You are on page 1of 21

KULIAH 4

FALSAFAH dan PENDIDIKAN DI MALAYSIA

Tajuk
Cabang dan Mazhab Falsafah
Konsep Falsafah dan Falsafah
Pendidikan

1
01. Konsep Falsafah

• Bermakna pengetahuan yang dianggap sebagai ilmu


tertinggi atau sebagai dasar kepada ilmu-imu lain
(Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka).
• Berasal dari perkataan Yunan iaitu pholien bermaksud
cinta dan sophia bermakna kearifan, kebikjaksanaan
atau hikmah.
• Rumusannya ia bermakna cinta kepada kearifan,
kebijaksanaan atau kehikmahan.
• Tokoh-tokoh klasik falsafah ialah Herakleitos, Socrates,
Plato, Aristotle dan lain-lain.
• Mengikut Herakleitos, falsafah ialah cintakan
kebijaksanaan.
2
• Plato – falsafah ialah tidak lain dpd pengetahuan
tentang segala yang ada.
• Aristotle – falsafah sebagai usaha menyelidik
sebab serta asas kepada segala benda.
• Cicero – adalah pengetahuan tentang sst yang maha
agung dan usaha-usaha mencapainya.
• John Dewey – falsafah adalah arah keseluruhan
proses pendidikan.
• Al-Khindi, falsafah Islam – antara usaha manusia
yang tertinggi perikemanusiaannya dan yang mulia
martabatnya adalah pembinaan falsafah.

3
• Kesimpulannya, falsafah sebagai suatu usaha
mencari sst kebenaran atau keyakinan yang
berhubung dengan suatu perkara dengan
menggunakan kekuatan mnda dan akal fikiran.
• Juga sebagai pertimbangan terhadap sst perkara
yang berasaskan kepada kebenaran bagi memberi
penjelasan tentang sst.
• Sebagai suatu aktiviti mentafsir atau menilai
keseluruhan pengalaman manusia secara
komprehensif.
• Melibatkan aktiviti membuat penilaian terhadap sst
fakta iaitu menganalisis maknanya, membuat
interpretasi, meletakkan kepentingan dan
mempertimbangkan fakta bagi tujuan kehidupan.

4
• Pengertian falsafah ditinjau daripada tiga sudut ;
i. Etimologi (bahasa)
ii. Terminologi (Istilah) – pernegrtian setiap ahli
falsafah adalah berbeza-. Terdapat persamaan
iaitu aspek elemen-elemen spt manusia, Tuhan
dan alam.
iii. Praktikal
- Membawa maksud ‘berfikir secara bersungguh-
sungguh, tidak terikat oleh tradisi dan
mempunyai ciri-ciri seperti sistematik, radikal
dan sejagat”.
5
02. Cabang-cabang Falsafah

• Empat cabang iaitu;


a. Metafizik
b. Axiologi
c. Epistemologi
d. Logik

6
a. Metafizik (Ontologi)

• Iaitu satu cabang falsafah yang mengkaji perkara-


perkara seperti sifat realiti, apa yang wujud di
dunia dan susunaturnya.
• Bermaksud “ yang jauh melangkau alam fizikal atau
kebendaan”.
• Cuba menjawab persoalan-persoalan yang
melangkau saintifik.
• Bersifat spekulatif dan memberi fokus kepada
sebab-akibat.
• Mengutarakan soalan-solaan berikut;

7
 Apa itu kebenaran ?
 Adakah tuhan wujud ?
 Siapa itu manusia ? Dlln.

- Fokus kepada pemikiran tentang kewujudan sst.


Tumpuan kepada penerokaan akal dalam mencari
sifat-sifat kewujudan hakiki, seterusnya membawa
kepada zat dan keagungan Tuhan.
- Melibatkan kepercayaan kepada Tuhan dan
kewujudan alam.
- Menerangkan tentang realiti yang muktamad
dengan persoalannya.
- Cabang falsafah terbahagi 3 iaitu realiti, kebenaran
dan kewujudan.
8
b. Aksiologi

• Berasal dpd perkataan Yunani iaitu axios bermaksud


kelayakan atau pantas dan logos bermaksud ilmu
pengajian mengenainya.
• Memberi perhatian terhadap persoalan nilai dan
sistem nilai.
• Mempersoalkan tentang baik – buruk, salah – benar
dlln. Dua aspek utama iaitu etika dan estetika.
• Etika berasal dari perkataan Yunani ‘ethos’ iaitu
sifat , watak, kebiasaan atau tempat biasa.
• Memberi tumpuan terhadap nilai-nilai moral dan
peraturan kelakuan manusia.

9
• Etika mengutamakan ‘apa yang sepatutnya kita
lakukan’ dan ‘apa yang paling sesuai untuk kita
lakukan”.
• Etika terbahagi kepada dua iaitu Etika deskriptif dan
Etika noematif.
• Etika deskriptif menghuraikan tentang kesedaran dan
pengalaman.
• Etika normatif membincangkan sifat kebaikan dan
keharusan tingkah laku seseorg.

• Estetika merujuk kepada kriteria bagi kecantikan


dalam kesenian, alam sekeliling dan kehidupan.
Tertumpu pada cita rasa dan sentimen.

10
c. Logik

• Berkaitan dengan pemikiran serta hujah-hujah


yang betul serta sebaliknya.
• Membuat pertimbangan terhadap perkara-
perkara yang membentuk penaakulan benar dan
membezakan dengan penaakulan yang tidak benar
atau tidak rasional.
• Menerangkan hubungan antara idea dan memberi
alasan bagi jawapan yang diberi.
• Terbahagi kepada dua iaitu;
i. Logik Induktif
ii. Logik deduktif
11
i. Logik Induktif > bermula dengan butiran khusus,
kemudian mmembuat penaakulan terhadap
butiran tersebut dan membuat kesimpulan umum
bagi menjelaskannya.
ii. Logik Deduktif > bermula dengan kesimpulan
umum, kemudian mencari contoh-contoh yang
relevan bagi menerangkan kesimpulan dan
butiran terhasil secara logik.

12
d. Epistemologi

• Satu teori ilmu mengkaji tentang ilmu dan


kepercayaan.
• Berasal dari perkataan Yunani ‘ episteme’ bermaksud
‘ilmu’ atau ‘sains’ dan logos bermakna ‘keterangan’.
• Berfokus kepada penganalisisan dan penghasilan ilmu
dan tuntutan ilmu.
• Epistemologi cuba menjawab soalan-soalan spt ;
- Apa itu ilmu ?
- Apa yang diketahui oleh manusia ?
- Apa yang kita cari ? dlln

13
- Ia tertumpu cara memperoleh ilmu. Antara sumber
ilmu ialah ;
i. Wahyu – pengetahuan yang diperturunkan oleh Tuhan
melalui perantaraan tertentu yang diplilihNya.
ii. Berasaskan pengalaman pancaindera – apa yang
dilihat, dirasa, dengar, sentuh dlln.
iii. Intuisi – melalui cetusan idea secara sedar atau tidak.
iv. Pandangan pakar bidang berkenaan – berdasarkan
ilmu dan kemahiran dimiliki.
v. Kaedah saintifik – melbatkan carian jawapan
persoalan-persoalan tertentu.
- Jenis ilmu melalui wahyu paling tepat kerana diperoleh
dpd Tuhan yang maha mengetahui sedangkan ilmu
lain banyak bergantung kepada manusia dan akalnya.

14
FALSAFAH PENDIDIKAN
Konsep Falsafah Pendidikan
 Menurut Abd. Fatah, falsafah pendidikan adalah suatu
sistem kepercayaan, pegangan dan prinsip am yang
mana membincangan pelbagai hal mengenai pendidikan
dan pengajaran yang patut dijalankan di sekolah/ bilik
darjah.
 Al-Syaibani – sebagai usaha melaksanakan teori dan
kaedah berhubung pengalaman manusia. Mampu
menilai, menyelaras dan menganalisis masalah
berkaitan kehidupan.
 John Dewey sebagai satu pembentukan kemampuan
dasar yang fundamental, intelektual, fungsional ke
arah menuju ke tabiat manuisa yang cemerlang dan
bertamaddun.
15
• Fungsi pendidikan ialah;
i. Proses sosialisasi > peluang murid-murid berinteraksi
antara satu sama lain.
ii. Pembentukan budaya > mewujudkan serta memupuk
nilai-nilai budaya.
iii. Interaksi sosial > bersifat lebih bersepadu akibat
pengajaran nilai-nilai budaya dan norma-norma
tertentu.
iv. Penempatan sosial > pencapaian dinilai berasaskan
pencapaian akademik.

16
• Kepentingan Falsafah Pendidikan :
i. Menjadi panduan yang sangat penting dalam
pelaksanaan sst sistem pendidikan.
ii. Sebagai langkah permulaan dalam proses pendidikan.
iii. Sebagai asas pergantungan kepada unsur-unsur
dalam pendidian spt matlamat, isi kandungan
pendidikan, pendekatan, strategi dan kaedah
pengajaran dlln.
iv. Merupakan ideologi atau tanggapan sesebuah
masyarakat terhadap sistem pendidikan yang
dilaksanakan serta matlamatnya.
v. Sebagai satu asas kepada aktiviti pendidikan yang
mencerminkan pemikiran dan falsafah sesebuah
negara.

17
• Kesimpulannya,
 Falsafah berperanan sebagai tumpuan kepada segala
idea dan juga pemikiran tentang pendidikan.
 Menjelaskan halatuju kepada segala usaha untuk
memajukan sistem pendidkan negara.
 Sebagai asas/dasar dalam menentukan fokus dan
kandungan kurikulum pendidikan.
 Menunjuk arah kepada pihak pelaksana spt sekolah dan
institut pendidikan merancang dan melaksanakan
aktiviti p&p.
 Memberi arah kepada pembuat dasar pendidikan bagi
menentukan corak sistem pendidikan negara.

18
RUMUSANNYA

• Pengertian falsafah boleh dikaji dari tiga aspek iaitu


etimologi, terminologi dan praktikal.
• Falsafah dibahagi kepada empat iaitu Metafizik,
Aksiologi, Epistemologi dan Logik.
• Antara sumber ilmu ialah wahyu, berasaskan
pengalaman, pancaindera, intuisi, pandangan pakar,
logik dan kaedah saintifik.
• Pendidikan berfungsi untuk memupuk proses sosiolisasi,
pembentukan budaya, integrasi sosial dan penempatan
sosial.
• Falsafah pendidikan membantu guru memahami asas
teoretikal pendidikan dan mempengaruhi amalannya
sebagai seorang guru.

19
Bacaan Tambahan:

1. Choong Lean Keow. 2008. Falsafah dan Pendidikan di


Malaysia. Subang Jaya: Kumpulan Budiman Sdn. Bhd.

2. Abu Bakar Nordin. 2003. Falsafah Pendidikan dan


Kurikulum. Tanjong Malim: Quantum Books Sdn. Bhd.

3. Sharifah Alwiah Al Sagoff. 1987. Falsafah Pendidikan.


Kuala Lumpur: Heinemann Asia.

20
Sekian, Terima kasih
Dan
Jumpa Lagi

Daripada,
Pn. Hapaza Awang

21

You might also like