You are on page 1of 16

RUKUN NEGARA

• Diisytihar pada 31 Ogos 1970


• Menjamin perpaduan
• Kesan daripada Peristiwa 13 Mei 1969
• MAGERAN dipertanggungjawab
mengambil alih pentadbiran negara dgn
menubuhkan MPN
• Menekan pembentukan ideologi negara
RUKUN NEGARA

• Kepercayaan Kepada Tuhan


• Kesetiaan Kepada Raja Dan Negara
• Keluhuran Perlembagaan
• Kedaulatan Undang-Undang
• Kesopanan Dan Kesusilaan
LANGKAH BRITISH MEMBAIKI SISTEM PENDIDIKAN

Rancangan Cheeseman 1946

Jawatankuasa Barnes (1950)

Laporan Fenn-Wu (1951)

Ordinan Pelajaran 1952


DASAR PENDIDIKAN
KEBANGSAAN

• Sistem Pendidikan Kebangsaan Laporan


Penyata Razak 1956
• Laporan Rahman Talib 1960
• Kajian Aminuddin Baki
• Jawatankuasa Kabinet 1974
Menilai sejauh mana pelaksanaan
dasar pelajaran yang sedia ada
dapat melahirkan sumber tenaga
manusia yang diperlukan negara
OBJEKTIF UTAMA
JAWATANKUASA
KABINET 1974
Mahu mengenalpasti sejauh mana
Dasar pelajaran dapat melahirkan
Masyarakat yang bersatu padu,
Berdisplin dan terlatih
Penguasaan 3M Kenaikan darjah
secara automatik

Penekanan KANDUNGAN
kokurkulum LAPORAN Penekanan
& disiplin JAWATANKUASA terhadap
sebagai KABINET sekolah
asas 1974 vokasional
perpaduan

Bahasa Melayu sebagai Sukatan pelajaran


mata pelajaran wajib sekolah swasta
dlm peperiksaan
Akta Bahasa Kebangsaan
• Kedudukan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan termaktub
dalam Perkara 152 Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu 1957.
• Bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan untuk memartabatkan
bahasa Melayu dan juga untuk menjamin perpaduan rakyat di Tanah
Melayu.
• Antara langkah untuk memajukan bahasa Melayu ialah penubuhan
Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP), pelancaran “Minggu Bahasa” dan
“Bulan Bahasa”.
• Begitu juga dengan pelancaran slogan “Bahasa Jiwa Bangsa”.
• Seterusnya, penubuhan sekolah menengah bahasa Melayu sebagai
bahasa pengantar seperti Sekolah Alam Shah dan Sekolah Seri Puteri.
• Kedudukan bahasa Melayu semakin kukuh apabila Akta Bahasa
Kebangsaan diluluskan pada tahun 1967.
• Tahun 1970, bahasa pengantar di sekolah rendah Inggeris telah ditukar
kepada bahasa kebangsaan secara berperingkat-peringkat.
• Penubuhan Universiti Kebangsaan Malaysia pada tahun 1977 pula telah
membuktikan bahawa bahasa Melayu menjadi bahasa ilmu.
• Bermula tahun 1982, bahasa Melayu menjadi bahasa pengantar di semua
sekolah menggantikan bahasa Inggeris.
• Bahasa Melayu mula digunakan di mahkamah pada tahun 1990.
Dasar Kebudayaan Kebangsaan
• Dasar Kebudayaan Kebangsaan lahir daripada gagasan
Kongres Kebudayaan Kebangsaan yang dianjurkan oleh
Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan tahun 1971.
• Dasar ini digubal untuk menjadi panduan dalam
membentuk dan mengekalkan identiti negara Malaysia.
• Objektifnya untuk memperkukuhkan perpaduan melalui
kebudayaan serta memupuk dan memelihara keperibadian
kebangsaan.
• Dasar ini bertujuan memperkaya dan mempertingkat
kualiti kehidupan dari aspek kemanusiaan dan kerohanian
seimbang dengan sosioekonomi.
• Tiga Prinsip Utama DKK;
1. Kebudayaan rakyat asal rantau Melayu sebagai
tunjang.
2. Unsur-unsur kebudayaan lain yang wajar dan sesuai
boleh diterima.
3. Islam sebagai unsur yang terpenting.
SUKAN UNTUK PERPADUAN KAUM
• Sukan berperanan sebagai alat perpaduan dan dapat
menyemarakkan semangat patriotik di kalangan
rakyat.
• Aktiviti sukan tidak menghadkan penyertaan kepada
sesuatu kaum sahaja malah terbuka kepada mereka
berminat.
• Di peringkat sekolah, sukan menjadi aktiviti
kokurikulum yang sangat digalakkan. Majlis Sukan
Sekolah-Sekolah ditubuhkan di peringkat daerah,
negeri dan kebangsaan untuk menggalakkan aktiviti
sukan.
• SUKMA memainkan peranan mengerat perpaduan
kaum dan hubungan antara negeri.
• Kita sebagai warganegara yang bakal mewarisi
negara kita bertanggungjawab untuk memelihara
perpaduan bangsa.
DR MAHATHIR PENCETUS
WAWASAN 2020
9 Cabaran Wawasan 2020
• Membina bangsa Malaysia yang bersatu padu.
• Membina masyarakat berjiwa bebas, tenteram dan
berkeyakinan.
• Memupuk dan membina masyarakat demokratik yang
matang.
• Mewujudkan masyarakat yang bermoral dan beretika.
• Mewujudkan masyarakat yang matang, liberal dan
bertoleransi.
• Membina masyarakat yang maju dan saintifik.
• Mewujudkan masyarakat yang berbudaya penyayang.
• Menjamin masyarakat yang adil dan saksaama
ekonominya.
• Memupuk dan membina masyarakat makmur.
Teras Malaysia Sebagai Negara
Industri Tahun 2020
• Perpaduan rakyat.
• Kestabilan politik.
• Ketinggian taraf hidup.
• Kekukuhan nilai moral dan etika.
• Kekukuhan sistem kerajaan.
• Ketinggian maruah bangsa.
• Semangat yakin diri bangsanya.

You might also like