You are on page 1of 48

Matapelajaran Pengajian

Umum (MPU) Subject


BAB 4
PERLEMBAGAAN PERSEKUTUAN:
TIANG SERI HUBUNGAN ETNIK

Prepared by: Mohamad Badrul adzham


Matapelajaran Pengajian
PENGENALAN Umum (MPU) Subject

• Tiada satu negara memiliki bentuk dan struktur


perlembagaan yang sama.

• Perlembagaan Malaysia terhasil daripada


perjuangan nasionalisme Melayu serta
penglibatan etnik-etnik lain yang berunding
sesama mereka termasuk sultan negeri-negeri
dan pihak British.

• Kepentingan setiap rakyat, negeri dan


kumpulan minoriti diambil kira dan dilindungi
oleh Perlembagaan Persekutuan dan undang-
undang tubuh setiap negeri.

Prepared by: Mohamad Badrul adzham


KONSEP PERLEMBAGAAN Matapelajaran Pengajian
Umum (MPU) Subject

Definisi
 Undang-undang dasar yang menjadi teras
panduan pemerintahan negara.
 Kerangka asas yang membentuk dan
memandu sistem pemerintahan sesebuah
negara.
 Undang-undang tertinggi dan asas kepada
semua undang-undang lain di dalam negara.
 Rujukan tentang aspirasi dan pelan induk
pemerintahan negara.
 Mengawal pemerintah dan yang diperintah
dalam mempertahankan kewujudan dan
kesinambungan negara.

Prepared by: Mohamad Badrul adzham


Perlembagaan Persekutuan
Matapelajaran Pengajian
Umum (MPU) Subject

sepintas lalu
Bertulis
 Mengandungi 15 Bahagian, 183 Perkara
dan 13 Jadual

 Menyentuh bidang kuasa perundangan,


kehakiman dan eksekutif

 Menyentuh juga aspek bahasa, agama,


kewarganegaraan, hak istimewa dan
sebagainya

Prepared by: Mohamad Badrul adzham


Matapelajaran Pengajian
Umum (MPU) Subject

Tujuan Perlembagaan

 Sebagai alat untuk menyelesaikan masalah


 Mengelakkan penyalahgunaan kuasa oleh
pemerintah
 Mewujudkan satu bentuk pemerintahan yang
adil
 Menjamin keamanan dan kestabilan negara

Prepared by: Mohamad Badrul adzham


Konsep Ketertinggian Perlembagaan
Matapelajaran Pengajian
Umum (MPU) Subject

 Ketiga-tiga badan kerajaan iaitu perundangan,


kehakiman dan eksekutif mahupun YDPA
adalah tertakluk kepada Perlembagaan.
Contoh:
Kuasa kehakiman iaitu mahkamah hendaklah
juga dijalankan tertakluk kepada sekatan-
sekatan yang dikenakan oleh perlembagaan

 Perkara 4(1) bahawa perlembagaan Malaysia


adalah undang-undang utama persekutuan dan
apa-apa undang-undang yang diluluskan yang
berlawanan dengan perlembagaan hendaklah
terbatal setakat mana yang berlawanan itu.

Prepared by: Mohamad Badrul adzham


Susunan Perkara-Perkara Dalam Perlembagaan: Matapelajaran Pengajian
Umum (MPU) Subject

Perkara 1 hingga 4
Negeri-negeri, Agama dan Undang-undang bagi 
Persekutuan
Perkara 5 hingga 13 
Kebebasan Asasi
Perkara 14 hingga 22
Kewarganegaraan (Bab 1 – Perolehan Kewarganegaraan)
Perkara 23 hingga 28A
Kewarganegaraan (Bab 2 – Penamatan Kewarganegraan)
Perkara 29 hingga 31
Kewarganegaraan (Bab 3 – Tambahan)
Perkara 32 hingga 37 
Persekutuan (Bab 1 – Ketua utama negara)
Perkara 38
Persekutuan (Bab 2 – Majlis Raja-Raja)

Prepared by: Mohamad Badrul adzham


Matapelajaran Pengajian
Umum (MPU) Subject

Perkara 39 hingga 43
Persekutuan (Bab 3 – Pemerintah)

Perkara 44 hingga 65
Persekutuan (Bab 4 – Badan-badan Perundangan
Persekutuan)

Perkara 66 hingga 68
Persekutuan (Bab 5 – Acara perundangan)

Perkara 69 
Persekutuan Bab 6 – Keupayaan terhadap harta, kontrak
Dan guaman )

Perkara 70 hingga 72

Prepared by: Mohamad Badrul adzham


Matapelajaran Pengajian
Umum (MPU) Subject

Negeri-negeri

 Perkara 73 hingga 79
Perhubungan Antara persekutuan dengan Negeri-negeri
(Bab 1 – Bahagian kuasa-kuasa perundangan)

 Perkara 80 hingga 81
Perhubungan antara Persekutuan dengan Negeri-negeri
(Bab 2 – Pembahagian antara kuasa-kusa pemerintah)

 Perkara 82
Perhubungan antara Persekutuan dengan Negeri-Negeri
(Bab 3 – Pembahagian beban kewangan)

 Perkara 83 hingga 91
Perhubungan antara Persekutuan dengan Negeri-negeri
(Bab 4 – Tanah)

 Perkara 92
Perhubungan antara Persekutuan dengan Negeri-negeri 
(Bab 5 – Pembangunan negara)
Prepared by: Mohamad Badrul adzham
Matapelajaran Pengajian
Umum (MPU) Subject

 Perkara 93 hingga 95
Perhubungan antara Persekutuan dengan Negeri-negeri
(Bab 6 – Tinjauan, nasihat Persekutuan kepada Negeri dan 
pemeriksaan mengenai kegiatan Negeri)

 Perkara 95A hingga 95E


Perhubungan antara Persekutuan dengan Negeri-negeri
(Bab 7 – Majlis Negara bagi Kerajaan Tempatan)

 Perkara 96 hingga 112


Peruntukan-peruntukan Kewangan (Bab 1 – Am)

 Perkara 112A – 112D


Peruntukan-peruntukan Kewangan (Bab 2 – Pemakaian
Bagi negeri-negeri Sabah dan Sarawak)

 Perkara 113 hingga 120 


Pilihanraya

 Perkara 121 hingga 131A 


Perhakiman
Prepared by: Mohamad Badrul adzham
Matapelajaran Pengajian
Umum (MPU) Subject

 Perkara 132 hingga 148


Perkhidmatan Awam

 Perkara 149 hingga 151


Kuasa-kuasa Khas Menentang Perbuatan Subversif dan 
Kuasa-kuasa Darurat

 Perkara 152 hingga 160B


Am dan Pelbagai

 Perkara 161 hingga 161H


Perlindungan Tambahan bagi Sabah dan Sarawak

 Perkara 162 hingga 180


Peruntukan Sementara dan Peralihan

 Perkara 181
Pengecualian bagi Kedaulatan Raja-raja

 Perkara 183 hingga 183


Prosiding Terhadap Yang Di-Pertuan Agong dan Raja-raja

Prepared by: Mohamad Badrul adzham


Matapelajaran Pengajian
Umum (MPU) Subject
SEJARAH PENGGUBALAN
 Hukum Kanun Melaka, Undang-Undang Laut Melaka,
Batu Bersurat Terengganu membuktikan telah wujud
sistem perlembagaan di Tanah Melayu.

 Perlembagaan paling awal dihasilkan di Tanah Melayu


adalah pada tahun 1895 iaitu Perlembagaan Negeri
Johor.

 Dalam perlembagaan tersebut diperuntukkan bahawa


seorang raja hendaklah berbangsa Melayu, berdarah
raja, lelaki dan beragama Islam.

 Undang-undang tersebut tidak boleh disamakan dengan


prinsip perlembagaan moden kerana struktur
masyarakat pada masa dulu berbeza dengan sekarang.

Prepared by: Mohamad Badrul adzham


Malayan Union
Matapelajaran Pengajian
Umum (MPU) Subject

Diperkenalkan pada 1 April 1946


Sebab-sebab Malayan Union diperkenalkan:

1. Menyatukan negeri-negeri dan


meningkatkan kecekapan pengurusan
pentadbiran. Negeri-negeri yang terkandung
dalam NNS, NNMB dan NNMTB disatukan

2. British menyimpan perasaan anti-Melayu


kerana orang Melayu bekerjasama dengan
Jepun dan pengenalan Malayan Union dapat
melemahkan kuasa Raja-Raja Melayu.

3. Mengeksploitasi sumber bahan mentah

Prepared by: Mohamad Badrul adzham


Ciri-ciri Malayan Union.
Matapelajaran Pengajian
Umum (MPU) Subject

1. Semua negeri Melayu kecuali Singapura disatukan


di bawah pemerintahan Gabenor British yang
dibantu oleh Majlis Mesyuarat Persekutuan dan
Majlis Undangan.

2. Singapura dijadikan tanah jajahan berasingan.

3. Kedaulatan raja-raja Melayu dihapuskan kecuali


dalam hal agama Islam dan adat istiadat Melayu
sahaja.

4. Pengenalan prinsip jus soli - Hak kerakyatan yang


sama bagi semua orang tanpa mengambil kira
bangsa dan keturunan. Pengenalan Malayan Union
telah memberikan hak warganegara kepada sesiapa
sahaja yang lahir di Tanah Melayu selepas MU.

Prepared by: Mohamad Badrul adzham


Matapelajaran Pengajian
Umum (MPU) Subject

• Sebab-sebab berlakunya penentangan orang Melayu terhadap Malyan


Union

1. Kuasa Raja-Raja Melayu dilenyapkan.

2. Hak kerakyatan diberikan berdasarkan prinsip jus soli.

3. Hak sama rata kepada semua warganegara tanpa mengira bangsa


iaitu penduduk peribumi tidak memiliki apa-apa keistimewaan.

4. Cara Harold MacMichael mendapatkan tandatangan raja-raja


Melayu yang menggunakan cara paksaan dan ugutan seperti
Sultan Kedah telah diberi kata dua iaitu menandatangani
persetujuan Malayan Union atau dilucutkan dari takhta
pemerintahan.

Prepared by: Mohamad Badrul adzham


Penentangan orang Melayu terhadap Matapelajaran Pengajian
Malayan Union. Umum (MPU) Subject

Prepared by: Mohamad Badrul adzham


Matapelajaran Pengajian
Umum (MPU) Subject

Prepared by: Mohamad Badrul adzham


Matapelajaran Pengajian
Umum (MPU) Subject

Prepared by: Mohamad Badrul adzham


Matapelajaran Pengajian

Persekutuan Tanah Melayu 1948 Umum (MPU) Subject

1. British telah membatalkan perlaksanaan


Malayan Union setelah mendapat tentangan
hebat daripada orang Melayu.
2. Diisytiharkan pada 1 Februari 1948.
3. Pembentukan persekutuan merupakan satu
kejayaan kepada orang Melayu kerana
mengiktiraf kedaulatan dan hak negeri-negeri
yang dahulunya telah dihapuskan dalam MU.
4. Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu
1948 menjadi asas bagi Perlembagaan
Persekutuan Tanah Melayu 1957.

Prepared by: Mohamad Badrul adzham


Ciri-ciri Perlembagaan Persekutuan Matapelajaran Pengajian
Umum (MPU) Subject
Tanah Melayu 1948:

 Sembilan negeri Melayu terlibat di dalam persekutuan


termasuk Pulau Pinang dan Melaka. Singapura kekal
menjadi tanah jajahan yang berasingan.
 Sultan-sultan diberi hak dan kuasa memerintah dengan
nasihat Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri dan Majlis
Undangan Negeri.
 Syarat kewarganegaraan diketatkan, pemohon mesti lahir
di Tanah Melayu dan telah bermastautin selama 8 hingga
12 tahun. Pemohon asing mestilah pemastautin selama
15 tahun. Umur minimum bagi kedua-dua situasi tersebut
adalah 18 tahun dan mempunyai pengetahuan Bahasa
Melayu yang baik.
 Orang Melayu diberi hak istimewa sebagai kaum
bumiputera dan mempunyai perwakilan terbesar dalam
Kerajaan Persekutuan dan Negeri.

Prepared by: Mohamad Badrul adzham


Kerjasama antara etnik ke arah kemerdekaan. Matapelajaran Pengajian
Umum (MPU) Subject

 Dengan penubuhan Persekutuan Tanah


Melayu, kerjasama antara etnik Melayu dan
bukan Melayu mula terjalin.

 Pilihan Raya 1955 (pilihan raya umum


pertama) memberi implikasi yang cukup besar
kepada hubungan etnik di Malaysia.

 Ini disebabkan telah berlaku kerjasama dan


toleransi yang cukup tinggi antara Melayu dan
bukan Melayu khususnya yang melibatkan
pembahagian kerusi pilihan raya seperti
dalam Jadual

Prepared by: Mohamad Badrul adzham


Matapelajaran Pengajian
Umum (MPU) Subject

Parti Peruntukan Peratusan Peratusan


Kerusi Kerusi Pengundi

UMNO 35 69 84.2

MCA 15 28 11.2

MIC 2 3 3.9

 UMNO telah membuat pengorbanan dan kompromi kerana


meletakkan calon bukan Melayu di kawasan majoriti pengundi
Melayu dan walaupun majoriti pengundi adalah Melayu

Prepared by: Mohamad Badrul adzham


Matapelajaran Pengajian
Umum (MPU) Subject

Prepared by: Mohamad Badrul adzham


Matapelajaran Pengajian
Umum (MPU) Subject

Prepared by: Mohamad Badrul adzham


Matapelajaran Pengajian
Umum (MPU) Subject

Prepared by: Mohamad Badrul adzham


Suruhanjaya Reid
Matapelajaran Pengajian
Umum (MPU) Subject

• Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu


digubal oleh Suruhanjaya Reid yang
ditubuhkan pada 1956.

• Keahlian: Lord Reid (British), Sir Ivor


Jennings (British), Sir William Mckell
(Australia), B. Malik (India) dan Hakim Abdul
Hamid (Pakistan).

• Berperanan merangka perlembagaan bagi


Persekutuan Tanah Melayu sebelum
mencapai kemerdekaan.

Prepared by: Mohamad Badrul adzham


Matapelajaran Pengajian
Umum (MPU) Subject

• Melalui permuafakatan sosial ini (kontrak


sosial), orang bukan Melayu diberikan hak
kewarganegaraan yang longgar berasaskan
prinsip jus soli.

• Kedudukan orang Melayu dikekalkan dalam


Perlembagaan dan begitu juga tentang
kedudukan agama Islam, Bahasa Melayu dan
kedudukan istimewa orang Melayu serta
kedudukan Raja-raja Melayu.

Prepared by: Mohamad Badrul adzham


Matapelajaran Pengajian
Umum (MPU) Subject

Prepared by: Mohamad Badrul adzham


Matapelajaran Pengajian
Umum (MPU) Subject

Prepared by: Mohamad Badrul adzham


Matapelajaran Pengajian
Umum (MPU) Subject

Prepared by: Mohamad Badrul adzham


UNSUR-UNSUR TRADISI Matapelajaran Pengajian
Umum (MPU) Subject

 Tradisi adalah pemindahan dan kesinambungan


daripada satu generasi kepada generasi yang
lain. Ini menggambarkan bahawa tradisi
mencerminkan sejarah, budaya dan fahaman
sesuatu bangsa dan masyarakat.

 Unsur tradisi meliputi:


bahasa,
agama,
kedudukan istimewa orang Melayu dan
bumiputera (Sabah dan Sarawak) dan
pemerintahan beraja

Prepared by: Mohamad Badrul adzham


Matapelajaran Pengajian
Umum (MPU) Subject

Unsur-unsur tradisi ini perlu kerana:


 Telah wujud ratusan tahun sebelum
perlembagaan diwujudkan pada tahun 1957.

 Berperanan menstabilkan sistem politik negara


dan laporan yang dibuat oleh Suruhanjaya
Reid menekankan betapa pentingnya
perlembagaan mengambil kira faktor-faktor
sejarah, tradisi, ekonomi dan sosial yang
wujud sebelum tahun 1957

 Dilindungi di bawah Akta Hasutan dan


dianggap sebagai isu-isu sensitif yang dilarang
daripada dijadikan isu perbincangan awam.

Prepared by: Mohamad Badrul adzham


Matapelajaran Pengajian
Umum (MPU) Subject

 Ia juga merupakan satu pra-syarat


 dan permuafakatan yang telah dipersetujui dan
diterima oleh orang Melayu dan bukan Melayu.
Ini bermakna:
 Orang Melayu diberikan hak istimewa,
 Islam menjadi agama persekutuan dan
 Bahasa Melayu diterima sebagai
bahasa kebangsaan sebagai pra-syarat
penerimaan hak kewarganegaraan oleh
etnik bukan Melayu.
 Dengan ini pemimpin terdahulu telah menerima
satu formula bagi menyelesaikan masalah
yang wujud tanpa melibatkan konflik antara
etnik di Tanah Melayu pada ketika itu.

Prepared by: Mohamad Badrul adzham


Matapelajaran Pengajian

Pemerintahan beraja Umum (MPU) Subject

1. Telah wujud dalam sistem sosial dan raja berkuasa


mutlak dalam pemerintahan dan pentadbiran.
2. Selepas merdeka, berkonsepkan Raja Berperlembagaan
– bertindak atas nasihat Kabinet
3. Yang di Pertuan Agong berperanan seperti:

 Pemerintah Tertinggi Angkatan Tentera Persekutuan


 Mengampun dan menangguhkan hukuman orang
yang telah disabitkan kesalahan di mahkamah tentera
 Berkuasa membuat perlantikan menurut
perlembagaan
 Pemelihara kepentingan dan harapan setiap etnik
 Ketua agama bagi negeri tidak beraja
 Institusi perlembagaan bersifat Melayu dan Islam

Prepared by: Mohamad Badrul adzham


Matapelajaran Pengajian
Umum (MPU) Subject

Agama Islam
 Perkara 160 memberi definisi Melayu sebagai seorang beragama
Islam, lazim bercakap bahasa Melayu dan menurut adat istiadat
Melayu. Dalam hal ini, Melayu dan Islam adalah unsur yang saling
berkaitan dan tidak boleh dipisahkan untuk tujuan undang-undang
dan Perlembagaan.
 Yang di-Pertuan Agong dilantik daripada kalangan raja-raja di
negeri-negeri Melayu dan di dalam setiap perlembagaan negeri
mensyaratkan seorang raja mestilah berbangsa Melayu, beragama
Islam dan keturunan diraja.
 Di dalam sumpah memegang jawatan Yang di-Pertuan Agong,
baginda mengangkat sumpah dengan didahului oleh lafaz Wallahi,
Wabillahi, Watallahi yang merupakan lafaz sumpah yang
dikehendaki dalam agama Islam. Sumpah ini dikaitkan dengan janji
baginda untuk memelihara tentang kesucian dan kemuliaan agama
Islam.

Prepared by: Mohamad Badrul adzham


Matapelajaran Pengajian
Umum (MPU) Subject

 Yang di-Pertuan Agong mengikut peruntukan Perkara 3 (3) adalah ketua


agama Islam di negeri-negeri Melaka, Pulau Pinang, Sabah, Sarawak dan
juga Wilayah Persekutuan yang tidak mempunyai raja.

 Raja dan Sultan di negeri-negeri yang beraja ialah ketua agama Islam bagi
negeri masing-masing. Dalam menjalankan tugas sebagai ketua agama
Islam mereka mempunyai budi bicara dan tidak terikat dengan nasihat
Majlis Mesyuarat Negeri (EXCO).

 Adalah menjadi tanggungjawab Yang di-Pertuan Agong untuk melindungi


hak istimewa orang-orang Melayu seperti yang termaktub di dalam Perkara
153 Perlembagaan Persekutuan. Oleh kerana Melayu dan Islam ialah dua
entiti yang tidak boleh dipisahkan maka tugas menjaga hak-hak istimewa
orang-orang Melayu juga termasuk menjaga dan melindungi agama Islam.

Prepared by: Mohamad Badrul adzham


Matapelajaran Pengajian
Umum (MPU) Subject

 Walaupun dalam keadaan darurat, kedudukan agama


Islam tidak boleh dipinda dan ini kekal terjamin (Perkara
150 (6a)).

 Adalah sah bagi kerajaan, sama ada kerajaan pusat atau


negeri memperuntukkan sejumlah wang bagi
pembangunan Islam di Malaysia (Perkara 2 (2)).

 Undang-undang negeri boleh menyekat apa-apa


penyebaran dalam kalangan orang Islam mengenai
agama selain dari Islam (Perkara 11 (4)).

 Bidang kuasa Mahkamah Syariah terpisah dari


Mahkamah Sivil yang menunjukkan pengiktirafan
kepada Mahkamah Syariah (Perkara 121 (1A)).
Prepared by: Mohamad Badrul adzham
Bahasa Melayu Matapelajaran Pengajian
Umum (MPU) Subject

 Perkara 152 iaitu kedudukan bahasa Melayu


sebagai bahasa Kebangsaan tanpa
menafikan hak-hak bangsa lain
menggunakan bahasa mereka.
 Perkara ini juga melindungi bahasa-bahasa
lain dan seterusnya memperuntukkan
bahawa tiada sesiapa pun boleh dilarang
atau ditahan daripada menggunakan (selain
daripada urusan rasmi) atau mengajar atau
belajar apa-apa bahasa lain.
 Begitu juga kerajaan berhak mengekalkan
penggunaan dan pembelajaran bahasa lain
dalam persekutuan.

Prepared by: Mohamad Badrul adzham


Matapelajaran Pengajian
Umum (MPU) Subject

 Bahasa Melayu dilindungi di bawah Perkara 150


(6A) dalam keadaan darurat

 Perkara 160(B), teks terjemahan mengenai


perlembagaan dalam bahasa kebangsaan
mengatasi teks dalam bahasa Inggeris

 Bahasa kebangsaan sebagai alat perpaduan tanpa


menggugat bahasa ibunda lain

 Menjadi bahasa lingua franca

 Pegawai Eropah perlu belajar dan lulus bahasa


Melayu

Prepared by: Mohamad Badrul adzham


Kedudukan Istimewa orang Melayu Matapelajaran Pengajian
Umum (MPU) Subject

 Peruntukan istimewa orang Melayu disentuh dalam


Perkara 153, Perkara 89 dan 90, Perkara 8(5e) dan Jadual
13.

 Orang Melayu ditakrifkan dalam Perkara 160(2) sebagai


seseorang yang menganuti agama Islam, lazimnya
bercakap dalam Bahasa Melayu, menurut adat istiadat
Melayu dan

• Lahir sebelum Hari Merdeka di Persekutuan atau di


Singapura atau ibu atau bapanya telah lahir di
Persekutuan atau di Singapura atau pada hari
Merdeka itu ia adalah berdomisil di Persekutuan atau
di Singapura atau
• Ia adalah keturunan seseorang yang tersebut.

Prepared by: Mohamad Badrul adzham


Matapelajaran Pengajian
Umum (MPU) Subject

 Perkara 8 (5) (f) menjelaskan bahawa kemasukan


untuk perkhidmatan Rejimen Askar Melayu di-Raja
hanya diperuntukkan kepada orang Melayu.
Namun kemasukan ke rejimen tentera yang lain
adalah terbuka kepada semua etnik.

 Antara hak istimewa orang Melayu ialah bilangan


jawatan dalam perkhidmatan awam, permit dan
lesen bagi menjalankan perniagaan dan
biasiswadan bantuan dalam pelajaran.

Prepared by: Mohamad Badrul adzham


ISU-ISU ISLAM & ORANG MELAYU DALAM Matapelajaran Pengajian
PERLEMBAGAAN Umum (MPU) Subject

Kebebasan Beragama
 Kebebasan beragama diberikan kepada
penganut agama Islam dan bukan Islam.
Bagaimanapun, kebebasan dalam
penyebaran beragama adalah tidak mutlak.
 Cth: Perkara 11(4) memberi kuasa kepada
Parlimen atau Dewan Undangan Negeri
meluluskan undang-undang pengawalan
agama bukan Islam dalam kalangan orang
Islam.

Prepared by: Mohamad Badrul adzham


Matapelajaran Pengajian
Umum (MPU) Subject

 Dengan kata lain, sebarang agama boleh


diamalkan tetapi tidak menggangu ketenteraman
awam dan tidak menyakitkan hati penganut
agama lain.
 Kebebasan beragama tertakluk kepada undang-
undang awam seperti Akta Keselamatan Dalam
Negeri 1960, Akta Pertubuhan 1966 dan Akta
Polis 1967.
 Kebebasan beragama juga bermakna seseorang
itu tidak bebas mendirikan rumah ibadat di mana
sahaja yang disukai.

Prepared by: Mohamad Badrul adzham


Matapelajaran Pengajian

Kesamarataan Umum (MPU) Subject

 Semua orang adalah sama di sisi undang-


undang

 Tidak dibenarkan sebarang bentuk


diskriminasi menurut agama, ras dan lain-lain
kecuali dibenarkan oleh perlembagaan

 Namun, perubahan politik dan ekonomi


menyebabkan sesetengah etnik ketinggalan
dan ini perlu dibantu

Prepared by: Mohamad Badrul adzham


Matapelajaran Pengajian
Diskriminasi Perlindungan Umum (MPU) Subject

 Melalui diskriminasi perlindungan ini, undang-undang


memberi perlindungan dan hak yang istimewa kepada
golongan atau etnik di dalam sesebuah negara dan
dalam masa yang sama tidak menafikan peluang
terhadap kumpulan atau etnik lain.

 Etnik yang ketinggalan dalam arus pembangunan negara


dapat dibantu dan ditingkatkan taraf hidup mereka agar
dapat menyaingi etnik lain yang lebih terkehadapan.

 Perkara 46 Perlembagaan India menghendaki kerajaan


memberikan perlindungan yang istimewa untuk
kepentingan pelajaran dan ekonomi sesuatu kumpulan
yang mundur. Contohnya, keutamaan dalam lantikan
dalam perkhidmatan-perkhidmatan tertentu seperti
keretapi, pos, kastam dan perkhidmatan telegraf.
Prepared by: Mohamad Badrul adzham
Matapelajaran Pengajian
Umum (MPU) Subject

Diskriminasi perlindungan itu dibuat dengan tujuan:

 Membetulkan semula ketidakseimbangan politik di


sesebuah negara yang rakyatnya bersifat majmuk dan
baru merdeka.

 Diskriminasi perlindungan diberi kepada golongan minoriti


supaya kepentingan mereka dapat dipertahankan daripada
ditenggelami majoriti.

 Perlembagaan memberi keutamaan kepada kumpulan


yang telah merasai dan mengecapi keistimewaan itu
sebelumnya.

 Disebabkan oleh kompromi di antara kaum atau kumpulan


tertentu semasa perlembagaan digubal.

Prepared by: Mohamad Badrul adzham


KESIMPULAN
Matapelajaran Pengajian
Umum (MPU) Subject

1. Kita perlu mengambil iktibar dari pengorbanan


yang telah ditunjukkan oleh generasi terdahulu
dalam menghayati erti sedia berkorban, toleransi
dan rela berkongsi kuasa.
2. Permuafakatan sosial atau social contract ini
perlu diterima oleh semua rakyat Malaysia tanpa
perlu mempersoalkannya lagi.
3. Melalui pembudayaan sikap ini, ia dapat
menghindarkan negara Malaysia daripada berada
dalam keadaan tidak stabil yang boleh merosakkan
perpaduan yang sudah sedia terjalin.

Prepared by: Mohamad Badrul adzham


Rujukan
Matapelajaran Pengajian
Umum (MPU) Subject

• Abdul AzizBari, (2001), Perlembagaan Malaysia: Asas-asas


dan Masalah, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.  
• Abdul Rahman Haji Embong, (2000) Negara Bangsa:
Proses dan Perbahasan, Bangi: Penerbit Universiti
kebangsaan Malaysia 
• Shamsul Amri Baharuddin (Ketua Editor). (2013).
Modul Hubungan Etnik Edisi Kedua. Bangi: Institut Kajian E
tnik  UKM.   
• Zaid Ahmad, et al. (2013). Hubungan Etnik di Malaysia
edisi ketiga. Shah Alam: Oxford Fajar.
                                                                                  .

Prepared by: Mohamad Badrul adzham

You might also like