You are on page 1of 55

KONSEP DAN JENIS-JENIS

KERAJAAN MODEN

Kuliah 2 ULP1023 1 Samri Sainuddin


Pengenalan

 Menurut Bertrand Russel, “Kuasa


merupakan satu konsep fundamental
dalam Sains Sosial seperti konsep
“tenaga” dalam fizik.
 Dua jenis kuasa iaitu
 Pengaruh
 Otoriti

Kuliah 2 ULP1023
2 Samri Sainuddin
Pengaruh (weight)
 Bermaksud setakat manakah darjah keupayaan
pengaruh tersebut memberi kesan ke atas
sesuatu perubahan tingkah laku atau keadaan.
 Domain atau keluasan pengaruh bermaksud
bilangan orang yang berupaya dipengaruhi.
 Sebab itu aspek ini penting:
 bukan setakat siapa yang mempengaruhi tetapi juga
siapa yang dipengaruhi.

Kuliah 2 ULP1023
3 Samri Sainuddin
Otoriti
 Otoriti bermaksud hak memberikan
sesuatu arahan.
 Otoriti merupakan suatu kuasa yang sah
yang dimiliki oleh seseorang atau
institusi.
 Otoriti sebagai hak untuk bertindak
daripada “kuasa” untuk bertindak (Roger
Scruton (1983).
Kuliah 2 ULP1023
4 Samri Sainuddin
Otoriti dari perspektif Max
Weber
 Bahagikan otoriti kepada tiga bentuk iaitu:
1. Otoriti tradisional.
- Otoriti yang lahir dan diwarisi turun-temurun kerana
kedudukan yang dinikmati oleh pihak yang bertoriti
tersebut.
- Contoh _ raja atau sultan, Tok Batin, Undang dan
sebagainya. Pada zaman kini otoriti jenis ini semakin
kurang.

Kuliah 2 ULP1023
5 Samri Sainuddin
2. Otoriti karisma.
 Otoriti yang lahir akibat daripada ciri-ciri
personaliti istimewa lagi unik yang dimiliki oleh
seseorang pemimpin.
 Pemilik otoriti ini dianggap mempunyai
kebolehan yang luar biasa seperti
kepahlawanan, kenabian, kekeramatan dan
sebagainya.
 Dianggap diberi oleh Tuhan misalnya Nabi Isa,
Nabi Muhammad, Konfisius, dan Gautama
Buddha.

Kuliah 2 ULP1023
6 Samri Sainuddin
3. Otoriti perundangan (legal-
rational authority).
 Otoriti ini berpunca daripada kedudukan
seseorang yang memegang jawatan
tertentu dalam sesebuah institusi.
 Otoriti jenis ini diberi kuasa oleh sistem
perundangan yang telah ditetapkan.
 Contoh pemimpin tertinggi kerajaan dan
ketua-ketua jabatan kerajaan.

Kuliah 2 ULP1023
7 Samri Sainuddin
Hubungan antara pengaruh,
kuasa dan otoriti
 Pengaruh
(Perlakuan A mengubah tindakan B)

 Pengaruh Kuasa
(tanpa niat khusus) (A berniat mempengaruhi tindakan B)

 Manipulasi B tahu
(B tidak sedar yang yang ia dipengaruhi
ia dipengaruhi)

 Kekerasan (force) Paksaan (coercion) Otoriti


sah

Kuliah 2 ULP1023
8 Samri Sainuddin
Manipulasi kuasa
 Kuasa bukan setakat keupayaan A
membuat B melakukan sesuatu;
 Kuasa juga melibatkan konflik kepentingan
 Manipulasi kuasa ialah menyusun-atur
semula pemikiran, kepercayaan, tindak-
tanduk dan kehendak sehingga
bertentangan dengan kehendaknya yang
asal.

Kuliah 2 ULP1023
9 Samri Sainuddin
Konflik nyata dan terpendam

 Menurut Lukes (1974), fenomena kuasa


sedang berlaku bukan sahaja apabila
terdapatnya konflik yang nyata dan
terselindung (overt or covert) tetapi juga
apabila wujudnya konflik yang terpendam
(latent conflict) di pihak yang dikuasai.

Kuliah 2 ULP1023
10 Samri Sainuddin
Bentuk-bentuk kuasa

 Tiga bentuk kuasa iaitu

1. Kuasa hukuman (condign power)


2. Kuasa ganjaran (compensatory power)
3. Kuasa kondisi (condition power)

Kuliah 2 ULP1023
11 Samri Sainuddin
1. Kuasa hukuman

 Iaitu keupayaan untuk mengenakan satu


alternatif yang tidak menyenangkan ke
atas pilihan-pilihan (preferences)
seseorang individu sehingga ia
membatalkan pilihan-pilihan tersebut.
 Kepatuhan diperolehi dengan cara
mengenakan ancaman atau hukuman.

Kuliah 2 ULP1023
12 Samri Sainuddin
2. Kuasa ganjaran.

 Menawarkan sesuatu pulangan yang


bernilai termasuklah pujian, kewangan
dan kedudukan atau pangkat.
 Perkembangan ekonomi dan perubahan
sosial masa kini menyebabkan manusia
lebih gemar kaedah ini.

Kuliah 2 ULP1023
13 Samri Sainuddin
3. Kuasa kondisi
 Digunakan untuk menukarkan kepercayaan
(belief).
 J.K. Galbraith menyatakan bahawa pendidikan
ialah kuasa kondisi yang ‘explicit’ .
 Misalnya kuasa sah, kuasa kepakaran dan kuasa
rujukan yang wujud hasil daripada proses
sosialisasi dalam pendidikan.

Kuliah 2 ULP1023
14 Samri Sainuddin
Punca kuasa

 Berpunca daripada sumber aktiviti-


aktiviti berikut:
1. Personaliti
2. Pemilikan harta benda (property)
3. Organisasi

Kuliah 2 ULP1023
15 Samri Sainuddin
1. Personaliti

 Personaliti dalam masyarakat moden


lebih bersifat keupayaan pemimpin
mewujudkan ‘kepercayaan’ (belief) di
kalangan pengikut.
 Masa kini personaliti sahaja tidak
mencukupi, perlukan sumber lain iaitu
pemilikan harta benda.

Kuliah 2 ULP1023
16 Samri Sainuddin
2. Pemilikan harta benda

 Kekayaan memungkinkan seseorang


memiliki kuasa ganjaran sebagai
pertukaran kepada ketaatan yang
diberikan.

Kuliah 2 ULP1023
17 Samri Sainuddin
3. Organisasi

 Sebagai sejumlah atau sekumpulan


manusia yang bersatu untuk satu tujuan
ataupun pekerjaan.
 Organisasi adalah penting kerana
 Proses pembentukan pemikiran
 Proses pembudayaan
 Memberi nilai-nilai sepunya

Kuliah 2 ULP1023
18 Samri Sainuddin
 “…organizations, including that
manifested in government, is the
ultimate source of all power” (Lindblom,
1977)

Kuliah 2 ULP1023
19 Samri Sainuddin
 Personaliti dan harta benda menjadi lebih
berkesan dengan bantuan organisasi.
 Parti politik boleh membawa seorang pemimpin itu ke
puncak hirarki kuasa
 Badan korporat sebagai sebuah organisasi dapat
mempengaruhi dasar-dasar dan keputusan kerajaan
khususnya yang berkaitan ekonomi, perniagaan dan
kewangan.

Kuliah 2 ULP1023
20 Samri Sainuddin
 Organisasi yang kuat boleh menjadi sumber
kepada ketiga-tiga bentuk kuasa iaitu hukuman,
ganjaran dan kondisi.
 Sebab itu ramai yang berminat dapatkan kuasa
atau menghampiri pihak yang berkuasa.
 Apabila personaliti, harta benda dan organisasi
digabungkan, akan lahirlah satu bentuk kuasa
yang kuat, mantap dan berkesan.

Kuliah 2 ULP1023
21 Samri Sainuddin
Hubungan bentuk negara dan
kuasa
 Negara adalah pentas politik yang
teragung,
 Kerajaan adalah pihak yang menerajui
negara,
 Perlembagaan adalah undang-undang
yang menjadi panduan kerajaan dan
rakyat dalam menguruskan negara.

Kuliah 2 ULP1023
22 Samri Sainuddin
Dua jenis negara

1. Negara Persekutuan (federal state)


- Amerika Syarikat, Malaysia, India dan Brazil
2. Negara Kesatuan (unitary state)
- Jepun, Thailand, Perancis dan China

Kuliah 2 ULP1023
23 Samri Sainuddin
Perbandingan jenis negara

1. Struktur negara
- Negara persekutuan terbentuk daripada
gabungan beberapa negeri kecil
- Negara anggota memiliki kuasa otonomi yang
tertentu dalam wilayahnya
- Persekutuan memiliki kuasa yang lebih besar
seperti polis, tentera, kastam, dasar luar dan
sebagainya.

Kuliah 2 ULP1023
24 Samri Sainuddin
 Negara kesatuan
- Semua wilayah itu ditadbir oleh satu
pemerintah (gabungan, takluk)
- United Kingdom terbentuk daripada
penguasaan orang Inggeris ke atas Scotland,
Wales dan Ireland Utara.

Kuliah 2 ULP1023
25 Samri Sainuddin
2. Struktur kuasa

- negara persekutuan, perlembagaan


negara menetapkan kuasa-kuasa yang
dimiliki oleh kerajaan persekutuan dan
negeri.
- dua struktur kuasa berjalan serentak
yang dinyatakan dalam Perlembagaan.

Kuliah 2 ULP1023
26 Samri Sainuddin
 Kerajaan kesatuan.
- kuasa-kuasa yang dimiliki oleh wilayah,
daerah, kerajaan tempatan merupakan kuasa
yang diturunkan oleh kerajaan pusat.
- Kuasa-kuasa itu tidak mutlak dan tertakluk
kepada budi bicara badan perundangan
pusat.

Kuliah 2 ULP1023
27 Samri Sainuddin
3. Badan kehakiman

 Terdiri daripada hakim-hakim dan


mahkamah-mahkamah yang berfungsi
memastikan keadilan ditegakkan.
 Sistem kehakiman adalah bebas kerana
wujudnya pemisahan kuasa seperti yang
dicetuskan oleh Montesquie pada abad
ke-18.

Kuliah 2 ULP1023
28 Samri Sainuddin
Doktrin pemisahan kuasa
 Tiga badan utama iaitu ekskutif, pembuat
undang-undang dan kehakiman.
 Doktrin ini merumuskan bahawa
sekiranya kuasa diagih-agihkan kepada
tiga badan utama, maka kehidupan
politik dan kemasyarakatan sesebuah
negara dapat berjalan dengan lebih baik
dan sempurna.

Kuliah 2 ULP1023
29 Samri Sainuddin
Sistem kerajaan

 Sistem kerajaan berpresiden


 Amerika Syarikat, dan Indonesia
 Presiden dipilih secara langsung oleh rakyat
melalui pilihanraya.
 Tidak menjadi anggota mana-mana dewan
perundangan, ada kuasa veto dan tidak
boleh bubarkan dewan perundangan.

Kuliah 2 ULP1023
30 Samri Sainuddin
 Sistem kerajaan berparlimen
 Malaysia, perdana menteri mestilah seorang
ahli parlimen.
 Kerajaan boleh dijatuhkan melalui undi tidak
percaya, dan ia boleh mengelak daripada
dijatuhkan dengan membubarkan parlimen
untuk pilihanraya baru.

Kuliah 2 ULP1023
31 Samri Sainuddin
Perlembagaan

 Merupakan dokumen bertulis (dan tidak


bertulis) yang mentakrifkan sistem
pemerintahan dan hak-hak rakyat.
 Perlembagaan menjadi punca kepada
semua undang-undang, dan mana-mana
undang yang bertentangan kandungan
perlembagaan, maka ia akan terbatal.

Kuliah 2 ULP1023
32 Samri Sainuddin
Rumusan tentang
perlembagaan
1. Perlembagaan merupakan undang-
undang dasar yang menjadi panduan
pemerintahan negara.
2. Menjadi kerangka asas yang
membentuk dan memandu sistem
pemerintahan sesebuah negara.
3. Merupakan undang-undang tertinggi

Kuliah 2 ULP1023
33 Samri Sainuddin
4. Menjadi rujukan tentang aspirasi dan
pelan induk pemerintahan negara.
5. Mengawal pemerintah dan yang
diperintah dalam mempertahankan
kewujudan dan kesinambungan negara.

Kuliah 2 ULP1023
34 Samri Sainuddin
Sistem politik

 David Easton (1971), sistem politik ialah


“a set of interactions abstracted from the
totally of social behavior, through which
values are authoritatively allocated for a
society”.
 Easton perkenalkan teori sistem.

Kuliah 2 ULP1023
35 Samri Sainuddin
Teori sistem
 Menurut teori ini, sistem politik sesebuah negara
berfungsi sebagaimana sistem biologi yang
terdapat dalam tubuh manusia.
 Model teori terdiri daripada 3 perkara iaitu;
 Permintaan oleh rakyat (input)
 Sistem pemerintahan negara (black box)
 Hasil dasar kerajaan (output)

Kuliah 2 ULP1023
36 Samri Sainuddin
 Menurut teori sistem ini, semua
cadangan, saranan dan permintaan
rakyat yang disalurkan sama ada secara
individu atau berkumpulan kepada pihak
kerajaan akan dimasukkan ke dalam
‘black box’ untuk dikaji, dinilai dan
dibincangkan dalam kerajaan sebelum
sebarang keputusan dibuat.

Kuliah 2 ULP1023
37 Samri Sainuddin
Sistem demokrasi
 Asal kata Greek
– demos (rakyat)
- kratos (pemerintahan)
 Demokrasi sebagai satu sistem politik yang
memberi peluang kepada rakyat jelata sesebuah
negara menentu, membentuk dan mengawal
pemerintahan negara.

Kuliah 2 ULP1023
38 Samri Sainuddin
Ciri-ciri sistem demokrasi

1. Bentuk pemerintahan yang didokong oleh


persetujuan umum.
2. Pembuatan dasar awam oleh wakil rakyat yang
dipilih menerusi proses pilihanraya.
3. Ketua negara atau ketua kerajaan dipilih
secara langsung atau tidak langsung melalui
proses pemilihan umum.

Kuliah 2 ULP1023
39 Samri Sainuddin
4. Hak memilih secara langsung diberikan
kepada rakyat jelata atas dasar
kesamarataa.
5. Jabatan-jabatan serta tugas-tugas
pemerintahan negara dipegang oleh
pegawai yang dilantik berdasarkan
kelayakan daripada semua golongan
rakyat (Mohd Foad Sakdan, 1997)

Kuliah 2 ULP1023
40 Samri Sainuddin
7 ciri-ciri sistem demokrasi

1. Terdapat lebih daripada satu parti politik


yang bersaing untuk mendapat kuasa.
2. Persaingan kuasa ini berjalan secara
terbuka dan bukan secara rahsia, dan
ianya berdasarkan peraturan-peraturan
yang sejagat dan termaktub.

Kuliah 2 ULP1023
41 Samri Sainuddin
3. Kemasukan dan rekrutmen ke dalam
arena dan kedudukan kuasa politik
adalah juga terbuka.
4. Terdapat pilihanraya dari masa ke
semasa yang berdasarkan penyertaan
yang sejagat.
5. Kumpulan-kumpulan pendesak
dibenarkan bergerak untuk
mempengaruhi keputusan kerajaan.
Persatuan-persatuan seperti kesatuan
sekerja dan NGO.

Kuliah 2 ULP1023
42 Samri Sainuddin
6. Kebebasan sivil seperti kebebasan bersuara,
beragama dan kebebasan daripada ditahan
secara sembarangan diiktiraf dan dilindungi.
Ini menuntut wujudnya kebebasan yang agak
luas bagi media massa seperti akhbar, tv dan
radio.
7. terdapat pemisahan kuasa, iaitu dewan
perwakilan rakyat mempunyai kuasa untuk
mengawal ekskutif, manakala badan
kehakiman pula bebas daripada kedua-duanya.

Kuliah 2 ULP1023
43 Samri Sainuddin
Konsep dan prinsip
pemerintahan dalam Islam
 Kuasa merupakan amanah Allah s.w.t.
kepada manusia yang perlu digunakan
dan dilaksanakan dengan betul serta
menepati tuntutan menurut syariah.
 Kuasa bukannya satu status.
 Pemimpin mesti berusaha menegakkan
keadilan, menghapuskan kezaliman serta
penganiayaan.
Kuliah 2 ULP1023
44 Samri Sainuddin
Prinsip-prinsip pemerintahan
Islam oleh Al-Maududi.
1. Puncak segala kekuasaan adalah Allah s.w.t. yang maha
berkuasa. Tidak seorang atau suatu golongan pun
dalam sesuatu negara yang mengatasi undang-undang
yang digubalnya.
2. Allah s.w.t. adalah pemberi hukum dalam erti kata yang
sebenarnya. Padanya terletak kekuasaan mutlak
mengadakan undang-undang.
3. Pembentukan negara Islam mestilah diasaskan kepada
undang-undang ciptaan Allah s.w.t.

Kuliah 2 ULP1023
45 Samri Sainuddin
10 ciri politik dalam Islam
1. Kepintaran,, kecerdikan dan kewarasan
2. Bersikap dan berfikiran luas, tanpa fanatik
kepada mana-mana mazhab.
3. Berupaya mengeluarkan umat Islam daripada
kesesatan dan membawa kepad akebenaran.
4. Berupaya membezakan ajaran Islam yang suci
dan yang bukan Islam.
5. Benar-benar beriman dari aspek tutur kata,
tingkah laku dan perbuatan.

Kuliah 2 ULP1023
46 Samri Sainuddin
6. Ijtihad luar biasa sehingga boleh mengatasi
kebolehan orang luar daripada segi
ketepatannya.
7. Kepimpinannya bermutu tinggi.
8. Berani menghadapi dan mengatasi segala
cabaran.
9. Berfikiran luas dan bebas yang tidak terikat
kepada pemikiran sezaman atau sebelumnya.
10. Pemikiran dan pandangan yang tajam dan
jauh.
- (Al-Maududi)

Kuliah 2 ULP1023
47 Samri Sainuddin
Struktur negara Islam

1. Ketua negara.
- Negara Islam diketuai oleh seorang khalifah,
amir, imam dan sebagainya.
- Pemegang amanahAllah s.w.t. untuk
melaksanakan undang-undang syariah dan
segala yang berkaitan dengannya.
- Khalifah adalah seorang lelaki, waras, dewasa,
paling alim, beriman dan bertaqwa.

Kuliah 2 ULP1023
48 Samri Sainuddin
2. Majlis Syura

 Menjadi tempat rujukan dan tempat


perundangan khalifah dengan orang-
orang yang arif tentang undang-undang
Allah s.w.t.

Kuliah 2 ULP1023
49 Samri Sainuddin
Prinsip-prinsip Majlis Syura
1. Ketua atau pengerusi mesti dipilih secara
bebas oleh rakyat.
2. Kebebasan untuk mengeluarkan pendapat dan
kritik (rakyat dan wakilnya)
3. Rakyat mesti dimaklumkan secara jujur dan
tepat bagi membolehkan rakyat membuat
penilaian ke atas kerajaan.
4. Rakyat adalah penentu siapa yang layak
memerintah, dan jika rakyat hilang
kepercayaan, mereka mestilah berundur.

Kuliah 2 ULP1023
50 Samri Sainuddin
3. Badan Kehakiman

 Kehakiman mempunyai kuasa mutlak dan


bebas daripada pengaruh badan ekskutif.
 Hakim mestilah bebas daripada sebarang
ikatan persaudaraan, kekeluargaan, dan
sebagainya.
 Setiap lapisan rakyat berhak mendapat
layanan yang sama.

Kuliah 2 ULP1023
51 Samri Sainuddin
4. Rakyat
 Rakyat mempunyai kewajipan iaitu:
1. Menumpahkan ketaatan kepada
pemerintahan Islam yang tulen
2. Menjalankan tuga syang diamanahkan oleh
pemerintah dengan jujur dan ikhlas
3. Bertanggungjawab memberikan kerjasama
kepada pemerintah dan berkorban apa
sahaja sama ada harta, nyawa (jihad) dan
tenaga.

Kuliah 2 ULP1023
52 Samri Sainuddin
Perlembagaan negara Islam
1. Hak pemerintahan
2. Batas kuasa pemerintah
3. Kuasa dan tugas organisasi negara
4. Tujuan negara
5. Penyusunan negara
6. Kelayakan pemerintah
7. Kewarganegaraan
8. Hak warganegara dan tanggungjawabnya
9. Tanggungjawab dan hak negara

Kuliah 2 ULP1023
53 Samri Sainuddin
Hak rakyat

1. Hak untuk hidup


2. Keselamatan nyawa
3. Kehormatan wanita
4. Hak keperluan asas
5. Hak kemerdekaan
6. Hak mendapat keadilan
7. Hak persamaan sesama manusia
Kuliah 2 ULP1023
54 Samri Sainuddin
Rujukan yang dicadangkan
1. Asnarulkhadi Abu Samah, Jayum A.Jawan
(editor)(1997) Kenegaraan Malaysia. Serdang.
Penerbit UPM.
2. Janda, Berry, Goldman (1997) The Challenge
of Democracy. Fifth Edition. Boston. Houghton
Mifflin Co.
3. KC Wheare (terjemahan)(1993) Perlembagaan
Moden. Kuala Lumpur. DBP
4. Omardin Ashaari (2008) Sistem Politik Dalam
Islam. Kuala Lumpur. YADIM

Kuliah 2 ULP1023
55 Samri Sainuddin

You might also like