You are on page 1of 24

TERENCAT AKAL

RINGAN
Syahidah bt Jasman
Siti Qatrunnada Hanis bt Shariff
DEFINISI
 Individu yang mempunyai had tertentu dari segi fungsi
mental, disamping kemahiran yang rendah dari aspek
tingkah laku penyesuaian. Tingkah laku penyesuaian
melibatkan kemahiran penjagaan diri seperti kebolehan
memakai pakaian, makan atau mengemas diri. Individu
yang dikesan mengalami kerencatan akal ada kalanya tidak
dapat menjaga diri sendiri atau hidup secara berdikari.
Kecacatan ini lazimnya dikesan sebelum usia 18 tahun.
TIGA KRITERIA UTAMA:
1. Kefungsian intelek di bawah purata

2. Lemah tingkah laku suaian

3.Kelihatan semasa zaman kanak-kanak sehingga


usia 18 tahun.
1. Kefungsian intelek di bawah purata

• Kefungsian intelek di bawah purata ditunjukkan melalui


kecerdasan intelek (IQ) melebihi daripada satu sisihan piawai
di bawah min mengikut umur tertentu, iaitu dalam
lingkungan 85 atau 85 bergantung kepada jenis ujian
kecerdasan yang digunakan.
2. Lemah tingkah laku suaian

• Tingkah laku suaian bermaksud keupayaan individu untuk


mencapai kehendak sosial dalam masyarakat bersesuaian
dengan umur kronologinya. Kanak-kanak yang mempamerkan
masalah dalam penyesuaian tingkah laku dikatakan mengalami
terencat akal. Kriteria kemahiran yang termasuk dalam
tingkahlaku suaian adalah seperti berikut:
 Komunikasi - keupayaan bertukar-tukar idea, mesej, atau maklumat
dengan orang lain sama ada secara lisan, isyarat, atau cara-cara lain.
 Urus diri - keupayaan untuk mengurus kebersihan diri, makan, dan
perkara lain yang berkaitan.
 Kemahiran sosial - kebolehan berinteraksi dengan baik/sesuai dengan
orang lain.
 Kehidupan di rumah/domestik- kebolehan mengurus aktiviti harian
kehidupan di rumah.
 Bagi kanak-kanak kecil, tingkah laku suaian termasuklah belajar

merangkak, berjalan, dan belajar bercakap.

 Di peringkat sekolah rendah, tingkah laku suaian termasuk

mengambil giliran, mengikut arahan, dan bergerak bebas dan

selamat di kawasan sekolah.

.
 Murid sekolah menengah pula, mereka berupaya pergi
ke pusat membeli belah, makan bersama rakan, dan
membuatpersediaan untuk bekerja. Pelajar yang
terencat akal minima mungkin mengalami kelewatan
dalam beberapa bidang tingkah laku.
3. Kelihatan Semasa Zaman Kanak-Kanak Sehingga Usia 18
Tahun

 Ketidakupayaan intelek hendaklah ditunjukkan atau dikesan semasa


zaman kanak-kanak sehingga umur 18 tahun. Oleh itu, kurang upaya
intelek yang berlaku akibat daripada kecederaan atau penyakit selepas
perkembangan awal kanak-kanak tidak dianggap sebagai terencat akal.
PENGKELASAN TERENCAT AKAL
UKURAN IQ

ARAS STANFORDBIN WESCHLER SISIHAN


PENGKELASAN ET (SD=15) PIAWAI
(SP=16) DIBAWAH MIN
Ringan 52 – 68 55 – 70 2 hingga 3

Sederhana 36 – 52 40 – 55 3 hingga 4

Teruk (severe) 20 – 36 25 – 40 4 hingga 5

Sangat teruk bawah 20 bawah 25 melebihi 5


(profound)
CIRI-CIRI INDIVIDU TERENCAT AKAL
MARILYN FRIEND (2005)
1. Ciri Kognitif
Ingatan Kanak-kanak terencar akal mempunyai masalah ingatan seperti kerap
terlupa perkara yang sepatutnya dilakukan/ lupa perkara yang baru diajar.

Generalisasi Kebolehan mempelajari sesuatu perkara dan menggunakannya pada


situasi yang lain dikatakan sebagai generalisasi. Kanak-kanak terencat
akal menghadapi masalah membuat generalisasi dalam akademik, tingkah
laku, dan interaksi sosial.

Metakognisi Kebolehan "berfikir tentang berfikir". Sekiranya menghadapi sesuatu


masalah dalam rutin harian, mereka akan menghadapi kesukaran
menyelesaikannya
Motivasi Mengalami masalah motivasi yang rendah seperti tidak mahu meneruskan
sesuatu tugasan dan mudah berputus asa.

Bahasa Kebanyakannya lewat dalam perkembangan bahasa. Misalnya mereka


mengambil masa yang lama hanya untuk memahami konsep mudah
seperti konsep atas, bawah, tepi, dansebagainya.
2. Ciri Akademik

 Dalam proses pembelajaran, murid terencat akal selalunya


perlu bekerja lebih keras, membuat latihan yang banyak, dan
memerlukan masa yang lama berbanding murid-murid
normal yang lain Selain itu pencapaian akademik mereka
adalah rendah.
3. Sosial

 Kebanyakan murid terencat akal menghadapi kesukaran dalam


hubungan sosial. Kebiasaannya mereka kurang diterima oleh rakan
sebaya dan mungkin diketepikan langsung. Keadaan ini
disebabkan murid ini berkelakuan tidak matang, tidak dapat
menyesuaikan diri dalam situasi sosial, dan mereka mempunyai
masalah menguasai kiukiu sosial vana halus sehingga mereka
kerap kali salah tafsir aksi-aksi murid lain.
4. Ciri Tingkah Laku Tambahan

 Terdapat sesetengah kanak-kanak terencat akal mempunyai


tingkah laku yang khusus. Di antaranya adalah seperti
mahukan ganjaran tertentu, menarik rambut, menggigit, atau
tabiat suka mencederakan diri.
5. Emosi

 Memerlukan perhatian akibat daripada perasaan kesunyian,

kemurungan, dan juga kemahiran sosial.

6. Ciri Fizikal dan Kesihatan

 Mempunyai masalah kesihatan sampingan selain kecacatan yang

dialami. Misalnya kanak-kanak sindrom down menunjukkan ciri-

ciri kelainan pada muka, jari, dan badan serta penyakit penyakit

seperti jantung berlubang dan paru-paru.


7. Tumpuan

 Tumpuan atau fokus dalam proses pembelajaran sangat penting

untuk memahami sesuatu tugasan yang diberikan sebelum proses

pembelajaran berlaku. Kebanyakan kanak-kanak sukar untuk

menumpukan perhatian terhadap sesuatu atau sukar memberi

tumpuan dalam tempoh masa yang lama.

 Kanak-kanak ini juga tidak dapat menyelesaikan masalah kerana

tidakupayaan untuk berfikir secara logik.


8. Ingatan

 Kajian menunjukkan kanak-kanak terencat akal menghadapi


masalah untuk mengingat maklumat yang diterima.
Ketidakupayaan untuk mengingat maklumat yang disampaikan
menghadkan kemampuan mereka untuk belajar. Keadaan ini
merupakan halangan utama dalam proses pembelajaran di
sekolah.
9. Ingatan

 Kebolehan mengingat merupakan proses pembelajaran yang


kompleks dan memerlukan kaedah yang sesuai. Kanakkanak
terencat akal menghadapi kesukaran untuk mengingat konsep
serta perkara-perkara yang berkaitan teori tentang sesuatu
perkara.
10. Perkembangan Bahasa

 Bahasa digunakan seawal usia kanakkanak untuk keperluan


komunikasi, menyampaikan kehendak dan perasaan dalam
sesuatu persekitaran (Hatton,1998).

 Kelewatan perkembangan bahasa merupakan antara bukti


jelas yang dapat dilihat pada kanak-kanak terencat akal
(Warren & Abbeduto, 1992).
 Masalah pertuturan seperti masalahartikulasi biasa boleh
dikesan pada kanak-kanak terencat akal. Umumnya, bagi
kanak-kanak yang mengalami kerencatan akal ringan,
perkembangan bahasa mereka adalah selari dengan kanak-
kanak normal, namun kemajuan perkembangan bahasa
mereka agak perlahan sekiranya kategori yang dialami
terencat akal teruk.
 Kelewatan perkembangan bahasa dalam kalangan kanak-
kanak terencat akal mempunyai hubung kait dengan
keyakinan diri. Kanak-kanak terencat akal sukar untuk
menyampaikan bahasabahasa berasaskan linguistik dan
menyebabkan penguasaan bahasa yang lemah.
11. Pencapaian Akademik

 Kanak-kanak terencat akal lazimnya mempunyai pencapaian


akademik yang rendah berbanding rakan sebaya normal yang
lain. Kanak-kanak terencat akal juga sering mempunyai
jangkaan pencapaian yang rendah disebabkan tahap
kemampuan intelek yang dimiliki (mac millan, 1982).
12. Perkembangan Sosial

 Kanak-kanak terencat akal lazimnya lebih sensitif dan emosional.


Kanak-kanak ini juga menghadapi masalah dalam berkomunikasi
dengan rakan sebaya. Kemahiran sosial kanak-kanak dipelajari
sewaktu menerima pengajaran di sekolah. Namun begitu, kanak-
kanak terencat akal ini tidak dapat memahami peranan menunggu
giliran seperti menunggu giliran apabila seseorang selesai
bercakap sebelum memulakan topik perbualan.
13. Perkembangan Sosial

 Kanak-kanak terencat akal juga menghadapi masalah untuk


memahami konsep-konsep sosial. Sebagai contoh, konsep wang.
Mereka menghadapi masalah untuk memahami fungsi wang serta
kegunaan wang dalam kehidupan harian. Kanak-kanak terencat
akal juga sukar memahami kesan dan akibat sesuatu perhubungan.
Contohnya, mengenal pasti bahawa terdapat kesan daripada setiap
tindakan yang dilakukan.

You might also like