You are on page 1of 19

Csp2071

olahraga

2020
LOMPAT
TINGGI
SEJARAH
PERMAINAN
LOMPAT TINGGI
 Mula diperkenalkan dalam tahun 1887.

 Diperkenalkan dalam Sukan Olimpik pada tahun 1896.

 Satu pertandingan diadakan bagi menentukan siapa antara

segolongan profesional di England yang mampu melompat

paling tinggi.  Dalam pertandingan yang diadakan pada tahun

1861, seorang berbangsa Scotland, William Tivendale berjaya

melompat setinggi 1.83 meter.

 Palang yang digunakan hanyalah seutas tali yang diikat pada

dua batang kayu yang dipacak pada tanah.


 Cara membuat lompatan ialah dengan merapatkan kedua-dua
kaki sambil badan melompat pada kedudukan statik atau
menegak, menjadikan peserta seakan-akan melompat pada
kedudukan berdiri dan menegak..

 Dick Fosbury iaitu seorang pelompat tinggi dari Amerika


Syarikat yang bertanggungjawab bukan sahaja
memperkenalkan teknik lompatan terbarunya malah telah
mempopularkan acara ini dalam Sukan Olimpik tahun 1968 di
Mexico.
PERALATAN LOMPAT TINGGI
Tiang Lompat Palang Lompat
Tinggi Tinggi

Tilam Pita Pengukur


FASA-FASA
LOMPAT TINGGI
FASA-FASA LOMPAT TINGGI
 Penujuan – larian menghala ke palang

 Lonjakan – tindakan kaki untuk menaikkan badan

 Layangan – gaya dan kedudukan badan ketika berada di udara dan


di atas palang.

 Pendaratan – sentuhan badan dan bahagiannya dengan tempat


mendarat.
Gaya lompat
tinggi
GAYA GUNTING GAYA TIMUR

GAYA PELANA

GAYA GULING BARAT GAYA FOSBURY FLOP


UNDANG-UNDANG
 1. Peserta membuat lompatan mengikut susunan yang ditetapkan menerusi undian yang

dilakukan sebelum pertandingan bermula.


 2.Peserta hendaklah membuat lompatan dengan menggunakan mana-mana sebelah kakinya

semasa melonjak.
 3. Peserta boleh memilih arah atau sudut dari kawasan larian untuk memulakan larian untuk

melompat.
 4. Pada permulaan pertandingan, pegawai pertandingan hendaklah memaklumkan kepada

semua peserta ketinggian minimum yang akan digunakan sebagai ketinggian kelayakan.

Setiap kali peserta berjaya melepasi ketinggian itu, palang akan dinaikkan dan peserta

dikehendaki melompat melepasi aras bahu sehinggalah semua peserta gagal melepasi

ketinggian itu.
 5. Peserta yang gagal melepasi palang pada sesuatu ketinggian selepas tiga percubaan akan

terkeluar daripada pertandingan dan pencapaian peserta dikira pada ketinggian tertinggi yang

berjaya dilepasinya sebelum itu.


 6. Peserta boleh meneruskan lompatan pada ketinggian baharu, walaupun peserta lain gagal

melakukannya, sehinggalah dia gagal melepasi ketinggian itu.


 7. Kedua-dua tiang lompat tinggi hendaklah kekal di tempat yang ditetapkan dan tiang-tiang

itu tidak boleh diubah ke tempat lain. Jika terpaksa berbuat demikian, pengubahan hendaklah

dilakukan selepas semua peserta menamatkan lompatan pada sesuatu ketinggian tertentu.
 8. Peserta dibenarkan meletakkan penanda yang disediakan oleh pegawai pertandingan

untuk mengukur larian sendiri sebelum membuat lompatan.


 9. Jika lebih daripada seorang peserta yang mampu melepasi suatu ketinggian tetapi gagal

melepasi ketinggian berikut, maka peserta yang melepasi ketinggian itu dengan jumlah

lompatan yang sedikit dikira pemenang. Jika selepas itu, masih ada lebih daripada seorang

peserta yang berjaya, peserta dengan lompatan yang lebih sedikit pada ketinggian

sebelumnya dikira pemenang.


KESALAHAN YANG
BIASA BERLAKU
SEMASA LOMPATAN
KESALAHAN YANG BIASA BERLAKU SEMASA LOMPATAN
 1. Permulaan larian yang terlalu laju dan mengurangkan kelajuan pada 3 langkah terakhir.
 2Langkah lari landas terlalu pendek hingga menyebabkan atlit terpaksa membuka
langkah semasa melencong.
 3. Jarak tempat melonjak terlalu dekat dengan palang. Ini menjadikan jarak penujuan
terlalu pendek dan terlalu kecil sudutnya.
 4. Peserta menggunakan kedua belah kaki untuk melonjak ketika mula melompat.
 5. Tidak mengekalkan posisi menegak menyebabkan kepala dan bahu terlalu dekat
dengan palang semasa melonjak.
 6. Terlalu cepat membengkokkan badan ke palang.
 7. Menjunam ke arah palang atau melonjak terlalu dekat.
 8. Kaki belakang terkena palang kerana hayunan lutut tidak diselesaikan dengan cara
melipat tumit.
 9. Lengkungan badan tidak sempurna semasa layangan.
 10. Mendongak ke belakang yang keterlaluan atau tidak membengkokkan kaki dan
mendongak semula di fasa pemulihan.
 11. Sebelum badan melepasi palang, bahagian-bahagian badan menyentuh atau termasuk
ke sebelah kawasan mendarat.
LANGKAH-LANGKAH
KESELAMATAN
LANGKAH-LANGKAH KESELAMATAN
1.Pelajar perlu memanaskan badan terlebih dahulu untuk
mengelakkan kecederaan.
2. Pastikan tempat pendaratan atau tilam yang digunakan
untuk mendarat selamat.
3.Tiang hendaklah diletakkan di tempat yang rata agar tidak
bergoyang atau mudah jatuh.
4. Palang mestilah diletakkan di belakang tiang mengadap
tempat pendaratan supaya ia jatuh ke bawah bila disentuh
dan tidak menyekat peserta ketika melompat.
SEKIAN .TERIMA
KASIH

You might also like