You are on page 1of 3

SOALAN LATIHAN

KUMPULAN 1
AFINI
SOALAN 3
TERANGKAN PROSES KERJA MENGUBAH
PENANAMAN ANAK POKOK KE BATAS TANAMAN.

1. Anak benih berusia 2-3 minggu boleh dipindahkan kerana pada waktu ini
daun sebenar sudah mula tumbuh. Apabila anak pokok telah
mengeluarkan 2-4 daun sebenar, ia sudah bersedia untuk dipindahkan
kerana mempunyai akar yang kuat. Dua daun kotiledon yang asal
hanyalah sebagai pembantu dalam membekalkan makanan kepada
anak benih dalam tempoh yang singkat sementara ia mengeluarkan
daun sebenar.
2. Sebelum memindahkan anak pokok ke atas atau pasu yang lebih besar,
pastikan pokok disiram selama sejam. Ini agar proses penyerapan air
berlansung semasa proses pemindahan berlaku.
3. Batas perlu digemburkan terlebih dahulu sebelum ditanam dengan anak
pokok.
4.Anak pokok yang hendak ditanam, dikeluarkan dari medium semaian
bersama-sama tanah asalnya, agar tidak mengganggu cengkaman akar anak
pokok.
5.Setelah proses penanaman selesai, pastikan benih pokok mendapat
lindungan iaitu dengan memasang jarring sebagai naungan. Hal ini kerana,
cahaya matahari terik mampu membuatkan anak pokok mudah layu selepas
dipindahkan.
6.Letakkan baja organic atau baja NPK hijau kepada anak pokok mengikut dos
yang disyorkan iaitu satu sudu bagi setiap anak pokok.
7.Setelah proses pemindahan selesai, pokok haruslah terus disiram agar ia
tidak terkejut dengan persekitaran barunya.

You might also like