You are on page 1of 13

PENGENALAN

DARI MANA MENDAPAT ILHAM?


Melalui pengalaman diri

Mendengar cerita dari orang lain

Membaca pelbagai bahan

Menonton

Menyelidik
PEMBENTUKAN KARANGAN
Pengenalan/Pendahuluan

Isi

Kesimpulan
PENGENALAN
Memperkenalkan pemeriksa kepada perkara yang akan kamu
huraikan dalam bahagian seterusnya.

Memainkan peranan penting kerana ia merupakan imbasan


pertama bagi pemeriksa semasa dia membaca karangan kamu.

Bahagian ini harus dapat menarik serta memikat perhatian


pemeriksa agar terus membaca.

Pengenalan yang baik harus ringkas, padat tetapi menyeluruh.


BAGAIMANA??
Pemerian (penerangan mengenai suasana sekeliling)

“ Pagi nirmala. Awan comel berambal-ambalan di


langit.Cahaya matahari segan silu menembusi awan lalu
tersebar ke serata permukaan bumi. “

“Angin petang membawa senja jadi malam. Namun angin


petang bagaikan tidak terasa, kerana menyangkut pada
pohon-pohon dan daun-daun”
Dialog

“Apa yang kau mimpikan, Hanim?” tanya Asmah.


“ Ehem! Hanim sudah jatuh cinta!” tuduh Norlia.
“ Aku tidak akan mencintai sesiapa seumur
hidupku,” tegas Hanim,” cinta itu derita.”
 Laporan
 Bacaan talkin baru disudahi. Matahari yang tegak di
atas kepala menyimbahkan cahaya ke atas pusara
nenek yang masih merah. Mak Long menyucukan
keratan dahan kemboja ke pusara nenek. Pak Long
masih duduk bertafakur. Begitu juga Pak Uda. Sesekali
ada sendu yang berbunyi. Abah pula terjelopok
memerhatikan tanah merah tempat nenek bersemadi
Imbas kembali

Fitri duduk termenung memerhatikan sebuah keluarga


yang kelihatan begitu riang berkelah di tepi pantai. Dia
teringat kembali saat-saat bahagia yang dilalui
bersama keluarganya. Kini…
Apa yang penting??
Memperkenalkan watak

Terutama sekali watak utama dan perwatakannya

Gambaran/ suasana latar tempat dam masyarakat

 Dapat membayangkan tema cerita

Jangan menggunakan idea yang klise


Tulis sebuah cerita
tentang sikap degil yang
berakhir dengan
kebinasaan.
Degil –
Keras hati, tidak mudah mendengar kata atau
menerima nasihat, kepala batu.

Kebinasaan-
mengalami bencana atau keburukkan, mendapat
kesusahan

You might also like