You are on page 1of 2

Catatan: Sambutan Hari Guru

RABU, 16 MEI 2012 


7.30 pagi 
Semua guru dan murid berkumpul di dewan sekolah untuk meraikan majlis sambutan Hari Guru 2012.
Lagu Negaraku, lagu negeri dan lagu rasmi sekolah dinyanyikan sebelum bacaan Ikrar oleh Mohd Rafiq
bin Sabaruddin, selaku Ketua Pengawas. Kemudian, bacaan doa dibacakan oleh Ustaz Azril. 

8.40 pagi 
Semua guru dan murid berkumpul di padang sekolah untuk acara sukaneka. Guru dan murid dibahagikan kepada
beberapa kumpulan tetapi tidak semua murid terlibat, sebaliknya mereka diminta menjadi penonton sahaja.
Seterusnya, sukaneka dijalankan dengan beberapa acara yang menarik. Aktiviti berjalan lancar dan semua
kelihatan gembira dan mengambil bahagian. 

10.00 pagi 
Majlis berhenti rehat. Murid-murid dan para guru menikmati ais krim dan pelbagai jenis kuih-muih yang disediakan di
kantin sekolah. 

10.40 pagi 
Acara persembahan diadakan di dewan sekolah. Beberapa orang murid dan guru mengambil bahagian dalam acara
nyanyian dan lakonan. Setiap persembahan mendapat tepukan gemuruh daripada semua murid. 

01.10 tengah hari 


Murid-murid dibenarkan pulang ke rumah masing-masing. Para guru diraikan pula dalam satu jamuan makan
tengah hari sempena Hari Guru.

You might also like