Professional Documents
Culture Documents
Chapter 2 HE
Chapter 2 HE
Matapelajaran Pengajian
Umum (MPU) Subject
HUBUNGAN ETNIK
Pengenalan
• Masyarakat pelbagai etnik, budaya dan agama
merupakan ciri utama di kebanyakan negara pada
hari ini.
• Persaingan dan konflik antara etnik sering berlaku di
negara-negara yang berlatarbelakangkan
masyarakat pelbagai etnik. Namun demikian,
sejarah juga telah membuktikan negara monoetnik
tidak dapat mengelakkan diri daripada kejadian
sedemikian.
• Masyarakat mempunyai kecenderungan untuk
mengkategorikan dan menilai sesuatu kumpulan
masyarakat yang lain berdasarkan pemikiran dan
pemahaman mereka sendiri yang sempit, selain
terpengaruh oleh pelbagai faktor.
i) Pemerintahan
Institusi raja / sultan : Hindu dan Islam
mengukuhkan kedudukan raja.
ETNISITI (ETHNICITY)
Rasa kekitaan sesuatu kumpulan etnik tertentu kerana anggotanya
merasa disatukan dengan satu sejarah, nilai, sikap dan tingkah
laku yang sama.
ETNOSENTRISME (ETHNOCENTRISME)
Kepercayaan atau rasa bangga dalam kalangan anggota
sesebuah etnik bahawa budaya dan etnik mereka jauh lebih baik
dan hebat daripada kelompok lain.
RASISME (RACISME)
Pandangan, pemikiran atau kepercayaan negatif oleh sesuatu
kelompok sosial terhadap sesuatu kelompok lain berdasarkan ciri-
ciri fizikal dan biologi semata-mata.
STEREOTAIP (STEREOTYPE)
Kenyataan umum yang positif atau negatif terhadap sesuatu
kumpulan etnik atau gambaran berlebih-lebihan tentang
sesuatu perlakuan baik atau buruk sesuatu kumpulan etnik.
Contoh : Orang Melayu bersikap peramah, orang Cina
pandai Matematik dan orang India juara dalam lumba
maraton.
DISKRIMINASI (DISCRIMINATION)
Layanan buruk sesuatu kumpulan etnik terhadap kumpulan
etnik lain. Dipengaruhi oleh pandangan, pemikiran dan
kepercayaan negatif seseorang terhadap etnik lain.
Contoh : Kebanyakan syarikat swasta mengambil
graduan bangsa Cina untuk bekerja dengan mereka
berbanding bangsa Melayu.
MASYARAKAT (SOCIETY)
Kumpulan manusia yang hidup bersama-sama di
sesuatu tempat dengan aturan dan cara tertentu.
BANGSA (RACE)
Jenis manusia daripada satu asal keturunan atau
kumpulan manusia dalam satu ikatan ketatanegaraan.”
CIRI-CIRI
MASYARAKAT
2. Melahirkan kebudayaan
Tiada masyarakat maka tiadalah budaya dan
sebaliknya.
Budaya itu pula diwarisi dari generasi ke generasi
berikutnya dengan proses penyesuaian.
Prepared by: Mohamad Badrul adzham
Matapelajaran Pengajian
Umum (MPU) Subject
3. Mengalami perubahan
Suatu perubahan terjadi kerana faktor-faktor yang
berasal dari masyarakat itu sendiri.
4. Berinteraksi
Masyarakat berhubung dan bekerjasama di antara
ahli dan ini akan mencetuskan interaksi.
Interaksi ini boleh berlaku secara lisan atau tidak.
5. Terdapat Kepimpinan
Pemimpin terdiri daripada ketua keluarga, ketua
kampung, ketua negara dan sebagainya.
Kepimpinan dalam masyarakat Melayu awal, bercorak
tertutup kerana pemilihan berdasarkan keturunan.
KONSEP BUDAYA
Cara hidup orang ramai termasuk pemikiran,
nilai kepercayaan, pandangan dan tabiat
berfikir serta cara perlakuan manusia yang
menggerakkan jiwa.
CIRI-CIRI BUDAYA
1. Dipelajari
Budaya tidak lahir secara langsung tetapi
perlu dipelajari dan ia melibatkan banyak
unsur seperti asimilasi dan adaptasi.
2. Dikongsi
Ia bermaksud setiap perlakuan itu diramal
dan didokong oleh sekumpulan manusia.
Tanpa perkongsian, ia hanya menjadi
perlakuan individu dan bukannya perlakuan
masyarakat.
Prepared by: Mohamad Badrul adzham
Matapelajaran Pengajian
Umum (MPU) Subject
3. Diwarisi
Budaya itu diwarisi dari satu generasi ke
satu generasi berikutnya.
Budaya yang diamalkan hari ini adalah
lanjutan daripada budaya terdahulu.
4. Berubah
Tidak ada budaya yang wujud dari dahulu
hingga sekarang tidak mengalami
perubahan.
Perubahan ini dikaji daripada perubahan
bentuk, ciri dan proses yang berlaku.
Prepared by: Mohamad Badrul adzham
Matapelajaran Pengajian
Umum (MPU) Subject
Rumusan
.
Rujukan
.