You are on page 1of 51

 2.

1 Sistem jawatankuasa
 2.2 Struktur Pasukan Kerja
 2.3 Maklumat Dalam Pengurusan Pembinaan
 2.4 Perlaksanaan Kontrak
 2.5 Maklumat Dalam Operasi Pembinaan
 2.6 Maklumat Arahan Penguasa
 2.7 Penyiapan dan Penyerahan Kerja
Jawatankuasa Jawatankuasa
Jawatankuasa
Penyelaras Tapak Penyelaras
Projek
Bina Kontraktor
• Jawatankuasa projek • Jawatankuasa • Jawatankuasa yang
pembinaan bermula lantikan dari biasanya dibawah
daripada pelanggan kontraktor yang kelolaan kontraktor
hinggalah kepada berjaya dalam utama yang dilantik
pengurusan kecil merebut tender oleh kontraktor
untuk projek kontrak pembinaan perunding.
pembinaan tersebut
dapat dilaksanakan • Dibentuk oleh • Biasanya terdiri
dengan baik kontraktor utama dan daripada sub
dibantu oleh kontraktor dan
jawatankuasa projek pekerja yang terlibat
induk JKR dan sub ditapak bina
kontraktor
Skop pengurusan pembinaan secara umumnya merangkumi
aktiviti diperingkat penawaranrekabentuk pembinaan
sehinggalah penyerahan kepada pelanggan dan penutupan
projek dimana peringkat aktiviti asas adalah seperti berikut :

i. Peringkat persediaan awal


ii. Peringkat perancangan pembinaan
iii. Peringkat perlaksanaan pembinaan
iv. Peringkat pengujian dan pertauliahan
v. Peringkat produk dan serahan
vi. Peringkat tanggungan kecacatan

Selain itu proses ini juga boleh dikelaskan kepada 2 iaitu ;


pra kontrak dan pos kontrak.
i).Perkhidmatan Pra-Kontrak 
 Menyediakan dan menyemak anggaran awal termasuk butir-
butir permulaan.
 Menyedia dan menyemak Dokumen Meja Tawaran.
 Menyedia dan menyemak Dokumen Tender.
 Memanggil Tender.
 Menilai, membuat laporan tender dan menghadiri Mesyuarat
Tender.
 Menyediakan cabutan butir-butir seperti yang ditawarkan
(ATDA).
 Menyedia, membincang dan menyerah/menghantar Surat
Setujuterima Tender dan juga mengendalikan Majlis
Menandatangani Surat Setujuterima Tender. 
ii).Perkhidmatan Pos-Kontrak
 Menyedia dan menyemak kontrak utama dan kecil.
 Menyedia dan menyemak tawaran dan memanggil tawaran untuk kerja-kerja sub-
kontrak (P.C. Sum).
 Menyemak tuntutan bayaran kemajuan kontraktor, penilaian di tapak dan penyediaan
Bayaran Kemajuan.
 Menyemak segala tuntutan kontraktor, menyediakan APK dan Perakuan Muktamad.
 Menghadiri Mesyuarat Tapak.
 Menilai dan mengesyorkan keatas tuntutan "Loss and Extra Expense" yang dibuat oleh
Kontraktor.
 Memberi nasihat keatas bayaran Juruperunding.
 Memberi nasihat kepada Pengarah JKR /Pegawai Penguasa mengenai masalah-masalah
yang berkaitan dengan kontrak, termasuk kelewatan dan lanjutan masa, ganti rugi
yang tertentu dan ditetapkan banyaknya, pemansuhan kontrak dan sebagainya.
 Membantu dalam Timbangtara dan dakwaan Mahkamah.
BEKALAN
BEKALAN PERKHIDMATAN
PERKHIDMATAN
(perolehan
(perolehanyang
yangbernilai
bernilai (perolehan
(perolehanyang
yangbernilai
bernilai
>RM50,000,
>RM50,000,tetapi
tetapitidak
tidak RM50,000
RM50,000tetapi
tetapitidak
tidak
melebihi
melebihiRM200,000)
RM200,000) melebihi
melebihiRM200,000)
RM200,000)

KERJA
KERJA
((perolehan
perolehanyang
yangbernilai
bernilai
RM20,000
RM20,000tetapi
tetapitidak
tidak
melebihi
melebihiRM200,000)
RM200,000)
AM

Tender untuk kerja melebehi RM200,000

Prosedur bergantung pada sumber pembiayaan .


contohnya bank dunia syarat pinjaman/peraturan mereka.

Had Nilai Memanggil Tender

Bagi sumber pembiayaan tempatan,

tidak melebihi RM10 juta hendaklah ditawarkan khusus kepada


syarikat yang seratus peratus (100%) milik tempatan
(warganegara);
Penerimaan Tender
 Semua tender akan dibuka oleh jawatankuasa pembukaan
tender dan disenaraikan mengikut tender yang rendah.
 Selepas analisa dan ulasan dibuat dan dimajukan kepada
Lembaga Tender, surat akan dikeluarkan kepada kontraktor
berjaya.
 Surat perlu dikeluarkan sebelum tamat tempoh laku tender.
 Tempoh Sah Tender ialah 90 hari.

Menarik Diri
 Setelah tender ditutup, tender kontraktor akan laku selama
90 hari, dan kontraktor tidak boleh menarik diri.
 Kontraktor tidak boleh menarik diri dan akan dikenakan
penalti jika engkar
 Penalti – kesalahan pertama [ gantung lesen selama 2 tahun],
kesalahan kedua [ gantung lesen selama 5 tahun] , kesalahan
berikutnya [pendaftaran terbatal ]
Tender Ditolak atau Gagal
 harga tender terlalu tinggi atau terlalu rendah

 projek semasa banyak dan melebihi had kewangan


 rekod kerja dahulu kurang memuaskan
 tidak mematuhi syarat-syarat tender
 butir-butir tender tidak diisi dengan betul dan meragukan

Tender Dipanggil Semula


 harga yang ditender semuanya terlalu tinggi atau rendah atau
jauh dari anggaan jabatan.
 terdapat kesilapan dalam dokumen tender

 tiada peruntukkan atau peruntukkan tidak mencukupi.


Maklumat yang perlu diketahui dalam pengurusan
pembinaan adalah :

1. Dokumen Tawaran
2. Dokumen Kontrak
3. Laporan Lawatan Tapak
4. Pemilikan Tapak
5. Kadar Harga
6. Kos Pengurusan (Over head)
7. Kadar Keuntungan
8. Program Pembinaan
9. Sebut Harga
10.Laporan Kepada Pengurusan
DOK CERITO DARI TAK DI NI….

Siapakah penerima tender???

SAMA DOK NGAN….

Penerimaan Tender???
Dokumen Tawaran

 Merupakan dokumen yang disediakan oleh Juru Ukur Bahan


untuk kegunaan pemborong atau kontraktor bagi meletakkan
harga tawaran.
 Dokumen tawaran akan dibeli oleh kontraktor apabila
panggilan tawaran dibuat melalui papan kenyataan jabatan
seperti JKR atau melalui akhbar.
Dokumen Kontrak

 Kontrak ialah satu perjanjian yang terjalin apabila


satu pihak bersetuju untuk menerima tawaran dari
satu pihak yang lain.
 Tujuan kontrak adalah untuk menjalin perhubungan
antara klien dan kontraktor dalam bentuk kenyataan
yang jelas dan syarat serta dinyatakan had-hadnya.
 Pada asasnya perjanjian kontrak perlu dibina pada
prinsip –prinsip berikut :-
i. Tawaran
ii. Penerimaan
iii.Balasan
iv. Niat
v. Persetujuan yang sah dari segi undang-undang
vi. Ikatan kontrak boleh dilaksanakan
vii.Tiada kecacatan bagi kedua-dua pihak
Kandungan Dokumen Kontrak

i. Perkara-perkara Perjanjian (Borang Kontrak


Setara)
ii. Borang Tender
iii. Surat Penerimaan Tender/ Surat Setuju Terima
iv. Spesifikasi Kerja
v. Senarai Bahan
vi. Lukisan Kerja
vii. Lampiran
viii. Borang Kedudukan Kewangan Kontraktor
(pengesahan pihak bank)
ix. Borang Latar Belakang Kontraktor
Apakah dokumen tender dan apakah
Dokumen Kontrak? Jelaskan definisi dan
perbezaannya.
Laporan Lawatan Tapak

Tujuan
 Bagi memberi gambaran yang jelas kepada kontraktor mengenai keadaan
muka
bumi dan keadaan sekeliling yang mungkin mempengaruhi kerja binaan kelak.
 
Kepentingan Kepada Kontraktor
 Kontraktor dapat mengetahui keadaan sekeliling tapak cadangan projek
beserta halangan yang perlu dilalui.
 Sebagai langkah persediaan kontraktor bagi membuat pra-perancangan
kerja.
 Sebagai strategi kepada kontraktor untuk meneruskan pembelian dokumen
tender dan sebagainya.
 Mengetahui dengan jelas lokasi sebenar tapak cadangan.
 Mengetahui bentuk jalan/ kemudahan/ acess sediada ke tapak cadangan.
 Jika melibatkan kerja-kerja tanah ia membantu dari segi bentuk sokongan
sementara, jenis tanah asal, sumber tanah import, dsb.
 Sumber kesediaan pekerja tempatan, bahan binaan dan jentera binaan.
Pemilikan Tapak

Persediaan Kontraktor Sebelum Memulakan Kerja


Sebelum kontraktor memulakan kerja, terdapat beberapa perkara yang perlu
dikemukakan iaitu :
 Menandatangani Surat Penerimaan Tawaran dan dipulangkan semula kepada
klien.
 Mengemukakan jaminan perlaksanaan (performance bond) dalam bentuk
tunai/deposit perbendaharaan/gerenti bank sebanyak 5% daripada Harga
Kontrak.
 Polisi-polisi Insuran dengan nilai seperti yang dinyatakan dalam Surat
Penerimaan Tawaran.
 Maklumat/ butiran terperinci pekerja yang layak dikenakan caruman bagi
PERKESO
(Selepas mesyuarat pra-pembinaan 1)
 Senarai pekerja dan jentera yang bakal digunakan bagi perlaksanaan kerja
binaan.
 Program Kerja Induk.
 Carta Organisasi
 Senarai skop tugas dalam struktur organisasi (kakitangan di tapak bina)
Kadar Harga

 Adalah satu set jualan kadar harga yang telah


dikeluarkan oleh pihak kerajaan (JKR Ukur bahan)
untuk menyelaraskan kadar harga semasa bagi
kerja-kerja pembinaan di Malaysia.
 Jadual kadar harga ini sudah merangkumi peratus
kenaikan harga, pembaziran, lokasi pembinaan
dan sebagainya.
 Kadar harha yang dikemukakan oleh kontraktor
adalah berdasarkan kepada jadual kadar harga
yang telah disertakan dalam dokuman tender
berdasarkan lawatan tapak yang dilakukan oleh
kontraktor
Kos Pengurusan

 Merupakan kos tidak langsung yang wujud dari


kontrak pembinaan.
 Merupakan kos yang perlu dikeluarkan oleh
kontraktor walaupun tidak dinilaikan dalam
kontrak.
 Antara kos pengurusan adalah gaji pekerja
pejabat, bil-bil, kos luar jangka, minyak
kenderaan, road tax, tax pengurusan dsb.
 Kos pengurusan perlu dikawal dengan baik agar
tidak melampaui kerja-kerja pembinaan.
 Pihak kontraktor biasanya memperolehi kos
pengurusan daripada profit margin, mark-up kos
peminaan dan keuntungan dari mengelakkan
pembaziran.
Kadar Keuntungan

 Kadar keuntungan yang tinggi merupakan impian


semua kontraktor.
 Kadar keuntungan bagi kerja-kerja biasanya
diperolehi daripada profit margin projek.
 Pihak pelanggan atau majikan telah menetapkan
sebahagian dari kos pembinaan kepada keuntungan
kepada syarikat, tetapi pihak kontraktor perlu
menguruskannya dengan baik bagi memperolehi
keuntungan yang optimum.
 Kadar keuntungan yang biasa diperolehi adalah
antara 15% hingga 25%
Program Pembinaan

 Membuat keputusan tentang bagaimana dan bila kerja akan


dijalankan disebut perancangan.
 Seringkali terdapat kecenderungan diperingkat awal kerja
pembinaan untuk mempercepatkan pengambilan buruh, loji
dan bahan ke tapak bina.
 Program pembinaan adalah dokumen yang penting dan harus
dibincangkan dan dipersetujui oleh semua yang terlibat
sebelum kerja dimulakan (pra-pembinaan)
 Program ini dalakukan oleh pekerja yang
berpengalamandalam kerja-kerja pembinaan untuk
membuat perancangan yang sesuai.
 Antara program pembinaan yang digunakan adalah program
carta bar, lengkung ‘s’, CPM, Microsoft project dsb.
 Untuk membolehkan sesuatu kemajuan selari dengan
program pembinaan yang dirangcang, pengawasan yang baik
diperlukan oleh Jurutera Tapak.
 Program pembinaan mestilah merangkumi perancangan
masa, kos, bahan, pekerja dan loji.
Sebut Harga

 Merupakan jumlah kos yang ditaksirkan oleh


kontraktor mengenai tender yang ditawarkan.
 Taksiran yang dibuat oelh kontraktor ini adalah
berdasarkan lawatan tapak yang dibuat
 Sebut harga yang dinyatakan oleh kontraktor
adalah berbeza bagi setiap kontraktor yang
menawarkan sebut harga dalam tender projek.
 Senarai nama kontraktor yang masuk tender akan
disenaraikan mengikut susunan dari terendah
sehinggalah kepada yang paling tinggi.
Laporan Kepada Pengurusan

 Perlu dilakukan oleh pengurus tapak bina untuk


melaporkan kemajuan kerja sebenar atau masalah
yang melanda projek tersebut
 Dikenali juga sebagai laporan kemajuan kerja dan
dibentangkan kepada pengurusan ataupun wakil
pelanggan semasa sesi mesyuarat tapak dilakukan.
 Laporan ini penting bagi memastikan kelicinan
perjalanan kerja-kerja pembinaan ataupun untuk
membuat perubahan kerja bagi kerja-kerja yang
terlewat atau pun perubahan kerja yang dirasakan
perlu.
 Dalam laporan kerja ini, rekod-rekod kemajuan kerja
seperti foto, rekod tert pile, rekod test konkrit dan
sebagainya di sertakan. Biasanya pihak JKA
menyediakan buku harian tapak untuk merekodkan
kerja-kerja pembinaan, cuaca, penerimaan bahan,
ujian, pelawat dan sebagainya sebagai bukti laporan.
Maklumat yang perlu diketahui dalam
Perlaksanaan kontrak adalah :

1. Skop dan Kuantiti Kerja


2. Pekerja Langsung Dan Pekerja Kontrak
3. Jadual Keperluan Buruh
Skop dan Kuantiti Kerja

 Skop dan kuantiti kerja telah ditetapkan dalam


dokumen kontrak dan telah dipersetujui oleh
kedua-dua belah pihak semasa perjanjian kontrak
 Skop dan kuantiti kerja ini terkandung pada tajuk
dan adenda yang dibekalkan.
 Contoh skop dan kuantiti kerja adalah “Cadangan
Membina Dan Menyiapkan 2 Blok 3 Tingkat
Bangunan Sekolah dan 1 Blok kantin Di Sekolah
Kebangsaan Teluk Jering, Tumpat, Kelantan.
 Selain daripada cadangan projek yang boleh
dijadikan had-had kerja pelan spesifikasi, lukisan
piawai, adenda dan kontrak juga merupakan skop
dan kuantiti bagi kerja kontraktor.
Pekerja Langsung Atau Kontrak

 Pekerja atau buruh merupakan sumber penting


dalam industri pembinaan.
 Ia biasanya dikelaskan kepada buruh mahir dan
separa mahir. Juga kepada pekerja langsung dan
pekerja kontrak.
 Pekerja langsung – bekerja dengan pihak
kontraktor utama seperti pekerja dibahagian
pengurusan ataupun pekerja mahir.
 Pekerja kontrak – diambil bagi kerja-kerja khusus
dan tidak diperlukan sepanjang masa di tapak bina
seperti pekerja konkrit dan pekerja besi.
 Penggunaan pekerja ini secara baik dapat
menjimatkan kos pengurusan dan menambahkan
kecekapan pekerja
Jadual Keperluan Buruh

 Merupakan satu daripada kaedah kawalan masa


kerja-kerja pembinaan.
 Pengawalan ini penting bagi melicinkan kerja-kerja
pembinaan.
 Jadual ini disediakan oleh pengurus projek untuk
keperluan pekerja kepada kerja-kerja yang akan
dilaksanakan.
 Jadual ini disediakan sebaik mungkin bagi
memastikan kerja-kerja dapat dijalankan
sebagaimana perancangan asal.
 Contohnya Jadual perancangan kerja konkrit yang
menetapkan masa, bilangan pekerja, lokasi dan
sebagainya.
Maklumat yang perlu diketahui dalam Operasi
Pembinaan adalah :

1. Buku harian Tapak


2. Rekod Kemajuan Kerja
3. Mesyuarat Tapak
4. Tuntutan Kemajuan Kerja
5. Rekod Pengukuran Semula
1. Peruntukkan Fasal JKR 203
Fasal 13 Borang Kontrak Setara JKR 203
 
2. Jenis / Bentuk Arahan
Semua arahan dari P.P hendaklah secara bertulis.
2 bentuk arahan yang berbeza dari P.P iaitu
 Arahan berbentuk kesilapan pembinaan atau
kerendahan mutu kerja atau bahan atau pembaikan
kerja tidak mengikut spesifikasi.
 Arahan yang mempunyai implikasi tuntutan kewangan
samada tambahan atau potongan dan implikasi tuntutan
lanjutan masa.
 Contoh Arahan Penguasa mengenai :
 pindaan kerja

 kesilapan di dalam atau di antara Dokumen Kontrak.

 Mengeluarkan bahan/ barang yang dimasuk olek

kontraktor keluar semula dari tapak dan menggantikan


semula bahan/barang itu.
 Meroboh dan/ atau bina semula kerja yang telah

dilaksanakan.
 Penukaran pekerja yang tidak kompeten.

 Pembukaan kerja tertutup untuk pemeriksaan.

 Meminda dan membaikki kecacatan

Sistem penyimpanan rekod yang baik oleh kontraktor perlu.


3. Obligasi Kontraktor

Arahan kontraktor hendaklah bertulis.


Arahan secara lisan hendaklah diterima tetapi mengesahkan
dengan menulis kembali kepada P.P
Dalam tempoh 7 hari selepas arahan itu diterima dan tiada
bantahan dari P.P maka arahan itu akan berkuat-kuasa dari
tarikh akhir tempoh tersebut. Arahan ini akan perlu dipatuhi.
Kegagalan kontraktor akan diberikan surat tunjuk sebab dan
tindakan seterusnya akan dikenakan.
Rekod Kerja Siap

 Kontraktor perlu menyerahkan semua rekod-


rekod kerja di tapak bagi semakan dan bagi
pengesahan arahan perubahan kerja.
 Pelarasan Pelarasan Jumlah Harga Kontrak
(PPJHK) akan dikeluarkan setelah semua rekod-
rekod kerja simpanan kontraktor dikemukakan.
 Pastikan rekod kerja di tapak telah diperakukan
oleh wakil P.P.
 Jika dinyatakan dalam Kontrak berkenaan
penyediaan ‘As-Build Drawing’ pastikan ia dibuat
oleh Jurukur Tanah yang diperakukan dan perlu
diserahkan kepada P.P.
Kerja Dalam Tempoh Tanggungan Kecacatan

 Ia merujuk kerja –kerja pembaikan selepas kerja-kerja


secara praktikal siap dan berakhirnya tempoh pembinaan.
 Satu pemeriksaan bersama di antara kontraktor, klien dan
lain-lain pihak berkuasa tempatan akan dilakukan. Selepas
pemeriksaan ini satu Jadual Kecacatan akan dikeluarkan
yang menyenaraikan kerja-kerja yang memerlukan kepada
pembaikkan semula.
 Tempoh masa tanggungan kecacatan bergantung kepada
Perjanjian Kontrak dan biasanya 6 atau 12 bulan.
 Kos kerja-kerja pembaikan ditanggung sendiri oleh
kontraktor.
Perakuan Kerja Siap

 Perakuan Siap Kerja akan dikeluarkan apabila tempoh


pembinaan berakhir dan kerja kontraktor siap secara
praktikal.
 Perakuan Siap Membaiki Kecacatan akan dikeluarkan
apabila berakhirnya Tempoh Tanggungan Kecacatan dan
kecacatan telah diperbaikki.
 Pelepasan Wang Tahan / Jaminan Perlaksanaan akan
dilepaskan secara berperingkat.
 Bagi membolehkan Perakuan Siap Kerja dikeluarkan oleh
P.P kontraktor dikehendakki membuat suatu Perjanjian
Siap Kerja yang ditandatangani dan diperakukan oleh
Magistrate.
Lanjutan Masa

1.Peruntukkan Fasal Kontrak JKR 203


 Tempoh masa tertentu yang diberikan selepas tempoh
masa siap kerja sebenar tamat.
 Fasal 43, JKR 203

2. Rasional Lanjutan Masa


 Bantuan dan kemudahan kepada kontraktor bagi meneruskan
kerja walaupun tempoh masa sebenar telah tamat .
Lanjutan Masa

3. Alasan Lanjutan Masa


 Sebab lanjutan masa sepertimana di dalam Fasal 43, JKR 203
ialah :
 Force Majeure ( keadaan / kejadian tidak dapat dihindari)
 Cuaca luar biasa
 Arahan P.P yang melibatkan pindaan.
 Lewat terima butiran atau arahan P.P
 Pergaduhan umum atau mogok
 Kelewatan kerja kontrak lain menghalang perlaksanaan
Kontrak.
 Kelambatan kerja Subkontraktor Dinamakan
 Lewat terima tapak
Lanjutan Masa

4. Prosedur Mendapatkan Lanjutan Masa


 Tentukan punca kelewatan dan senaraikan.
 Dapatkan bukti sokongan seperti :
 Arahan Tapak oleh P.P yang melibatkan perubahan kerja .
 Buku Harian Tapak
 Rekod cuaca sebenar dari Jabatan Kajicuaca.
 Gambar foto.
 Minit mesyuarat tapak berkaitan.
 Rujuk Fasal Kontrak dan cari sebab-sebab yang bersesuaian.
 Rujuk kes Undang-Undang.
 Buat carta kelewatan kerja lengkap dengan julat masa kelewatan.
 Buat carta perancangan aktiviti kerja dalam tempoh lanjutan masa.
 Serta ‘cover note’ lanjutan polisi insuran.
KUIZ
Politeknik Kota Bharu telah mendapat peruntukan
bagi membina Bangunan ULPL berserta hotel di
dalam kawasan Politeknik. Bermula daripada
penyediaan Dokumen Tender sehinggalah kepada
penyerahan kunci kepada pihak Politeknik, sila
sediakan satu carta alir proses secara ringkas .

You might also like