You are on page 1of 19

BIDANG BAB 24 –

BERKAITAN MELINDUNGI
DENGAN KANAK-KANAK
HAK ASASI TANGGUNG-
JAWAB
BERSAMA
Definisi nilai:
Melindungi hak kanak-kanak

Membela, memberi
naungan dan memelihara
hak kanak-kanak bagi
menjamin kehidupan
mereka yang sempurna
Siapakah kanak-
kanak?

Individu yang
berusia kurang
daripada 18
tahun
Akta Perlindungan Kanak-
kanak 1991 pindaan 2001
HAK KANAK-KANAK
Deklarasi Hak Asasi Kanak-Kanak, Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu 20
November 1989)

1. Mendapat sepenuhnya semua hak tanpa


perbezaan dan diskriminasi

Tiada Tiada Tiada


diskriminasi diskriminasi diskriminasi
warna kulit jantina bangsa
HAK KANAK-KANAK
Deklarasi Hak Asasi Kanak-Kanak, Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu 20
November 1989)

2. Mendapat perlindungan, peluang dan kemudahan


istimewa.

Bebas dari Peluang Pendidikan, Potongan harga,


penderaan dan mengasah bakat dan kemudahan
penganiyaan minat khas
HAK KANAK-KANAK
Deklarasi Hak Asasi Kanak-Kanak, Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu 20
November 1989)

3. Mempunyai nama dan kewarganegaraan.

ALIA
RAMONA
SHARMILA
CHONG
MAURINA
HAK KANAK-KANAK
Deklarasi Hak Asasi Kanak-Kanak, Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu 20
November 1989)

4. Makanan yang cukup, keselamatan sosial, tempat


kediaman, rekreasi dan kemudahan perubatan.
HAK KANAK-KANAK
Deklarasi Hak Asasi Kanak-Kanak, Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu 20
November 1989)

5. Mendapat perlindungan istimewa apabila cacat.


HAK KANAK-KANAK
Deklarasi Hak Asasi Kanak-Kanak, Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu 20
November 1989)

6. Mendapat kasih sayang ibu bapa, jagaan dan perlindungan.


HAK KANAK-KANAK
Deklarasi Hak Asasi Kanak-Kanak, Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu 20
November 1989)

7. Mendapat perlindungan daripada kezaliman, eksploitasi


dan diskriminasi.
CONTOH PERLINDUNGAN KANAK-KANAK

 dilindungi daripada penderaan berbentuk fizikal seperti dipukul,


diikat dan dikurung.

 Dilindungi daripada penderaan berbentuk mental seperti


menjatuhkan maruah dan menghina kanak-kanak

 gangguan seksual

 gejala buruh kanak-kanak


Pelbagai pihak yang memberi
perlindungan kepada kanak-kanak
Pertubuhan bukan Individu/
Kerajaan kerajaan NGO Masyarakat

Menguatkuasa Menyedarkan masyarakat tentang cara Membuat laporan


beberapa akta untuk melindungi kanak-kanak seperti langkah kepada pihak
melindungi kanak- pencegahan dengan menganjurkan berkuasa jika ada
seminar untuk mengajar guru sekolah kes penderaan
kanak seperti Akta
rendah mengenalpasti kanak-kanak yang kanak-kanak,
Perlindungan Kanak-
memberi bantuan
kanak, Jabatan mengalami gangguan seksual dan
dengan
Kebajikan Masyarakat memberi bantuan kepada mereka,
menyelamatkan
(menyediakan rumah mendidik kanak-kanak dan memberi mereka daripada
kebajikan) pengetahuan tentang cara melindungi diri terus didera
dan mengelakkan diri daripada menjadi
mangsa gangguan seksual
PERANAN IBU BAPA UNTUK
MELINDUNGI ANAK-ANAK

 memberi pengetahuan yang secukupnya tentang


pelbagai jenis penderaan

 mengajar anak mengelakkan diri daripada menjadi


mangsa penderaan

 mengajar anak menyebut ‘tidak’ kepada perbuatan


orang lain (termasuk orang yang dikenali) yang
tidak munasabah
CONTOH SOALAN STRUKTUR
Baca pernyataan berikut dan jawab soalan.
Setiap kanak-kanak, terutama kanak-kanak istimewa
(kurang upaya) perlu diberi peluang mendapatkan semua
hak seperti kanak-kanak normal agar mereka mempunyai
masa depan yang cerah.

a) Jelaskan langkah-langkah pihak kerajaan untuk membantu kanak-kanak istimewa agar


dapat hidup berdikari berdasarkan nilai-nilai murni yang anda pelajari. (4 markah)
b) Selain faktor kemiskinan keluarga, nyatakan dua sebab kanak-kanak tersebut tidak
mendapat pendidikan sewajarnya. (2 markah)
c) Berdasarkan Akta Perlindungan Kanak-Kanak 1991 di Malaysia, terangkan dua hak
kanak-kanak yang anda pelajari dan kepentingannya kepada kanak-kanak. (4 markah)
a) Jelaskan langkah-langkah pihak kerajaan untuk membantu kanak-kanak istimewa agar
dapat hidup berdikari berdasarkan nilai-nilai murni yang anda pelajari. (4 markah)

i) Nilai melindungi hak kanak-kanak. Kerajaan memberi peluang Pendidikan Khas


kepada kanak-kanak OKU untuk belajar pelbagai kemahiran mengikut keupayaan
mereka di sekolah khas supaya mereka boleh mengurus diri sendiri.

ii) Nilai bertanggungjawab. Kerajaan memainkan peranan menyediakan pelbagai


kursus profesionalisme supaya mereka mempunyai pekerjaan apabila dewasa dan
tidak bergantung hidup kepada orang lain.

b) Selain faktor kemiskinan keluarga, nyatakan dua sebab kanak-kanak tersebut tidak
mendapat pendidikan sewajarnya. (2 markah)

i) Ibu bapa menganggap mereka sebagai beban dan memalukan keluarga, jadi mereka
tidak mahu kanak-kanak ini keluar dari rumah.

ii) Kurang pengetahuan tentang kemudahan dan peluang yang disediakan oleh kerajaan.
c) Berdasarkan Akta Perlindungan Kanak-Kanak 1991 di Malaysia, terangkan dua hak
kanak-kanak yang anda pelajari dan kepentingannya kepada kanak-kanak. (4 markah)

i) Mendapat sepenuhnya semua hak tanpa perbezaan dan diskriminasi.


Walaupun cacat, mereka perlu diberi peluang mengasah dan menunjukkan
bakat supaya mempunyai potensi untuk mendapat pekerjaan apabila dewasa
dan tidak perlu bergantung hidup kepada orang lain.

ii) Mendapat perlindungan istimewa apabila cacat. Kanak-kanak cacat tidak


mampu mempertahankan diri daripada cercaan dan pembulian orang lain
kerana ketidakupayaan mereka. Mereka perlu dilindungi daripada
penganiayaan dan penderaan fizikal dan mental.
CONTOH SOALAN ESEI
Laporan akhbar ini berkaitan dengan isu pembuangan bayi yang
semakin berleluasa.

Bagaimanakah anggota masyarakat memainkan peranan untuk


membendung masalah tersebut daripada berleluasa? Huraikan
jawapan anda berdasarkan nilai-nilai murni.
(10 markah)
Contoh jawapan esei

Nilai : Melindungi hak kanak-kanak, menghormati hak golongan kurang berupaya,


mematuhi peraturan dan undang-undang, rasional, bertanggungjawab, tanggungjawab
terhadap keluarga, kasih sayang terhadap keluarga. Pilih mana-mana 3 nilai. (3
markah)

Peranan :
1. Ibu bapa/ keluarga memberi didikan agama/moral kepada anak-anak (1 markah)
2. Mengawasi pergaulan anak-anak muda yang tidak senonoh setiap masa. (1 markah)
3. Kerajaan mengadakan kempen anti pembuangan bayi. (1 markah)
4. Memberi hukuman yang berat kepada pesalah seperti hukuman bunuh. (1 markah)
5. Memberi perlindungan kepada gadis yang mengandung di luar nikah. (1 markah)
6. NGO menyediakan rumah khas untuk bayi yang dibuang. (1 markah)
7. Sekolah memberi pendidikan seperti Pendidikan Seks, Agama dan Moral. (1 markah)
Sekian, terima kasih.

You might also like