You are on page 1of 32

PSS 3112

EKONOMI DAN PEMBANGUNAN

KAJIAN EKONOMI PEMBANGUNAN


(MINGGU 1)
Hanira & Diana
Konsep
pembangunan
ekonomi

Perbezaan
Prospek bidang
pertumbuhan dan
ekonomi
pembangunan
pembangunan
ekonomi

Elemen penting
dalam
pembangunan
KONSEP PEMBANGUNAN
EKONOMI
• Ekonomi pembangunan adalah satu daripada
cabang disiplin ekonomi yang memberikan
perhatian khusus kepada negara membangun.
• Disiplin ini bertujuan menganalisis masalah-
masalah yang dihadapi oleh negara ini dan
mengenalpasti cara-cara mengatasi masalah
tersebut supaya usaha membangunkan
ekonominya dapat dijalankan dengan lebih
pesat lagi.
Kenapa pentingnya mempelajari ilmu
pembangunan?
• Dapat membantu pelajar memperoleh
pemahaman yang lebih tentang persoalan-
persoalan kritikal yang dihadapi oleh dunia
Negara Ketiga. (Nafziger, 1990 dan Todaro ,
1994)
• Bruces Herrick dan Charles P.Kindleberger
(1983) pula menyatakan 5 alasan berikut :
– Moral dan etika
– Kepentingan peribadi negara
– Kepentingan peribadi individu atau pihak swasta
– Kesedaran tentang alam sekitar
– Perasaan ingin tahu
Prospek bidang ekonomi pembangunan
Definisi prospek
1. kemungkinan atau peluang utk mencapai
kejayaan pd masa akan datang: rencana ini
menumpukan perbincangan kpd beberapa isu,
masalah, ~, dan strategi pembangunan industri
desa;
2. harapan utk terus maju dlm kerjaya
• http://prpm.dbp.gov.my/Search.aspx?k=prospek
• Ekonomi pembangunan dikatakan berada
dalam keadaan yang tidak bermaya atau hilang
kepentingannya. (Seers 1969, Hirchman 1981,
Streeten 1983)
• Siswazah di negara maju tidak lagi berminat
untuk mengkaji tentang aspek-aspek
pembangunan di Dunia Ketiga.
• Tetapi tidak kepada siswazah di negara
membangun.
Sambungan..
• Sebilangan kecil sahaja Negara Dunia Ketiga (NDK)
yang berjaya keluar dari situasi kemunduran.
(Singapura, Hong Kong, Taiwan dan Korea Selatan)
dan negara membangun seperti Malaysia dan
Thailand.
• Masalah2 di negara membangun :
– Kemiskinan dan agihan pendapatan yang tidak sama
rata.
– Pertumbuhan penduduk dan beban pergantungan yang
berat.
– Pengangguran ketara dan tidak ketara
– Pergantungan kepada negara asing
– Taraf hidup rendah
PERSOALAN
• Adakah Malaysia mampu mengekalkan
ekonomi yang sudah sedia ada ini dan
seterusnya berusaha ke arah pemantapan
ekonomi pada masa akan datang?
• Bagi mencapai dan meneruskan daya saing
Malaysia di peringkat wilayah dan
antarabangsa, perkara yang paling penting
ialah rakyatnya harus mempunyai kualiti,
kemahiran dan kecekapan melalui pengurusan
sumber manusia.
• Ini kerana kualiti sumber manusia akan
menentukan kejayaan atau kegagalan proses
perindustrian seterusnya di negara ini.
• Keadaan ekonomi yang mantap penting untuk
mencapai matlamat negara sebagai sebuah negara
maju menjelang tahun 2020.
• Malaysia sebenarnya sudah menyediakan diri
untuk ke arah negara maju tetapi kejayaannya
banyak bergantung pada sejauh mana modal
manusia dapat menyokong kelancaran proses
pengindustrian negara melalui penyerapan,
penyesuaian dan penggunaan teknologi terkini
dengan menyerapkan idea yang inovatif ke dalam
proses dan keluaran baru yang dapat dipasarkan di
pasaran antarabangsa.
• Malaysia tidak harus berpuas hati dengan
kelebihan yang ada sekarang ini terutamanya
dari segi buruh yang murah.
• Golongan buruh kini sentiasa mencari peluang
untuk mendapat upah yang tinggi dan
keadaan bekerja yang selesa.
• Peningkatan kadar upah ini sudah tentu akan
menyebabkan pelabur beralih ke kawasan
baru negara membangun yang lain atau
membawa balik semula yang telah
ditempatkan ke negara maju.
• Malaysia tidak harus selamanya bergantung
pada sumber alam semulajadi yang lambat
laun akan pupus.
• Tidak harus juga selamanya menjadi
pengimport dan pengguna teknologi yang
dibawa masuk tetapi perkara yang sebaliknya
perlu berlaku.
• Oleh itu bagi membolehkan negara ini
membangun dan mempunyai teknologi
sendiri, pelaburan terhadap sumber manusia
amat penting.
PROSPEK EKONOMI MALAYSIA
2010
http://www.treasury.gov.my/pdf/eko
nomi/le/0910/bab3.pdf
• Ekonomi Malaysia dijangka mendapat faedah
daripada perkembangan ekonomi dunia yang
semakin stabil.
• Petumbuhan KDNK dijangka kembali pulih pada
kadar 2.0% - 3.0%
• Pertumbuhan menyeluruh dengan sumbangan
positif dalam semua sektor dijangka
meningkatkan KNK nominal perkapita sebanyak
2.5% kepada RM24, 661
SEKTOR PERKHIDMATAN
• Dianggar berkembang 3.6 % pada tahun 2010
dengan sumbangan yang lebih tinggi kepada
KDNK sebanyak 58.5% ( 2009 – 2.1% ; 57.9%)
• Pertumbuhan ini dijangka dipacu oleh prestasi
menggalakkan subsektor komunikasi,
kewangan dan insurans, perdagangan borong
dan runcit , serta hartanah dan perkhidmatan
perniagaan.
• Prospek sektor perkhidmatan dijangka kekal
menggalakkan dengan usaha giat kerajaan
bagi membangunkan sektor ini.
• Beberapa langkah proaktif diambil bagi
mengukuhkan daya saing sektor ini serta
menarik kemasukan pelaburan, teknologi dan
tenaga profesional.
SEKTOR PEMBUATAN
• Sektor pembuatan dijangka kembali pulih 1.7%
(2009 : -12.1%)

SEKTOR PERTANIAN
• Sektor pertanian dijangka kembali cergas 2.5%
(2009 : -2.1%) hasil daripada pemulihan
subsektor komoditi.
• Subsektor bukan komoditi terutamanya ternakan
dan hasil pertanian dijangka terus berkembang
SEKTOR PERLOMBONGAN
– Dijangka kembali pulih 1.1% (2009 : -2.9%)
disokong oleh pengeluaran minyak mentah dan
gas asli yang lebih tinggi.
SEKTOR PEMBINAAN
– Dianggar berkembang 2.3%(2009 : 3.5%) dengan
semua subsektor mencatatkan pertumbuhan
kukuh.
– Projek utama seperti Rangkain Aliran Transit
Ringan dari Kelana Jaya dan Ampang
– Penyaluran air mentah Pahang-Selangor.
Elemen Penting Dalam
Pembangunan
Pertumbuhan dan Pembangunan
• Pertumbuhan – peningkatan kepada jumlah output
benar atau output per kapita barang-barang dan
perkhidmatan yang dicapai dalam jangka panjang.
• Pertumbuhan biasanya diukur dengan Keluaran
Dalam Negara Kasar (KDNK) dan Pendapatan Per
Kapita.
• Pertumbuhan ekonomi yang pesat dapat
mengurangakan kadar kemiskinan melalui
penciptaan peluang pekerjaan, peningkatan
produktiviti buruh dan kadar upah yang lebih tinggi.
• Pembangunan pula keupayaan ekonomi negara
untuk mencapai dan menetapkan pertumbuhan
Keluaran Negara Kasar (KNK) pada kadar 5.0-7.0 %
setahun.
• Ukuran pembangunan – penggunaan kadar
pertumbuhan KNK per kapita untuk melihat
keupayaan sesebuah negara mengeluarkan
outputnya dengan kadar lebih cepat daripada
kadar pertumbuhan ekonominya.
• Pertumbuhan ekonomi yang pesat memberi feadah
pembanguna kepada semua penduduk terutama
penduduk luar bandar (proses titisan ke bawah).
• Masalah kemiskinan tidak dapat diatasi kerana
pengagihan yang tidak seimbang dan fenomena
ini digelar sebagai pertumbuhan tanpa
pembangunan.
• Dudley Seers (1969), memasukkan 3 unsur
penting dalam konsep pembangunan iaitu
kemiskinan, pengangguran dan
ketidakseimbangan.
• Todaro (1989) , pembangunan sebagai 1 proses
pelbagai dimensi yang melibatkan pembentukan
dan penyesuaian semula keseluruhan sistem
ekonomi dan sosial.
• Pembaikan dalam pendapatan dan pengeluaran ,
pembangunan juga melibatkan perubahan yang
radikal dalam struktur institusi, sosial,
pentadbiran, sikap, adat dan kepercayaan.
• Goulet (1971) memperkenalkan 3 komponen asa
iaitu, penampung hidup, harga diri dan
kebebasan.
• Penampung hidup@ keperluan asas ialah
makanan, kesihatan dan perlindungan. Jika
Keperluan-keperluan ini tidak dapat dipenuhi
maka wujudla kemiskinan mutlak.
Pembangunan Manusia
• UNDP (1990) – proses untuk memperluaskan
pilihan individu.
• 3 perkara penting yang diingin individu
- memiliki kehidupan yang lebih panjang dan
sihat.
- menjadi terpelajar
- mudah memperolehi sumber-sumber yang
boleh membawa kepada satu kehisupan yang
selesa.
• Penghargaan diri – perasaan yang dihormati dan
tidak dikongkong oleh orang lain @ negara luar.
• Negara tidak akan dianggap telah membangun
jika negara tersebut masih lagi dipengaruhi @
dikuasai oleh pihak luar.
• Kebebasan – bebas daripada kesengsaraan,
institusi-intitusi yang mencengkam, penindasan
daripada manusia lain, serta bebas daripada
kepercayaan kuno.
• Masyarakat mempunyai kebebasan untuk
memilih dan membuat pilihan.
• Manusia juga perlu mempunyai kebebsan
berpolitik, jaminan hak asasi manusia dan
harga diri.
• Pembangunan manusia mempunyai dua
bahagian :
• 1) pembentukan manusia melalui pembaikan
kesihatan, pendidikan dan latihan.
• 2) bagaimana individu menggunakan
kemampuan yang dimiliki untuk tujuan2 yang
produktif @ melibatkan diri secara aktif.
PERBEZAAN ANTARA PERTUMBUHAN DAN
PEMBANGUNAN.
Pertumbuhan ekonomi Pembangunan ekonomi
1) Diukur dari segi kuantiti iaitu proses 1) 1 proses yang bersifat kuanlitatif.
bersifat kuantitatif.

2) Biasanya diukur menggunakan 2) Diukur melalui keupayaan output.


pendapatan per kapita.

3) Pertumbuhan boleh terjadi tanpa 3) Pembangunan membawa implikasi


pembangunan. yang lebih daripa peningkatan
pendapatan negara.

4) Pembangunan tidak boleh terjadi tanpa


adanya pertumbuhan.
RUJUKAN
• http://prpm.dbp.gov.my/Search.aspx?k=prospek
• http://www.treasury.gov.my/pdf/ekonomi/le/0910
/bab3.pdf
• Nor Aini Haji Idris, Ab. Razak Dan. 2004. ‘’Teori
Pertumbuhan dan Pembangunan Ekonomi’’.
Selangor. Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia.
• Abibullah Haji Samsudin, Nooriah Yusof, Morshidi
Sirat. 2000. ‘’Asia Timur : Pusat Pertumbuhan Baru
Ekonomi Dunia’’. Kuala Lumpur. Dewan Bahasa dan
Pustaka.

You might also like