You are on page 1of 12

KETERAMPILAN PERUNDINGAN

(BAHASA MELAYU)
Komunikasi Verbal
Perunding perlu bijak dalam memilih perkataan
dan ayat yang sesuai. Ini kerana, dengan pemilihan
kata dan ayat yang tepat dapat membantu
pebincangan dijalankan dengan cepat dan berkesan.

Menurut Nik Safiah (1988), gaya bahasa bermaksud cara


mengungkapkan, iaitu cara bertutur serta menulis.
Lazimnya, gaya bahasa meliputi aspek-aspek kesesuaian
penggunaan perkataan, frasa, ayat dan ungkapan dalam
situasi-situasi tertentu. .
Asas Kandungan Perbincangan
(Asmah Hj. Omar, 2000)
Maklumat utama yang merupakan asas bagi
sesebuah perundingan boleh dilakukan
melalui beberapa kategori lakuan bahasa
iaitu :
penyampaian maklumat,
permintaan maklumat,
pembangkitan perkara,
permintaan tindakan,
penyampaian pendapat
penyampaian cadangan atau usul.
Penyampaian Maklumat : Lakuan bahasa ini
tidak melibatkan emosi atau pendirian penutur.

Apa yang berlaku ialah penutur memberi


maklumat atau keterangan tentang sesuatu.
Bahasa yang digunakan berbentuk huraian.

Penyampaian maklumat ini melibatkan ungkapan


untuk makluman, sebagai penjelasan, sepertimana.
Permintaan Maklumat : Permintaan maklumat
terdapat dalam jenis ayat tanya dan ayat berita.

Permintaan maklumat di sini meliputi permintaan


pendapat atau pandangan. Permintaan maklumat yang
menggunakan ayat tanya boleh melibatkan ayat tanya
terbuka atau ayat tanya tertutup.

Adakalanya pertanyaan-pertanyaan diikuti oleh ayat


permintaan seperti silakan, minta dll. Ayat-ayat Tanya
ini juga sering didahului dengan ungkapan soalan
saya.., pertanyaan saya, saya ingin meminta penjelasan,
saya ingin tahu…
Pembangkitan Perkara : Pembangkitan
perkara merupakan lakuan bahasa yang
penting dalam sesebuah perbincangan.

Tujuannya ialah mengemukakan


sesuatu maklumat atau isu yang ada
hubung kait dengan topik yang
dibincangkan, sama ada maklumat atau
isu itu sesuatu yang sudah diperkatakan
oleh orang atau sesuatu yang baru.
Ungkapan pembangkitan perkara boleh
diwakili oleh ungkapan-ungkapan
seperti membangkitkan, menyentuh,
membawa satu perkara, menimbulkan
soal, menarik perhatian,
mengemukakan, berhubung dengan,
merujuk, mengenai, berhubung
dengan, berkenaan dengan dll.
Pembangkitan perkara boleh juga dilakukan tanpa
menggunakan ungkapan-ungkapan di atas, tetapi terus
dengan memperkatakan isu atau perkara berkenaan.
Misalnya,

Hari ini ramai doktor berhenti; selepas dia bayar


pinjaman biasiswa dia berhenti. Saya tanya pasal apa dia
berhenti....

Terdapat dua petunjuk yang menyatakan tutur di atas


adalah tutur pembangkitan isu, iaitu ungkapan hari
ini dan pertanyaan. Hari ini bukan setakat
menyatakan detik masa, tetapi berfungsi sebagai
isyarat permulaan isu.
Permintaan Tindakan : Permintaan tindakan
merupakan lakuan bahasa yang sering berlaku dalam
sesuatu perbincangan atau perundingan yang memerlukan
keputusan konkrit, seperti perbahasan parlimen dam
mesyuarat.

Lakuan bahasa yang seperti ini disampaikan dengan


ungkapan-ungkapan seperti minta, mohon, harap,
menyeru, mendesak, merayu, menggesa dll.
Penyampaian Pendapat : Terdapat dua cara
menyampaikan pendapat.

Pertama dengan menggunakan ungkapan-ungkapan


epistemik, yakni yang menunjukkan adanya
pengetahuan dari pihak penutur (pendirian atau
pendapat sendiri) seperti percaya, yakin, pendapat,
rasa, bimbang, kira, ragu-ragu dll.

Cth ayat: Saya percaya langkah yang bakal kita ambil


ini tidak akan bergitu berkesan.
Cara kedua dengan menggunakan ungkapan yang
menggambarkan pemikiran dan perasaan penuturnya.

Cth ayat: Kita semua perlukan kehidupan yang


berkualiti dengan alam sekitar yang bersih.
Malangnya, udara kita sudah tercemar dan sungai-
sungai yang menjadi sumber air bersih juga tercemar.
Penyampaian Cadangan atau Usul : Lakuan bahasa
ini jelas kelihatan dalam ungkapan-ungkapan yang
mempunyai kata cadang, usul atau saran.

Cadangan juga boleh disampaikan tanpa ungkapan-


ungkapan iaitu dengan hanya mengutarakan ayat yang
membawa pengertian cadangan.

Saya ingin menyarakan supaya penuntut


berkenaan..........
Kita tidak mahu mereka melepak. Jadi kita berikan
satu kemudahan kepada mereka. Kemudian kita
adakan.......

You might also like