You are on page 1of 23

Matapelajaran Pengajian

Umum (MPU) Subject

BAB 5
PERMUAFAKATAN
POLITIK DALAM
KONTEKS HUBUNGAN
ETNIK DI MALAYSIA

Prepared by: Mohamad Badrul adzham


Matapelajaran Pengajian
Umum (MPU) Subject
PEMBANGUNAN POLITIK
• Pembinaan negara bangsa merupakan matlamat utama
pembangunan politik, iaitu satu wilayah yang
mempunyai sempadan, pemerintahan dan warganegara.

• Pembinaan negara bangsa dapat dicapai melalui


pelbagai pendekatan penerapan dasar awam yang
digubal oleh kerajaan dan pemupukan semangat
nasionalisme.

• Kewujudan parti politik, parlimen, perlembagaan


negara dan pilihan raya merupakan komponen penting
untuk menentukan kewujudan amalan demokrasi di
negara ini.

Prepared by: Mohamad Badrul adzham


PEMUPUKAN HUBUNGAN ETNIK SECARA
FORMAL DALAM POLITIK Matapelajaran Pengajian
Umum (MPU) Subject

• Semasa pelaksanaan Malayan Union pada tahun


1946, secara tersirat memperlihatkan pihak
British ingin memperkenalkan corak
pemerintahan unitary yang berasaskan
penguasaan majoriti oleh pihak British dan
rakyat pula ditadbir sebagai satu bangsa.
• Sejak menjelang kemerdekaan lagi, Parti
Perikatan mengamalkan konsep perkongsian
kuasa atau pakatan politik.
• Perkongsian kuasa antara Melayu dengan Cina
terjalin apabila UMNO dan MCA berpakat dan
bertanding dalam Pilihan Raya 1952.

Prepared by: Mohamad Badrul adzham


Matapelajaran Pengajian
Umum (MPU) Subject

•Kemenangan Perikatan pada 1955 menjadi bukti


bahawa kerjasama politik dan perkongsian kuasa antara
etnik boleh berjalan dengan baik sekaligus dapat
memudahkan usaha menuntut kemerdekaan.

•Pada tahun 1972, Perikatan telah bertambah besar


dengan penyertaan Parti Islam Se-Malaysia (PAS) dan
Gerakan dari Semenanjung dan parti politik lain dari
Sabah dan Sarawak.

•Pada Julai 1963, Perjanjian Malaysia ditandatangani


sebagai tanda persetujuan antara pemimpin
Persekutuan Tanah Melayu, Sabah, Sarawak dan
Singapura.

Prepared by: Mohamad Badrul adzham


Matapelajaran Pengajian
DEMOGRAFI DAN POLITIK Umum (MPU) Subject

•Aspek demografi mempunyai pengaruh


yang kuat terhadap keadaan politik dan
proses politik khususnya dalam pilihan
raya.

•Bilangan kerusi kawasan parlimen yang


majoriti pengundinya daripada kumpulan
etnik tertentu memang tidak dapat
dielakkan kerana taburan penduduknya
ditentukan oleh faktor sejarah dan
ekonomi.

Prepared by: Mohamad Badrul adzham


Matapelajaran Pengajian
Umum (MPU) Subject

•Kejayaan BN di Semenanjung, Sabah dan Sarawak


untuk terus mengekalkan kuasa membuktikan
kejayaan konsep dan amalan pakatan dan
kerjasama politik antara pelbagai etnik.

•Kejayaan BN memperlihatkan keyakinan


pengundi dan rakyat terhadap kemampuan BN
untuk terus memerintah.

•Formula perkongsian kuasa membolehkan


pemimpin yang mewakili pelbagai etnik
bekerjasama menentukan dasar dan hala tuju dan
masa depan negara.

Prepared by: Mohamad Badrul adzham


Matapelajaran Pengajian
Umum (MPU) Subject

•Kejayaan BN di Semenanjung, Sabah dan Sarawak


untuk terus mengekalkan kuasa membuktikan
kejayaan konsep dan amalan pakatan dan
kerjasama politik antara pelbagai etnik.

•Kejayaan BN memperlihatkan keyakinan


pengundi dan rakyat terhadap kemampuan BN
untuk terus memerintah.

•Formula perkongsian kuasa membolehkan


pemimpin yang mewakili pelbagai etnik
bekerjasama menentukan dasar dan hala tuju dan
masa depan negara.

Prepared by: Mohamad Badrul adzham


Matapelajaran Pengajian
Umum (MPU) Subject

PAKATAN POLITIK DI SABAH DAN


SARAWAK

•Di Sabah dan Sarawak terdapat banyak parti politik


yang mewakili etnik masing-masing, terutamanya
menjelang pembentukan Persekutuan Malaysia.

•Politik Sabah dan Sarawak lebih kompleks daripada


di Semenanjung.

•Gabungan sedemikian penting untuk menjamin


kestabilan dan memastikan suara semua etnik
diwakili.

Prepared by: Mohamad Badrul adzham


PAKATAN POLITIK DI SABAH Matapelajaran Pengajian
Umum (MPU) Subject

•Di Sabah, tidak terdapat kelompok dominan dari segi


saiz penduduk. Perkembangan politik di Sabah dan
Sarawak memperlihatkan pola yang hampir sama.

•Dengan mengambil ilham daripada model kerjasama


UMNO-MCA-MIC, UNKO, USNO dan SCA, Sabah
bergabung untuk menubuhkan parti Perikatan.

•Selepas pilihan raya negeri 1967, Perikatan Sabah


terdiri daripada USNO dan SCA setelah UPKO
dibubarkan dan majoriti ahlinya menyertai USNO.

Prepared by: Mohamad Badrul adzham


Matapelajaran Pengajian
Umum (MPU) Subject

• Parti Berjaya yang memerintah Sabah dari


tahun 1976 sehingga tahun 1985 merupakan
sebuah parti berbilang etnik dianggotai oleh
bumiputera Islam dan bukan Islam yang
ditubuhkan pada Julai 1975 meskipun pucuk
pimpinannya dimonopoli oleh bumiputera
Islam.

• Ketika Sabah berada dalam genggaman PBS,


krisis dan ketegangan berlaku antara kerajaan
negeri dengan kerajaan pusat.

Prepared by: Mohamad Badrul adzham


PAKATAN POLITIK DI SARAWAK Matapelajaran Pengajian
Umum (MPU) Subject

• Di Sarawak, komposisi penduduk turut


memperlihatkan wujudnya pluraliti, malah lebih
kompleks daripada di Semenanjung dengan
jumlah sekitar 30 suku kaum.
• Di Sarawak, pelbagai parti politik ditubuhkan
menjelang penubuhan Persekutuan Malaysia
pada tahun 1963.
• Kewujudan SUPP menjadi inspirasi kepada
etnik bumiputera untuk turut menubuhkan parti
masing-masing yang dapat memperjuangkan
kepentingan, kebajikan dan aspirasi
bumiputera.
• Cadangan penubuhan Persekutuan Malaysia
turut menggerakkan penubuhan beberapa parti
etnik.

Prepared by: Mohamad Badrul adzham


Matapelajaran Pengajian
Umum (MPU) Subject

• Dalam konteks etnik Cina pula, SUPP telah


diundang menyertai kerajaan campuran BN
selepas pilihan raya umum pada tahun 1969
hingga tahun 1971.

• Selama lebih 30 tahun selepas penubuhan Parti


Bumiputera, kemunculan beberapa parti baru
Melayu dan Melanau tidak berjaya menggugat
kedudukan politik Melayu dan Melanau.

• Sebelum tahun 1963, etnik Dayak sering


berpecah antara SNAP dan Pesaka sebelum
penubuhan Malaysia, namun kini etnik terbabit
menyertai semua parti politik, sama ada BN
atau parti pembangkang.

Prepared by: Mohamad Badrul adzham


TSUNAMI POLITIK: POLITIK PERKAUMAN
SEMAKIN MENGENDUR Matapelajaran Pengajian
Umum (MPU) Subject

•Pilihan raya umum ke-12 pada 8 Mac 2008


disertai lebih daripada 20 parti politik yang
menyaksikan BN gagal mengekalkan majoriti dua
pertiga di Dewan Rakyat.
•Dalam pilihan raya tahun 2008, BN hanya
menguasai 140 atau memperoleh 63 peratus kerusi
termasuk lapan kerusi dimenangi tanpa dicabar,
manakala pembangkang memenangi 82 kerusi
bersamaan 37 peratus daripada 222 kerusi
Parlimen yang dipertandingkan.
•Dalam pilihan raya 2004, BN memperoleh 24
daripada 25 kerusi manakala di Sarawak 27
daripada 28 kerusi.

Prepared by: Mohamad Badrul adzham


MASYARAKAT PELBAGAI ETNIK BERALIHMatapelajaran Pengajian
ANGIN Umum (MPU) Subject

• Dalam pilihan raya 2008, di luar daripada


jangkaan ramai, rakyat lebih memihak
kepada pembangkang dan menolak BN yang
disifatkan sebagai tsunami politik.
• Untuk pertama kali BN kehilangan sokongan
masyarakat pelbagai kaum.
• Persaingan sengit begitu ketara bagi kawasan
bercampur, yang satu-satu etnik bukan
majoriti menyaksikan calon BN mengalami
kekalahan sedangkan sebelumnya kawasan
sedemikian merupakan kubu kuat BN.

Prepared by: Mohamad Badrul adzham


Matapelajaran Pengajian
Umum (MPU) Subject

Prepared by: Mohamad Badrul adzham


MASYARAKAT PELBAGAI ETNIK BERALIH Matapelajaran Pengajian
ANGIN Umum (MPU) Subject

• Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14) menyaksikan


pertembungan sengit antara tiga parti politik
utama negara ini iaitu Barisan Nasional (BN) yang
telah memerintah negara ini sejak pilihan raya
pertama pada 1959, Pas dan Pakatan Harapan.
• Ia berkesudahan dengan rakyat negara ini memilih
untuk memberikan kemenangan besar kepada
gabungan parti pembangkang sekali gus
menamatkan era BN menguasai Kerajaan
Persekutuan.
• Barisan Nasional (BN) yang dianggap sukar
dikalahkan dan mentadbir Malaysia secara berte­­
rusan selama 60 tahun akhirnya terpaksa akur
dengan kehendak dan pilihan rakyat.

Prepared by: Mohamad Badrul adzham


Matapelajaran Pengajian
Umum (MPU) Subject

• Ini bermakna, BN dilihat sebagai sebuah parti politik yang


terakhir hilang kuasa memerintah dalam kalangan parti
politik seangkatannya seperti Parti Indian National
Congress di India dan Parti Golkar di Indonesia yang
telah lama hilang monopoli penguasaan politik di negara
masing-masing.
• Ini juga sekali gus meletakkan Pakatan Harapan yang
diterajui oleh bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir
Mohamad, mencipta sejarah dalam arena politik dunia.
• Meskipun setengah pihak menjangka PRU-14 akan
menyaksikan ‘tsunami Melayu’ dalam mencorakkan
keputusannya, dari segi realitinya, sentimen ‘meng­ubah’
kerajaan dalam kalangan rakyat merentasi kaum, agama,
dan lokaliti dilihat menyebabkan Pakatan Harapan
menang besar.

Prepared by: Mohamad Badrul adzham


Matapelajaran Pengajian
Umum (MPU) Subject

• Sementara itu, terhakisnya sokongan pengundi-pengundi


terhadap UMNO dan kekalahan ketiga-tiga presiden parti
komponen BN, iaitu presiden MCA, MIC dan Gerakan turut
menimbulkan pelbagai persoalan.
• Antaranya apakah rakyat sudah sedia mengalih ke arah
paradigma baharu, iaitu menolak parti-parti politik yang
bersandarkan kaum? Apakah kaum Cina dan India melihat
kepimpinan parti-parti yang menganggotai BN, yang
mewakili kaum bukan Melayu, gagal membela kepentingan
kaum Cina dan India?
• Apa pun, proses transisi kuasa daripada kerajaan lama
kepada kerajaan baharu secara lancar tanpa sebarang
kesulitan jelas menunjukkan rakyat Malaysia kini bukan
sahaja menghormati keputusan PRU-14 dengan hati
terbuka, malah lebih matang dalam menjunjung dan
mengamalkan prinsip-prinsip demokrasi tulen.

Prepared by: Mohamad Badrul adzham


Matapelajaran Pengajian
Umum (MPU) Subject

Rumusan
Selain insiden konflik perkauman pada tahun 1945-
1946 selepas jepun menyerah kalah, peristiwa 13
mei 1969 dan peristiwa kampung Medan pada 2001,
keadaan masyarakat di Malaysia umumnya adalah
stabil, makmur dan harmoni. Walaubagaimanapun,
usaha memelihara hubungan etnik yang harmoni
selaras denga perkembangan politik negara
merupakan cabaran besar yang dihadapi oleh
Malaysia yang dihuni oleh penduduk pelbagai etnik
yang sudah tentunya mempunyai ideologi politik
yang pelbagai.

Prepared by: Mohamad Badrul adzham


Matapelajaran Pengajian
Umum (MPU) Subject

Rujukan
• Abdul AzizBari, (2001), Perlembagaan Malaysia: Asas-asas dan
Masalah, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.  
• Abdul Rahman Haji Embong, (2000) Negara Bangsa: Proses dan
Perbahasan, Bangi: Penerbit Universiti kebangsaan Malaysia 
• Shamsul Amri Baharuddin (Ketua Editor). (2013).
Modul Hubungan Etnik Edisi Kedua. Bangi: Institut Kajian Etnik 
UKM.   
• Zaid Ahmad, et al. (2013). Hubungan Etnik di Malaysia edisi ketiga.
Shah Alam: Oxford Fajar.

                                                                                  
Prepared by: Mohamad Badrul adzham

You might also like