You are on page 1of 9

BAHASA MELAYU KLASIK

KONSEP BAHASA MELAYU KLASIK

1) Abad ke-14 hingga ke abad ke-19


2) Bahasa melayu bertulisan jawi ialah bahasa melayu klasik
3) Zaman kegemilangan ialah zaman kerajaan melayu Melaka, zaman
kerajaan Acheh, kerajaan Johor-Riau
4) Bahasa melayu berkembang pesat kerana:
5) (i) pengaruh politik Melayu menyebabkan bahasa Melayu disebarkan
dengan mudah
6) (ii) bahasa Melayu digunakan sebagai bahasa pengantar agama Islam dan
tinggi darjat kebudayaannya
7) (iii) perkembangan tulisan Jawi dan perbendaharaan kata daripada bahasa
Arab membantu perkembangan dalam bidang kesusasteraan, sejarah,
undang-undang, falsafah Islam dan ketatanegaraan.
CIRI-CIRI BAHASA MELAYU
KLASIK

a) Sistem tulisan dan ejaan


1. Batu bersurat minye tujuh, Acheh dan batu bersurat Pagar Ruyung,
Minangkabau masih menggunakan huruf dari India.
2. Tulisan Jawi menggunakan abjad Arab & 6 abjab tambahan yang
dicipta oleh orang Melayu sendiri
3. Tulisan ini ditulis dari kanan ke kiri, tidak mempunyai huruf besar atau
huruf kecil. Bentuk huruf berubah apabila ditulis secara tunggal atau
secara bersambung.
b) Kosa kata
1. Istliah-istilah dipinjam daripada bahasa Arab.
2. Istilah Sanskrit masih diguna tetapi telah diubahsuaikan supaya sejajar
dengan konsep Islam
c) Tatabahasa
3. Banyak menggunakan bahasa istana, kosa kata klasik, kosa kata
daripada bahasa Arab, kata pangkal ayat (maka, hatta) dan partikel atau
kata penegas (-pun, -lah)
4. Bahasa Melayu klasik, mar dan ni telah tukar kepada ber dan di
5. Banyak menggunakan ayat majmuk, ayat songsang dan ayat pasif
PERKEMBANGAN AKSARA JAWI

1. Islam dari negara China, datang dari Barat


2. Jawi perkataan ini berasal daripada perkataan Jawa, Pulau Jawa
3. Menurut Raffles, perkataan Jawi bagi orang Melayu ialah kacukan.
Tulisan Jawi merupakan tulisan campuran daripada Arab, Parsi dan
Melayu.
4. R.J.Wilkinson mengaitkan istilah Jawi dengan istilah Melayu iaitu
tulisan bagi bahasa Melayu
5. Dua tahap, dipengaruhi oleh 2 unsur, unsur Arab dan Melayu
6. Tahap pertama: ejaannya menggunakan diakritik, sistem baris
membolehkan perkataan yang ditulis dapat disebut dengan betul, tetapi
mengambil masa yang agak lama untuk ditulis kerana terlalu banyak
baris
7) Tahap kedua: tulisan Jawi yang meninggalkan tanda-tanda baris dikenali
sebagai tulisan Arab Gondol, tetapi kesukaran menyebut dengan tepat dan
betul, menimbulkan masalah iaitu terdapat perkataan yang berbeza ditulis
dengan ejaan yang sama, dan masalah ini menyebabkan ketaksaan makna.
8) Kerana ada kelemahan maka sistem ejaan Jawi yang berunsur Melayu
telah diperkenalkan
9) Sistem ini juga mempunyai 2 tahap, tahap pertama huruf saksi atau
vokal diletakkan pada suku kata pertama sahaja, tahap kedua vokal
diletakkan pada suku kata kedua juga.
BAHAN BUKTI PENGGUNAAN BM
KLASIK

1. Batu bersurat di Pagar Ruyung, Minangkabau


- Perubahan imbuhan mar, ni sudah bertukar kepada ber dan di
- Bahasa Sanskrit masih digunakan

2) Batu bersurat di Minye Tujuh, Acheh


- Menggunakan skrip kawi Menulis bahasa Jawa kuno
- Mengandungi doa dan warta yang terkenal di kesusasteraan Jawa
- Mengandungi beberapa perkataan bahasa Arab
3) Hukum Kanun Melaka
- undang-undang tertua
- Undang kerajaan dan laut
4) Hukum Kanun Pahang
FUNGSI BM KLASIK

1) Lingua Franca (bahasa perantaraan)


- Memudahkan hubungan perdagangan
2) Bahasa Pentadbiran (bahasa rasmi)
- Urusan surat-menyurat
- Surat izin perniagaan kepada pihak asing
3) Bahasa ilmu (agama)
- menghasilkan karya ilmu
- Penulisan ilmu tasawuf dan falsafah Islam (Hamzah Fansuri)
4) Bahasa undang-undang
- Menjadi peraturan (undang-undang Melaka, pahang, johor)
5) Bahasa Persuratan
- Hasil pelbagai karya sastera klasik ada yang digunakan untuk menguatkan
semangat rakyat mendepani peperangan

You might also like