You are on page 1of 18

MODUL TATABAHASA

MINGGU 4
TARIKH : 3 APRIL- 9 APRIL 2012
TAJUK : KATA TUGAS
KUMPULAN : ADIKURNIA
KATA BILANGAN

PENJODOH BILANGAN TATABAHASA


KATA TUGAS

KATA SERU KATA PENEGAS

LATIHAN VIDEO INTERAKTIF


JENIS KATA TUGAS LATIHAN PENGUKUHAN
PEN. BILANGAN PENJODOH BILANGAN
KATA BILANGAN KATA BILANGAN

KATA SERU KATA SERU

KATA PENEGAS KATA PENEGAS

KEMBALI
PENJODOH BILANGAN
• PENJODOH BILANGAN ialah kata yang
digunakan bersama-sama dengan KATA
BILANGAN.
• Ada kalanya penjodoh bilangan tidak
digunakan bersama-sama dengan kata
bilangan
• KAEDAH PENGGUNAAN
• CONTOH PENJODOH BILANGAN
• LATIHAN PENGUKUHANKEMBALI
PENJODOH BILANGAN
PENJODOH BILANGAN PENGGUNAAN DAN AYAT CONTOH
BARIS Digunakan untuk menyusun benda yang tersusun atau
orang yang beratur seperti ayat, rumah, kedai dan
pelajar
. Di hadapan rumahnya terdapat dua baris rumah
kedai.
. Dakwat pennya habis setelah menulis beberapa baris
ayat.
CUBIT Digunakan untuk benda-benda yang diambil sedikit
sahaja seperti garam, gula, kuih dan sebagainya
. Ramli memasukkan secubit garam ke dalam
masakannya.
DAS Digunakan untuk bunyi tembakan atau letupan seperti
pistol,senapang dan meriam
. Polis melepaskan beberapa das tembakan ke arah
perompak itu.

KEMBALI
CONTOH PENJODOH BILANGAN
PEN.BILANGAN PEN.BILANGAN PEN.BILANGAN PEN.BILANGAN
BIJI BILAH BUAH BUKU
CARIK CUCUK EKOR GELUNG
GEROMBOLAN GUGUS GULUNG HELAI
IKAT IRIS JAMBAK JAMBANGAN
KAKI KAWAN KELOMPOK KEPAL
KEPING KERAT KETUL KOTAK
KUNTUM LARAS LEMBAR LONGGOK
NASKHAH ORANG PAPAN PASANG
PATAH PINTU POTONG PUCUK
PUNTUNG RANGKAP RAWAN SIKAT/ SISIR
SUAP TANDAN TANGKAI TEGUK

KEMBALI
LATIHAN PENGUKUHAN
PENJODOH BILANGAN

• Pak Mail menjadi marah apabila mendapati se______


jalanya telah dikoyakkan orang.
• Amira memasukkan beberapa _______ ais ke dalam
minuman bancuhannya.
• Pak Samad memikul se______ pisang dari kebunnya.
• Kepala Amri diacukan dengan se________ pistol kerana
mengganggu isteri orang.
• B eberapa _________ buluh hidup subur di tepi tasik
itu.
SELAMAT MENCUBA
KEMBALI
KEMBALI KE PILIHAN LATIHAN
KATA BILANGAN
• KATA BILANGAN ialah kata yang digunakan
untuk menghitung sesuatu.
• Kata bilangan boleh terdiri daripada kata asal
dan kata terbitan.
• Kata bilangan terdiri daripada tujuh
jenis.ILANGAN
• KAEDAH PENGGUNAAN
• LATIHAN PENGUKUHAN
KEMBALI
JENIS- JENIS KATA BILANGAN

KATA BILANGAN KATA BILANGAN TAK


TENTU TENTU

KATA BILANGAN KATA BILANGAN KATA BILANGAN


PECAHAN PISAHAN HIMPUNAN

KATA BILANGAN
KATA BILANGAN
TANYA
TINGKAT

SETERUS
PENGGUNAAN DAN AYAT CONTOH
KATA BILANGAN CONTOH DAN PENGGUNAANNYA
Kata Bilangan Tentu Satu, dua, tiga, empat seribu ,sejuta dll.
. Sepuluh orang maut dalam kemalangan ngeri itu.
Kata Bilangan Tak Tentu Beberapa, beberapa banyak, para, sebarang, segala,
sekalian, seluruh, semua, setengah-setengah,
sebahagian dll.
. Beberapa acara menarik telah diadakan di Pesta
Pulau Pinang.
Kata Bilangan Pecahan Setengah, suku, dua pertiga, dll
. Datuk Omar telah berusia suku abad.
Kata Bilangan Pisahan Masing-masing, setiap dan tiap-tiap.
. Setiap pelajar perlu menyerahkan surat perjanjian
selewat-lewatnya pada hari Jumaat ini.

SETERUS
PENGGUNAAN DAN AYAT CONTOH
KATA BILANGAN CONTOH DAN PENGGUNAANNYA
Kata Bilangan Himpunan Berabad-abad, berbagai-bagai, berbulan-bulan,
berjenis-jenis, kedua-dua, ribuan dll.
. Erma menggunakan berpuluh-puluh helai kertas
untuk menulis cerpen.
Kata Bilangan Tingkat Pertama, kedua , ketiga dan seterusnya.
. James mendapat mendapat pertama dalam
perlumbaan kereta semalam.
Kata Bilangan Tanya Berapa
. Harga komputer riba ini berapa?

KEMBALI
LATIHAN PENGUKUHAN KATA
BILANGAN
• ___________ kos pengajian Nasri ditanggung oleh
kerajaan Thailand.
• Ada ____________ yang mengganggu fikirannya
ketika itu.
• _____________ orang gemar akan aktiviti lasak.
• Majlis sambutan Hari Kemerdekaan ke -54 disiarkan
secara langsung di ___________ rangkaian stesen
televisyen.
• Selamat mencuba
KEMBALI
KEMBALI KE PILIHAN LATIHAN
KATA PENEGAS
• KATA PENEGAS digunakan untuk menguatkan atau
menegaskan ayat.
• Contoh kata penegas ialah hanya, pun, juga, memang,
saja, -kah, -lah dan –tah.
• AYAT CONTOH
• LATIHAN PENGUKUHAN

KEMBALI
AYAT CONTOH
• Hanya Yuna yang menyertai pertandingan
nyanyian itu.
• Kasut kulit ini memang mahal harganya.
• Sesiapa pun berhak menyuarakan pendapat
masing-masing.
• Apatah dayaku untuk membantah arahannya.
• Siapakah yang memecahkan pasu bunga ini?
KEMBALI
LATIHAN PENGUKUHAN KATA
PENEGAS
• ________ sudah saya menjangkakan beregu emas
badminton negara akan menjuarai Piala Thomas itu.
• “Datanglah ke rumah kami bila-bila masa ______,” kata Pak
Long kepada Pak Alang.
• Apa____ punca berlakunya runtuhan tanah di kawasan itu?
• Universiti Malaya __________ universiti tertua di Malaysia.

Selamat Mencuba

KEMBALI
KEMBALI KE PILIHAN LATIHAN
KATA SERU
• KATA SERU ialah kata yang digunakan untuk
menyatakan perasaan seperti geram, hairan, marah,
sakit, takut dan sebagainya.
• Kata seru digunakan untuk membentuk ayat seruan.
• KAEDAH PENGGUNAAN DAN CONTOH
• LATIHAN PENGUKUHAN

KEMBALI
KATA SERU PENGGUNAANNYA AYAT CONTOH

aduh Digunakan untuk menyatakan Aduh, sakitnya perutku ini!


perasaan hairan atau sakit Aduh, manisnya gadis berbaju
ungu itu!
aduhai Untuk menyatakan perasaan sedih Aduhai, malang sungguh nasib
kita berdua!
ah Untuk menyatakan rasa tidak Ah, aku tidak puas hati betullah
bersetuju dengan pengarah baru kita tu!
amboi Untuk menyatakan rasa hairan atau Amboi, garangnya cik adik ni!
kagum Amboi, cantiknya rumah kau!
eh Untuk menyatakan perasaan hairan Eh, abang ada di sini!
atau terkejut
hai Untuk menyatakan perasaan Hai, lama kita tidak berjumpa!
hendak menyapa atau menarik Hai, janganlah lihat saja!
perhatian
wahai Untuk menyatakan perasaan sedih Wahai, rakan-rakanku belajarlah
atau untuk menarik perhatian bersungguh-sungguh!

KEMBALI
LATIHAN PENGUKUHAN KATA
SERU
• ______ , cantiknya tudung yang kau pakai ini!
• _______ anakku, dengarlah nasihat gurumu!
• _______, tingginya Menara Petronas itu!
• _______, sudah lama kita tidak keluar bersama-sama !
• _______ , pening sungguh kepalaku memikirkan
masalah ini!
• ________, rupa-rupanya dia yang melaporkan kepada
pihak polis!
• SELAMAT MENJAWAB
KEMBALI
KEMBALI KE PILIHAN LATIHAN

You might also like